Belajar erti nilai kehidupan~

Assalamualaikum,

Aci dak reply komen kat sini?Hehehe.Sebab boleh taip panjang2.

To Kak Sue,yes mmg bestkan kalau ada herbs garden sendiri.Bau yang unik dari tumbuhan tu kadang2 boleh buat kita rasa tenang jer.Herbs ni mmg manja sikit.Kena dibelai selalu plus diminati ramai.Hihihi!Haiwan perosak la tu.Takpe,jangan putus asa.Tanam lagi : )

Kak Ros,memang tak sangka dapat cari benih tu semua sbb last time mmg susah sgt nak cari lagilah kalau time sejuk.Samada mmg tak jual,atau saya yang tak jumpa.Kikikiki!Tapi bila dah ada semua yg basic ni rasa syukur sangat sekurang-kurangnya takde la kepingin sgt.Kikiki.

Ok.

Harini belajar tentang kepentingan masa.Kalau time duduk tanahair,ada kereta sendiri so tak risau sangat bab nak hantar ambil anak ke sekolah ni.Tapi sejak kena naik turun bas ni barulah datang keinsafan diri bahawasanya hargailah bila diberi kesenangan,kemudahan.Ini sebab dah terbiasa selesa jer,bila kena susah sikit barulah gelabah.Itu tak kena ini tak kena.

Tapi syukur sebab berjaya mengharunginya dengan jayanya.Syabas Inspector Syahab!

Nasiblah walau 1st time naik bas semua berjalan lancar cuma dari perancangan masa kena buat bebetul la sbb kita nak kejar orang,dan bukan orang kejar kita.Hahaha!

Kalau last week I keluar dari rumah jam 8.15 am tp dapat naik bus lebih kurang 8.45 am,kononnya harini keluar awal sikit iaitu jam 8 am tapi sekali bersesak-sesak pulak dengan bebudak nak pergi sekolah la,student universiti lagi,orang nak pergi kerja lagi bla bla bla.Nasib la pagi td tak bwk Dian dgn strollernya.Kalau tak mmg double la energy kena guna sbb bila naik bas td kena berdiri.Mujur la driver tengok Damia so dia mintak ada seorang budak sekolah ni bagi Damia duduk sebelah dia.Actually diorang ni mmg sgt concern dengan sesiapa aje yg bawak anak kecil.

Fuh!Dan bgn pagi ni prepare lunch suami + Damia kita bikin nasi goreng cendawan.Tak sangka pulak bila I masak Australian button mushroom kat Damia,dia suka.Ini mushroom yg fresh sbb kalau kat Malaysia I selalu beli yg dalam tin tu.Jadi lunch untuk bapak + anak adalah makanan yg sama.Buah pun sama.Dua2 I bekalkan apple.Hihihi!

Harini ingat kononnya taknak breakfast something yg heavy jadi makan oat hokkey yg campur dengan susu pastu masuk dlm microwave for 90 seconds.Siap.Tapi kalau dah dasar lidah Gannu asli nih,rasa kurang manis mesti nak tambah something bg manis.Jadi td I campur dengan strawberry.Hihihihi!

Tapi ni bkn strawberry fresh tu tp ini strawberry yg fresh I potong2 pastu tabur gula sikit pastu simpan dlm esbok.Sekali-sekala sedap jugak makan macam ni.Kalau ikutkan oat tu pun dah manis sebenarnya sbb perasa honey lagi tp gitulah.I rasa kalau ada pisang lagi sedap kot.Jadi breakfast la kita dengan oat harini.


Inilah strawberry tabur gula yang sudah semalaman didalam esbok.Actually nak buat mcm ni jgn bg lama sgt sbb nnt dia boleh bertukar jd masam dan lebam.Setakat sehari dua tu orait la.

Kat rumah ni strawberry ni I sorang jer makan.Orang lain tak minat sgt.Diorang lagi prefer pisang,apple dan anggur.Buah wajib yg perlu ada kat rumah.

Tapi tak guna gak niat nak diet dengan makan oat sbb lepas makan oat tu slow jer tgn tarik mangkuk balance nasik goreng bekal diorang tadi.Wahahaha!

Tak baik membazir tau.*Tetibe.


Tapikan harini Damia ni sengaja je menguji kesabaran.Bayangkan tengah kita tunggu bas dia cakap lapar.Ok kita pujuk dulu.Sekali lepas nak naik bas kali kedua,merengek lagi so I bukak la bekal dia.Suap satu mulut bas pun sampai.Aduh!Haru betul just tutup mcm tu jer bekal then sumbat masuk beg.Nasib tak tumpah.Dah la bas penuh orang.Sekali lepas letak dia kat seat,I selamba je duduk kat lantai bas tutup bekas bekal dia pastu susun balik brg dlm beg.Bayangkan kalau time tu bwk Dian sekali.Mmg surrender la.Jd esok I ingat taknak bwk stroller la.Dukung je sbb nak jalan kaki tu takde la jauh mana pun nak menapak.Everytime naik bas kalau bwk baby mmg confirm org offer seat.So no worries.

Fikir2 balik nak beli kereta tak berbaloi sbb nanti nak pindah lagi.Jadi bertabahlah.Tapi bila I fikir positif dan ambik semua ni sebagai cabaran dan pengalaman baru,alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan.Dan I tak la rasa mcm putus asa sgt.Sbb I set dlm otak,kalau I rasa susah,ramai lagi yg lebih susah.

Kereta yg suami guna sekarang ni pun kereta company cuma masalahnya suami kena keluar awal sbb office dia bukan kat area sini.Kalau keluar lewat sikit bolehlah hantar Damia ke sekolah.Dan I just pergi jemput jer.Tapi tak dapek nak menolong.

Tapi mujurlah setiap Jumaat suami boleh jemput Damia kat sekolah.Phew.Lega.

Actually kami gigih cari rumah area sini sbb memikirkan kat sini ramai komuniti Melayu tak kiralah Malaysian mahupun Indonesian.Maklum la kat sini berhampiran universiti Queensland.Jadi I pun dah kenal beberapa orang Malaysian dan Indonesian kat sini.Orait la.

Tapikan,biasalah walau rambut sama hitam,hati lain2.Betul dak?I ada jer jumpa Malaysian yg sombong.Tak tau la dia nak sombong atas dasar apa.Actually dia ni student dtg sini buat PHD dan datangnya dengan family.Mungkin dia rasa bagus kot maklum la dtg sini sambung belajar.Kami ni datang cari rezeki.Tapi I tak simpan dlm hati sgt.I just kalau dia nak sombong sgt dgn kami,itu hak dia la.Sbb kat sini kalau satu nak sombong,ada lagi 10 lagi yg nak kawan dengan kita walau dtg kita disini dgn objektif yg berbeza.

Waktu kali pertama I jejak kaki disini masa tu tahun 2012,I selalu teruja kalau jumpa orang Melayu kat sini.Tapi selepas insiden dengan satu family tu,persepsi I dah berubah.Dah la waktu tu dia tu baru jer sampai sini.Baru nak masuk belajar kat UQ.Tapi tak tau la kot la time degree or master dah buat kat sini,itu yg tunjuk otai sgt tu.Kikikiki.Dan cara dia pandang kami ibarat kami ni tourist kot datang jalan2 kat sini.Kikikiki!Tapi syukur parents dan suami dia tak mcm tu.Still menegur dan bertanya khabar.Tapi tuhan nak tunjuk,kami dipertemukan lagi kali kedua kat DFO.Tapi still keadaan sama.Si suaminya sahaja yg dari jauh angkat tgn.Hahaha!Tapi suami ada cakap,biarlah.

: )

Tapi waktu sampai last month ada jumpa satu keluarga Malaysia ni yg mmg sangat baik la.Suaminya mmg kerja sini dan si isteri belajar.Walau pertama kali jumpa tapi dah macam bertahun kenal.Haritu jumpa suaminya di Chinatown.Dan waktu I tunggu suami bayar parking,ada satu family Malaysia juga,mmg I tak kenal langsung tapi diorang menegur atas dasar datang dari negara yg sama.Kdg2 tak perlu menegur bersembang,cukup dgn senyuman dan lambaian.Taknak lambai pun,senyum pun jadi la.

Sebab itu I cakap.Bila hidup merantau kita menghargai semuanya.Tapi kita takleh juga blame people sbb ada juga mungkin yg anti sosial.Kalau tak takkan ada yang pro vax dan anti vax.Eh,kesitu pulak.Kikikiki!

Sambung balik.....................

Actually Damia baru stop minum susu botol.2,3 harini mmg kena layan la peel terlebih manja dia.Jadi sejak kurangkan susu dan sejak 2 hari lepas mmg stop terus susu botol,jadi dia dah start nak makan.Bangun pagi jer lapar.So I mmg kena prepared la makanan untuk dia.

Dulu I ingat pernah bwk Damia jumpa pakar kanak-kanak kononnya sbb anak taknak makan.Jawapan pakar tu mudah jer.Kurangkan susu or jangan bagi susu so dia akan makan.Jadi sekarang ni macam tu la kaedahnya.Dah stop susu botol,minum dari gelas jer dibenarkan.Jd bila minum dari gelas,dia minum tak banyak la.Bila minum tak byk,dia cepat lapar.So ini gambar pagi td sebelum dia masuk kelas,I suap dulu nasi goreng.Jadi sekarang ni no more susu dalam botol.Kesian tu mmg kesian tp nak tunggu sampai bila.I cuma risau kalau masuk sekolah rendah tp still nak minum susu dalam botol lagi.



Muka penat mak anak tolong snap.Hahaha!~

Hidup merantau membuatkan kita buka mata,buka minda.Bila hidup ditempat orang sekecil-kecil perkara pun kita ambil kira.Dan yang pasti skang ni I belajar untuk menghargai masa dan mengurangkan sifat terlalu bergantung pada orang lain.Mana benda mampu dibuat sendiri,usahakanlah,Dan tak sangka suami confident pulak dengan I walau dulu dia mcm ragu2 sikit.Alah dia mmg masak la dgn perangai isteri dia.Bukan setahun kahwin.Masuk tahun ni dah nak masuk tahun ketujuh dah.Hahaha!

Jadi sekarang dia pun macam pelik,asal independent sangat isteri dia ni.Hahaha!Kalau dulu nak berjalan kaki 50 meter pun complain memacam,tp sekarang tidak lagi.Hahaha!

See?Ok letteeewwww....

Mari bercucuk-tanam

I sangat suka dengan pokok.Suka tanam pokok tapiiiii................................I beli pokok tapi kena mintak orang lain yang tolong tanamkan.Boleh?

Kenapa jadi lagu itu.Hihihi!

Ini adalah kerana mak kita cakap tangan kita ni spesis panas kot.Tanam apa pun guna tangan kita pokok tu takleh nak survive.Jd satu kerja pulak nak bagi CPR kat pokok tu.

Bukan sekali tau,beberapa kali jugak la kita tanam,pokok tu pun menemui ajalnya.Tapi kalau beli pastu biar jer dlm pasu tanpa perlu dialihkan pada tanah,in sha allah hidup sehat dengan gembira pokok tu.

Jadi haritu singgah Sunday Market di Brisbane ni,banyak pulak pokok2 yg sinonim dengan tempat kita.Haritu I beli daun kesum (tapi versi Vietnam katanya bila daun dia kecil sikit tak mcm daun kesum kat tempat kita panjang runcing daunnya).Pastu suami nak pokok kari,dan I sempat ambik pokok daun kunyit.So semua dah basic dedaun yang selalu kita masukkan dalam masakan Malaysia.Daun pandan dah ada dah dan sekarang dah bercambah mekar.

Serai pun ada gak tanam dan dah nampak mcm bercambah dah.Good sign.Tapi as usual la semua tu bukan tgn I la yang menanam.

Then I ada jugak beli 3 jenis herbs iaitu parsley,thyme dan mint.Suami suka mint especially kalau letak kat dalam tea o panas dia.Mahveles katanya.

Jadi bila dah bawak balik semua pokok2 tu,hero kita la yang gigih tanam balik.Tapi herbs I suh biar je dlm pasu kecik tu.Herbs ni manja sikit.Kena jaga sikit la.Kena ada shades la bagai.Takleh expose matahari sgt.Katanya.Biasa I tgk orang sini letak kat tingkap dapur,tapi kat tingkap dapur rumah  I takde space.Huhuhu!


Hmmm....dan macam I pernah cakap dulu,bunga2 takleh request sbb suami cakap pokok takde hasil takyah tanam.Kejam betul.Hahaha!

Aihss!

Terjah garage sales~

Berhiatus selama beberapa hari.Entah apa yang busy sangat tak tahulah.Rasa mcm tak busy mana pun sebab bahagia jer sehari-dua ni tidur petang.Hahaha!

Owh lama tak cerita pasal jalan2.Bukan sebab taknak cerita,tapi sebab tak berjalan kemana-mana tu yang masalahnya.Hahaha!Jadi no story.

In sha allah takde aral next week kita ada plan nak ke satu destinasi ni tapi later la I story pasal tu sebab tak pergi pun lagi.Ngah duk planning lagi ni.Kita put kat mode HOLD dulu.

So last Saturday,bangun awal pagi pergi kedai Acai.Hahaha!Tak tau la betul ke tak ejaan nama kedai tu.Dah orang sebut mcm tu.

Cerita pasal kedai tu actually ia adalah kedai runcit dimana andai tetiba stok telur habis,beras tinggal secawan atau gula dah nampak dasar tin,hehehe,jadi kedai inilah penyelamat.Kalau ikutkan macam-macam ada kat kedai ni especially barang2 Asia.I like.Kalau tak silap jugak owner kedai ni orang Malaysia juga.Orang Penang katanya.Chinesse.Tapi I tak tau la.

Lepas settle beli barang,ajak suami menyinggah ke garaje sales kat church depan kindy Damia.Memula kitorang pusing dulu tp tak nampak barang pulak kat luar walhal kemain lagi publisity yg meluas cakap nnt byk brg yg jual kat situ.Hahaha!Tukang info adalah kawan Indonesian kat sini.Tapi nampak la ada orang cuma tak ramai.

I ingat suami malas nak singgah tapi sekali dia pusing balik pastu parking.Dah parking kereta so I turun jer la.


Tergedek-gedek laki bini kesana.Nun disana.

Sekali owh,harini jualan buku2 terpakai rupanya.Jualan barang2 next week.Itulah.Baca banner tak habis.Nampak garage sales jer terus lompat bintang.Info penuh tak baca.Gitulah hidup merantau yang tak permanent ni.Kadang2 certain thing tak perlu beli barang baru pun.Hihihihi!Buat berat kargo jer time nak balik pindah Malaysia balik nanti.Kikikiki!Mana yang bersifat sementara pastu leh let go balik,beli yang second hand sudeyyy.So garage sales la jawabnya tak pun terjah Sunday Market.

Tapikan bila nampak je buku yang memenuhi setiap ruang,harus lompat bintang jugak.Hahaha!

I datang sini tak bwk buku tapi sekali my BFF Nana Banana bagi present buku,jd itu jer la buku yg I ada.Itu yang kemaruk sgt duk baca katalog tuh.Pang!

Hahaha!Jadi bila tengok longgokan buku2 yg disusun kat atas kerusi tu,terus belek satu2.Banyak hokkey yg best2.Memula cari buku untuk Damia dulu pastu baru cari untuk diri sendiri.

Haish!Mengimbau kenangan lama pulak duduk atas lantai pilih buku kat Chowrasta Street kat Penang.Tempat jual tu kat tingkat dua.Banyak tau buku2 best kat situ yang dijual pada harga yg sungguh la kebaabooom.Debu habuk sanggup tahan sbb buku punya pasal.Kena hempap buku kat situ pun biasa gak.Ehhhh dah macam menara condong,last sekali,dummm,bersepai semua.Maklum la mana tersusun buku2 kat situ.Tambah lagi kau tarik yg bawah,wajib la yg atas jatuh dum dum dum.Hahaha!Bertingkek-tingkek vodonya haku.

Pastu tak pepasal dapat extra job susun balik buku tu T_T

Ini sesi pilih jangan tak pilih.Tapi memandangkan tak angkut sekali si kecik peha KFC tu,jadi tak fokus sangat la memilih buku.Jap2 fikir anak.Maklum la budak fully BF reject botol susu ni.Time nak susu kalau tak sua nangis tak reti start dari volume 1 dulu.Dia start volume 5 terus.3 blok boleh dengar suara dia.I syak jiran omputeh sekeliling rumah ni harus ingat ada kes penderaan kekanak kat rumah ni.

Hmmm...Jadi mana berkenan pakai ambik jer.

Dan ada sekali tu,I tak grab dulu buku apa yang berkenan sebab biasanya I pakai baca dulu tak kisah la sampai kena telengkan kepala.Sekali I nampak buku Fifty Shades of Grey.I tengok jer sekali zapp,diambil oleh seorang lelaki mat salleh yang agak berusia.Dia tanya I,I nak ke?I geleng jer pastu cakap la taknak.Tapi I tanya la dia samada dia baca ke tak buku tu.Pastu dia cakap dia pun taktau kenapa semua orang marah dia bila dia nak baca.I gelak la pastu cakap la takyah baca la sebab tu buku cerita mengarut.Dia gelak kuat giler pastu ambik jugak.Aiii,pakcik.Berminat nampak.Kikikiki!

Tapi yang tukang larang pakcik tu ambik sebenarnya dah baca jugak cuma tak dipanjangkan pada yang II dan III.Migrain haku nak habiskan.Hahaha!Teringat bdk kat MPH kat Subang offer I ambik 3 bijik sekaligus tp I refuse sbb I beli pun sbb ramai sgt duk up status psl buku tu.Agak2 la kau dik.

                                      

Ini tangkapan I haritu.Buku Jodi Picoult tu nampak jer terus grab.Hahaha!Pada yg suka something yg mysterious dan buat kita berfikir I highly recommend dia ni.Best tau.Dan sbb baca buku dia la membuatkan I banyak cari info tentang autism.Boleh lagu tu?

Dan kalau otak nak santai,I suka baca buku Kathy Hopkin ni sbb stok2 cerita pasal remaja walau I ni dah terlebih remaja.Tapi takpe.Jiwa tu still remaja lagi.Hihihihi!

Pastu magazines National Geographic tu tak beli tapi diorang bagi free.I amik dua bijik jer malas nak sepah rumah.Diorang tak kesah pun berapa buah nak ambil.I ni pulak jenis syg nak buang buku or magazines.Pastu kat situ ada jugak jual cd,dvd,tapes (ini haku nak cucuk tang mana tak tau kalau beli?Mana ada lagi player dia lagi di jaman ini.Hahaha!)Elok hantar muzium la bikin artifak.

I ambik juga dvd Sex and the City series complete Season 3.Orait la layan time bosan2.Layan mata dengan baju2 Carrie Bradshaw yang kadang2 tu asal Fashion Police tak tegur haaaa???,perangai gila Samantha Jones,Mr.Big tak hensem (Puihhh!) dan sebagainya.Kikiki!Itu kalau ada masa lapang or I terlebih bosan.Versi lama pun lama laaaaaaaaaaaaaa...................Tp teringat pulak series Desperate Housewive yg tinggal kat rumah.Hmmm... (pada yg berkenaan,sila ambil dvd anda).Hahaha!

Pastu settle pilih g la bayar.Actually jualan ni conduct by orang2 yg dah pencen.Diorang ni volunteer la.Eloklah duk isi masa lapang tu.Tapi makcik-makcik ni mmg kelakar.Siap ajar I dialek Aussie asli katanya.Sumpah tak faham.Ibarat kita la,bahasa kebangsaan Bahasa Melayu,tp bila tang dialek tu,mcm2.Dah la stok kalau gelak kuat2.Tapi ok la.At least I eksesais rahang sbb rasa mcm lama dah tak gelak besar.Kalau dulu ada beberapa blog yg kelakar jadi rasa mcm best baca pastu gelak sensorang (pastu suami buat muka curious bila tgk bini gelak2.Choi sgt kan!) tp skang ni macam diorang slow tak update sangat.Haish!Rindu jugak tulisan blogger2 blog yg kelakar ni tapi kelakar yang berisi la.Bukan kelakar yg lawak ntah apa2 tu.

Pastu lepas sesi beramah-mesra tu,kitorang pun balik rumah.Jadi takde apa yang menarik sgt hujung minggu ni sbb takat pusing2 taman,pergi kedai buah kat area rumah ni,jauh sikit pergi Indooropilly Mall,pastu selebihnya sini jer la.Kat rumah.Hihihihi!

Jadi apakah aktiviti weekend yang best dan tak perlu keluar duit?Kalau rajin kongsi kat sini.Hihihi!Letak kat komen idea bernas anda.Hihihi!

*Gaya macam ramai sangat nak komen.Pang!*Pengsan*

Kek Coklat + Kindy + Nasi Minyak

Kek Coklat + Kindy + Nasi Minyak

Boleh macam ni?

Hahaha!

Pagi tadi mintak suami hantarkan kami bertiga ke rumah Sarah.Motif adalah,harini 1st day Damia masuk kindy.Alhamdulillah dia langsung tak nangis.After I serahkan borang yang dah siap diisi kat teacher dia,I pun duduk la kat sebelah dia tapi selamba Damia tanya I ,"Bonda buat apa lagi kat sini?Pergilah balik".Hamboi!Hamboi!Hamboi!

Bangun awal harini prepared lunch untuk suami dan juga TEA + SNACK + LUNCH for Damia.Settle semua hal,angkat Dian,kejutkan Damia (dua2 tak mandi) terus kerumah Sarah suami hantar.Actually rumah Sarah dekat sangat dengan State School dan kindy Damia so planned harini nak lepak rumah dia.Sampai kat depan pintu rumah dia tgk jam baru 6.10 pagi tapi suasana dah terang-benderang macam jam 8 pagi.Sekarang memang siang panjang.Phew!Gila awal.Sarah bikin nasi goreng for breakfast.Sedap.Lepak2 jap,nak masuk jam 8,mandikan my kiddos yg busuk tu.

Jadi harini Sarah willing temankan I ke kindy so time I berurusan dengan teacher Damia,Sarah pegang si boolat Dian.I risau Damia nangis so I tunggu la dalam 2 jam jugak dan memang dibenarkan mana2 parents yg nak tunggu anak dia.Bila masuk time for TEA,nampak Damia selamba duduk dengan kawan2 makan cookies.Sikit tak heran pun dengan I.Dia jeling2 macam tu jer so I pun rasa macam dah puas hati,tinggalkan jer la dia so gerak balik rumah Sarah balik.

Bila sampai rumah duk la sembang ngan Sarah cakap pasal baking dan rasa macam teringin pulak nak makan kek coklat.Sarah apa lagi.Terus offer suh baking jer kat rumah dia.Sekali I tengok dia ada complete set untuk baking sekali dgn ingredient semua so dengan menggunakan resepi hantam sajalah,I berjaya la buat sebiji kek coklat desperado namanya.Hihihihi!Ropanya huduh tapi at least puas hatilah sbb dapat makan jugak.


Kek pertama yang I buat sejak duk sini : (

Lepas masak cake,Sarah nak masak nasi ayam tapi sekali halia pulak tak cukup.Jadi memandangkan I dah bukak satu tin susu cair just utk bikin cake ni,jadi ada berbaki lagi susu tu,so I volunteer nak masakkan nasi minyak.So harini kami lunch nasi minyak ayam merah.Alhamdulillah.

Lepas tu dalam jam 2.30 ptg,pergi ambil Damia kat kindy.Around 4 ptg suami pun datang jemput tapi mmg penat betul la harini ke hulu ke hilir.Tapi takpe la.1st day memang kelam-kelibut dan by tomorrow I pergi hantar Damia naik bus.Ptgnya ayahanda jemput.So esok I ada banyak masa nak berehat dan Jumaat suami akan pulang awal untuk solat Jumaat so dia awal2 cakap taknak bwk lunch sbb nak lunch kat rumah jer.Kat sini tiada halangan beragama dan dilarang sama sekali menghalang rutin agama orang lain.Dan sebab itulah boss suami tu faham  hari Jumaat adalah solat Jumaat bg lelaki yang beragama Islam so diorang bagi perlepasan pulang lebih awal.

Owh I love Friday.

So salam Jumaat in advanced untuk semua :)

Rutin baru

Syukur alhamdulillah walau berlainan negara tapi ukhwah atas nama saudara sesama Islam itu masih kuat.Usai semalam mak nak ke rumah jiran pinjam mesin jahitnya,sekali si jiran terus offer nak tolong jahit.Selesai satu hal.

Semalam saat I terhangguk-hangguk fikir mcm mana la nak naik bas nak hantar dan ambik Damia memandangkan tak biasa lagi sekali jiran itu jugak datang tengahari tadi suruh bersiap dalam jam 1.45 tengahari ajak keluar sekali dan katanya nak ajar I cara naik bas.Owh!Lega sangat rasa.

Tak susah mana rupanya hanya perlu tahu caranya.Dalam perjalanan juga berjumpa beberapa temannya dari Indonesia juga dan mereka mmg agak friendly dan ringan sangat membantu.Pastu I rasa macam dah bercakap loghat Indonesia pulak rasanya.Aih!

Jadi rutin baru I pun bermula.Tapi tak everyday la sebab kindy kat sini 3 hari seminggu,minggu satu lagi 2 hari seminggu dan macam tu la rotationnya.Jadi tadi dah bawak Damia kenal2 kindy dia,tapi tgk dari gaya I rasa 99.9% takkan ada drama tangisan sebab Damia punya reaction mmg teramatlah excited dan tadi dah practice dah beberapa ayat.

Antara yang I ajar tadi:

Bonda:Esok kalau nak greet teacher mesti cakap macam ni.Hello Teacher Carmen.
Damia:Hello Teacher Kelamin <<<<Haish!Damia ni dia ada problem susah nak sebut huruf "R".

Pastu practice la banyak2 kali sampai dia bosan dapat sebut dengan betul.Ok.Good gurl.

Pastu ajar jugak sebut nama assistant teacher dia: Hello Carly. Tapi kalau dengar Damia sebut dah macam berbuih-buih mulut.Bergulung lidah nak sebut.Hahaha!

Jadi wish me luck for tomorrow.

Tadi keluar dengan suami cari Go Card.Actually this card ala2 Touch & Go jugak la mcm kat tempat kita cuma kat tempat kita kau bayar cash ke,Touch & Go ke,Smart Tag ke,caj adalah standard semua sama.Apa yg tak sama adalah cepat dgn lambat jer.Tapi kat sini kalau yang ambik tiket tu caj dia mahal sket tp pakai card ni ada diskaun.Byk tak byk,td sbb I takde card I kena bayar $5.20 tapi kawan I tu guna card kena dalam $2 ++ mcm tu je.Jadi ada bezanya tu.Itu belum utk orang pencen,kekanak lagi.Kalau kids bawah 5 kalau tak silap adalah FREE.Bila duk tempat orang,10 sen pun kira tau.Hihihi!


Ini Go Card dia tp dia ada 4 types yg berbeza.Untuk card ni boleh access semua public transport dia.Pastu perjalanan dalam 90 minit tak perlu bayar lagi walau kau turun naik bus berlainan 10 kali.Hahaha!Tapi lebih dari jam tu,kena bayar untuk harga tiket yg baru.

Lately ni sejak I byk kena register itu ini,tetiba baru terasa susahnya nama panjang.Nama anak2 pun.Susah pulak nama panjang berjela ni.

Tapi untuk kad ni once beli takleh guna terus tp kena register dulu.I nak register td tapi tetiba error.Dah call centre dia,esok baru diorang update sebab diorang akan settlekan.Entah apa masalah taktau la.Jadi esok nampaknya kena byr pastu ambik tiket la.Terbang lagi $5.Dua kali lak tu jadi $10.Walhal kalau takde prob tadi I hanya perlu spend dlm $5 jer utk perjalanan hantar dan ambik Damia.

Huuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Dah la satu lagi hazaaaaaaaaaaaaaaaaaaabbbnya adalah kepanasan cuaca sekarang ni.Phew!Macam tadi I follow akak tu pergi ambik anak dia.Pastuh Damia beria nak ikut bila tau I nak naik bus.Tapi ibu mithali ini dah tau cuaca panas tapi tak bawak air masak untuk anak.

Memang panas cuacanya.Jadi tiap kali anak akak tu minum air,Damia pandang I mintak air.Gila kalau I pun haus,bebudak lagi la.Pastu pujuk dia suh sabar.Dah tak lama dah perjalanan nak sampai rumah.Nasib tak lama then sampai rumah cepat2 bagi air.Rasa bersalah pun ada tp at least pengajaran pada I supaya next time kalau nak keluar rumah tu be prepared sikit jgn duk nak lenggang kangkung jer sebab kita tu ada anak kecik.Nanti lagi la mana nak kendong anak,nak pimpin sorang,nak bwk stroller,nak naik bas.Pengsan.

Jadi malam ni dah standby bag yg bakal jd bag wajib yg perlu dibawak.Goodbye la designer beg apa semua sebab pasnih bag yg bakal I bawak adalah bag pack tu.Mcm2 boleh isi.Serious sejak duk sini,I dah tak peduli sgt dah dgn trend itu trend ini.Pakai baju pun janji selesa dan senang nk gerak.Masuk mall aritu I bawak bag pack jer.Segala mak nenek I isi.Bawak handbag skang rasa macam leceh la pulak.

Tapi kat sini apa yg I tgk td,bus sangat la mesra pengguna bg ibu2 yg bawak anak.Dia ada ruang khas utk org yg bwk stroller.Pastu bila nak turun bas kalau mcm susah nak turunkan stroller tu,driver dia akan bantu kita angkat stroller tu.Dan bus translink ni takde tangga so senang hokkey.Angkat sikit stroller tu then boleh tolak mcm biasa.Takyah nak angkut atau apa.Bus attendant takde.Direct berurusan dgn driver jer.

Hmmm........jadi itu jer la kot utk harini.Malam ni sblm masuk alam mimpi tu dah kena fikir esok bekal apa Damia nak kena bwk ke sekolah.Kindy ni parents kena prepare bekal.Bukan satu jer.Satu untuk TEA,satu untuk SNACK dan satu untuk LUNCH.Amik kau!

Kalau rutin harian biasa bangun jam 5 pagi prepare lunch suami,skang dah bertambah kerja sikit.Tapi takpelah janji I memang happy pun buat tu semua dan kalau I tak buat nak suruh siapa yang buatkan.Betul dak?Kikikiki!

Oklah.Bai.



My magic hands

Preparation untuk kindy Damia almost done cuma yang tinggal form jer tak settle lagi isi.Mak malas tang kena buat karangan pasal anak tu la.Bukan 1 or 2.Banyak jugak kot yang dia mintak.

Dan semalam kami berjaya jugak jumpa cadar untuk kindy dia.Susah gila tu nak jumpa sbb nak kena ikut ukuran size sekolah bagi.Bayangkan hari Sabtu tu dari Indooropily Mall,terjah Target takde,K Mart takde,petang tu pergi Toowong Village pulak ke K Mart sana tapi tetap takde.Nehi!

Dan hari Ahad tu tebal muka pergi tanya jiran sebelah rumah.Actually neighbour kami ni ada dua family dari Indonesia.Diorang belajar kat University Queensland tapi PHD diorang dah nak settle.Diorang ada anak sebaya Damia dan memang hantar sekolah yang sama cuma tak sama kelas dan hari yang berbeza.I mmg ikutkan nak tukarkan group Damia sama dengan anak2 diorang tapi suami tak bagi sbb hari Jumaat dia nak jemput sendiri Damia dari sekolah katanya.Tapi hari Jumaat jer la suami ambik Damia.Hari2 lain akak la kena hantar kena ambik naik BUS.Sajer highlight bus.Bertahun2 dah I tak naik bus.Kikikiki!Tapi nasib la bus sini stop depan rumah so takyah la nak menapak sangat.Dasar pemalas.

Jadi akak tu la yang cakap kain tu beli kat Indooropilly Centre.Kedainya nama Spotlight.Jadi terkocoh-kocoh la laki bini ke sana nasib tak jauh dari rumah.Actually first time ke sana dan rupanya situ adalah kedai jual segala mak nenek peralatan rumah dan juga peralatan nak jait menjait ni.Owh!Jatuh chenta kat kedai tu sbb kain2 yang dijual kat situ mmg cun2 la plus sangat la rare.Eh,citer pasal kain lak.Jadi pencarian kain untuk kindy tu tetap tak berjaya until I sendiri decide beli kain jer la pastu potong ikut ukuran.Senang cerita.Lepas gaduh laki bini,sebab suami berkeras nak ambik cadar baby cot tapi bini berkeras nak beli kain meter,jadi selepas 1,2 osom,I menang.Hahaha!

Jadi terus pilih kain mana berkenan.Tapi lepas beli baru perasan nampak sgt corak yg dipilih ikut taste mak,dan bukan taste anak.Hahaha!Tapi serious kedai ni I nak datang lagi.Cuma satu jer kurang berkenan sikit dgn kedai ni adalah staff yag tidak begitu membantu dan muka stok2 stress.Hahaha!Actually ada jer negative feedback dari customer yg I baca kat website.Sekali rupanya betul seh dan susunan barang dalam kedai teramat la semak dan tidak begitu tersusun.Berkali-kali I bersin kot.Phew!

Jadi bawak balik kain tu kat rumah,I pun potong ikut ukuran pastu mintak mak jaitkan kat tepi sbb taknak kasi bulu2 tu berselerakan.Kikiki!Tapi sekali kakak jiran sebelah offer mesin jahit dia.Tapi esok kot baru mak pergi.Alhamdulillah.Susah2 macam ni,ada jugak yg sudi hulurkan bantuan.

Jadi bila kain dah potong,ada pulak lebihan,tetiba dapat pulak idea nak mendeco atau make over balik lampu tidur suamiku yang sumpah huduh sangat sbb togel.Suami I tu bajet konon ada taste sangat dalam pilih brg,tp tgk la yang dia pilih.Punyalah banyak lampu tidur yg cantik bercorak2 dan murah tapi yang togel kosong ni jugak yang dipilih.

I dah lama perati lampu ni.Haritu masa mentol dia terbakar,laju jer I cakap nak lampu tidur baru.Terus terbayang lampu2 cantik kat mall.Tapi sekali.

"Lampu tu tak habis umur lagi cik kak.Salin mentol still leh pakai".Gitulah lebih kurang.Terus jiwa meruntun dum dum dum.

Jadi tadi bila suami balik kerja terus ajak pergi kedai Acai cari gam.Memula dia malas gak nak keluar sebab penat kot baru balik kerja.Tapi sebab bini masak mahveles sangat katanya,terus bawak I keluar cari gam.Hahaha!Semangat tu weh.Jadi jangan rosakkan semangat orang yang tengah menggunung tu sbb I ni pun ada penyakit hangat2 taik ayam.


Jadi ini lampu huduh yang togel tu.


Ini kain baki cadar kindy Damia.Comelkan corak dia?




Mestilah kelengkapan yang ada.Sebenarnya yg bahagian bawah I jahit guna jahitan jelujur ubi kalau tak silap.Eh lupa pulak.Maklum la dah tinggal sekolah berbelas tahun dah.Belajar menjahit pun zaman ambik ERT dulu.Jadi sepatutnya dalam gambar ni ada jarum dan benang.


Jadi usaha selama dua jam sebab rasanya ada dalam 18 kali kena stop sebab mandikan anak la,anak nak nenen la,anak besar nak susu la,anak nak tidur la,bapak pada anak panggil la,kira memacam la halangan hingga berjaya siap jugak benda alah ni.Tapi bila siap rasa bangga gila sebab hasil tangan sendiri walau jahitan huduh giler.Hahaha!


Jadi malam ni tidur dengan lampu tidur yang baru dapat baju baru.Santek tak?Kalau tak santek pun sila cakap santek jugak.Wahahahaha!~

Epik nissang dan gula melaka.Kikiki!~

Minggu lepas teringin nak makan kuih onde-onde.Cepat2 PM Sarah tanya dia kat mana ada jual gula melaka.Tapi memandangkan I is orang Terengganu,I memang lebih prefer nissang.Nissang ni lebih kurang gula melaka jugak cuma I lagi suka nissang la.Jangan google nissang sebab yang akan keluar adalah kenderaan model Nissan.Itu takleh makan.Itu untuk pandu.Hahaha!

Jadi haritu rajin la I duk google kuih2 tradisional Malaysia.Kecur liur beb duk tgk image kuih2 tu bagai.Lepas tu otak duk ligat la fikir kuih apa yang paling senang nak buat dan bahan2nya senang nak cari kat sini.

Mula2 sekali terfikir kuih bronok,Rasa mcm senang nak buat sbb biji sagu ada jual kat sini cuma prob dia tang kelapa tu la.Kelapa yg ada mmg sah2 coconut dessicated tu.Kalau nak kelapa sebiji kena beli kat Inala pastu satu kerja pulak kan nak cari menatang nak kukur kelapa tu.Kikikiki..Tapi Sarah ada bagi suggestion memandangkan NO CHOICE,jd nak bg kelapa tu mcm lembab sket ,dia suruh kukus dulu sekejap.Alahai!Banyak pulak procedurenya.Hahaha!

Pastu dari nak makan kuih bronok dah melarat ke nak makan segala mak nenek jenis kuih yang dibuat guna gula melaka or nissang.Haru T_T 

Sekali Sarah sebut kuih lopes.Tangan pulak gatal gi gooogle.Pastu mula la kecur liur.Arghh!

 Image:Google Search

Kuih lopes

Pastu tanya Sarah sini mana jual gula melaka.Sekali dia cakap rasa macam tak pernah jumpa.Owh man!Lepas tu I meroyan la sensorang mana nak carik gula melaka.

Dan rupanya ada untung gak FB ni bila sekali ada member update status nak ke Gold Coast.Memula macam tak ambik port sangat sebab duk bayang dia turun kat airport Gold Coast.Tapi sekali terbaca tentative program dia yang diorang akan turun kat Brisbane Airport.

Ting!


Tak tergambar betapa girangnya hati!

Actually dua orang kawan yang akan datang tapi memula text sorang dulu.Pastu dia cakap yes.Pastu sebab tamak,text lagi sorang.Hihihi!Dan dia pun cakap yes jugak.Owh gembiranya.

Tapi bukan semudah yang disangka hokkey.Memandangkan kedua2 kawan I tu adalah 1st time datang Aussie so diorang macam taktau sgt rules and regulation kat sini sebab lain negara lain law dia.Actually dua orang kawan I ni mmg biasa travel overseas cuma datang Aussie ni jer baru 1st time jadi bulat2 la diorang percaya yang all foods takleh masuk.Orang yang bagi tahu tu pulak tourist guide diorg selama diorang kat sini.

Actually yg I kirim tu bukan antara barang yg dilarang bawak masuk pun tapi I tetap la rasa cuak jugak pada yang membawa.Memula rasa bersalah jugak tapi bila diorang cakap ok,so I pun macam orait jer la.So kiranya kami pakat tawakkal la sebab andai nasib tak baik,ke tong sampah la brg tu.Kalau nasib baik,selamat la benda tu kat tangan I.

Tapi yang kelakarnya,semalaman I takleh tidur duk fikir psl brg tu la.Selamat dapat kat tangan or tak.Apa yg I fikir sangat adalah I takut diorang kena denda.Tapi memandangkan suami cakap kastam diorang akan bg pilihan,kalau buang tak kena denda tapi kalau kita nak jugak bwk masuk brg tu,so kena bayar la.Gitulah kekdahnya.Tapi yang I duk risau sangat tu sbb takut sangkut la pastu susahkan orang lain pulak.Dah la diorang dtg rombongan reramai.

Tapi serious nervous gila tadi waktu on my way ke airport.Nervous dia macam nak pergi ambik result exam.Hahaha!

Nak dijadikan cerita my friends ni naik Singapore Airlines dan akan sampai ke Brisbane around 10.45 am macam tu la.Ok.Kalau MAS,penerbangan adalah setiap hari tapi malam jer.So I mmg takde pengalaman naik flight ke Brisbane or balik Malaysia naik flight siang hari.Semua malam cuma kalau dari Malaysia ke Brisbane,naik pagi tp sampai jer dah nak malam.

Tapi siang tadi takde la crowded sgt kat airport sana sbb kat Aussie ni international punya penerbangan adalah separate building dengan domestic.Jd takde la sesak2 mcm airport kat tmpt kita.

Sampai jer airport I cari seat betul2 ngadap pintu ketibaan.Over betul.Hahaha!Jadi tercongok la kat situ tunggu.Tunggu punya tunggu akhirnya nampak la my friend.Jerit tau bila nampak dia.Sebenarnya campur perasaan sedih sekali kot sbb tetiba jumpa orang satu negeri.Muahahaha!

Kecoh gila I time tu.Pastu my friend keluarkan brg yg dikirim.Dia cakap lepas jer weh.Yeah!Kalau ikut mmg lepas pun tapi sbb kita rasa cuak itu yg buat risau sgt tu.Syukur alhamdulillah.Pastu eh nampak my friend sorang lagi.Ini lelaki pulak.Nampak gaya macam duk mencari-cari seseorang.I lettewww!Kikikiki!

Terus serbu dia.Hahaha!Then dia keluarkan barang yang kirim tu.Wallah!Seronok sgt.Lepas duk sembang kejap,ambik gambar,pastu rombongan diorang pun dah nak gerak ke Gold Coast,so I pun gerak la balik rumah dengan perasaan yang sungguh nyaman sekali.Kikikiki!



Balik rumah bukak bungkusan,hah,elok sangat sorang bagi nissang,sorang bagi gula melaka.Owh!

Tenkiu.Jasamu dikenang.Itulah bila dah rezeki.Pusing macam mana pun,sampai jugak ditangan.Alhamdulillah.Tapi kena jimat2 jugak takleh guna sampai habis.Kalau boleh nak simpan sikit untuk ramadhan nanti.Mesti time tu byk kuih-muih traditional nak bikin.Nak suruh pos ke Aussie kalau food payah sikit kalau by air.Kalau kargo makan bulan pulak plus rasanya nanti in May I berkemungkinan sebulan takde sini sebab kena pergi Perth.Karang kalau brg sampai I takde susah jugak plus Sarah tinggal berapa bulan jer lagi nak balik Malaysia bersalin.So takde orang dah nak mintak tolong.Geng2 student ada tp segan la weh!Sarah balik bulan April kot.Alahai takde geng nanti.Sedih!

Tapi hanya kerana nissang dan gula melaka ni la,satu hari I macam happy sangat.Mungkin ada yg cakap,hek eleh.Choi sangat takat benda cam tu nak seronok sangat.Hahaha!Tapi itulah yg I rasa nak buat lagu mana.Kakakaka!

Tapi I pun rasa nak cakap gak.Choi la sangat kau!Kakakaka!~


Big sister

Haritu duk belek2 folder tengok gambar lama-lama,sekali terpandang gambar Damia kat depan rumah di Springfield.

Bulat sangat dia waktu tu.Umur dalam 2 tahun kalau tak silap.Sajer jer la buat perbandingan 2012 dgn 2014.

Apa yang I nampak,dah big sister anak dara kita.Sekarang dah boleh diharap dah kalau nak mintak tolong apa2 cuma tang mulut mmg takleh blah.Macam makcik-makcik sangat.Rasa nak cubit2 mulut kecik tu.

Makin panjang akal,pandai bagi alasan.


Owh!Im missing posting pasal birthday celebration dia haritu.Tengok la kalau datang mood nak bercerita.Dah basi dah pun cerita tu.Hahaha!

Dan big sister ni bakal nak masuk kindy.Hari2 duk tanya bila nak hantar dia ke sekolah.Sabar la nak.Kindy sini bukan macam kindy kat tempat kita. Mak dalam dua minggu buat survey tau nak.Survey tu bukan survey apa,tapi survey carik yang paling murah. Tengok yuran kindy mau heart attack mak.Bayaran ikut semester ( 4 terms kalau tak silap dan satu term untuk 10 minggu ).Sekolah pulak 3 hari seminggu,pastu minggu seterusnya 2 hari.Means bukan hari2 la sekolah tapi bila fikirkan ni peluang nak bagi Damia exposed dengan dunia baru,kami decide hantar jugak.Nanti tak terkejut pulak dia bila masuk ke sekolah baru yg seterusnya mungkin bukan di Malaysia lagi kot tapi still dalam perancangan.

Maka berakhirlah pencarian cintaku kindy.Tadi I dengan suami dah mcm tak cukup masa berkejar.Suami sampai rumah dlm 12.30 pm,terus pergi kindy Damia.Pergi tu mmg confirm la bukan kejap2 sbb mesti ada sesi tour dan penerangan punya.Dah settle situ jam dah nak masuk jam 1 lebih kot.Suami nak pergi solat Jumaat pulak.Terkocoh-kocoh la balik pastu dia pergi solat Jumaat.Habis solat balik lunch dulu pastu berkejar pulak pergi klinik ada appointment Dian pulak.Harini suntik untuk pneumococal.Last week hep B sebab I tertinggal tak suntik time umur sebulan haritu.Pasal immunization ni nnt I blog pasal ni bila ada masa.

Berbalik cerita Damia,interesting jugak rupanya proses nak masuk kindy ni.Mmg jauh beza la dgn tempat kita.Tapi hampir sama dengan kindy Damia dulu iaitu 3Q Montessori.Playschool punya kindy dan kindy kat sini pun sama jugak konsepnya.So I harap Damia happy la.Dah settle register,by next week start class.Wish me luck!Hope tak ada la drama air mata.

On weekend - Target

Assalamualaikum,

Esok Valentine's Day.Oh specialnya hari esok bukan sebab nak celebrate ke apa (orang Islam takleh celebrate hokkey) tapi sebab tarikh esok la terpampang dimana-mana,berpusu-pusu katalog masuk sampai penuh post box kita,hahaha,ya ya ya...the magic word ting!! SALESSS!

Actually tak tunggu on special day jer nak SALES sbb rasanya after Christmas haritu SALES still on jer lagi sbb rata2 store yg I ukur (hehehe) kebanyakan mmg SALES.Masa sampai Brisbane haritu,esok tu terus ke DFO kat airport tu cari peralatan dapur,mmg 50%,60%,70% asal la tak 100% terus memang byk la.Meroyan jugak haritu cuma suami cakap byk2 instighfar jgn ikut perasaan.Hahaha!Byk masa lagi nak shopping.

Jadi kena listkan mana yg priority dulu.Itu kekdahnya.

On weekend,target kita adalah eh bukan.Sebenarnya pergi Target.Hehehe!Bukan target tahun 2014 apa yang nak capai bla bla bla.Ini Target Supermarket.Kikikiki!

Hidup sebagai surirumah tangga selain dari urus suami,urus anak,urus rumah,urus diri sendiri,part time job lain adalah belek catalog.Ini minat dulu kini dan selamanya.Just belek catalog pun kadang2 boleh membawa pada satu jangka masa yang agak lama.Ada macam baca newspaper pun yer.Hihihi.Kalaulah sikap fokus I baca katalog ni apply time baca buku masa study dulu confirm 4.00 result.Kikikiki!Tapi gitulah.Ah,barang yang lepas usah dikenang.Let's move on.Dan dan kau.

Kalau kat tempat kita katalog tebal ni jarang2 dapat yg selit dalam post box kat rumah.Biasanya hanya paper sekeping atau satu lipat dua.Biasanya kalau nak tebal2 tu kena sign up jd ahli dulu la atau amik direct kat store.Tapi kat sini,penuh post box disumbat dengan katalog.Dah jadi rutin I la p kutip katalog.Selain tu disebabkan takde kerja pastu rajin cari kerja,I sign up semua mana yg boleh jadi members.Sign up via online pastuh diorg akan post la card tu.Gitulah kekdahnya.Tak lama pun nak tunggu.Dalam seminggu,nanti sampai la.Jadi jangan cakap I tak busy.Busy hokkey.Hahaha!

Jadi bila terbelek katalog,nmpk la ada sales kat Target until 14  Feb eh bukan dilanjutkan until 19 Feb ke?Owh man!Jadi moh la ke Target.Mmg mencapai target la bila Target ada kat Indooropilly.Phew!Jadi jom kita pergi capai Target.Wakakaka!


Tapi ini just shopping untuk anak-anak jer dulu.Mementanglah SALES kan,beli 3 dapat rege untuk 2,pastu adalah yg the best price bagai,dibaginya plastik mcm ni jer hah.Suami bwk letak blakang bahu dah macam Santa Clause bawak present dah hakku tengok.


Hasil tangkapan baru satu store.Actually kalau kat area luar Target tu ada jer lagi baby store tapi suami say NO.Next time katanya.Isteri patuh mestilah cakap,"Baiklah".Solehah sangat.

Mau tak kena cakap stop,kalau tak menggila la isteri dah la haritu 3 hari straight pergi mall just beli brg2 dapur.Phew!Nasib brg2 rumah lain dah beli siap2 plus angkut balik dari rumah sewa lama.Kalau sekaligus nak beli mmg pengsan.

Eh.Ini just selingan jer.Dulu Damia stop BF waktu dia 1 tahun 11 bulan so time kami ada kat Brisbane last time dia dah tak BF so mmg I taktau pun fasiliti utk nursing pun mmg tetap ada walau pernah sekali kat Indooropilly Mall ni la depan mata hakku ada sorang perempuan mat salleh ni BF anak dia time naik eskalator tu.Takde cover hokkey.Selambak jer boleh nampak breast dia sebab dia selak macam tu jer.Memang mendapat pengudaraan yang baiklah.Memang sejuk jer la kan pakai main selak lagu tu.Kikikiki!

Jadi I is gelabah terlebih la berfikir apa takde nursing room ke?Dan as usual membuat spekulasi sendiri.Tapi haritu dan-dan jer habis shopping Dian nangis nak menyusu.Mengagau gak carik tempat.Seat kat ruang legar tu ada cuma I kena keluarkanlah nursing cover bagai tapi tetiba ting!Mata tertacap kat signboard nursing room.I pun lupa samada signboard dia tulisan or symbol.So terus la jengah.Memula try tolak pintu dia,eh,asal ketat sngt nih!!!Tapi sekali,zuppp!Hmmmmm.......Pintu auto la.Kejadah apa I nak tolak2.Phew!Nasib takde orang kat belakang.Cover malu.

Bila masuk jer,umanggg aiii.Besarnya dan teramatlah selesa.Ini bukan takat selesa nak BF jer ni.Tempat buat hilang lenguh kaki pun boleh ni.Kikikiki!Jadi kat tepi pintu ada sofa besar so I duduk la situ menyusu.Mata duk pandang kat ruang singki dia,bukan tempat cuci poo poo tau situ,tapi tempat nak minum air siap ada air sejuk air panas sekali microwave tu.Maybe utk orang yg bwk stok EBM kot.Kot la nak panaskan ke apa.Nak cuci poo poo anak ada toilet khas kat tepi dalam bilik tu jugak.Tmpt nak tukar diaper pun selesa kemain.Siap ada tv cerita cartoon.Pastu ngah duk melayan perasaan tu tetiba masuk seorang lelaki.Jeng jeng jeng!Straight je dia pergi kat mini pantry tu minum air.I is terkejut jugak cepat2 cover baju manalah tau takut ada terbukak ke apa.Rasa macam nak jugak cakap,eh,asal masuk sini.Ini tempat menyusu.Lelaki takleh masuk.Kikiki!Pastu dah minum dia keluar.Jd bila dah selesai BF Dian,I buat la lawatan tapak kejap.Sekali,dang!Tempat menyusu sebenarnya bukan kat sofa tu hokkey.Dia ada pulak satu private room yg pintunya dah siap2 cover dengan kain.Hello hakkak yg vijak,itulah sebenarnya tempat nak menyusu.Kat situ kalau nak tanggal baju pun takpe.Oooooo......sigh!

Jadi no wonder la lelaki tu selamba jer masuk tanpa rasa bersalah.Dan tempat nursing tu pun siap ada tv jugak kot la ibu yg ngah BF tu bosan.Amboiiiiii!Choi sangat!~


Haritu singgah mall kat Mt Ommoney,terjebak jugak kat Matchbox punya store.Kalau nak cuci mata tgk sini:: Matchbox.Memang meroyan jugak la I.

Ok bai!

Guyatt Park - Ferry

Transportation kat sini banyak pilihan.Pilih ajer nak guna yang mana.Strategik jugak rupanya kawasan rumah sewa baru ni.Bus tu tak kiralah mmg setiap area ada.Train station pun dekat jugak tapi harini nak cerita pasal naik ferry ke city.

Jadi haritu on weekend after asar,kami plan nak ke city iaitu ke South Bank dengan menaiki ferry.Memandangkan 1st time naik jd takleh nak bayangkan lagi keadaannya.Maka next time kalau pergi lagi boleh bawak basikal Damia sekali dan mesti dia seronok cycling kat area South Bank sana maklum la situ antara kawasan rekreasi yg agak popular la untuk orang sini.

Sebelum ni kalau ke sana kami biasanya naik kereta la.Parking agak mahal hokkey kat sana kecuali kalau bernasib baik dpt park kereta kat luar2 tu kira ok la tapi kalau pergi time weekend,kirim salam jer la.Memang ramai orang plus on weekend akan ada stall kecik2 kat sana yang menjual pelbagai barangan.I mmg dari dulu suka sini just dtg nak cuci2 mata tapi kalau every weekend dtg cuci mata bosan gak sbb kdg2 barang yg sama jer yang dijual.Tapi kdg2 bertukar jugak orang yang menjual tu.Tapi takat mana sangatkan kita nak membeli membelah.Kikiki.Cuma ada gak berkenan homemade dress for kids haritu,terjebak juga beli satu.


Ini pic kat Guyatt Park.Taman ni famous jugak bg komuniti Malaysia buat jualan makanan dihujung minggu dan jugak port berkumpul reramai.

Nak kesini tak jauh pun dari rumah.So park kereta sini dan moh la kita gerak ke jetty.


Jetty di Guyatt Park.


Inilah ferrynya.Besar hoi.Tempat duduk byk so jangan ribut-ribut nak berebut seat cuma tak tahan kalau tempat duduk kita tetiba ada datang duduk pastuh bawak anjing.Cabut lari please kalau taknak kena jilat free.Kikikiki!


Haritu kami stop kat South Bank.

Tiket lupa pulak berapa harga tp rasanya mcm dalam $5 per person.Within 2 hours kita naik untuk balik ke tempat asal dah takyah beli tiket baru.Lebih dari jam tu kena beli tiket baru rasanya.


Haish!Kalaulah bunga2 ini bertumbuh mekar didepan rumah.Alangkah santeknya.Ahoi!


Inilah port suami cakap datang cuci mata.Ciss sangat.Kolam renang besar siap dgn pasir pantai buatan yg menarik.Feeling2 di pantai la kononnya.


Lukisan tu semua perempuan tu lukis.Huhuhu!Berbakatnya dia.Nampak real pulak tu.


Antara stall yg ada tp rasanya dah pernah memblog psl nih.


Jalan2 pusing area ni sesambil layan telinga dengar live band.Sekali tu diorang nyanyi lagu Sweet Home Alabama dan mcm  biasa la I duk humming la sepanjang petang tu.Sekali malam tu kat rumah ada pulak cerita dia Sweet Home Alabama tu.Layankan jer la walau movie lama sbb mmg minat sangat dengan Reese Witherspoon.Lepas tu as usual beli churros,beli jagung rebus pastu beli pisang goreng versi OZ tp lupa pulak snap pic sbb rakus sgt dpt je terus makan tak henggat.Hahaha!

Haritu Damia nak swimming tapi memandangkan dia still selsema so I tak benarkan.Telan ailio jer la dia.


Dah dekat nak masuk jam 6 petang,kami pun gerak balik.Next time datang lagi kita angkut sekali dengan basikal.Mesti Damia happy giler.

So chow!Bai.

Resepi:Udang masak bersama asparagus

Assalamualaikum..

Pagi Isnin yang agak mendung.Bangkit awal sebab perut lapar sangat.Adeh!Semalam lunch and dinner hanyalah nasi dagang & pulut kuning,serious perut tak tahan beb.Nak jugak nasi putih tp nan ado.Dah ada dua nasi tu takkan nak masak lagi.Jadi harini bangkit pagi,perut lapar gigil.

As usual nothing special untuk harini cuma kepoochi sikit nak tahu sangat pengakhiran kisah Schapelle Corby yang akhirnya dibebaskan hari ini dari Penjara Kerobokan Bali dengan parol selepas 10 tahun dipenjarakan atas tuduhan menyeludup dadah.Mau tak mengikut perkembangan semasa,asal bukak tv jer cerita dia.Kalau taknak tgk dia,tutup tv.Hahaha!Tapi menarik jugak la kisah dia ni.Skang ni mmg famous la pasal dia ni tambah pulak family dia duk Brisbane ni haa kat Loganlea.Bunyi mcm dekat jer tapi setengah jam gak dari sini.

Cerita pasal bangkit pagi terus lapar tu,cepat2 ke dapur cari breakfast.Harini suami bekal roti jer pergi kerja sbb I bangun lambat.Penat sangat semalam g jalan-jalan kat Mt Ommaney Mall tp berwindow shopping jer la.Kau gila tiap minggu shopping.Hahaha!Simpan duit weh sbb bukan kami nak bermastautin pun kat Australia ni.Untuk mencari pengalaman hidup tinggal dinegara orang tu bolehlah.

Simple breakfast waffle + ice cream + banana + strawberry + grape pastu letak choclate yg cpt beku kalau tuang atas something yg berais tu.Ok.Mahveles.Kenyang juga rupanya walau makan mcm ni jer.Waffle tu I sapu dgn chocolate + macadamia nuts yg dihancurkan.Not so bad la rasanya.Damia pun suka.


Duk sini memang mewah dengan buah-buahan sebab teramatlah murah harganya.Kadang2 separuh rock melon yg manis boleh dapat pd harga 99 sen jer.Buah-buah lain pun sama.Walau dijual murah kualiti still ok.Kalau kat rumah ni pisang wajib.Semua suka makan pisang.Kikikiki.Dian sorang jer tak makan pisang sebab takde gigi lagi.Hahaha!Dan I memang tak risau kalau stock buah habis sebab ada store yang jual buah dan sayur fresh kat area rumah ni.Jd kalau nak exercise tu,p je jalan kaki beli.Sini jalan kaki tak terasa sgt bahang panasnya.Maklum la musim panas nak rentung kulit tu dah berlalu.Sekarang ni kalau panas pun,panas berangin dan cuaca selalu redup jer tapi jarang turun hujan.

Dah breakfast melepak kejap cari info psl kindy Damia.Owh man.Damia hari2 mintak hantarkan ke sekolah.I bkn taknak hantar,ayah dia keluar kerja awal.School dia start jam 8.45 am.Ayah keluar 6.30 am.Jadi tanggungjawab siapa nak kena hantar anak ke sekolah???Mestila I.Dan ada dua alternatif samada nak jalan kaki or naik bus.Bus mmg ada stop depan rumah cuma I taktau bus number berapa menuju ke area kindy dia.Nak jalan kaki sehala jauh 1.5 km.Kalau hantar balik,petang ambik pergi balik,biru aku.Kakakaka!Nak kendong adik lagi,nak tolak stroller dia lagi sbb masak sgt Damia tu confirm taknaknya jalan kaki.Jalan kat sini pulak bukan mcm jalan tempat kita.Meh nak tunjuk example.


Ni antara laluan kat area rumah la ni.Kau tgk jalan kalau lagu ni dah bukan biru muka,hijau pun boleh.


Tengahari kita layan adik manis ni kejap.Muka terkejut bila kita sua patung tu depan muka dia.Lama dia duk perati sampai menjejeh-jejeh air liur.

Adik manis ni sekarang ni tidur kejap2 jer dan tak tetap masa.Jd I takleh nak plan kalau nak do something tu.Jd nak senang,dia tdo jer cepat-cepat buat apa jer benda yg perlu dibuat.Takde schedule dah.Hantam sajer la.Sekarang dah pandai pilih orang.Nak melokat jer dengan I macam anak kanggaroo.Phew!

Bila jarum jam dah menginjak nak masuk jam 3,jom masuk dapur masak sebab ada lagi sejam suami nak balik.Jadi hari ni seperti yg diminta,pakcik tu nak makan asparagus.Actually I tak tau sgt nak masak apa dengan asparagus ni.Memandangkan I ni peminat chinese food jd pepandai la bikin ala-ala gitu janji sedap.

Suka masak style ni sebab mudah dan menepati selera.


Resepi:::

Udang (sini udang size gedabak-gedabak dan murah : ) .I suka potong belakang dulu dan buang urat color hitam tu)
I blend bawang besar,bawang putih,cili burung dan halia.Blend tak perlu sampai lumat sgt sbb kalau ada rasa sikit2 bahan2 yg tak lumat halus tu lagi sedap tau.

Pastu panas kuali letak minyak,tuang jer bahan yg kita blend td.Masak sampai bahan tu nmpk garing sikit.Bau dia memang menusuk kalbu la.This time I pakai 1 kiub ayam so no need la letak salt bagai.Dah cukup dah rasa dia.Pastu masuk udang goreng la kejap.Actually masak udang ni dia cepat je masak.Lastly masuk asparagus.Goreng kejap siap.

Asparagus ni I dah beli more than 2 weeks tau tp still ranggup.Harga pun murah jer.I sbnrnya risau takut batang dia jd lembik kalau tak masak cepat sbb time kat Malaysia mcm tu la.Selalunya dulu kalau beli asparagus nak kena masak within 2 days la paling lama.Kalau tak bila batang dia dah lembik,bila masak mmg tak sedap.Tak rangup dah.Dah la mahal kalau beli kat Giant.Tapi kat sini takde pulak jd macam tu.Kira ok la.

Maka siap la lauk for lunch.Lauk satu lagi kita masak lauk singgang.Itu lain kali la blog.Lauk fav dulu kini dan selamanya.Hahaha!Tapi singgang ni lain negeri lain cara masaknya.Jd itu yg boleh kita bezakan.Menarikkan?

Dan asparagus ni pulak selain dari masak goreng macam ni,masak celup tepung ala-ala tempura tu pun sedap jugak sebenarnya.Pendek kata memang sayur ni memang sedap la.Cubalah : )

Ok.Bai.

Hujung minggu

Hari Sabtu continue membuta after Subuh,maklum la Subuh kat sini awal around 4 am,jd nak tunggu jam 9  am rasa mcm lamanya.Isk isk isk.Suami pulak mmg on leave dari hari Jumaat sbb tak berapa sehat.So ingatkan dia nak rehat la hari Sabtu tu,tapi bila Dian jaga,rupanya dia dah bangkit dah.Awal gila bangun pastuh harini bagi chance la kat suami urus anak pulak.Serious nak tergelak tengok dari nak membasuh poo poo Dian hingga mandikan anak.Tapi kita tgk la dia mandikan sbb risau jugak sbb suami nampak mcm kekok sikit mandikan anak.Sampai part pakai diaper dan baju,ok harini tak failed bab choosing a right attire for his daughter.Hahaha!Sebelum ni asyik failed jer.Sebabnya adalah suka sangat pakaikan baju tidur kat anak walau siang hari.Stress mak.


Ini kira orait la sbb bukan baju tidur.Kikiki!Tapi stokin tak pakai.Hmm...lelaki.Tak complete jgk tp kira ok la.Ada jugak effort nak buat.

Jadi I kena la bangkit siapkan breakfast untuk suami.Ewah.Duk sini,leftover dinner or lunch hari sebelum kalau tak habis mmg tak buang tau.Itu kalau still layak disimpan la.Dan I rasa bagus pulak sikap gini jadi bolehlah elakkan pembaziran.Dulu kalau kat rumah sana,laju jer tgn nak buang baki makanan yg tak habis.Rasa bersalah pulak kalau ingat balik.

Sekarang bila hidup berhijrah tempat orang,dah tahu susah serba-serbi,pandai pulak adjust diri dengan situasi.Tapi doa I biarlah selamanya sentiasa besederhana.

Memang tak plan nak masak something pun sebenarnya for breakfast pagi tu sbb suami cakap orait jer makan apa yg ada.Lunch nanti baru kita bikin something yang dia request.

Jadi memandangkan kat dapur ada roti chapati (Mission) yang Sarah bagi semalam,so just masukkan dlm microwave lebih kurang seminit.Pastu panaskan balik curry daging baki lunch semalam,dannnnnnnnn ada lagi,baki sambal ayam nasi lemak breakfast semalam.Hambik kau.

Sekali semua orang makan hingga menjilat jari.Sedap la pulak lauk recyle mcm ni.Kikikiki!


We ate chapati with curry.No dhal hokkey.Tulis sangat pasal ni memalam,tetiba terbayang tandoori.Fuh!Nasib kat area rumah ni ada kedai jual yang halal so tak la makan hati jer tgk gambar.Esok p cari.Huhuhu!


Jadi for lunch suami nak makan lamb.I ni jenis nak senang jer.Mula2 perap dulu daging tu.Bahan perap adalah : Sos BBQ,osyter sos,sos cili,sos tomato,gula dan garam.Settle.Kikikiki!Senang oiii.Pastu gaul lamb tu,pastu perap kejap.This time I grilled jer lamb tu.Isi tak jd liat pun sbb kat sini rasanya diorang pakai daging muda kot.Mmg lembut.Grilled kejap jer dah masak.Cook until daging tu tender and juicy.Hamboi!

Pastuh extra rajin pulak buat coleslow dengan mash potato.Mash potato buat guna bahan2 yg janji ada jer.3 biji potato kupas kulit pastu rebus.Dah empuk blend dgn susu segar,garam sikit,black pepper sikit.Siap.Utk mash potato tuang gravy untuk daging tu.Makan mcm ni jer tapi kenyang sampai petang.Tapi dinner makan nasik.Mak kita buat gulai udang.Perghhh!Licin satu periuk tikus kepala hitam kerjakan.Kikiki!

Harini takde aktiviti sgt.Tak keluar jalan2.Keluar p kedai cari santan jer td kejap sbb esok mak  nak masak pulut kuning lagi.Yahooooo!Semalam suami ada beli ikan tongkol kat Inala after balik solat Jumaat.

Petang td p pusing2 taman bwk Dian.Damia naik basikal.Diam pulak si kenit ni dlm stroller.Seronok sgt agaknya hirup udara kat luar.Budak pun pandai rasa sesak asyik berkurung dlm rumah.Kikiki!Dah nak masuk jam 5,ada 3 orang student Malaysia datang rumah.Layan tetamu kejap ingat membawa ke maghrib tapi sekali time diorang balik tengok jam baru nak masuk kol 6.Sini 6.45 pm baru maghrib.Rasa panjang masa harini bila takde apa nak dibuat.

Ini dah nak turn off lappy dah ni.Esok nak bangkit awal ada tetamu nak datang breakfast sekali.Orait la.Selamat malam.Assalamualaikum! <3<3<3

Daun pandan

Small thing,big impact.Tu dia.Apa benda yang mcm serious sangat sangat tu?Kikikiki!

Alkisah daun pandan.

Bila tekak Melayu,kalau nak masak tak cukup satu bahan ibarat kerusi dipasang kurang satu skru.Makanya kerusi tu boleh jer guna cuma goyang-goyang jer la sikit.Hahaha!Jadi macam tu la I.Kalau masak kurang bahan ni,rasa mcm tak best.Tapi kalau desperate sgt,semua benda boleh pulak jadi best.Hahaha!

Harini nak cerita pasal daun pandan jer pun.Alah kassim.Daun pandan mmg sinonim dalam masakan Melayu.Kalau kat kampung,rata2 tiap2 rumah mesti ada tanam daun pandan.Bukan apa.Tak berbaloi oiii nak beli kat pasar or supermarket.Nak dipakainya sehelai dua jer,tp yg dijualnya berhelai2 kadang2 nak mintak ambik sikit,pening pulak pakcik tu nak reducekan harga.Hahaha!Jadi moralnya jangan seksa pakcik kat pasar tu.Kesian.

Lagi haru kita nak 2,3 helai jer,pakcik tu tak tergamak pulak nak letak harga,senyum kita sbb dpt free.Tapi kesian juga sbb dia berniaga.So jalan mudah,tanam sendiri belakang rumah.Daun pandan ni senang hidup.Tapi kalau rumah diibu kota sana,yang bertingkek-tingkek tu,mak takleh nak cakap apa la.Takde space kot nak tanam kecuali sumbat dlm pasu.Tapi terhad sikit la pembiakannya.Kikiki!

I bila masak nasik yang lain sikit dari plain rice yang kita duk melantak hari2 tu,misalnya nasi lemak,nasi minyak,nasi tomato,nasi ayam etc,mesti nak daun pandan.Even pulut kuning or nasi kunyit (panggilan bagi orang Terengganu),daun pandan tu dah macam wajib ada.Kalau takde mcm tak lengkap jer.

Tapi kalau nak masak nasi dagang,takde daun pandan takpe pulak.Tarra hal.Tp rasa macam mana ada orang letak daun pandan dlm nasi dagang.Kikikiki!

Dua minggu lepas ada sembang dengan Sarah pasal daun pandan.Daun pandan pun boleh jadi topik.Sarah cakap dia dah rendam daun pandan yg ada nmpk mcm akar sikit tu dengan harapan keluar la byk sikit akar then boleh tanam.Bila tanya agak2 bila nak keluar,katanya makan bulan gak kot.*Ok pengsan.

Jadi mungkin nak rezeki I jugak haritu,sewaktu ke Fresh Market kat Inala sana,sekali nampak ada orang jual daaa.Pada harga $15,tak fikir panjang,terus beli.Excited betul haritu.Esoknya terus bikin ini.Tapi mak kita la bikin.Kita tukang rasa.


Nasi kunyit gulai ikang aya (panggilan orang Terengganu) or Pulut Kuning gulai Ikan Tongkol.


Inilah dia pokok kesayangan.Suami baru alih dari pasu ke tanah.Nak bg tumbuh lagi besar coz kalau dalam palsu mcm terhad sgt pembesarannya nnt.Tanah kat rumah ni hitam.Cacing sekor2 kalau korek besar2 hoi.Geli mak.Terus bantut niat nak bercucuk-tanam.


Resepi:Spagetti Aglio e Olio

Dari semalam teringin nak makan mee goreng tapi takde mee kuning.Sarah ada beritahu tempat yang jual mee kuning halal cuma tak berkesempatan lagi nak pergi beli.

Tapi harini keinginan nak makan mee tu makin meluap-luap kalah orang mengidam.Hihihi!Satu2nya mee yang ada kat rumah ni adalah mee spagetti.Jadi belasah jer la janji boleh makan mee.Hahaha!

Tung tang tung tang didapur maka terhasil la Spagetti Aglio e Olio.Senang sangat nak bikin ni dan rasanya mmg sedap dan tak muak.

Jadi ini adalah resepi Spagetti Aglio e Olio my styles.Hahaha!

I guna capsicum (red and green) & fresh tomato semuanya potong dadu.Bawang putih (ketuk dan racik kecik-kecik),bawang holland (potong dadu),chilli kering.Nak lagi sedap chilli flakes dan daun parsley ditabur tapi kat rumah takde dua tu.Ok.Kita masuk dlm list barang yang nak dibeli nnt.This time I guna udang.Kalau nak guna ayam pun boleh.Bahan lain adalah seperti chicken stock tp I guna chicken kiub tu jer so no more salt hokkey.Chicken kiub tu dah cukup rasa dah.Balck peppers penambah rasa.

Jadi kita panaskan minyak (ada orang guna butter,ada guna olive oil or minyak biasa jer - bergantung ikut selera dan apa yg ada kat rumah).Tumis bawang putih + bawang holland + udang.Goreng kejap masukkan chicken kiub.Masukkan capsicum + tomato + chilli kering.Pastu masukkan spagetti then taburkan black peppers.Goreng la kejap pastu dah masak taburlah parsley dengan chilli flakes tu.Gaul bagi sebati.Siap.

I kalau bawang putih garing sikit rasa lagi mahveles.


I kalau masak ni suka jer tambah apa2 jer la misalnya chicken tenders ni.Ini jenama Steggles dan kat OZ ni,jenama ni adalah HALAL.Yang I guna ni sama macam kotak kat bawah ni.Chicken tenders with sweet chilli.Goreng dalam minyak dengan api perlahan,dah masak,toskan pastu potong2 (untuk mudah nak makan),then letak atas spagetti kita.Siap untuk dihidangkan.

Tak susah mana nak prepare masakan ni.Kejap jer dah siap dan perfect untuk lunch or dinner.Kenyang gak weh.Hihihihi.

Lagu tu la.Duk tempat orang,kena lebih kreatif.Ok.My lunch for today : )

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You