Mari bercucuk-tanam

I sangat suka dengan pokok.Suka tanam pokok tapiiiii................................I beli pokok tapi kena mintak orang lain yang tolong tanamkan.Boleh?

Kenapa jadi lagu itu.Hihihi!

Ini adalah kerana mak kita cakap tangan kita ni spesis panas kot.Tanam apa pun guna tangan kita pokok tu takleh nak survive.Jd satu kerja pulak nak bagi CPR kat pokok tu.

Bukan sekali tau,beberapa kali jugak la kita tanam,pokok tu pun menemui ajalnya.Tapi kalau beli pastu biar jer dlm pasu tanpa perlu dialihkan pada tanah,in sha allah hidup sehat dengan gembira pokok tu.

Jadi haritu singgah Sunday Market di Brisbane ni,banyak pulak pokok2 yg sinonim dengan tempat kita.Haritu I beli daun kesum (tapi versi Vietnam katanya bila daun dia kecil sikit tak mcm daun kesum kat tempat kita panjang runcing daunnya).Pastu suami nak pokok kari,dan I sempat ambik pokok daun kunyit.So semua dah basic dedaun yang selalu kita masukkan dalam masakan Malaysia.Daun pandan dah ada dah dan sekarang dah bercambah mekar.

Serai pun ada gak tanam dan dah nampak mcm bercambah dah.Good sign.Tapi as usual la semua tu bukan tgn I la yang menanam.

Then I ada jugak beli 3 jenis herbs iaitu parsley,thyme dan mint.Suami suka mint especially kalau letak kat dalam tea o panas dia.Mahveles katanya.

Jadi bila dah bawak balik semua pokok2 tu,hero kita la yang gigih tanam balik.Tapi herbs I suh biar je dlm pasu kecik tu.Herbs ni manja sikit.Kena jaga sikit la.Kena ada shades la bagai.Takleh expose matahari sgt.Katanya.Biasa I tgk orang sini letak kat tingkap dapur,tapi kat tingkap dapur rumah  I takde space.Huhuhu!


Hmmm....dan macam I pernah cakap dulu,bunga2 takleh request sbb suami cakap pokok takde hasil takyah tanam.Kejam betul.Hahaha!

Aihss!

2 comments:

SUwithlove said...

Best ada herbs garden..... Saya cuba buat tapi fail... Dah membesar cantik, bila cuti sekolah balik kg lama, habis semua kena makan ulat n insects... Berhari2 hilang selera makan sbb sedih.

rostina76 said...

wah, hebatnya kalau dpt tanam segala bahan masak @perantauan tu. hopefully kekal segar bugar & menyumbang hasil kepada tukang masaknya nanti. hehe

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You