Brisbane Market

Selamat berhujung minggu pada yang membaca blog I ni.Hehehe!Apa pengisian hujung minggu anda?Pengisian I entah la.Taktau dah nak isi apa.Rutin harian biasa dah bermula seperti biasa.Nak luar biasa sikit pergi kat laman.Pastuh bergaduh dengan ada binatang pengacau suka sepah laman orang.Nanti ada masa I blog pasal binatang tu.Kurang asam betul dia.

Jadi sebab tak mampu dah nak berkurung jer kat dalam rumah,harini terus ajak suami keluar.Keluar pun bukan kemana pun.Pergi pasar jer pun.Huhuhu!

Konsep sama macam pasar tani kat tempat kita dimana pasar ni hanya dibuka on weekend sahaja kalau tak silap la.Kalau salah sila betulkan.Kikikiki!


Maka jangan rosakkan hari yang indah ini.Jadi mari kita set GPS <<<buta jalan untuk ke Pasar Brisbane atau ikut omputehnya Brisbane Market.

Bila gerak jer kereta suami hulur handphone dia.Eh?Tak mintak lagi dah bagi.Nampak sangat suami yg dah masak perangai bini yang suka lenjan telefon sendiri pastuh batery habis dia lenjan handphone suami pulak.Siap suami cakap "Taknak amik gambar ke??"

Ok.Blog takde gambar adalah ibarat makan nasik takde sambal belacan.Kikikiki!Untuk I jer la.Jadi addict dulu kini dan selamanya adalah snap pic hinggakan dari gambar paling best hingga gambar paling bosan semua nak amik termasuk gambar jambatan ni pun nak ambik.Hahaha!Tapi takpelah.Kalau gambar tak professional pun at least gambar sendiri dan bukan ambik orang lain punya pastu claim sendiri punya.Nak ambik orang punya boleh tp sila credit pada tuan empunya.Itulah kekdahnya.

Nak  ke Brisbane Market ni dari rumah tak jauh mana pun.Dan harini kami berkonvoi dengan kawan kami disini.Memang kawan dari mula2 suami kena datang sini.Kawan yang sama-sama susah dan senang selama kat sini.Moga ukhwah ini terjalin erat selamanya.In sha Allah.


Kalau ikutkan malam semalam dah buat list nak beli apa tapi dah tengok mak abah kita yang tersangat excited bila pandang sayur-sayuran dan buah-buahan yang fresh,diorang mmg rambang mata.So kita biarkan jer la diorang pilih apa yang diorang nak sebab mak kita jugak chef kat rumah ni buat masa ni.Opss!

Kat sini bingit jugak suara penjual jerit nak tarik customer.Ada sekali tu I nak beli cherry.Dah tgk harga $17 / kg.Tapi cherry dia tak la elok sgt sbb ada yg pecah2.So malas la nak beli sbb ingat nak tgk tmpt lain.Sekali I baru jer beredar,yg penjual tu jerit cherry $2 / kg,dan-dan time tu habis orang serbu.Terkejut weh.Hahaha!Time aku duk situ taknak pulak bg diskaun.Hahaha!


Dian lena tidur so tak ganggu proses nak membeli-belah tu sbb takde orang yang mintak nak BF.Kikiki!Lena betul tidurnya setelah 3 hari tak cukup tidur sebab selsema.Selsema kat sini sekali kena mmg agak teruk nak sembuhnya.Dah pergi klinik haritu dan doctor pun cakap takde apa yg perlu risau sbb mungkin selsemanya disebabkan perubahan cuaca.


Kat sini jual beraneka buah zaitun.I ni memang suka buah zaitun dan selalu beli yang dah dijeruk dalam botol tu.Tapi kat sini yang dah dijeruk dan disumbat something dekat antara biji yang dah dibuang tu adalah sgt variety.Ada yg diisi dengan kacang.Nak try tp fikir banyak kali end up tak beli pun.Buah zaitun ni sangat sedap kalau masuk dalam salad.Tapi I kadang2 suka makan dgn nasi.Ala2 ulam la.Ini kerana I mmg suka jeruk bawang putih so buah zaitun jeruk tu rasanya macam lebih kurang jer so mmg suka sangat la : ) Suka something yang rasa kuat macam tu.


Pusing2 kat pasar tu tertarik jugak tgk pokok dan ingat nak la cari satu dua pokok balik tanam kat depan rumah tapi kebanyakannya pokok hiasan.Keciwa!


Damia yang happy jer sebab harini ada Kakak Sarah yang rajin melayan : )


Tertarik nak tanam ni.Ini satu pokok $5 jer tapi suami cakap takyah la sbb takde hasil.Kalau ada pokok curry ok.Hmmmm....

Semua nak hasil.Nanti aku tanam pokok durian baru tau.Tanam depan rumah.Hahahaha!


Ayahanda garu ketiak while bonda snap pic nak tunjuk baby Dian yang lena tau tidur dalam pouch.Walau pouch kita ni agak besar tp orait la jugak at least sebab besar tu la I boleh BF sambil shopping tau tanpa menampakkan aurat didada.Kikikiki!


Beli ni kat stall yg jual turkish bread.Bread ni ada salami,cheese dan ada rasa garlic sket.Sedap jugak la
Ok dah penat beli barang walhal I penat kendong Dian sebenarnya.Jadi cari stall yang halal untuk isi perut sebelum ke next destination iaitu ke Springfield (rumah sewa lama) sebab abah kita nak cari alatan memancing.Suami cakap Springfield makin maju skang sbb dah byk tambah bangunan.Dulu time I ada sana sekejapan dulu,mall yang ada dan paling dekat dgn rumah adalah kat Orion tu jer.Dan skang dah ada KFC.Hihihihi!Pencapaian jugak ker tu?Hahaha!

Makan-makan sambil layan perasaan.Kat depan sana kalau nampak suami ngah beli juice.Diorg just jual orange juice yg mmg 100% dari buah takde campur apa.Sedap.

Pic sebelah Sarah dan suami ngah beli turkish bread.Lepas makan-makan,dah bosan lepak kami pun gerak walhal gerai dah nak tutup.Hahaha!Pasar ni around 12 mcm tu diorang start la berkemas.Jadi lepas tu kami pun gerak la ke Springfield pulak.Motif kesana,abah nak cari alat memancing ada orang kirim.Hamboih!

Jadi itu jer la cerita hari Sabtu kami.Peace yo!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You