Menikmati permandangan sungai yang tenang sambil melayan itik kelaparan.
Ada nampak tak ada sekor itik kat dalam gambar ni?
Pemandangan dari atas boat.Boat dia besar.Pilih duduk depan sebab busuk hati takmau ada halangan kalau nak snap gambar.Kikikiki!
Dan dari naik boat,aktiviti terakhir kita dibawa naik train yang sungguh la kecik.Kita akan dibawa pusing2 kawasan kat situ dlm 15 minit kot dengan menaiki choo choo train ini.Hihihi!
Tiap kali tgk mesti nak gelak sorang2.
Pakcik ni dengan anak dia naik sampai dua kali.Had fun sangat agaknya.Kikikiki!
Lepas tu naik train besar tu semula dan kita dibawa ke check point pertama td semula.Jadi dah nampak kedai ni,jom la masuk.
Banyak gak barang yang dijual.Hampir terjebak gak nak membeli tp fikir panjang,hmmm,takyah la.Just ambik fridge magnet kenang-kenangan dengan makan ice cream jer.
Masuk sini ingat nak beli buah jugak tp bila tgk kebanyakan buah yang dijual adalah sama jer yg dijual kat ada satu kedai kat area rumah jugak,so padamkan jer la hasrat.Beli banyak2 kalau tak makan semua membazir juga.Buah-buahan pulak bkn boleh simpan lelama.
Cuci-cuci mata jer la sambil mengalir air mata sebab rambutan kat sini dijual pada harga $1 sebijik.Bukan sekilo hokkey T_T .Terus rindu kampung sendiri.Kat kampung sampai tak habis makan weh setiap kali musim.
Jom la layan vanila ice cream dicampur mixed berries pilihan I.Sedap woooo.Banyak pilihan buah-buahan lain tp kalau takat mostly buah-buahan kat tmpt sendiri pun ada,so pilih la berries yg takde kat tempat kita.
Suami pulak order banana split.Inipun selesai jugak.Kuat betul mak makan.
Last sekali,pic bdk bahagia dapat ice cream.So lepas makan ice cream,pergi ke kereta,sbb lapar sgt dah perut,bukak bekal kat situ jugak.So makan la kami kat situ jer.Dah makan,terus ke Harbour Town untuk solat,pastu terus balik Brisbane.Nak shopping lagi takde makna sbb jam dah nak masuk jam 5,kedai2 dah start tutup dah.So memang singgah sbb nak solat semata.
No comments:
Post a Comment