Kek Coklat + Kindy + Nasi Minyak
Boleh macam ni?
Hahaha!
Pagi tadi mintak suami hantarkan kami bertiga ke rumah Sarah.Motif adalah,harini 1st day Damia masuk kindy.Alhamdulillah dia langsung tak nangis.After I serahkan borang yang dah siap diisi kat teacher dia,I pun duduk la kat sebelah dia tapi selamba Damia tanya I ,"Bonda buat apa lagi kat sini?Pergilah balik".Hamboi!Hamboi!Hamboi!
Bangun awal harini prepared lunch untuk suami dan juga TEA + SNACK + LUNCH for Damia.Settle semua hal,angkat Dian,kejutkan Damia (dua2 tak mandi) terus kerumah Sarah suami hantar.Actually rumah Sarah dekat sangat dengan State School dan kindy Damia so planned harini nak lepak rumah dia.Sampai kat depan pintu rumah dia tgk jam baru 6.10 pagi tapi suasana dah terang-benderang macam jam 8 pagi.Sekarang memang siang panjang.Phew!Gila awal.Sarah bikin nasi goreng for breakfast.Sedap.Lepak2 jap,nak masuk jam 8,mandikan my kiddos yg busuk tu.
Jadi harini Sarah willing temankan I ke kindy so time I berurusan dengan teacher Damia,Sarah pegang si boolat Dian.I risau Damia nangis so I tunggu la dalam 2 jam jugak dan memang dibenarkan mana2 parents yg nak tunggu anak dia.Bila masuk time for TEA,nampak Damia selamba duduk dengan kawan2 makan cookies.Sikit tak heran pun dengan I.Dia jeling2 macam tu jer so I pun rasa macam dah puas hati,tinggalkan jer la dia so gerak balik rumah Sarah balik.
Bila sampai rumah duk la sembang ngan Sarah cakap pasal baking dan rasa macam teringin pulak nak makan kek coklat.Sarah apa lagi.Terus offer suh baking jer kat rumah dia.Sekali I tengok dia ada complete set untuk baking sekali dgn ingredient semua so dengan menggunakan resepi hantam sajalah,I berjaya la buat sebiji kek coklat desperado namanya.Hihihihi!Ropanya huduh tapi at least puas hatilah sbb dapat makan jugak.
Kek pertama yang I buat sejak duk sini : (
Lepas masak cake,Sarah nak masak nasi ayam tapi sekali halia pulak tak cukup.Jadi memandangkan I dah bukak satu tin susu cair just utk bikin cake ni,jadi ada berbaki lagi susu tu,so I volunteer nak masakkan nasi minyak.So harini kami lunch nasi minyak ayam merah.Alhamdulillah.
Lepas tu dalam jam 2.30 ptg,pergi ambil Damia kat kindy.Around 4 ptg suami pun datang jemput tapi mmg penat betul la harini ke hulu ke hilir.Tapi takpe la.1st day memang kelam-kelibut dan by tomorrow I pergi hantar Damia naik bus.Ptgnya ayahanda jemput.So esok I ada banyak masa nak berehat dan Jumaat suami akan pulang awal untuk solat Jumaat so dia awal2 cakap taknak bwk lunch sbb nak lunch kat rumah jer.Kat sini tiada halangan beragama dan dilarang sama sekali menghalang rutin agama orang lain.Dan sebab itulah boss suami tu faham hari Jumaat adalah solat Jumaat bg lelaki yang beragama Islam so diorang bagi perlepasan pulang lebih awal.
Owh I love Friday.
So salam Jumaat in advanced untuk semua :)
No comments:
Post a Comment