Stuffed Capsicum

Hidup kita ni akan lebih bahagia kalau kita avoid drama.Hahaha.Ni bukan maksud suh avoid tgk drama tv whatsoever.Ngeee!Ini drama kehidupan.Kalau boleh elak kita elak tapi kalau takleh elak sangat,hadapilah dengah berhemah.Amboi mcm pesanan suh memandulah dengan berhati-hati.Ingatlah orang yang tersayang.

Lately I perasan bila I cuba jauhkan diri dari terjebak ngan drama2 kehidupan ni,I rasa kehidupan I pun mcm seronok jer.Tapi drama2 ni pun bukanlah yang buruk sangat pun.Drama biasa2 je.Ala-ala drama jam 7 petang.Hihihi!Seingat I drama yg paling hebat I pernah hadapi adalah drama dua tahun lepas.Drama dengan budak2 baru nak mumayyiz.

Ok.Kita lupakan la hal tu.Umur dah 3 series ni buat cara 3 series.Takyah la nak terjebak lagi dengan orang2 yang tak tahu nak menghargai ni walau kita bukan nak suh bayar dengan wang ringgit pun.Just nak sedikit rasa hormat je tapi kalau parents diorang lupa nak ajar,harap diorang dapat la belajar sendiri nanti.Esok2 dah panjang langkah pergi dunia luar,jumpa lagi dengan 1001 mcm jenis orang,kau tahu la masa tu.Perumpamaan what u give u get back tu bukan sesuka hati je orang buat.Hehehe!Itulah yg nak diberitahu dalam hidup ni kalau buruk persepsi kita pada orang,kita kena ingat orang lain pun boleh beranggapan buruk jugak pada kita.Dan setiap kejahatan yang kita bagi pada orang,kita kena ingat la kejahatan tu mungkin akan balik semula pada kita.Cuma lambat dengan cepat jer.

Tapi dua minggu lepas abah ada cakap pada I.Kata Abah"Kadang2 dalam hidup ni satu benda kau kena belajar iaitu jangan cepat menilai seseorang itu BAIK ketika dia hidup susah".Ini sebab kata abah I kadang2 seseorang ni dia boleh jadi sangat baik waktu dia susah tp ketika dia diberi kesenangan tetiba dia jadi sombong.Itu yang orang cakap kesenangan yang tuhan bagi kadang2 juga merupakan ujian bagi kita.DIA nak tengok mcm mana kita handle keadaan tu.Tapi ada jugak orang susah yang baik,dan bila dia hidup senang,sifat baik tu masih kekal padanya.

Dan situasi lain pulak,bila seseorang tu hidup susah tapi sombong.Ini lagi kritikal jadi kita kena beringat.Dah la susah,sombong pulak,Kalau dah senang nanti,wallahuallam.

Setelah apa yang I pernah alami,yang I buat hanyalah mohon padaNYA agar dijauhkan diri dari jumpa lagi dengan orang2 mcm ni.Ini mmg serik punya pasal la ni.Serious serik yg teramat sangat.Dan alhamdulillah la kehidupan kini dilalui dengan lebih tenang.

Ok kita lupakan kisah duka nestapa tu.Kenapa nak menangis kalau kita tahu pasti ada pelangi selepas hujan.Hamboih! 

Jadi harini hari Jumaat yang penuh barakah,marilah kita memanfaatkannya dengan sebaik2nya.Dan selalunya every Friday,I suka masak something special sikit.Special maksud dia makanan yang lain sikit la dari biasa.

Lauk biasa,singgang,ikang goreng cicoh budu.Lauk luar biasa,western food.

Kalau omputess,lauk biasa,makanan dia la.Lauk luar biasa,singgang,ikang goreng cicoh budu.Kahkahkah!

Tapikan semalam emak kita masak ikan kerapu tiga rasa cuma lately tak tau kenapa selera mcm tak berapa nk geng sangat dengan Thai Cuisine ni.Ewah!Dia mcm nak western jer.Ni bkn sbb kes duk overseas asyik mkn western je sebab time duk sana la pulun masak makanan ibunda pastu bila balik Malaysia dia mcm mabuk pulak tgk makanan ibunda pastu dia nak makan makanan stok2 orang bermata bitu puleksss.Kikikiki.

Tapi semalam "Stuffed Capsicum" yang paling menambat hati.Cerita pasal lada benggala ni I ni bkn suka sangat sebenarnya tap suka beli taktau kenapa.Mungkin sbb variasi color dia tu kot iaitu kuning,hijau dan merah.Kalau kat rumah mmg ini antara sayur yg mesti ada dlm peti es.Selain dari letak dlm sayur campur,sodap jugak bila tabur atas pizza atau letak dlm pasta aglio olio.Tapi kalau makan mentah?Big no la sbb tak tahan rasa dia yg agak "maung".Ewwww!

Dan semalam I cuba godek recipe mcm mana nak masak stuffed capsicum ni.Dan memang wallah la rasanya.Siapa sangka capsicum yg dibakar dlm oven menghasilkan satu tekstur rasa yg sangat sedap.Tetibe jadi food critics.Krik!Krik!Krik!

Tapikan semalam kita ada bikin lasagna jadi yang diisi kat dalam capsicum tu kita guna sos merah yang nak digunakan untuk lasagna.Sos merah lasagna kita semalam I guna sos spagetti tumis dengan bawang putih dan merah.Mushroom takde so I ganti dengan sosej.Lepas tu campur sikit dengan sos cili dan sedikit garam.

Lepas isi penuh perut capsicum tu,I tabur dengan mozarella cheese pastu sprinkle dengan thyme dan rosemary.I suka bau dua herbs ni tapi kalau ada yg tak suka jangan diletak sbb tak jejas rasa pun.Ada orang akan letak sikit olive oil tp kat rumah ni habis stok pulak olive oil.

Bake pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau agak2 dah masak la.Dinikmati panas2 dan ngap je sekaligus.Rasa capsicum tu very juicy dan sangat la nice rasanya.Wallah.Mesti cuba lagi untuk akan datang maksudnya bila datang mood rajin tu la.Kena seru lebih la ni nampak gayanya,Hihihi!



Stuffed Capsicum

Masakan ni pun agak popular bagi mereka yg vegetarian.Banyak versi cara masak bila ada juga yg letak rempah kari bagai.Ikut kesesuaian dan selera memasing.


Semalam pun kita ada buat pizza.Itupun sbb nak habiskan cheese yang ada.Tapi I buat pizza sosej sajork sbb itu jer yg ada dlm peti es.Dari segi penyampaian,hiasan mmg failed.


Dan yg last I buat adalah lasagna.Snap sebelum je.Pic selepas tak sempat snap.Diorang kerjakan mcm piranha daaaa.Within 30 minutes kot selesai satu ni.

Jadi itulah ceritanya.Sekian.

Happy Birthday Soraya

"I am turning 1 today"

Happy Birthday to my daughter DS.

Throwback one year ago,emak kamu ini terkedek-kedek pusing hypermarket Giant walau time tu dah rasa contraction every 30 minutes.

Jam 6 petang serah diri kat hospital.Hahaha!

7 malam get ready masuk labor room.Tangan tak lepas dengan Ipad dan handphone sebab sibuk online sambil tahan sakit contraction.Style betul la orang zaman sekarang nak bersalin.

Tapi kali ni bernasib baik lagi sebab malam tu emak sorang je yang nak bersalin jadi semua orang macam fokus pada emak je.Siap ada nurse tolong gosok2,urut2 badan kita.Hehehe.Siap nurse tu kena layan sembang ngan emak.Thank u nurse.

Ayah awak pulak sampai ke sudah taknak letak telefon maklum la PJJ,sorang kat Australia sorang kat Malaysia.Baru terfikir asal tak Skype je masa awak lahir tu dengan ayah awak.Muahaha.Melampau.

Dan sampai la masa doctor cakap "Umi boleh bagi Ipad dengan handphone kat nurse sekarang".Hahaha

Tak sempat tunggu atok dan umi,emak bersalinkan awak lebih kurang jam 8.30 malam selepas Isyak.

Kalau siapa ingat lagi memang ada emak update status LIVE dari katil labor room.Lintas langsung tu.Hehehehe.Tapi jangan la marah emak cakap melampau sangat mementang la zaman komunikasi tanpa sempadan.

Nak buat lagu mana.Dah la bersalin sorang2 takde sorang pun family sempat temankan sebab proses kelahiran awak tu memang cepat sangat.Syukur alhamdulillah.Sebab nak kill the time la emak online sambil doctor buat epi *Face palm

Eh!Panjang pulak karangan emak.Apapun harapan emak moga awak membesar jadi anak yang solehah.Walau tulis panjang ni pun,bukan awak baca tapi emak tulis ni untuk bapak awak baca dan kawan2 emak baca itu pun kalau diorang rasa nak baca la.Kahkahkah!

Emak takde kelas harini.Jadi harini emak nak bagi hadiah special pada awak iaitu cucuk vaksin untuk umur setahun.Jom kita gi klinik sekarang.Hehehehe! (Gelak jahat)




Sensitif tak bertempat

Hamboi tajuk entry boleh bikin kontroversi uollsss.

Ni I nak ceghita la sikit pasal orang2 kita yang bajet good-good (ramai sangat orang duk guna skang ayat ni.Hikhikhik!I pun nk guna gak la.Kata mengikut arus semasa).

Ceghitanya mcm ni.Ada la satu group di FB ni I join so I post status lps ternampak naik satu newsfeed pasal seorang personaliti tv ni.Jadi kat artikel tu duk ceghita pasal personaliti ni selamat bersalin anak kembar tapi seorang c-set seorang normal.Jadi I ni tetiba jadi Mak Jemah pulak menonong-nonong pergi la post kat group tu tapinya takde la nak duk bergosip pasal personaliti tv tu cuma I letak la artikel yg tak tau kesahihan ceghita tu pastu I siap2 buat disclaimer lagi yg nk bincang ni bkn psl org tu tp cara bersalin dia lagu tu.Dua2 rasa ok.Bersalin secara normal dan c-sect.

Topik yang nak I diskusi tu pulak yg I duk higlightkan adalah "Mcm mana agaknya rasa pengalaman bersalin dua method sekaligus.Bersalin normal dan c-sect.Share pengalaman pada sesiapa yg pernah dan cara berpantang".Maka berduyun la LIKEs then ada la yg komen.Memula komen OK lagi pastu ada la yg ckp pernah jumpa or pernah terbaca pengalaman orang (I assume ni semua orang yg faham soalan) until masuk la dua hamba Allah yg tetiba entah hape2 cakap I ni mcm nak kutuk personaliti tu.Siap tag nama member wess.Hahaha!

I pun macam,aik??Dia ni kenapa?

Siap cakap kat I bagi la peluang personaliti tu berpantang dengan aman (ada aku pi terjah rumah personaliti tv tu ke????) dan berita tu tak betul pun katanya.Siap ckp personaliti tv tu bersalin mcm biasa dan kalau betul I tumpang happy la.

I macam apa ke hal pulak makcik ni?I dah awal2 put disclaimer yg mengatakan I taktau kesahihan berita tu dan we don't want to talk about that person sebenarnya.I just guna article tu as an example je tapi dia tetiba nak marah2 siap suh I delete that post then post balik.I rasa mcm dia ni mcm terlebih sudu dari kuah.Dah la bukan admin page jauh sekali mak personaliti tv tu pun dan I sikit pun tak rasa yg post tu ada niat provoke ke atau offensive.Takde.Nehi.Mcm la kita taktau tau personaliti tv tu.Satu universiti pastu ayah dia satu tempat kerja dulu ngan ayah kita.Ni sajer la nak citer.Hikhok!

I cakap la kat dia maybe your pemahaman tu lain.Pastu dia reply dia cakap I understand your intention bla bla bla malas aku layan.Banyak la typenya tapi.

Point sekarang ni perempuan ni apehal?Kalau saudara mara sekalipun,kat post tu takde pun kutuk personaliti tv tu.Lepas tu udah public figure mmg la kdg2 org jadikan contoh.Phew!Nasib baik Bill Gates punya saudara mara takde attend ceramah motivasi kat Malaysia ni.Sbb banyak kali panel guna nama dia sebagai contoh drop off universiti tp boleh jd kaya raya sbb bjiak.Ngeeee!See?Ada yg nk butthurt tetibe?Sila angkat tgn.Dah org glemer,cpt la org nk guna nama dia sbg contoh.

Tapi I serious rasa annoying dan once dia ckp please delete that post (dia bkn admin pun.Follower mcm I) pastu dia ada ckp u post blk la but remove the article plus news tu pun dari page hiburan yg ntah hapa2 katanya dan dia wondering mcm mana la orang boleh percaya dengan news sampah mcm tu bla bla bla malas aku layan untuk kali kedua.Muahahahaha!Siap diskusi ngan kwn dia yg tak tahan tu.Hmmm....makcik tolong la simpan sikit bangang tu.Makcik ni macam tak biasa dunia informasi tanpa sempadan.

Makcik oi makcik.Tak faham ke orang letak Example.Haish!

Ok la.Ni mcm nak point I baca blog sampah la ni yer.Takpe la.Udah kamu berdua orang good-good jer kan.Kita ni orang tak good-good.Tak sensitif.Miahahaha!

Tapi I berani jamin orang mcm ni kalau la satu kelas Ethics ngan I kat universiti dulu mesti dah bertumbuk sbb time tu kitorang everytime nak present kena cari case study dulu dan I punya group punya case study suka ambik case yg belum settle kat court tp my lecturer cakap tak salah nak diskusi just untuk tujuan belajar.Yer la kalau case study ambik dari kronologi cerita cedok dari surat khabar jugakkan.Eh ke pada diorang kalau surat khabar tu WAJIB berita betul pastu mcm blog2 ni sampah.Ok ok.Orang good-good.

Tapi apapun I rasa mcm entah hape2 la tetiba nak butthurt sedangkan I already put disclaimer.Nak cakap tak faham,reply comment in English ok.I jer kemut-kemut balas ikut bahasa Melayu.Takpe la.I time ada kat Australia dah rasa tergeliat lidah sangat dah duk speaking tapi time jumpa orang kampung sendiri kat Brisbane habis keluar bahasa gannu dia tu.Phew!Lega rasa.Muahahaha!Baru rasa lidah straight balik.Kikikiki!Kita ni orang kampung.Baca pulak blog sampah.Katanyaaaaaaaaaaaa.

Dan sama jugak orang yg memilih untuk jadi public figure wajib la ada peminat dan pada masa yg sama ada haters.Dah kau pilih nak jadi public figure kan.Dan memang setiap apa yg berlaku dlm hidup kau sedikit sebanyak orang bercakap.Kalau taknak orang bercakap,pilih la untuk jadi rakyat marhaen.

Tapi kat sini,perkara sebaliknya berlaku bila si public figure tu takde apa-apa pun tapi orang yg takde kena mengena ni yang lebih2.Dan yang takde kena mengena ni pulak kalau la pendidikan tahap universiti,mesti time kuliah dia tidur sbb mcm tak biasa orang keluarkan contoh ( mcm nak jadikan case study ) then kita pun diskusi tak kisah la dari sudut nak cari pro or contra,atau nak discuss pasal SWOT analysis ke (tetiba masuk Marketing).Hahahaha!

Jadi macam tu la citer dia.Kita kalau nak berinteraksi dalam social media ni,sila kurangkan sikit sifat cepat nak butthurt pada orang lepas tu sebelum nak buat amukan tu,baca dan faham bebetul dulu apa isi cerita yg orang nak sampaikan.Ini x.Baca sekilas pandang terus nak serang.Lain kali lepas baca tarik nafas dulu,pastu hembus.Tarik lagi,pastu hembus.Lepas tu lari setempat.Kikikiki.

Tapi kebanyakan kita yg nak jd keyboard warrior ni,kdg2 tgk gambar je,isi cerita tak baca pun pastu jump to the conclusion.Lagi teruk ada jugak artikel penuh tak baca tapi just baca tajuk je tapi tetap nak jump to the conclusion jugak.Itu yg keluar comment tak masuk dek akal tu.Isk isk isk!

Dan baru teringat satu post I kat FB.

Sebiji pisang buruk,
Kalau pandang dari sudut buruk layak masuk tong sampah jer,
Tapi kalau pandang dari sudut baik,
Buang bahagian yang buruk bolehlah dimakan atau dibuat cekodok,
Pun sodap!

Maksudnya kalau kita asyik pandang buruk je setiap sesuatu tu maka buruk la jadinya tapi kalau sesuatu yg nampak buruk tapi kita pandang dari sudut baik,maka jd baik la sesuatu tu.Silap2 dapat bg kebaikan pada kita.

Dan sama jgk pada makcik td.Udah 1st impression tu dah negatif itu yg jadi gegata tu.Cuba ambik dari sudut positif.Ini first comment pun dah tau dia tak faham apa yg orang nak maksudkan walhal terang2 dah letak sumber taktau sahih ke tak.Orang nak relate 10% je dari jalan cerita tapi dapat kat dia,within a minutes terus tranform jadi keyboard warrior.Hahaha!

Tapi I tak post balik pun seperti yg dia suggestkan plus memang topik tu mcm menarik nak dibincangkan tp I rasa mcm malas la pulak nak post balik.Nak suruh2 orang delete pastu post balik,kalau admin ckp mcm tu,I tak kesah la sbb before this byk lagi post yg mengundang kontroversi.Dia kalau in group kat social media ni,bila dlm group,keluarkan topik menarik untuk diskusi,ia akan jd interesting cuma something interesting boleh jd tak interesting bila masuk 2,3 individu yg jenis emotional pastu narrow minded habis la.Dari baik boleh tukar jadi bergaduh.Hmm....itu yg den malas tu kadang2.Nak sensitif pun tgk keadaan la.

Orang biasanya kalau nak mengamuk sbb ada something yg buruk berlaku,Ini takde angin takde ribut tetiba nak mengamuk.PMS ke apa?Kalau PMS mengamuk kat laki sendiri boleh tak?Hehehehe!

Ok.

Pesanan penaja: Kalau mood cepat panas time PMS,tolong jgn bukak FB.Muahahaha!

Tamat.Sekian.

Tak tau asal tetiba tulisan lain.Malas aih nk adjust blk.Ni lps copy paste ayat atas dari FB la ni terus jd cengini.


Indonesian Cuisine at Sendok Garpu by Bunda Alicia

Ini sebenarnya entry dah berkepam dalam draft untuk sekian lamanya tapi baru nak publish.Hihihihi!

Last time sebelum hari keberangkatan kami pulang ke tanah air,ewah,maka tuan tanah punya bini malas dah nak masuk dapur memasak.Ini disebabkan bini dia dah tak kuasa nak sental dapur last2 minutes.Dua hari nak balik Malaysia tu dapur I dah clean and clear.Maklum la nak tinggal banyak bulan.

Maka bila dapur tak berasap kena la makan kat luar.Yer dok?Hihihihi.Jadi meh la kita berbuka puasa diluar.

Di Brisbane nak dining out sebenarnya takde masalah pun sebab ada jer beberapa pilihan restoren yang halal.Cuma mungkin tak semeriah lambakan pilihan restoren halal macam kat Perth atau Melbourne.Tempat lain I am not sure.

Jadi suami I patut terima kasih kat isteri dia ni sbb mata sharp sangat.Kikikiki.Actually I nampak restoren ni time nak ke Indooropilly Shopping Mall.Maklum la naik bus so nak kill the time tu,mata kemain melilau-lilau tengok kawasan.Dan tak ku sengaja ternampak ini maka bila pulang kerumah terus asking Uncle Google.

Jadi bila suami tanya nak makan kat mana,laju je jawab Sendok Garpu.Unikkan nama dia?Hehehe.I bukan apa.Asal makan kat luar je selalu sgt ke Box and Bowl atau restoren Thai kat sederet dia tu.Kadang2 tapau kat restoren Indian Cuisine.Tapi kalau pusing2 benda sama je,muak gak.Hek eleh!

Jadi restoren Sendok Garpu ni menampilkan makanan Indonesia,Ni kes nak lepas rindu makanan kat Sari Ratu la ni.Actually dia dua branch tp yang kami pergi ni kat area rumah jer.

Apapun for more info boleh klik SINI.


Ini time tunggu hidangan sampei so kita posing dulu.Satu lagi kalau hidangan sampei pun,kena tunggu masuk waktu dulu baru boleh makan.Kata pergi time puasa kan.


Deco restoren yg simple je tp of cos la menerapkan gaya ala2 di Bali gitewww siap alas meja guna kain sarong.


Ini I punya.Kepingin nak minum air kelapa muda.Udah kepingin,sedap pulak airnya pastu berebut2 dengan anak dara nasib tak bertumbuk je.Haish!Musim sejuk pastu minum ais.Memang kombinasi terrrrrbaikkkkk!

Tapi takpe.Meja kitorang ngadap heater.So tak la kesejukan sangat.Hiks!


Ini suami kita punya.Apa mimpi mintak tea ni.Kalau tak silap teh campuran chamomile.Ntah la,Lupa plak.


Makan kat restoren Indonesia tak sah kalau tak order gado2.Sedap ni.7 out of 10.Makan sampai bergaduh.


Apa ni?Apa ni?Hahahaha!Inilah tempe goreng.Dip sos dia tu kuah kacang or more to pecal kot.Lebih kurang mcm tu la.


Main dishes kitorang haritu.Ayam goreng.Ini kes mintak ikan lele takde,Actually pilihan makanan dia takde la banyak sgt pun tapi boleh dikatakan sedap2 la jugak.

I rasa ada satu lagi dish tapi rasa mcm tak tersnap pulak gambar.Kalau tak silap I ada mintak Sayur Kapau dan semua ni kami makan dengan plain rice la.Perut Melayu sorry.Hihihi!

Overall yg boleh kami cakap,dari segi makanan dia OK.Tempat pun cantik,bersih dan very relaxing dengan music Jawa neng neng neng neng,waiter yg lemah lembut sangat2 sampai kena ulang dua kali setiap order.Kikikiki!Maklum la terlebih lembut jadi kurang mendengar puleksss.Dan malam tu rasanya penuh jugak dengan orang siap omputessss pun datang makan tau.

Dan kesimpulannya adalah BEST dan boleh datang lagi tapi takleh selalu la sebab harga pun boleh tahan.Kikiki!Kalau hari2 nak makan situ,mulai dari sekarang I dah kena plan dah nak cari side income bantu suami.Wakakaka!

Jadi itu jer la kot.

Dah bosar anak omak

Lama tak pot pet pot pet pasal anak dara kita kat sini.Isk jangan tak tahu dia dah masuk sekolah.Tapi still kindy lagi la.Umur belum cukup nak masuk sekolah tapi next year memang dah say goodbye la pada kindy.

Jadi ini kindy yang ketiga untuknya.Kindy yang pertama di Malaysia ada ajar Mandarin.Kindy yang kedua haruslah 100% English udah di Australia.Dan ini kindy yang ketiga di Malaysia balik,ada ajar Arab.Phew!Pengsan la kau anak.Jadi bila ada 3 campuran tu no wonder la anak dara I ni mcm a lil bit confius sket.Mcm last week punya cerita.

TND  : Sekarang jam berapa bonda?
Emak : 4 o'clock
TND  : Jangan la cakap Cina

Emak : ??????


Nampak tak kat situ?Hihihihi.

Jadi this time selepas berbincang secara serious dengan my husband (tang serious tu jarang berlaku),kami decide untuk 4 bulan ni TND akan masuk Islamic Kindergarten dimana selain dari kelas intensif yang mengajar dia membaca Bahasa Melayu,ia juga termasuk kelas mengaji al Quran dan belajar solat.Ok.Jangan cakap mcm kami ni ibu bapa failed sangat sampai tak mampu nak mengajar sendiri anak.Siapa ada anak tahu la.

Bayangkan guru boleh mengajar dia walau dia nangis keluar air mata sekalipun,dia tetap follow arahan guru.

Tapi bila emak mengajar dia,lagi emak tak keluar taring raja bersiong,jangan harap la dia nak fokus apa yang kita nak ajar.Jadi tang ni kami laki bini surrender plus I ni memang tak ditakdirkan menjadi guru tadika sebab chances anak orang kena sumbat dalam tong sampah tu amat besar.Phew!Serious I respect dan tabik spring la pada guru2 yang mengajar bebudak kecik ni.Kesabaran memang kena tahap 200%.Kikikiki.Takde kesabaran,tunggu la masuk muka kita kat Harian Metro muka depan.Kikikiki!

Jadi kiranya TND ni baru start sesi pelajaran dia.Jd sbb I nak dia belajar mengaji sekali ngan solat,I daftar la dia sampai petang tp lain cerita pulak bila almost everyday dia nangis.Alasan dia,takmau duk sampai petang.Memula I memang tak layan la hingga satu hari tu dia bagi I note suh I tulis no telefon.Katanya cikgu yang mintak in case dia nangis.Amboi!Jadi emak pun tulis la no telefon.Tapi I sempat la selit short note kat situ.Kikikiki!

Jadi esoknya I pun cakap la kat TND ni pesan siap2 kat dia supaya jangan nangis.

Emak : Harini jangan nangis tau.Kalau nangis siap.
TND  : Ala boleh la nangis.
Emak : Kenapa pulak?
TND  : Kan bonda dah bagi nombor phone ? (Sambil buat muka nakal)
Emak : Owh tu la motif dia. (See?Betapa pandainya dia manipulate emak dia balik.Sigh!Lap peluh)

Tapi memang betul la mcm yg dia cakap.Tengahari tu cikgu dia call cakap dia nangis.Dah la time tu I ada kat klinik bwk TDS pergi vax.Geram betul la.Siap I cakap kat cikgu jangan dilayan sangat TND ni sbb dia boleh manipulate cikgu balik.Kikikiki.

Jadi duk bertarik-tali la sehari dua tu dan akhirnya berjaya jugak budak tu nak ke kindy separuh hari je.Mana tak hangin,almost everyday nangis.Tp bila separuh hari,dan-dan tak nangis dan kemain happy nak pergi kindy.Motif nangis adalah sebab taknak tidur tengahari kat sekolah.Tuuuuu jer pun.Adeh la!

Tapikan kita time kecik2 dulu pandai ke nak pilih2 ni??Seingat I la dulu masa sekolah rendah,selepas tamat sesi sekolah pagi,kami ada kelas agama tau tapi sesi petang.I ingat lagi time tu I selamba rock cakap kat emak I yang I dah fikir semasak-masaknya yang I tak nak attend kelas petang (time cakap tu memang rasa macam dewasa gila la time tu.Bajet mak abah nak tolerate).Dan I lupa parenting skills zaman tu tak mcm zaman sekarang.Zaman tu more to sistem pemerintahan komunis sikit dan bukan demokrasi.Wakakaka! A mak cakap,wajib follow.B mak cakap,wajib follow.Kau berani tetiba cakap C??Muahahaha!Jadi lepas suarakan isi hati tu memang mendapat la sedas dua.Kikikiki.Jadi nak tak nak,kena jugak attend kelas agama petang tu.

Tapi bebudak zaman sekarang pandai pulak dia nak ngajor kita.Isk!Tapi kes TND ni I tolerate tang taknak stay sampai petang tu jer la.Lain2 kena follow I.Lagilah dengan kelas intensif membaca bahasa Melayu ni.I harap sangat dia cepat dapat.Once dia dah dapat baca buku,selebihnya tanggungjawab I la nak asah skills tu taknak bagi hilang.Maklum la kami ni bukan selamanya nak merantau kat negara orang.Sooner or later akan pulang semula ke tanah air cuma kalau boleh I taknak la anak I fasih English tapi bahasa ibunda kelaut.Benda yang paling I takut adalah kalau anak I kena ejek kat sekolah nanti.Sekolah kat Malaysia la.Phew!

Tapi memang ikutkan agak berat pada dia maklum la peringkat usia dia tu still peringkat nak melompat-lompat lagi plus I ni bukanlah parents yg nak anak wajib score straight A's sampai sanggup bagi jawapan bocor.Hehehe! (UPSR punya kes).Cuma bagi I kalau tak advanced kedepan sekalipun,jangan la jauh sangat tertinggal bot.Kikikiki!Tengah2 takpe.Average kata omputessss.

Dan TND pun awal tahun ni dah masuk sekolah rendah.Mcm Pra sekolah cuma awal setahun dari murid2 kat Malaysia iaitu seawal 6 tahun.Nak masuk prep school ni pulak bukan simply register pastu terus menonong-nonong masuk.Nak pulak ada sesi interview.Jadi 4 bulan berbaki ni I memang kena struggle sikit la menyediakan dan mengajar apa yang patut untuk anak dara sulung I tu.

Jadi wish me luck la yer!

Dilema ibu bapa #1

Being a parents ni kadang2 banyak dilema yang terpaksa dihadapi.Hikhikhik!Jadi ini antara dilema yang pernah I hadapi.I taktau orang lain tapi kalau ada yg pernah berhadapan dengan perkara yang sama meh sini kita high five seketul.Hihihihi!

Bila dapat baby je,benda pertama yg kita ibu bapa ni fikir adalah of course la keperluan baby cuma yg I nak highlight ni adalah carrier for baby.

Kalau stay di kampung I rasa benda ni unnecessary kot sbb I yang stay di Terengganu walau bukan di kuala dan tidaklah di pedalaman ni pun rasa mcm tak berbaloi beli especially stroller.Maksud tak penting itu adalah kerana kemudahan di sini dimana penggunaan stroller tu sangat la tak convenience.Satu tak semua supermarket kat sini ada escalator dan kalau ada escalator  sekalipun belum tentu ada lif.Dan kalau escalator biasa tu memang sah2 la salah kalau kita naik turun bwk stroller siap baby sekali kat dalam.I akui bahaya tapi memandangkan kdg2 tu waktu time2 ramai orang kat shopping complex,takdenya diorg ni nak dahulukan kita yg bwk stroller ni.Masing2 fikir hal masing2.Ibarat kau bawak baby itu masalah kau la.Hihihi!

Jadi memana si bujang teruna atau couples yg belum ada anak kecil,bare in mind hokkey.At least ada sikit hati perut tu cukup la.Tak kisah la naik lift ke,kat dalam public transport ke,ngah beratur ke.Bagilah laluan kat orang yg bawak anak2 kecil ni.Setakat ni kat Australia alhamdulillah la.Sepanjang I menggunakan public transport waima berada di tempat awam sekalipun,kami yg membawa anak2 kecil ini sentiasa diberi keutamaan.Ok takmau cerita panjang psl tu sbb I tau memang ada yang tak suka kalau buat comparison.Maklum la takut nak berubah.Jadi hidup la ditahap sama jangan upgrade.Moga berbahagia.

Masuk cerita kita pulak,stroller memang takde dalam list langsung waktu pregnantkan Damia hinggalah dia lahir.Maka stroller yang pertama kami beli time umur dia 4 bulan.Waktu tu ekonomi keluarga tak berapa nak stable lagi jadi lupakan sahajalah nak beli stroller jenama Quinny ke,Stokke ke,Maclaren dan memana yang harga agak mahal la.Tak larat nak list sampai habis.Sambung sendiri la.

Jadi first stroller yang kami beli jenama Elle dan range harga dalam RM400++ macam tu la kot.Jadi rasa lega la bila dah ada stroller ni tapi malangnya anak yg dah hampir 4 bulan asyik berdukung jer manjang,mana la nak duduk dalam stroller.Jadi hampa la kami laki bini sbb stroller tu berguna time dia tidur je.Selebihnya bergilir dukung dan selalunya end up dengan letak bebarang yg kitorang shopping.Jadi apa perasaan?Frustkan?Hukhukhuk.

Macam I mention earlier,kat Terengganu ni kau nak jalan2 mana bawak stroller?Hahaha,Takat gi park yg tempat jalan kaki tu pun berlobang sana sini,atau shopping groceries di Giant Hypermarket atau Mydin Mall.

Maka stroller tu kami tinggal di KL kat rumah ipar dan nak dijadikan cerita adalah seorang saudara ni yg ke KL so dia ada bwk anak2 dia tp dia takde stroller maka dipinjamnya stroller kami tu.Pinjam tu tak kisah kalau jaga elok tapi malangnya sekali dia pakai tayar telah rosak dan I syak anak dia yg umur 7 tahun duduk.Bukan adik dia yg kecil.Hmmm.....bila masuk bab sedara mara ni apa yg mampu kau buat adalah,redha jer la.Mintak maaf sebab jahanamkan harta org jauh sekali usai time pinjam tu pun takde pun tanya kita dulu.Ok.Kita lupakan hal itewwww.Barang yang lepas usah dikenang tapi still jugak nak up kat sini.Kikikiki.I bukan apa,just nak pesan,sebelum meminjam barang orang,belajar dulu adab2 meminjam.

Jadi agak2 bila anak kita start boleh duduk diam dlm stroller?Dia boleh duduk diam dlm stroller bila dah masuk umur setahun lebih.Jadi bayangkan la betapa hazabnya kami laki bini nak handle anak tiap kali keluar shopping.Tapi shopping kat luar Terengganu la.Kalau kat Terengganu kami mintak parents jagakan la sekejap (tak bawak terus).Hahahaha!

Jadi moral of the story,kita kalau nak anak terbiasa dalam stroller,dari baby lepas pantang tu terus letak dlm stroller setiap kali keluar jalan2.Sama jugak dengan carseat.Dah besar baru nak ajar mmg tahan telinga jer la dengar dia meraung,Sbb baby ni pandai.Bila dah syok kena dukung,mmg takmau dah dia nak duk dlm stroller/carseat ni bagai.

Lepas tu tahun 2012 I ke Australia follow suami dan time tu memang banyak tempat kitorang jalan2 maka stroller amat diperlukan.Memandangkan I memang tak bwk plus stroller tu pun dah not in a good condition,maka beli la yg lain pulak tp beli ni mmg untuk budak yg dah boleh duduk means 6 months and above.Baby under 6 months takleh.Time tu tak terfikir lagi bakal dapat Soraya pulak plus selalunya stroller yg mcm ni dia macam murah sikit kot.Tp murah kalau harga di Aussie la.Kat Malaysia macam mahal lagi.Jadi stroller kedua yg kami beli Maclaren.Tapi I rasa memang berbaloi beli jenama ni sbb tahan lasak dan sekarang dah guna untuk Soraya pulak.Dan paling penting senang bawak ke hulu ke hilir kalau travel.Lipat mudah dan ringan.Anak pun selesa.


 Stroller kakak yang dah jadi stroller adik.

Tapi tak habis cerita lagi ni sbb stroller lain untuk Soraya pun dibeli jugak.Haish!Berapa banyak stroller daaaaa.Dan ini disebabkan Soraya ni agak cenggeng ratu air mata,jadi stroller yg dibeli ni pulak yang boleh adjust facing depan atau belakang.Pastu ringan jugak la dan apa yg penting sgt mudah dilipat.Biasa criteria stroller mcm ni harga takyah tanya la.Memang agak mahal.Dan seperti biasa susah payah beli,tp anak takmau duduk pulak.Arghhhhhh!


Stroller adik.Duk kejap2 boleh la atau time dia nak tidur.Masa2 lain jangan harap la.Adui!

Bila Soraya masuk 6 months dia lagi selesa dengan stroller Damia maka stroller dia yg kami beli tu selamat masuk store.Rasa just pakai beberapa kali jer.Sekarang stroller baru dah selamat dalam store dan stroller Damia jugak yg dibawa kehulu kehilir diangkut dari Australia ke Malaysia,Malaysia ke Australia,pastu Australia ke Malaysia balik.Kikiki.Kalau stroller tu boleh bercakap memang dah lama tuan tanah ni kena maki.Kikiki!


Ada masa sampai dua stroller angkut.Tak mudah hokkey.Tak mudah.Tingginya maintanence anak2 sekarang.Itu tak termasuk carseat yg memang wajib bagi kanak2 hingga umur 6 tahun.Itu kat Aussie ni la.Kat Malaysia tak kuatkuasa lagi.Di Aussie kalau tertangkap tak guna carseat fine dia dlm $300 kot.Jadi bersedia la yer ibu dan bapa.

Jadi berbalik cerita stroller,si Soraya ni memang tak begitu suka duk dlm stroller jd ia agak merumitkanlah setiap kali kami laki bini nak bershopping.Jadi dlm dilema lagi.

Fikir punya fikir jadi apa kata I try baby wearing pulak.Dan kebetulan I pulak ada join group Baby Wearing so dari situ pula belajar nak pakaikan anak carrier ni.Bincang punya bincang ngan husband dia pun setuju nak belikan satu baby carrier dengan harapan selesai la masalah kami ni.Jadi my second carrier kot sbb I dah ada beli satu pouch tapi tak selesa sangat dan baby pun kelihatan tidak selesa juga.Mak dia pulak lagi tak selesa sbb sakit belakang tiap kali pakai.Dan my husband willing belikan I baby carrier jenama Stokke walau niat awal I nak Ergo je sbb ramai kenkawan cakap carrier tu best dan affordable.

Tapi sbb my husband beria nak jenis Stokke tu so beli yg itu la.Jadi bila pakai yg itu Soraya nampak sangat selesa maka selesai la masalah kami...








Erkkkkkkkkkkkkk................tak jugak sebenarnya.Sbb skang ni balik Malaysia,budak Soraya ni macam selesa duduk dalam stroller pulak whichhh isss arrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh stresssnya.See?Anak2 ni memang tak terjangka btol la.


This carrier mmg agak selesa pada I la dan highly recommend.Abaikan bahagian peha Soraya spatutnya I kena adjust sikit tapi takpe la.

Jadi apa I cakap dilema ibu bapa?Dilema tu bila jd kes macam ni la.Bila tak beli rasa macam keperluan,tapi bila beli sebenarnya benda tu tak perlu pun.

Jadi ni just my pandangannya jer la especially untuk ibu bapa yang baru menimang anak.Dan pada yg memang dari awal gaji besar dan memang bukan masalah so you can buy anything you want.Tapi ini I purposely nak advise pada my friend atau yang membaca blog I ni dan tambah lagi kita adalah ibu bapa yang baru nak memulakan hidup berkeluarga dan income pun tak besar,benda2 macam ni korang kena list dulu dimana dahulukan keperluan yang penting dahulu.I selalu perati kadang2 ada my friend yang terlalu ikutkan trend bila tgk ramai orang pakai stroller mahal so kita pun nak yang mahal sbb nak nampak classy la atau taknak nampak mcm ketinggalan.Tapi end of the day pujian mungkin dapat tapi yang sakitnya kita.So kalau tak mampu,beli jer jenama biasa dulu mcm kitorang time mula2 dapat Damia.Alah!Kita tak hidup atas pujian orang dan tak akan mati dek hinaan.

Sebabnya benda yang murah tak semestinya teruk dan benda yang mahal tak semestinya terbaik.Jadi pepandai la seimbangkan.Takyah terikut-ikut sangat dengan orang.Mcm I senang.I bawak hal I je.Dan I buat apa yang I mampu dan setakat I mampu la dan I tak peduli pun apa tanggapan orang pada I.Just live my life to the fullest.

Jadi takyah risau pun kalau orang ada tapi kita takde sbb kalau kita asyik duk nak compare kita dengan orang itu yg jadi datang penyakit hati tu iaitu cemburu,dengki,sakit hati bagai.Haish!Actually bukan best pun kalau duk dengki kat orang ni sbb tak untung satu sen pun.Dan berbalik dari apa yang I nak focus skang ni adalah dilema kita bila bergelar ibu bapa.Tapi ni ibu bapa zaman sekarang la.Jangan compare ngan zaman dulu2.Dulu lain sekarang lain.Dulu kalau benda2 mcm stroller ni tak penting pun tapi zaman sekarang dah jadi mcm A MUST pulak.

Jadi selalunya dilema yang berlaku mcm I cakap la,bila takde kita rasa mcm penting pulak dan kalau boleh wajib ada dan bila dah ada,tup tup tak guna.Tak ke dah jadi tak berbaloi bila beli.Jadi kita repeat balik ayat atas,berpada-padalah.Jadi pepandai la sesuaikan dengan keadaan.Dan nak lagi cantik buat list mana yang priority dulu kita dahulukan.Mana yang macam tak priority tu kita letak kendian-kendian.

Dan ini takde kena mengena pada pasangan yg duit berkepul2.Duit banyak taraaa masalah.Hihihihi!Dan sekarang ni motif I pulak apa sebenarnya?U get the point or not?Owh no wonder la I takleh tulis something yg boleh encourage ppl.Wakakaka!Sebab tak tau mana point sebenarnya.

Ok.Bai!


Kita dan sikap

Sekarang ni nak kata musim orang kahwin tak jugak sebab lepas 31 Ogos haritu dah mcm slow dah sikit jemputannya tapi still ada la lagi.Tapi takde la serancak 2 minggu lepas hinggakan sampai 2,3 jemputan omak kau dalam satu hari.Hihihihi.

Jenis I kalau jemputan lebih dari satu,I akan bajet rumah mana yg kita nak makan dan biasanya rumah seterusnya takat minum air jer ambik hati tuan rumah walau diorang taktau pun kita makan ke tak.Pada I janji muka tak berapa nak damai jiwa yang memandang ni ditatap gembira oleh tuan rumah pada I dah cukup.At least tuan rumah tau kita memenuhi jemputan dia.

Dan jangan lupa memenuhi jemputan tu wajib unless kita ada hal yg tak dpt dielakkan.

Pada I dapat jemputan pun dah rasa mcm dapat penghargaan maka kalau tak clash dengan benda lain atau sakit ke apa,In Sha Allah sampai la diri ini ke majlis tersebut.

Sebenarnya jemputan makan-makan ni tak terhad majlis kahwin je.Tapi termasuklah jemputan majlis rumah terbuka dimana konsep sama jugak iaitu tuan rumah jemput datang suruh makan.Jadi yang akan kita hadap adalah makanan.

Sebenarnya benda ni dah banyak kali I hadap iaitu sikap sesetengah kita yang suka sangat complaint pasal makanan.Dah la orang datang jemput makan dan bukan dia mintak datang suruh jadi juri untuk makanan tu.

Andai kata tetiba datang lauk habis,anggap la haritu takde rezeki kita.Pi la kau menonong-nonong jumpa tuan rumah sudah pastu terus tapau or makan kat kedai kalau dah lapar sangat.Hehehe.Teringat pernah satu kes I pergi kenduri kahwin dimana jemputannya memang ramai dan tuan rumah dah cater makanan yg banyak tp ini si catering pulak buat hal bila memandai-mandai nak catu makanan orang.Ni kes nak untung besar la kononnya atau bahasa mudahnya TAMAK.Memang mendapat la dengan tuan rumah sedas dua.Padan muka.

Jadi one of my friend ni bila lauk habis dia punya frust tu sampai hadiah yg dia niat nak bagi kat pengantin terus cancelled.Boleh mcm tu?Terus I cakap hadiah tu kalau dah niat memang kena bagi jugak,dan lauk habis ni bukan kawalan kita.Hahaha.Jadi anggap la takde rejeki.Tp kena ingat jugak tak semua orang boleh terima.Dan tak pepasal I pulak dapat kutukan sedas dua.

Tapi itulah.Itu kes lauk habis.Ini kes yg lebih dari juri masakan ni apa cerita?Dan spesis2 ni memang wujud.Kerja dia adalah,attend majlis orang,makan pastu duk pertikai kualiti makanan sedak atau tak sedap.Dan masalahnya kadang2 yang tak sedapnya kat tekak dia jer.Tekak orang lain orait jer.Sedap tak sedap bukan sama.Ada yang kata sedap dan pada yang rasa tak sedap tu bawak2 la tutup mulut.Gi complaint pepanjang dosa je yg dapat.Tak suka jangan makan.Betul tak?Itu yg orang kata kufur nikmat.Udah Allah swt bg kesihatan yg baik boleh makan tetiba nak banyak bunyik pulak.Makan jer la dan andai kata tak sempat merasa ke apa,anggap la bukan rezeki kita.Kalau tak sedap dan tak kena selera,dendiam sudah ler.Simpan kat dalam hati.Sebab bukan semua konsepnya sama mcm FB,"What's in your mind?".Hahaha.Kalau dari awal kita positif,in sha Allah nak dapat penyakit hati hempedu limpa tu akan kurang.Hihihihi.

P/s: Dan I lagi hangin bila yg suka complaint psl makanan sedap tak sedap ni terdiri dari orang yg takleh beza pun antara buah pelaga dengan bunga lawang.Kahkahkah!Choi sangatkan?



Resepi:Asam pedas ikan pari

Sebelum ni kan I sajer la everytime post status I bahasakan diri as a Kak Jah.Tup tup skang kwn2 dah pakat panggil Kak Jah.Hahaha.Ikut suka hati korang la.Janji bahagia.

Hai dan Kak Jah bersiaran lagi dengan resepi  Asam Pedas Pari uolllsss.Tak tau la perlu mention ke tak Masak kat depan nama resepi tu.Tapi takpe.Ada atau tak sebenarnya takde impak apapun.Don't worry.

Maka kalau kat Ostolia sana dah nak masuk Spring katanya, tapi kat Malaysia ni yang ada hanyalah musim panas, musim hujan dan musim durian.Eh!Dah2.Takmau citer psl musim sbnrnya.

Let's cekidout the recipe yang masih lagi mengekalkan prinsip Semua Benda Nak Senang Jewwwww 😚😚😚😚😚 

Ok uollssss.Get ready blender sekarang.Semua pakai humban hokkey tanpa rasa bersalah.

4 labu bawang besar
Setengah labu bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia (dah pandai main inci2 sekarang sejak belajar menjahit)
Segengam cili burung (suka hati nak pedas tahap berapa)
Sedikit belacan
Segengam daun kesum (kisar sekali)
Sedikit cili giling (nak bg nampak merah)
Masukkan sedikit air (ikut la nak cair kuah mcm mana)
Masukkan sedikit minyak lepas tumis la ala2 garing sedikit semua bahan yg dah dikisar td

Lepas tu masukkan sedikit daun kesum.Kalau kurang masam boleh tambah sedikit air asam jawa.Kalau takmau guna air asam jawa so boleh la campak asam keping.Tapi Kak Jah tak guna dua2 tu pun.Daun kesum tu dah cukup rasa dah.

Baru masukkan gula,garam, ajinomoto (optional).


Last sekali masukkan la ikan pari tu.Nak kurangkan hanyir I cuci dengan air asam jawa dan perahan lemon.Uiiii! Bergaya btol guna lemon uolllss πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

Masak la sampai masak jangan lama sgt sbb ikan pari cepat masak.

Lepas masak jangan lupa lap dapur.Masak lauk ni gila punya berkecah dapur.Haish! Ni part paling malas ni.Sampai dinding dia punya percikan tu.Tapi takpe la as long as tak terpercik kat kulit.Nanti tak flawlesss la kulit Kak Jah.Kuikuikui!


Kahwin kahwin kahwin

Busy busy busy

Tak habis2 dengan busy.Hehehe.Dan ada masa jugak I buat2 busy walau takde la busy mana pun sebenarnya.Hehehe.

Alhamdulillah majlis kahwin anak saudara suami yg pertama berjalan dengan lancar.Maka kami dah masuk mode berehat la pulak setelah 2 minggu bertungkus lumus menjayakan majlis.I punya part sediakan doorgift utk tetamu, bikin hantaran dan make up pengantin perempuan utk majlis bertandang.Tp bkn I la yg make up.A friend of mine yg make upkan.Dan dia juga la yg make up I waktu majlis kahwin kita 7 tahun lepas.Tahun 2007. 


I ni jenis kalau I satisfied dgn sesuatu mmg I akan ulang benda sama la.Actually I memang puas hati dgn Kak Eg ni everytime dia make up so majlis annual dinner pun guna khidmat dia pastu promote kat family dan kawan2.

Make up ni lain orang lain selera.Dia takkan sama.Ada orang suka dan ada yang tak suka.Udah ini I suka so I guna la orang yg sama.Andai ada orang yg tak suka so boleh dapatkan perkhidmatan orang lain.Gitu la kekdahnya.

Majlis bertandang haritu sepatutnya semua org pakai color hijau tp sbb rebel, hahaha , tudung je hijau.Kikikiki.


Kitorang sewa kereta kuda.Hehehe.Bawak pengantin sampai ke rumah.Sampai je kat rumah pengantin diarak masuk ke rumah pastu semua orang dah tak pedulikan pengantin dah sebab semua sibuk nak bonding dengan kuda.Muahahaha! Berebut2 nak ambik gambar dgn kuda.Famous kejap kuda haritu.


Ini sebenarnya cubaan nak berselfie dengan kuda tapiku takut jugak sebenarnya sekali kuda bagi ciuman manja karang, sampai hospital la I.

Dan kalau ada yang rasa familliar dengan kereta kuda ni, sebenarnya inilah kereta kuda yg sama kat Batu Buruk sana.Antara tarikan pelancong di Pantai Batu Buruk.Nak naik ada caj dia tp lupa pulak kita.Dalam RM5 ke RM10 kot untuk seorang.Tak sure la.

Jadi itu jer la ceritanya.Malas nak letak gambar pengantin baru jadi tgk jer la gambar pengantin lama.Itupun kalau sudi nak tengok.Hikhikhik!


There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me