Dilema ibu bapa #1

Being a parents ni kadang2 banyak dilema yang terpaksa dihadapi.Hikhikhik!Jadi ini antara dilema yang pernah I hadapi.I taktau orang lain tapi kalau ada yg pernah berhadapan dengan perkara yang sama meh sini kita high five seketul.Hihihihi!

Bila dapat baby je,benda pertama yg kita ibu bapa ni fikir adalah of course la keperluan baby cuma yg I nak highlight ni adalah carrier for baby.

Kalau stay di kampung I rasa benda ni unnecessary kot sbb I yang stay di Terengganu walau bukan di kuala dan tidaklah di pedalaman ni pun rasa mcm tak berbaloi beli especially stroller.Maksud tak penting itu adalah kerana kemudahan di sini dimana penggunaan stroller tu sangat la tak convenience.Satu tak semua supermarket kat sini ada escalator dan kalau ada escalator  sekalipun belum tentu ada lif.Dan kalau escalator biasa tu memang sah2 la salah kalau kita naik turun bwk stroller siap baby sekali kat dalam.I akui bahaya tapi memandangkan kdg2 tu waktu time2 ramai orang kat shopping complex,takdenya diorg ni nak dahulukan kita yg bwk stroller ni.Masing2 fikir hal masing2.Ibarat kau bawak baby itu masalah kau la.Hihihi!

Jadi memana si bujang teruna atau couples yg belum ada anak kecil,bare in mind hokkey.At least ada sikit hati perut tu cukup la.Tak kisah la naik lift ke,kat dalam public transport ke,ngah beratur ke.Bagilah laluan kat orang yg bawak anak2 kecil ni.Setakat ni kat Australia alhamdulillah la.Sepanjang I menggunakan public transport waima berada di tempat awam sekalipun,kami yg membawa anak2 kecil ini sentiasa diberi keutamaan.Ok takmau cerita panjang psl tu sbb I tau memang ada yang tak suka kalau buat comparison.Maklum la takut nak berubah.Jadi hidup la ditahap sama jangan upgrade.Moga berbahagia.

Masuk cerita kita pulak,stroller memang takde dalam list langsung waktu pregnantkan Damia hinggalah dia lahir.Maka stroller yang pertama kami beli time umur dia 4 bulan.Waktu tu ekonomi keluarga tak berapa nak stable lagi jadi lupakan sahajalah nak beli stroller jenama Quinny ke,Stokke ke,Maclaren dan memana yang harga agak mahal la.Tak larat nak list sampai habis.Sambung sendiri la.

Jadi first stroller yang kami beli jenama Elle dan range harga dalam RM400++ macam tu la kot.Jadi rasa lega la bila dah ada stroller ni tapi malangnya anak yg dah hampir 4 bulan asyik berdukung jer manjang,mana la nak duduk dalam stroller.Jadi hampa la kami laki bini sbb stroller tu berguna time dia tidur je.Selebihnya bergilir dukung dan selalunya end up dengan letak bebarang yg kitorang shopping.Jadi apa perasaan?Frustkan?Hukhukhuk.

Macam I mention earlier,kat Terengganu ni kau nak jalan2 mana bawak stroller?Hahaha,Takat gi park yg tempat jalan kaki tu pun berlobang sana sini,atau shopping groceries di Giant Hypermarket atau Mydin Mall.

Maka stroller tu kami tinggal di KL kat rumah ipar dan nak dijadikan cerita adalah seorang saudara ni yg ke KL so dia ada bwk anak2 dia tp dia takde stroller maka dipinjamnya stroller kami tu.Pinjam tu tak kisah kalau jaga elok tapi malangnya sekali dia pakai tayar telah rosak dan I syak anak dia yg umur 7 tahun duduk.Bukan adik dia yg kecil.Hmmm.....bila masuk bab sedara mara ni apa yg mampu kau buat adalah,redha jer la.Mintak maaf sebab jahanamkan harta org jauh sekali usai time pinjam tu pun takde pun tanya kita dulu.Ok.Kita lupakan hal itewwww.Barang yang lepas usah dikenang tapi still jugak nak up kat sini.Kikikiki.I bukan apa,just nak pesan,sebelum meminjam barang orang,belajar dulu adab2 meminjam.

Jadi agak2 bila anak kita start boleh duduk diam dlm stroller?Dia boleh duduk diam dlm stroller bila dah masuk umur setahun lebih.Jadi bayangkan la betapa hazabnya kami laki bini nak handle anak tiap kali keluar shopping.Tapi shopping kat luar Terengganu la.Kalau kat Terengganu kami mintak parents jagakan la sekejap (tak bawak terus).Hahahaha!

Jadi moral of the story,kita kalau nak anak terbiasa dalam stroller,dari baby lepas pantang tu terus letak dlm stroller setiap kali keluar jalan2.Sama jugak dengan carseat.Dah besar baru nak ajar mmg tahan telinga jer la dengar dia meraung,Sbb baby ni pandai.Bila dah syok kena dukung,mmg takmau dah dia nak duk dlm stroller/carseat ni bagai.

Lepas tu tahun 2012 I ke Australia follow suami dan time tu memang banyak tempat kitorang jalan2 maka stroller amat diperlukan.Memandangkan I memang tak bwk plus stroller tu pun dah not in a good condition,maka beli la yg lain pulak tp beli ni mmg untuk budak yg dah boleh duduk means 6 months and above.Baby under 6 months takleh.Time tu tak terfikir lagi bakal dapat Soraya pulak plus selalunya stroller yg mcm ni dia macam murah sikit kot.Tp murah kalau harga di Aussie la.Kat Malaysia macam mahal lagi.Jadi stroller kedua yg kami beli Maclaren.Tapi I rasa memang berbaloi beli jenama ni sbb tahan lasak dan sekarang dah guna untuk Soraya pulak.Dan paling penting senang bawak ke hulu ke hilir kalau travel.Lipat mudah dan ringan.Anak pun selesa.


 Stroller kakak yang dah jadi stroller adik.

Tapi tak habis cerita lagi ni sbb stroller lain untuk Soraya pun dibeli jugak.Haish!Berapa banyak stroller daaaaa.Dan ini disebabkan Soraya ni agak cenggeng ratu air mata,jadi stroller yg dibeli ni pulak yang boleh adjust facing depan atau belakang.Pastu ringan jugak la dan apa yg penting sgt mudah dilipat.Biasa criteria stroller mcm ni harga takyah tanya la.Memang agak mahal.Dan seperti biasa susah payah beli,tp anak takmau duduk pulak.Arghhhhhh!


Stroller adik.Duk kejap2 boleh la atau time dia nak tidur.Masa2 lain jangan harap la.Adui!

Bila Soraya masuk 6 months dia lagi selesa dengan stroller Damia maka stroller dia yg kami beli tu selamat masuk store.Rasa just pakai beberapa kali jer.Sekarang stroller baru dah selamat dalam store dan stroller Damia jugak yg dibawa kehulu kehilir diangkut dari Australia ke Malaysia,Malaysia ke Australia,pastu Australia ke Malaysia balik.Kikiki.Kalau stroller tu boleh bercakap memang dah lama tuan tanah ni kena maki.Kikiki!


Ada masa sampai dua stroller angkut.Tak mudah hokkey.Tak mudah.Tingginya maintanence anak2 sekarang.Itu tak termasuk carseat yg memang wajib bagi kanak2 hingga umur 6 tahun.Itu kat Aussie ni la.Kat Malaysia tak kuatkuasa lagi.Di Aussie kalau tertangkap tak guna carseat fine dia dlm $300 kot.Jadi bersedia la yer ibu dan bapa.

Jadi berbalik cerita stroller,si Soraya ni memang tak begitu suka duk dlm stroller jd ia agak merumitkanlah setiap kali kami laki bini nak bershopping.Jadi dlm dilema lagi.

Fikir punya fikir jadi apa kata I try baby wearing pulak.Dan kebetulan I pulak ada join group Baby Wearing so dari situ pula belajar nak pakaikan anak carrier ni.Bincang punya bincang ngan husband dia pun setuju nak belikan satu baby carrier dengan harapan selesai la masalah kami ni.Jadi my second carrier kot sbb I dah ada beli satu pouch tapi tak selesa sangat dan baby pun kelihatan tidak selesa juga.Mak dia pulak lagi tak selesa sbb sakit belakang tiap kali pakai.Dan my husband willing belikan I baby carrier jenama Stokke walau niat awal I nak Ergo je sbb ramai kenkawan cakap carrier tu best dan affordable.

Tapi sbb my husband beria nak jenis Stokke tu so beli yg itu la.Jadi bila pakai yg itu Soraya nampak sangat selesa maka selesai la masalah kami...








Erkkkkkkkkkkkkk................tak jugak sebenarnya.Sbb skang ni balik Malaysia,budak Soraya ni macam selesa duduk dalam stroller pulak whichhh isss arrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh stresssnya.See?Anak2 ni memang tak terjangka btol la.


This carrier mmg agak selesa pada I la dan highly recommend.Abaikan bahagian peha Soraya spatutnya I kena adjust sikit tapi takpe la.

Jadi apa I cakap dilema ibu bapa?Dilema tu bila jd kes macam ni la.Bila tak beli rasa macam keperluan,tapi bila beli sebenarnya benda tu tak perlu pun.

Jadi ni just my pandangannya jer la especially untuk ibu bapa yang baru menimang anak.Dan pada yg memang dari awal gaji besar dan memang bukan masalah so you can buy anything you want.Tapi ini I purposely nak advise pada my friend atau yang membaca blog I ni dan tambah lagi kita adalah ibu bapa yang baru nak memulakan hidup berkeluarga dan income pun tak besar,benda2 macam ni korang kena list dulu dimana dahulukan keperluan yang penting dahulu.I selalu perati kadang2 ada my friend yang terlalu ikutkan trend bila tgk ramai orang pakai stroller mahal so kita pun nak yang mahal sbb nak nampak classy la atau taknak nampak mcm ketinggalan.Tapi end of the day pujian mungkin dapat tapi yang sakitnya kita.So kalau tak mampu,beli jer jenama biasa dulu mcm kitorang time mula2 dapat Damia.Alah!Kita tak hidup atas pujian orang dan tak akan mati dek hinaan.

Sebabnya benda yang murah tak semestinya teruk dan benda yang mahal tak semestinya terbaik.Jadi pepandai la seimbangkan.Takyah terikut-ikut sangat dengan orang.Mcm I senang.I bawak hal I je.Dan I buat apa yang I mampu dan setakat I mampu la dan I tak peduli pun apa tanggapan orang pada I.Just live my life to the fullest.

Jadi takyah risau pun kalau orang ada tapi kita takde sbb kalau kita asyik duk nak compare kita dengan orang itu yg jadi datang penyakit hati tu iaitu cemburu,dengki,sakit hati bagai.Haish!Actually bukan best pun kalau duk dengki kat orang ni sbb tak untung satu sen pun.Dan berbalik dari apa yang I nak focus skang ni adalah dilema kita bila bergelar ibu bapa.Tapi ni ibu bapa zaman sekarang la.Jangan compare ngan zaman dulu2.Dulu lain sekarang lain.Dulu kalau benda2 mcm stroller ni tak penting pun tapi zaman sekarang dah jadi mcm A MUST pulak.

Jadi selalunya dilema yang berlaku mcm I cakap la,bila takde kita rasa mcm penting pulak dan kalau boleh wajib ada dan bila dah ada,tup tup tak guna.Tak ke dah jadi tak berbaloi bila beli.Jadi kita repeat balik ayat atas,berpada-padalah.Jadi pepandai la sesuaikan dengan keadaan.Dan nak lagi cantik buat list mana yang priority dulu kita dahulukan.Mana yang macam tak priority tu kita letak kendian-kendian.

Dan ini takde kena mengena pada pasangan yg duit berkepul2.Duit banyak taraaa masalah.Hihihihi!Dan sekarang ni motif I pulak apa sebenarnya?U get the point or not?Owh no wonder la I takleh tulis something yg boleh encourage ppl.Wakakaka!Sebab tak tau mana point sebenarnya.

Ok.Bai!


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You