Resepi:Asam pedas ikan pari

Sebelum ni kan I sajer la everytime post status I bahasakan diri as a Kak Jah.Tup tup skang kwn2 dah pakat panggil Kak Jah.Hahaha.Ikut suka hati korang la.Janji bahagia.

Hai dan Kak Jah bersiaran lagi dengan resepi  Asam Pedas Pari uolllsss.Tak tau la perlu mention ke tak Masak kat depan nama resepi tu.Tapi takpe.Ada atau tak sebenarnya takde impak apapun.Don't worry.

Maka kalau kat Ostolia sana dah nak masuk Spring katanya, tapi kat Malaysia ni yang ada hanyalah musim panas, musim hujan dan musim durian.Eh!Dah2.Takmau citer psl musim sbnrnya.

Let's cekidout the recipe yang masih lagi mengekalkan prinsip Semua Benda Nak Senang Jewwwww 😚😚😚😚😚 

Ok uollssss.Get ready blender sekarang.Semua pakai humban hokkey tanpa rasa bersalah.

4 labu bawang besar
Setengah labu bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia (dah pandai main inci2 sekarang sejak belajar menjahit)
Segengam cili burung (suka hati nak pedas tahap berapa)
Sedikit belacan
Segengam daun kesum (kisar sekali)
Sedikit cili giling (nak bg nampak merah)
Masukkan sedikit air (ikut la nak cair kuah mcm mana)
Masukkan sedikit minyak lepas tumis la ala2 garing sedikit semua bahan yg dah dikisar td

Lepas tu masukkan sedikit daun kesum.Kalau kurang masam boleh tambah sedikit air asam jawa.Kalau takmau guna air asam jawa so boleh la campak asam keping.Tapi Kak Jah tak guna dua2 tu pun.Daun kesum tu dah cukup rasa dah.

Baru masukkan gula,garam, ajinomoto (optional).


Last sekali masukkan la ikan pari tu.Nak kurangkan hanyir I cuci dengan air asam jawa dan perahan lemon.Uiiii! Bergaya btol guna lemon uolllss πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

Masak la sampai masak jangan lama sgt sbb ikan pari cepat masak.

Lepas masak jangan lupa lap dapur.Masak lauk ni gila punya berkecah dapur.Haish! Ni part paling malas ni.Sampai dinding dia punya percikan tu.Tapi takpe la as long as tak terpercik kat kulit.Nanti tak flawlesss la kulit Kak Jah.Kuikuikui!


1 comment:

Rafhani said...

Bulih basuh pari tu pakai axion perisa lemon kak jah? Hahahahahaha

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me