Indonesian Cuisine at Sendok Garpu by Bunda Alicia

Ini sebenarnya entry dah berkepam dalam draft untuk sekian lamanya tapi baru nak publish.Hihihihi!

Last time sebelum hari keberangkatan kami pulang ke tanah air,ewah,maka tuan tanah punya bini malas dah nak masuk dapur memasak.Ini disebabkan bini dia dah tak kuasa nak sental dapur last2 minutes.Dua hari nak balik Malaysia tu dapur I dah clean and clear.Maklum la nak tinggal banyak bulan.

Maka bila dapur tak berasap kena la makan kat luar.Yer dok?Hihihihi.Jadi meh la kita berbuka puasa diluar.

Di Brisbane nak dining out sebenarnya takde masalah pun sebab ada jer beberapa pilihan restoren yang halal.Cuma mungkin tak semeriah lambakan pilihan restoren halal macam kat Perth atau Melbourne.Tempat lain I am not sure.

Jadi suami I patut terima kasih kat isteri dia ni sbb mata sharp sangat.Kikikiki.Actually I nampak restoren ni time nak ke Indooropilly Shopping Mall.Maklum la naik bus so nak kill the time tu,mata kemain melilau-lilau tengok kawasan.Dan tak ku sengaja ternampak ini maka bila pulang kerumah terus asking Uncle Google.

Jadi bila suami tanya nak makan kat mana,laju je jawab Sendok Garpu.Unikkan nama dia?Hehehe.I bukan apa.Asal makan kat luar je selalu sgt ke Box and Bowl atau restoren Thai kat sederet dia tu.Kadang2 tapau kat restoren Indian Cuisine.Tapi kalau pusing2 benda sama je,muak gak.Hek eleh!

Jadi restoren Sendok Garpu ni menampilkan makanan Indonesia,Ni kes nak lepas rindu makanan kat Sari Ratu la ni.Actually dia dua branch tp yang kami pergi ni kat area rumah jer.

Apapun for more info boleh klik SINI.


Ini time tunggu hidangan sampei so kita posing dulu.Satu lagi kalau hidangan sampei pun,kena tunggu masuk waktu dulu baru boleh makan.Kata pergi time puasa kan.


Deco restoren yg simple je tp of cos la menerapkan gaya ala2 di Bali gitewww siap alas meja guna kain sarong.


Ini I punya.Kepingin nak minum air kelapa muda.Udah kepingin,sedap pulak airnya pastu berebut2 dengan anak dara nasib tak bertumbuk je.Haish!Musim sejuk pastu minum ais.Memang kombinasi terrrrrbaikkkkk!

Tapi takpe.Meja kitorang ngadap heater.So tak la kesejukan sangat.Hiks!


Ini suami kita punya.Apa mimpi mintak tea ni.Kalau tak silap teh campuran chamomile.Ntah la,Lupa plak.


Makan kat restoren Indonesia tak sah kalau tak order gado2.Sedap ni.7 out of 10.Makan sampai bergaduh.


Apa ni?Apa ni?Hahahaha!Inilah tempe goreng.Dip sos dia tu kuah kacang or more to pecal kot.Lebih kurang mcm tu la.


Main dishes kitorang haritu.Ayam goreng.Ini kes mintak ikan lele takde,Actually pilihan makanan dia takde la banyak sgt pun tapi boleh dikatakan sedap2 la jugak.

I rasa ada satu lagi dish tapi rasa mcm tak tersnap pulak gambar.Kalau tak silap I ada mintak Sayur Kapau dan semua ni kami makan dengan plain rice la.Perut Melayu sorry.Hihihi!

Overall yg boleh kami cakap,dari segi makanan dia OK.Tempat pun cantik,bersih dan very relaxing dengan music Jawa neng neng neng neng,waiter yg lemah lembut sangat2 sampai kena ulang dua kali setiap order.Kikikiki!Maklum la terlebih lembut jadi kurang mendengar puleksss.Dan malam tu rasanya penuh jugak dengan orang siap omputessss pun datang makan tau.

Dan kesimpulannya adalah BEST dan boleh datang lagi tapi takleh selalu la sebab harga pun boleh tahan.Kikiki!Kalau hari2 nak makan situ,mulai dari sekarang I dah kena plan dah nak cari side income bantu suami.Wakakaka!

Jadi itu jer la kot.

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me