Kahwin kahwin kahwin

Busy busy busy

Tak habis2 dengan busy.Hehehe.Dan ada masa jugak I buat2 busy walau takde la busy mana pun sebenarnya.Hehehe.

Alhamdulillah majlis kahwin anak saudara suami yg pertama berjalan dengan lancar.Maka kami dah masuk mode berehat la pulak setelah 2 minggu bertungkus lumus menjayakan majlis.I punya part sediakan doorgift utk tetamu, bikin hantaran dan make up pengantin perempuan utk majlis bertandang.Tp bkn I la yg make up.A friend of mine yg make upkan.Dan dia juga la yg make up I waktu majlis kahwin kita 7 tahun lepas.Tahun 2007. 


I ni jenis kalau I satisfied dgn sesuatu mmg I akan ulang benda sama la.Actually I memang puas hati dgn Kak Eg ni everytime dia make up so majlis annual dinner pun guna khidmat dia pastu promote kat family dan kawan2.

Make up ni lain orang lain selera.Dia takkan sama.Ada orang suka dan ada yang tak suka.Udah ini I suka so I guna la orang yg sama.Andai ada orang yg tak suka so boleh dapatkan perkhidmatan orang lain.Gitu la kekdahnya.

Majlis bertandang haritu sepatutnya semua org pakai color hijau tp sbb rebel, hahaha , tudung je hijau.Kikikiki.


Kitorang sewa kereta kuda.Hehehe.Bawak pengantin sampai ke rumah.Sampai je kat rumah pengantin diarak masuk ke rumah pastu semua orang dah tak pedulikan pengantin dah sebab semua sibuk nak bonding dengan kuda.Muahahaha! Berebut2 nak ambik gambar dgn kuda.Famous kejap kuda haritu.


Ini sebenarnya cubaan nak berselfie dengan kuda tapiku takut jugak sebenarnya sekali kuda bagi ciuman manja karang, sampai hospital la I.

Dan kalau ada yang rasa familliar dengan kereta kuda ni, sebenarnya inilah kereta kuda yg sama kat Batu Buruk sana.Antara tarikan pelancong di Pantai Batu Buruk.Nak naik ada caj dia tp lupa pulak kita.Dalam RM5 ke RM10 kot untuk seorang.Tak sure la.

Jadi itu jer la ceritanya.Malas nak letak gambar pengantin baru jadi tgk jer la gambar pengantin lama.Itupun kalau sudi nak tengok.Hikhikhik!


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You