Sri Melaka Restaurant,1Utama

Story about food again.Hihihi!Kalau keluar story pasal foods that means saya tiada idea nak story apa.Hihihihi!

Kalau ke 1Utama actually banyak restaurant kat situ.Rambang mata pun ada sebab tak tahu nak masuk yang mana satu.Dan kalau tak silap Seouls Garden pun ada tapi Ariey tak mahu sebab katanya nak makan nasik.Ok.

Kalau nak makan nasik,jom kita masuk ke Sri Melaka.Rasanya ni second time jengah sini.Kalau tak silap 1st time kat Midvalley rasanya tapi tak sure.Tapi memang rasa macam pernah masuk la cuma yang first time tu just minum je sebab that time mommy tak larat nak jalan sebab dah penat pusing satu mall.

So haritu try makan sini la walau mula-mula rasa cuak juga sebab kitorng je yang ada dan lepas tu baru la ada customer lain masuk.

One happy family yang sedang tunggu makanan yang diorder sampai.

Haritu kami just order lauk biasa sahaja cuma asam pedas sahaja special sikit sebab pilih ikan senangin.Tak pernah makan ikan tu sebelum ni. 

Seperti biasa moh ler kita review apa yang telah masuk ke perut kami hari tu.

Telur dadar yang nampak biasa tapi sangat sedap sebab kat dalam telur dadar tu dimasukkan udang.Banyak pulak tu.So yummeh!Dan yang sebelah telur dadar for sure la kerabu mangga.Apa yang special dengan kerabu ni adalah mangga yang digunakan tu sangat fresh sbb bila makan stil rasa krup krap kruk krap dan mungkin bila org request baru dikupas kulit rasanya.Sebab itu rasanya tersangat la fresh.Kiranya tak lembik la macam kerabu kat sesetengah tempat.Combination yg sangat baik bila ada rasa masin,manis,masam. dan pedas.Kita rate 8/10.

 Same goes to their kailan with osyter sauces.Kailan yang ranggup dan main dishes dia asam pedas ikan senangin.First time makan asam pedas ikan senangin.Dalam RM70 untuk satu pinggan tu kalau tak silap la.Tapi asam pedas dia mmg sedap.Recommended.Kalau tak silap daun kat atas tu dia tabur dengan daun pudina.Kiranya must try dishes la kat restaurant Sri Melaka ni.


Cuma satu je yang tak mencapai target adalah sago gula melakanya yang pada saya tak berapa sedap.Tak tahu tang mana yang kurangnya tu.Dari dulu saya mmg suka order sago gula melaka kalau ada dalam menu.Tak tahu la apa yang buat jadi special sangat pada saya cuma bila sebut sago ni teringat ada satu restaurant di Bukit Jelutong dan nama restaurant tu Kayu Manis.Kat situ ada satu pencuci mulut dia mmg fav saya tapi lupa nama.Pencuci mulut tu adalah honeydew yg dikisar lepas tu dia campur dengan sago plus susu pekat.Masukkan ice dan rasanya sangat la sedap.Slurp!Tetiba terasa nak makan.Hihihi!Tapi saya tak sure samada dia campur ice cream vanilla atau tidak.

Ok.Itu sahaja.Bai!

Rainbow Cake

I'm craving for this rainbow cake.Get the recipes from Martha Stewart Page.Not just only a recipes tapi ada video sekali.Oh!La!La!La!






Sources: Recipes from http://www.marthastewart.com

Ingredients

  • Vegetable shortening
  • 3 cups all-purpose flour
  • 4 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 sticks (1 cup) unsalted butter, room temperature
  • 2 1/3 cups sugar
  • 5 large egg whites, room temperature
  • 2 teaspoons pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups milk, room temperature
  • Red, orange, yellow, green, blue, and purple gel food coloring
  • Lemony Swiss Meringue Buttercream

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees. Brush six 9-inch-round cake pans (or as many 9-inch cake pans as you have, reusing them as necessary) with shortening. Line bottom of each cake pan with parchment paper; brush again and set aside.
  2. In a large bowl, whisk together flour, baking powder and salt; set aside. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, cream together butter and sugar. Slowly add egg whites and mix until well combined. Add vanilla and mix until fully incorporated. Add flour mixture and milk in two alternating additions, beginning with the flour and ending with the milk. Mix until well combined.
  3. Divide batter evenly between six medium bowls. Add enough of each color of food coloring to each bowl, whisking, until desired shade is reached. Transfer each color to an individual cake pan. Transfer to oven and bake until a cake tester inserted into the center of each cake comes out clean, about 15 minutes (working in batches if necessary).
  4. Remove cakes from oven and transfer to a wire rack; let cool for 10 minutes. Invert cakes onto a wire rack; re-invert and let cool completely.
  5. Using a serrated knife, trim tops of cakes to make level. Place four strips of parchment paper around perimeter of a serving plate or lazy Susan. Place the purple layer on the cake plate. Spread a scant 1 cup buttercream filling over the first layer with a small offset spatula so it extends just beyond edges. Repeat process with blue, green, yellow, and orange layers.
  6. Place the remaining red layer on top, bottom-side up. Gently sweep away any loose crumbs with a pastry brush. Using an offset spatula, cover the top and sides with a thin layer of frosting (also use any of the excess frosting visible between the layers). Refrigerate until set, about 30 minutes.
  7. Using an offset spatula, cover cake again with remaining frosting.

Tak tahu bila nak cuba buat.Hihihi!Tunggu kedai dah settle semua nanti masuk dapur balik.Cuti semester 3 bulan,apa kata kita asah semula skills yang dah berkarat tu semual.Tak sabar la pulak rasanya.Hihihi!Hoooverrr kau Jah!

Dan tak sangka pulak ada rupanya kat Terengganu ni orang yang ambik tempahan untuk cake ni.Share kat sini Yeay!!

Damia dan tabiat tidurnya

Tadi rasanya masih dengar lagi suara dia yang minta itu,minta ini,
Saya diam je sbb kalau dilayan kebarangkalian dia turun semula dari katil adalah besar,
Macam tadi,
Berkali-kali disuruh tidur,
Tiba-tiba hulur buku dia ajak saya membaca bersama,
Damia oh!Damia,
Makin hari makin petah,
Sungguh tadi masih dengar suara dia menggomel sendiri,
10 minit kemudian rasanya..............diam,
Patut la.................dah masuk alam mimpi
Sebelum tidur tadi macam-macam request,
Nak pillow star la,nak blanket la,lepas tu anak-anak dia kena complete ada.Mesti ada fish,BoBo,Spongebob,Baby dan Bear.Tak cukup salah satu mengamuk.


Damia oh!Damia,
Cepatnya dia membesar

Teringat waktu dia masih bayi,saya cukup pantang kalau Ariey dukung Damia kemudian ulit anak supaya tidur atas dukungan. Saya sangat risau takut menyusahkan saya kelak kerana saya juga seorang pelajar bermakna kalau 100% tenaga saya ada,ia harus dibahagikan sama rata.Saya ingin Damia berdikari.Belajar untuk tidur sendiri.

Tak sangka pula tindakan saya itu buat suami terasa kerana pada dia bukan 24 jam dia bersama anak.Pulangnya yang sekali-sekali.Ok.Saya akur.

Inilah cara dia tidurkan anak sampai anak dah 10 kg pun nak tidurkan macam ni juga.Saya mmg awal-awal lagi surrender tapi dia setakat bersungut penat je la tapi esok-esok ulang cara sama.

Maka saya terpaksa beli ini walau ramai advise kata better don't.Siap pakai yang elektrik lagi.Hmm...habis nak buat macam mana kalau budak kecik ni dah terbiasa diulit atas dukungan dari hari pertama lahir oleh ayahnya.Maka kalau letak atas katil dia tidurnya jadi tak lama.Arghhh....dan no wonder la umur dia tak sampai setahun saya dah lipat katil kayu tu simpan.Kadang-kadang fungsi katil tu dah mcm playpen dia pun ada..

Space bilik yang tak berapa besar,so saya simpan sahaja la katil ni sbb Damia bila terbiasa tidur dipeluk,dia mmg nak tidur sama dengan kami.Dah cuba asingkan tapi tak berjaya sbb saya jenis tak boleh dengar anak nangis lama-lama.Tak sampai hati.

Maka Damia mmg tidur satu katil dengan kami.

Tapi alhamdulillah baru-baru ini saya dah berjaya pisahkan dia dengan buai dia.Hihihi!

Caranya adalah dengan beritahu dia buai rosak lepas tu cabut satu-satu besi buai depan dia.Alhamdulillah dia faham dan sekarang dah tak nangis nak tidur dalam buai.Kalau tengahari ngantuk je mesti ajak masuk bilik nak tidur atas katil.Damia ni jenis disiplin sikit.Kalau nak tidur mesti atas katil.Dia tak suka letak dia kat hall mcm depan tv or atas sofa.Dia jenis budak yang segala benda nak proper macam tak boleh pijak lantai luar rumah dengan kaki ayam nanti kotor kaki katanya.Kena pakai selipar atau kasut dulu baru boleh keluar.Adoi!Tapi takpe la.Bagus la kalau dia dah rasa macam tu sbb tu saya jaga setiap apa yang saya nak buat coz dia cepat copy balik.

Kadang-kadang anak kecil ni kita tak perlu nak fikir helah dengan harapan dia dah tak fikir sesuatu benda tu.Pada saya just beritahu hal yang sebenar sahaja sbb anak-anak kecil ni mereka faham sebenarnya cuma tak tahu untuk membalas semula.

Ramai tanya saya apa petua saya pisah susu badan.Ok.Damia menyusu badan sehingga 1 tahun 11 bulan.Lagi 1 bulan nak masuk 2 tahun saya stop.Mula-mula ada juga guna petua sapu kopi kat breast tp mula-mula je dia reject,lepas tu dia pandai,dia lap kain,rasa pahit hilang,hisap balik.Amboi!

Dan saya pun tak selesa sebab baju jadi kotor dan ada bau kopi.Last-last bila fed up,saya terangkan sahaja pada Damia kenapa dia dah takleh minum susu badan.

Alhamdulillah dia berhenti sendiri seolah-olah faham dengan explanation saya tanpa ada simpton murung ke,nak demam ke.Langsung tak ada.Berhenti dengan gembiranya cuma adalah sekali-sekali datang angin gatal nak nenen tu.Dah nama budak-budak.So itu sahaja la.Bai.

Kenduri

Musim cuti sekolah mesti akan jadi musim orang kahwin juga.Maka 26 hb May 2012 ini,saya dapat 3 jemputan kahwin tapi yang sedihnya dapat attend dua je sbb satu lagi tak tahu location kat mana sbb printer rosak so tak dapat nak print gambar locationnya maklum la pakai main invite melalui FB je : ).Bila tunjuk address kat abang kita laju je jwb dia bukan posmen yang expert semua jalan.Ingat pakai tunjuk alamat dia tahu ke?Hohoho.Ah!Malas la nak gaduh dengan dia ni memandangkan haritu dia jadi driver kita sbb malas nak drive kereta banyak musim cuti sekolah ni.Alasan.

Satu tu dari kawan kolej saya dia ada invite through FB tapi dia ada send juga card by post so senang la nak mencari rumahnya kat mana.Seorang lagi pun jemput via FB tapi  memandangkan dia mmg kawan sekolah rendah so mmg dah tahu rumah dia kat mana.Cuma yang seorang lagi without card,printer saya yang rosak dan alamat yang tak berapa familiar pada saya.Dia ada bagi no phone tp kalau last minutes preparation,rasanya saya mmg tak dapat attend la majlis dia.Maaflah.Satu lagi saya fikir takkan pengantin nak pegang hp je manjang.Refer diri sendiri time kawin dulu,tak adanya nak peduli hp bagai dah orang baru dapat laki katakan.Hahaha!

Tapi saya sentiasa rasa terharu setiap kali mendapat jemputan dari kawan-kawan.Sebab saya rasa seolah-olah orang masih ingat pada kita.Tapi bukan sebab saya perasan femes macam Fasha Sandha ke apa.Tidak,tidak,tidak.

Saya mmg sibuk sepanjang minggu jadi tak sempat nak beli hadiah.Tapi kalau pergi kenduri orang tanpa bawak hadiah memang lagi rasa tak kena.Saya tak biasa nak hulur-hulur duit buatnya makcik tu hulur balik kat kita.Oh!Tapi kalau bwk present org akan ambik.Takdenya dia cakap,"Dik ambik balik la hadiah ni.Acik rasa macam dah banyak sangat dah orang bagi nih.".Tak adanya.

Dalam kepala duk fikir apa la hadiah yang nak dibagi pada mereka nanti.Maka tadi ajak abang stop dekat Pustaka Seri Intan yang jual barang-barang stationery.Masuk2 je nampak dua kotak cantik terus datang idea untuk bagi hadiah kain pasang.Sederet kedai ni pulak ada kedai kain.Ok cantik.Takyah fikir nak bungkus ke apa,beli kain dua pasang pastu dumkan je masuk dalam kotak.Beli kad,masuk terus dalam kotak tu jugak.Tutup kotak selesai.

Ini dia present yang baru dibeli tadi.Next time dah ada idea la kalau kwn-kwn lain kahwin nak bagi apa.Hihihi!Maksud kita kalau beli kotak macam ni senang.Isi tu tukar la takkan nak bagi kain pasang je manjang.Karang jadi trademark pulak karang.Hahaha!Kengkawan kita ni bukan boleh kira.Diorng ni takdenya jenis tangan kanan hulur tangan kiri tak tahu,tapi ni jenis tangan kanan hulur tangan orang lain pun tahu sama.Heh!

Tapi yang kotak merah atas tu dalam kereta baru perasan macam tak seswaiii je sebab tulis I Love U.Tapi dah beli takkan nak g tukar balik.Layankan saje la.Jangan malam karang diorang gaduh laki bini sudahlah hanya sebab word kat kotak tu sudahlah!

Maka inilah pic kawan-kawan kita.Biru sebelah kiri yang lelaki tu kawan satu kolej tapi lain course.Memandangkan dia rapat dengan suami kita sbb diorang sama-sama foundation dan satu lagi dia adalah antara yang kena pegang dulang hantaran bagi pihak lelaki waktu kami kahwin dulu,maka bila dia kahwin turn kita pula datang meraikan.Kalau ikutkan majlis sebelah lelaki rasanya next week di Cheneh,tapi awal2 lagi kita mention susah nak kesana sebab takde orang nak temankan,jadi kita mintak nak datang yang majlis sebelah perempuan.Tarra hal!

Baju pink tu pulak kawan dari sekolah rendah iaitu Hidayah.Satu kelas masa darjah 5 dan 6.Macam comel je rasa bila jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah.Hihihi!

Cuma ralat la sbb kawin Nizam tak dapat attend.Nun sebelah Manir sana.Kalau dapat attend kesemua mmg rasa lega sbb orang dah jemput tambahan lagi kat area Terengganu je pun.Takpe la.Nanti msg dia say sorry  = )

Apapun,tahniah untuk mereka-mereka ini.Selamat menempuh ke alam rumahtangga dan semoga perkahwinan ini diberkati olehNya selamanya.Amin.

Antara PTPTN dan Insurance Pendidikan dan budget untuk anak dan persoalan (Mak aih!Byknya!)~

Lepas debat pasal PTPTN haritu,panas betul isu tu diperdebatkan diluarnya sampai dalam FB,dalam blog,sembang dikedai kopi (ini tambah sendiri).Tambah rencah untuk tunjukkan betapa panaszzznya isu ini.Sensitip ok.Silap komen ada pulak yang tersentap.Tapi seperti biasa sentap jer la lebih.Kalau nak fikir apakah langkah terbaik yang harus dilakukan memang tak adanya la.

Jadi bila dah tengok keadaan yang terpaksa dihadapi sekarang,kami suami isteri pun ada juga discuss apa jalan terbaik yang patut dilakukan bagi merancang masa depan Damia dan juga adik-adiknya nanti.Ok.Saya pernah ke bank untuk mintak advise berkenaan dengan SSPN yang kerajaan duk promote sekarang ni.Kerajaan kalau boleh nak semua anak-anak kita buka akaun SSPN dan syarat dia pun minimum simpanan serendah RM20 pun dah boleh buka akaun.Harini benda ni optional,tapi saya berani jamin sampai satu masa ia akan jadi WAJIB.Percayalah.Kalau duit PTPTN pun diorang berani buat urusniaga,inikan SSPN.Kerajaan kita hari ini mmg byk agenda tersembunyi.Kalau kata perlepasan cukai?Bunyi je mudah.Kami dah banyak kali face benda-benda macam ni.Ini dapat exemption,itu dapat exemption,tapi banyak prosedur kena follow.Macam kes Ariey,income tax tarik lebih duit dia so memang hak kami tuntut balik duit tu tapi memang makan masa berbulan-bulan jugalah kena tunggu untuk dapat balik cheque tu.Time ambik laju,time bagi balik siputtttt lagi laju.

Bila mintak advise orang bank,"Saya advise awak ambik insurans instead of SSPN sbb semua anak saya saya ambik insuran untuk pendidikan".Ok.Jawapan dari pengawai bank bila saya tanya pendapat dia.Tapi saya tak terima bulat-bulat.Balik je saya tanya pula orang lain.Saya tanya kakak saya,insurans.Saya tanya abang saya,insurans.Saya tanya mak sedara saya,pun insurans.Saya tanya kawan-kawan saya,"Aku nak fikir dulu.Takut tak sempat duit la".

Berbalik pada topik utama,merancang masa depan adalah dengan erti kata lain ,adakah Damia harus ambik PTPTN juga nanti untuk membiayai pengajiannya kelak?Dan kalau ikutkan mmg kalau boleh kami tak mahu.Nehi.Jadi sebab tak mahu itulah,kami harus cari pilihan lain.

Maka dengan itu kami ambik insurans pendidikan untuk dia.Awal-awal dulu jujur saya cakap saya mmg tak setuju dengan insuranns ni segala.Satu adalah sebab saya rasa seperti berjudi juga.Misalnya insurans kemalangan,kita byr setiap bulan dan lepas tu 10 tahun mcm tu tak pernah kemalangan so tang mananya kita nak claimnya.Dan bila insuran takaful diperkenalkan,yang ada sekali dengan saving tu,baru terbuka sikit hati cuma bukanlah 100%.Tapi memandangkan diMalaysia ni benda ni dah jadi macam penting pulak bila segala-galanya kena diinsurankan,maka dah rasa macam takleh lari dah.Mana yang duk pung pang pung pang pasal guna barang Yahudi ni,ambik kau,insurans ni pun salah satu produk dari Yahudi jugak.Heks!

Maka untuk Damia kami ambik insurans pendidikan bersama dengan medical sekali.Caruman RM200 sebulan dan kalau tak silap umur dia 18 tahun dapat la keluarkan untuk kegunaan belajar dia nanti dan insurans ni juga andai kami berdua umur tak panjang,caruman secara free terus hingga umur dia 18 tahun tetap dapat duit tu dan tak perlu bayar dah.

Insuran untuk medical ambik juga sbb Damia pernah masuk ward dan atas sbb kami mmg dapatkan rawatan  untuknya di hospital swasta so mmg sangat berguna la bila kami just perlu tampung 10% jer untuk caj rawatan dia.Ariey takde panel sbb dia bukan  bekerja di Malaysia. Jadi setakat ini untuk protect anak kami macam itu jer la yang mampu dilakukan.Selain insurans kami juga cuba pastikan saving dia mesti ada setiap bulan.Sebab tu saya rancang betul-betul perbelanjaan Damia untuk sebulan.

Saya tidak tahu berapa biasanya orang spend untuk anak masing-masing tapi kami spend 1K sebulan untuk Damia dimana RM400 untuk susu formula,RM100 untuk pampers,RM100 untuk lain-lain macam teats.Tips pada yg guna botol Avents adalah kalau pakai botol Avents mmg teats dia cepat leaking kalau kita jenis malas dan suka rendam teats dalam air,hasilnya teats cepat kembang dan rosak jadi kalau sayang duit sila rajin cuci terus botol anak lepas dia minum susu dan jangan biasakan biar botol dgn susu basi sehari semalam tak berbasuh kalau rasa sayang duit nak kena tukar puting selalu.

Tapi every month kena standby juga sekurangnya 4 teats dan satu bekas ada 2 teats kat dalamnya berharga RM28.90.Tukar kalau rasa perlu tukar tapi setakat ni untuk saya tak perlu tukar every month pun.Lain-lain tu adalah macam biskut dia,toys or keperluan yang lain.Baju dan toys tidak dibeli setiap bulan.Biasanya kalau ke KL baru shopping baju or toys.Jarang beli kat sini.Another RM400 kalau tak guna  I means bulan tu Damia tak demam,selsema or apa-apa sahaja yang menyebabkan kita kena bawa ke klinik,maka terus masuk dalam bank untuk saving dia.Setakat ni kami open akaun untuk Damia dalam 5 bank.Tabung Haji (siap dah daftar haji untuk dia tapi umur 37 tahun baru sampai turn dia,huhuhuhu!),Hong Leong Bank,Maybank,CIMB dan HSBC.Gile over.Skang juga memandangkan sekarang ini Damia dijaga oleh parents saya yang willing nak jaga time saya ke UMT,maka sudah save RM400 untuk nursery.Dulu hantar dia kat An-Nur Child Development di Batu Buruk.Kalau hantar full 1 hari,caj adalah dalam RM430.Half day RM280.Setakat saya hantar Damia disana,cara diorang jaga mmg tersangat puas hati.Bukan nak bias ke apa tapi dah memang kenyataan bila tgk condition anak sendiri.Anak orang lain saya tak tahu.

Insurance RM200 tak termasuk dalam perbelajaan Damia sbb ayah dia letak sekali dengan insurans saya.So itulah jumlah yang di spend untuk Damia per month.Tapi andai Damia ada adik pula,mungkin perbelanjaan untuk dia akan di cut dan ini depend on condition kami la.Bayangkan kalau 7 anak nak spend 1K seorang abis untuk kami tinggal apa pula?Hahaha!Sebab itu saya mention based on our condition.

Jadi disini fikir-fikirkan lah apa plan kita yang paling baik untuk anak-anak kita.Tapi kat sini tak adalah saya nak state kalau amik insurans tu adalah dikira tindakan paling baik.Andai tak ambil insuran sekalipun,tapi buat sedikit saving untuk anak pun dah dikira tindakan yang baik dan semuanya bergantung pada kita sebagai ibu bapa kerana kita yang membuat keputusan untuk semuanya.

Dan satu lagi tak faham kenapa wujud situasi ini,

"Bagi anak minum susu mahal.Beli susu murah  kang ada RM20 sekilo.Nak berlagak la tu".
"Dah bagi pakai pampers mahal,belajar la pakai kain lampin zaman kita dulu makpak pakaikan lampin je pun".

Ignore kata-kata ini selagi kau tak perlu pergi pada dia,Senah (bukan nama sebenar),"Aku nak pinjam duit beli susu anak".

Kita ibu bapa,selagi tidak menyebabkan kita makan maggi hari-hari,bagilah susu apa yang kita rasa terbaik untuk anak kita.Selagi hujung bulan tak makan nasi berlaukkan telur dan kicap,pakaikan sahaja la pampers apa yang nak dipakaikan pada anak kita.Tapi kalau kewangan kita mmg tak mengizinkan,pandai-pandai la buat pilihan dan jangan hidup atas dasar biar orang nampak kita senang tapi dalaman kita sakit.Tak perlu pun.Jangan biasakan hidup dengan takut apa yang orang kata.Jadi diri sendiri itu adalah lebih baik sebenarnya.Senang buat cara senang,susah buat cara susah.

Sbb tu orang tua-tua kata,ukur baju dibadan sendiri.Yang pi ukur kat badan orang lain tu buat apa?Kita,kita la.Dia,adalah dia.Faham?

Segalanya untukmu wahai anakku

Tujuan berblogging pada mata saya yang rabun ini

Alhamdulillah minggu sesak jiwa sudah berlalu.Dua assignment penting sudah selamat submit.Test yang mengejut tetiba untuk saya sahaja la yang datang mengejut sbb baru tahu semalam padahal orang lain dah tahu lama dah tapi segan nak beritahu kita.Nampak sangat byk tinggal kelas.Huhuhuhu!Sila salahkan diri sendiri dan jangan heret orang lain dalam permasalahan sendiri.

Apapun,hati sudah lega.Another two assignment boleh buat secara perlahan-lahan.Hihihi!By next week ada lagi satu test lepas tu gap one week and then FINAL EXAM.Phew!

Ok.Masuk dari tujuan asal nak menulis pasal apa harini.Ok.Memandangkan sehari dua ni ada terbaca pasal post dari blogger-blogger femes pasal "apa tujuan nak blogging".Dan seperti biasa kalau nak cari 10 kebaikan berblog bla bla bla mmg setakat ni tak jumpa lagi tapi yang banyak orang post adalah tentang blogger yang sibuk nak tayang segala harta benda,nak cerita segala benda bla bla bla.Itu antara intipatinya la dan malas nak hurai panjang sebab saya rasa ramai yang dah baca terutama dari blogger best Green Apple tu.

Hmmmm................fikir sejenak!Kat sini nak cerita kenapa saya menulis blog.

Segalanya bermula pada tahun 2008 time tu still kerja di Shah Alam.Mula-mula baca blog orang.Blog pertama adalah blog sepupu sendiri Arif.Lepas tu baca blog kengkawan dia dan lepas tu bebudak ofis yang buat praktikal suggest pulak beberapa blog dan ingat lagi blog yang diorang suggest tu adalah blog dari blogger femes Hanis Zalikha dan lepas tu terus create blog sendiri.Honestly awal-awal ada blog dulu,blog ni tak lebih dari blog nak marah orang je kerja.Lepas tu insaf sbb rasa macam stupid pulak.Lepas tu cuba untuk buat penulisan yang berilmiah kononnya dengan harapan dapat influence orang lain namun hakikat tak payah la sebab takde bakat.Hihihihi!Dan lepas tu blog ni jadi blog yang tak lebih dari blog yang ntah hapa-hapa.

Dan lepas tu terus lari dari agenda asal,blog ni terus jadi blog catatan peribadi pulak cuma ada la selit juga penulisan yang berbaur kemarahan.Hahaha!

Dulu setiap kali nak buat post mesti fikir banyak kali.Tapi sekarang dah tak fikir dah.Lantak la orang nak cakap apa sbb blog ni kalau rasa tak suka tekan sahaja button "X".Kenapa nak dipaksa juga baca kalau kelak kita rasa menyampah,meluat dan seangkatan dengannya.Tak suka jangan baca so tak payah letihkan diri untuk jadi penasihat tak berbayar tentang etika berblogging.Kalau di FB mmg takleh lari sbb tiada privacy.Once kita post kat wall kita,status tu akan masuk ke wall kwn2 kita juga.Nak tak nak kita/kwn2 kita terbaca juga.

Jadi pada saya dunia blogging ni tak ada rules.Tulis la apa yang nak ditulis.Cerita la apa yang nak diceritakan.Kongsikan sahaja apa yang ingin dikongsikan.Orang lain yang rasa tak suka,sila jangan baca.Rasa suka,teruskan sahaja membaca.Tiada paksaan pun dan kenapa nak stress sangat dengan orang lain punya blog.Biar la dia nak cerita pasal kucing dia yang baru beranak sekalipun dah kalau dia rasa dengan tengok kucing dia beranak secara live itu merupakan suatu yang amat bermakna pada dia,lantak dia la.

Satu lagi bila ada blogger nak bising bila ada blogger yang suka show off barang-barang.Ambik dari sudut positif.Kadang-kadang bagus juga dia show off segala barang dia sebab kadang-kadang begitu detail sekali dia cerita ttg features barang-barang tu siap mention harga bagai.Bukankah itu baik kalau tetiba kita nak beli barang yang sama.Untung la kita sebab dah ada orang yang tolong reviewkan dulu.Manalah tahu org tu baru pakai dua hari then barang tu rosak,dan kita yang tak beli lagi barang tu boleh terus cancelkan terus.Contohnya la.

Jujur saya cakap,Garrets Popcorn,Bumbo seat for baby,online shopping bla bla dan semuanya pun saya tahu dari hasil berblogwalking.Dulu waktu nak upgrade HP.Saya baca dari review yang dibuat diblog la baru decide untuk beli HP mana yg saya rasa the best FOR ME.Then I choose Samsung Galaxy Note instead of Iphone 4s.Its help me a lot.Ariey pun terkejut sbb awal-awal beria nak Iphone 4s tapi bila time launching tu kita taknak pulak tapi pergi beli HP lain.Dan kalau tak silap I choose Samsung Galaxy Note tu lepas baca blog SueAnnaJoe rasanya.

Dan kebanyakan restaurant yang saya pergi pun sedikit info saya dapat daripada review-review dari blog juga.Ok apa.Sharing is caring betul tak? Dan paling best kalau baca blog travel.Banyak info dapat kutip.Rasa nak bercuti baudget besar,ada,nak bercuti bajet ciput pun ada.Pendek kata,MACAM-MACAM ADA!Setakat ni paling banyak membantu saya setiap kali baca pengalaman orang yg pergi bercuti keDisneyland Hong Kong.Dari start perjalanan,hotel,makan etc semua cerita.Kalah magazines travelling ok info yg dibagi dalam blog lagi detail compared in magazines I tell u.

Jadi pada blogger yang takde kerja selain dari nak cari buruk orang je tu,sudah-sudah la.Nak sign up blogspot ni free je so nak menulis ni pun kira free juga la so suka hati diorng la nak tulis apa.Selagi tak mengganggu-gugat hidup kita sudah.Ingat!Selagi tak ganggu hidup kita.

Tapi jujur dulu pernah juga termasuk dalam golongan yang kurang kasih sayang ni bila rasa annoying sbb tgk orang suka post mcm-mcm kat blog tapi bila fikir balik tak ada maknnya nak rasa annoying sbb Allah swt pun dah bagi kehidupan yang perfect pada kita dan kenapa nak sibuk pasal life orang.Jaga life sendiri sudah la. Sila create sesuatu yg bermakna untuk life kita.Kalau kita rasa hidup kita ada kekangan dari segi wang ringgit maka kita tak mampu nak beli sesuatu macam orang lain ada,so kering idea takleh nak cerita apa kat blog,apa kata kita show hobi kita pulak macam suka tanam pokok ke so cerita la pasal pokok-pokok kita tu or show garden kita yang cantik tu or kongsi a few tips with other.Kalau pandai menjahit ke,pandai masak ke,cerita la segala kalau dah rasa nak kongsi sangat kat blog.Blog bukan medium untuk berlumba-lumba untuk tunjuk barang best yang kita ada.Kalau rasa nak kongsi,cerita je la.

Saya pernah baca satu blog yang cerita dia just cerita apa yg berlaku disekeliling dia.Takat nak cerita apam balik paling best kat pasar malam kat kampung dia je pun tapi cara dia cerita sangat menghiburkan dan buat kita berfikir.Apam balik tu kita tambah je sbb blogger tu asal Indonesia dan kita tak ingat kuih apa yg dia cerita dalam entry dia tu tapi yang pasti cuma satu stall kecil yang menjual kuih tapi jalan cerita dia sangat menarik walau main poin dia just nak cerita pasal kuih tu je pun.Hihihi!

Jadi pada saya isu suka,tak suka,menyampah,meluat ni tak perlu timbul sbb option dah ada.Kalau suka baca,kalau tak suka,click sahaja "x".Senang.Tapi hakikatnya lagi tak suka,lagi rasa menyampah,lagi rasa annoying,lagi dibaca dan lepas tu tak pasal-pasal dapat penyakit hati.Siapa susah?Penyakit hati yang tak nampak ni ubat susah cari tahu tak?Kat klinik ke,kat farmasi ke waima kedai sensei sekalipun,mmg tak ada.Nehi.Hahahaha!

Image Yahoo!

Pizza San Francisco

Kadang-kadang rasa macam blog ni dah jadi blog makanan pulak.Tapi takpe la.Bila takde apa yang nak diceritakan,cerita pasal makanan pun OK!Hihihihi!

Dulu waktu kami menyewa dekat Bukit Jelutong,takdenya rasa nak masuk restaurant ni.Jujur cakap mmg tak pernah jejak pun.Tapi bila dah tak stay kat Shah Alam,baru teringin nak cuba.Pizza San Francisco ni letaknya di lot paling hujung dan paling hampir dengan Petronas Bukit Jelutong.Tak susah pun nak cari.Dari jauh dah nampak signboard dia.Hahaha!

Seperti biasa budak kecik yang sentiasa teruja dan seperti biasa juga no need to order apa-apa,sebab budak kecik ni mmg tak makan punya selain dari nak kacau orang je kerja.Walau nama pangkal restaurant ni ada word PIZZA,tp kami tak pernah order pizza kat sini.Sbb kalau nak mkn sgt pizza,Domino Pizza pun ada kat area sini.



Menu yang pertama kat atas adalah salmon dan mmg tak lain tak bukan confirm abah yang punya.Pilihan dari dulu hingga kini.Entah apa la yang sedap sangat dengan salmon tu.Mmg fav dia tapi kalau offer dory fish confirm dia reject.Ntah apa yang dia tak suka sgt dengan ikan tu pun tak tahu la.Cuma yang pasti dia akn cakap tu ikan sungai.Ikan sungai kat Malaysia pun dia tak makan.So kalau betul la dory fish tu mmg ikan sungai,so no wonder la abah kita reject.Tapi dia makan fish and chips.Naluri kita kuat mengatakan ikan tu pun asalnya ikan dory jugak tapi bila nak question je mesti tersekat kat anak tekak sbb risau jugak buatnya abah kita tu tetiba stop makan.Ngheeeee!!

Pic makanan yang kedua tu mestilah kita punya.Kalau datang sini,menu pilihan kita mestilah spagetti Chilli Gamber.Combination spagetti with chilli and prawns in light tomato sauce. Cuma last datang haritu,keterujaan nak makan ni jd makin kurang malah tak habis pun.Tak tahu la kenapa.Samada haritu cheff dia masak kureng sikit dari biasa (macam tak logik) atau kita ni yang dah muak dengan spagetti tu.Mana tak muak kalau tiap kali datang yang tu je yang dimintanya.Huhuhu!


Ketiga mestilah Ariey punya.Sama jugak macam abah kita.Tak habis-habis dengan lamb chop.Bila dia nak muak tak tahu la.

Itu aje.Kita mmg tak reti nak buat ulasan pasal makanan sebab kita ni pro bab makan je.Hahaha!Tapi pada saya ok la.Service pun boleh tahan cepat dan pada kita sangat privacy.Tmpt lain tak tahu tapi kalau untuk yang kat Bukit Jelutong ni mmg tak ramai datang so rasa macam tak sesak sangat dengan orang.Ngheeee!!Mungkin sbb locationnya kot yang memang terletak dikawasan perumahan compared to restaurant yg ada kat mall.

Ok.Itu sahaja.Have a nice day!

Wordless Wednesday

Damia with her cousins at D'Puncak,Bukit Jelutong Shah Alam.




Sebab wordless kan,so tak perlu kata apa-apa!Senyum je.

Harini hari Isnin

Sesak betul la kepala otak minggu ni nak menyiapkan assignment.Siap 1 tadi ada 3 lagi on the way.Macam ni la life as a student yang tak berapa nak cemerlang.Lagi tinggal seminggu je lagi sebelum final.Aduh!Jiwa kacau!Jiwa kacau!

Lepas habis kelas Strategic Management td terus pergi library.Bebudak tu tunggu kita kat sana.Dah janji nak buat assignment secara berjemaah harini.Port yang diorang pilih mmg baikkkkk punya la.Kat tepi bangunan dimana ada tiga plug yang masih mampu memberi khidmat,port lain harap kerusi meja je best,plug nak sambung dengan wayar laptop banyak yang out.Tolong la UMT!Tolong la baik pulih plug tu segala.Hakikatnya bukan semua student sanggup duduk study atau buat assignment kat dalam library.Sejuk kejung weh!Hahaha!

Tapi satu je yang tak best port tepi bangunan ni sbb panas dia tu hanya tuhan je tahu.Sekali-sekala je yang best bila datang angin sepoi-sepoi bahasa sampai time tu jugak mata rasa layu semacam.Kalau dah dasar suka tidur tu kan?Tepi bangunan pun mampu lelap.Kau mampu?

Cuma tadi ada la conversation bebudak ni yang buat kita senyum sorang-sorang.

Jet:       Panas wess!Doh la pakai baju color itam.
Kita:     Kak Fi lagi panas,pakai baju merah menyala.
Aiman: Ala kira orait la tu takat pakai baju hitam rasa panas.Abis aku ni kulit dah hitam lagi la rasa.

Hmmm...Aiman...Aiman.Takpe la kulit gelap pun.Hitam tu kan menawan.Hihihihi!Macam-macam la.

Ok.Itu je pun.

Bai!


Harini pakai baju merah lagi.Naik kereta merah pakai baju merah.Kita kasi silau mata bebudak UMT harini.Haks!

Rimas

Ok!Saya mulakan entry ini dengan tangisan tak berlagu.Tak berlagu sebab sedaya upaya cuba nak suruh menangis tapi air mata tak mahu keluar.Tapi saya sedih + stress + bengang sbb kebodohan sendiri juga.

Pertama,kenapa nak rasa annoying sangat dengan kutukan dari anonymous sedangkan saya tak kenal pun dia.Kita anggap sahaja dia orang yang kurang kasih sayang sebab tu cari perhatian kat alam maya ni.Kesian kat dia sekali lagi.Get a life la!Eh,nak marah lagi.Udah-udah ya.

Kedua saya telah melakukan kesilapan yang..........erk......tak sure besar ke tak....tapi frust jugak rasa sbb saya secara tidak sengaja telah terdelete semua gambar dalam blog.Mana yang selamat or ada tu kira nasib la tak tahu macam mana boleh selamat.

Puncanya adalah sebab bosan dalam class Business Communication,tanpa rasa bersalah buka wireless lepas tu main FB.Sbb bosan haritu FB takde benda menarik,try buka blog.Sekali segala pic telah didownloadkan masuk kedalam HP.Bila perasan rasa rimas sbb gallery jadi ada byk file.Dah cuba delete byk kali tapi lepas delete dia ada lagi.Semalam bila dapat wireless terus cuba delete lagi.Hasilnya,kita dah delete semua pic dalam blog kita.Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!Tapi cuba fikir positif.Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.Mana la tahu.

Tapi mana pic yang dapat letak balik tu kita letak,yg mana pic tak jumpa terus tu pakai takde je la.Malas la.Assignment berlambak lagi nak kena buat dan adalah lebih baik mendahulukan apa yang patut didahulukan.

Kalau perasan skang ni dah tak bahasakan diri "aku" atau guna word yg tak sepatutnya sbb rupa-rupanya anak sedara kita baca blog ni.Jadi sila jaga perkataan anda.Hahahahaha!

Lagi,kereta kita dah masuk sebulan tak mandi.Nasib tuan kereta mandi hari-hari.Siannya kereta kita tu.Jadi kita nak pergi basuh kereta kita sekarang sblm anak kita balik sbb nanti confirm dia sibuk sekali punya.Percayalah!

Ok.Bai!

Cerita Khamis lepas

Last Thursday ke KL atas urusan bisnes chewah!Bunyi macam bisnes juta-juta  tapi tak overnite sbb tak leh tidur kalau my little sugar pie takde so terus ambik tiket return on the same day.Mana lena tidur kalau tak peluk budak busuk tu. So flight touchdown at Subang Airport around 9.30 am,pusing-pusing dalam tu kejap cari buah tangan untuk my SIL since my MIL pun actually ada di Shah Alam tapi bila I call mommy tanya nak kirim apa-apa,she don't want anything so that's why la I just lenggang-lenggang kangkung je haritu.Sorry to my dear sister tak sempat nak kerumah kamu sbb masa amat mencemburui kita.Hihihihi!

Kak Ma pick up kat airport dan terus  ke KL iaitu ke Lorong Haji Taib,ok tak perlu fikir bukan-bukan,kat situ banyak kedai borong selain malamnya boleh borong orang.Hihihi!Lepas tu ke KLCC sbb janji nak jumpa BFF kita Nana = ).Ingat dapat la lunch sekali tapi Nana is super busy.Maybe next time dear.Dapat jumpa kejap je.

Here we go at Chillis again.Tak tahu nak terjah mana lagi.Nak pergi food court kat situ mcm crowded sgt dgn orang sbb time tu lunch hour.Tapi nak masuk Chillis ni pun ke tunggu turn juga.Phew!Abaikan tudung kelepet tu.Awal-awal kita baiki lagi tapi lama-lama naik fed up terus dibiarkan je la.Tak kuasa mak!

Tapi my SIL tegur badan kita macam naik sikit.Kalau tengok pic ni,takleh nak deny la.Mmg naik kot sbb tgk kat lengan tu.Hihihihi!Takmau diet cuma nak jaga makan nak kurangkan yg berlemak plus saya ni mmg giler dengan cheese.Nak sosej cheese,nak pasta bolognese EXTRA cheese,nak burger also extra cheese,kiranya semua nak cheese.No good,no good!Nasi pulak wajib setiap hari.Tak dapat makan nasi badan mesti shaking sampai susah nak tidur.Craving for carbo!Hihihihi!Roti pun sama.Kita punya supper mesti roti bun dgn milo.Adeh!Perut mmg cepat lapar sbb selalu stay up study or buat assignment.

Ok.Berbalik pada lunch kami hari tu,I order Kickin Jack Nachos sbb dah lama sangat duk mengidam nak makan nachos lepas baca satu novel tapi lupa tajuk dia.Kat dalam tu dia mengambarkan betapa sedapnya makanan Mexican iaitu tacos and burritos.Menjejeh-jejeh air liur waktu baca tu.Gilo ah!Tapi saya tak order pulak tacos tp order nachos.Lebih kurang la.

Jadi mmg nachos dia haritu tidak menghampakan.Mmg sedap.Kak Ma pulak Mushroom Jack yang didatangkan dengan roti pita rasanya.Makan sampai kenyang.Tapi tak habis sbb satu2 tu mmg banyak.Macam nachos yg saya order tu untuk dua org makan sebenarnya.Orang-orang macam kami la.Hihihihi!Jadi kalau tak habis,jangan malu-malu untuk mintak diorg tapaukan.Tak salah pun plus  tak baik membazir.Mana tahu kat rumah nnt boleh makan lagi.Hihihi!Ok.

Maka kami pun lepak la sambil makan sambil borak-borak sbb lama tak jumpa,lepas tu pergi ke booth LANCOME yg tengah buat promotion kat bawah.That's my SILs idea sbb kalau I mmg I refuse because I tahu la I ni jenis mcm mana even my sis pun dah masak sgt dgn perangai kita ni.Kalau ikutkan haritu saya nak cabut lari je bila promoter tu panggil.Hahaha!

Tapi kalau dah namanya perempuan,haish!test bukan test sesaje tapi lepas test terus decide beli.Hahaha!Sbb beli tu maka kami dapat satu session make up free dari make up artis katanya dan lepas tu sekali dengan free photoshoot.Memandangkan masa banyak lagi sbb flight saya malam tu pukul 8.30 malam so berjimba-jimba la kami seadanya.Hilang stress kita.Tetibe.

Dan ini hasil belian dan pic yang dapat percuma tu.Hihihihi!
















Tak banyak pun barang yang dibeli.Perfume tu pun amik yg kecik je sbb dah kirim kat Ariey suruh beli kat airport time dia balik Malaysia nanti.Pandai-pandai la dia cari sbb last time dia beli kat Changi Aiport,Singapore dan harganya murah sikit la rasanya.Sekarang ni mmg dah rasa selesa dengan perfume from Coach walau ada orang kata kalau nak pilih perfume better cari brand yang mmg start dengan perfume tapi nak buat macam mana kita dah terjatuh chenta dengan perfume Coach tu.Dah nak habis dah so untuk botol kecik Lancome ni rasa cukup la kot utk 2 months.

Haritu beli eyeliner dgn lipstick jugak sbb eyeliner mmg wajib beli baru sbb kita ada problem dengan eyeliner MAC since mata akan naik ketumbit or merah everytime guna.So bye-bye MAC dan say Hi to Lancome sbb eyeliner dia sangat best dari segi senang nak apply kat mata plus mudah cuci setiap kali nak ambil wudu'.Tapi kalau mascara kita mmg tak suka sangat tapi kalau dah nak dibagi free tu kita ambik je la.I kan suka barang-barang free ni.Untuk lipstick kita beli juga satu dan lipstick dia sangat ok untuk kita la sbb lain orang lain penerimaan dan bibir pun tak kering.Liptick terbaru dari Lancome iaitu Rouge in Love,menampilkan modelnya Emma Watson.I like this girl sbb I love Harry Potter the movies.Ngheeee!!!Takde kena mengena.

Rasanya mcm dah takleh pakai lipstick MAC sbb bibir jadi kering.Setakat ni paling lama pakai produk from MAC adalah powder dia until now tak pernah tukar dan rasanya dah dekat 4 tahun pakai.Mak aihh!Loyal customer ni.Lepas habis kat booth Lancome,masuk GAP kejap sempat lagi sambar satu lagi cardigan padahal plan asal nak color kuning tp memandangkan material dia nipis sgt,ambik hitam tapi rasa mcm frust pulak sbb tak suite sangat dgn kita.Erm,rasa nak jual balik la.Hahaha!Jual kat kengkawan.

Photoshoot haritu.Mmg takde kerja.Hihihihi!Kelakar pun ada kalau tgk lama-lama.

Kalau bab make up kita ni suka make up nipis-nipis je sbb tu tak suka sgt apply mascara ke apa dan apply mascara untuk majlis tertentu je.Kalau make up pun just pakai basic je janji muka tak nampak pucat sgt.Dan paling penting make up yang dipilih haruslah yang mudah ditanggalkan/cuci.Itu sahaja.

Last yang kita nak cerita ni pasal popcorn pulak yg orang siap upload kat FB,cerita kat blog dan menggambarkan betapa bestnya popcorn tu sampai terbayang-bayang diruang mata bagai.Hahaha!Ala,Garrets popcorn tu la jadi memandangkan kita ni bukan selalu sangat ke KLCC sbb kita ni dari kampung sana iaitu somewhere in Terengganu so tak jumpa la Garrets Popcorn ni kat kampung kita.Popcorn yang kita selalu beli pun yg jual kat Giant tak pun kat petrol station pun ada gak...ala yg dalam plastik bentuk kon tu.Hihihi!

Ini dia orang kampung dari Terengganu ni datang nak mengetest betul ke sedap sgt popcorn tu sampai menjilat jari katanya.Ok.Versi cerita sebenar,tak sangka pulak tmpt parking haritu,naik 3 eskalator,sampai eskalator yang last terus nampak Garrets Popcorn punya signboard.Hahaha!Kebetulan je sebenarnya sbb dalam kepala otak tak terfikir pun nak cari cuma ada gurau dengan Nana kalau nak datang tu,tolong la beli popcorn tu sekali.Hihihihi!Saya pun terus menyinggah untuk belikan untuk Nana sbb mmg tak bawa apa-apa untuk dia.Hmmm,untuk medium size yang perasa caramel with almond tu dalam RM36.

Tak beli untuk diri sendiri sbb plan nak beli time nak balik nnt tapi sekali bila jumpa Nana,rupanya dia belikan untuk kita perasa yang sama dan kita beli untuk dia perasa yang sama jugak.Elok sangat.Last2 sendiri beli sendiri makan.Tapi kalau tanya saya,takde la rasa mcm terus menitik air mata waktu kali pertama masuk mulut.Hahaha!Sedap tu mmg sedap la tapi pada saya takde la sampai terbayang-bayang diruang mata setiap kali teringat.Hahaha!Biasa jer pada kita.Tapi kalau ikutkan flavour lain tak rasa lagi tapi kalau ikutkan yang menjadikan popcorn tu sedap adalah sebab every inch popcorn tu di cover dengan perasa.Kalau beli popcorn tepi jalan perasa caramel dia tu ada yang menyaluti popcorn ada yang tak.Maka yang tak kena  perasa rasa la tawar tapi popcorn Garrets ni semua disaluti perasanya.Mmg la sedap kalau lagu tu plus kita rasa terlebih sedap sbb brand la kot.Asal brand oversea je automatik jadi best,jadi lazat,jadi so yummeh tapi pada I tak semua ok.Diulang tak semua.Hihihihi!Ok la.pjg pulak entry ni.Nk sambung buat assignment pulak.Daaa!

Layankan saja gambarnya.Hihihihi!


Letih badan,letih otak.Sungguh satu kombinasi yang tak bagus langsung ~

Past few days I felt a little dizzy.Not really like a headache but something yang buat tubuh I rasa macam mabuk.Paling worst bila stop kat traffic light even though I dah stop a car tekan brek bagai tapi I feel like my car is moving slowly.Mula-mula kita ingat kita berhalusinasi sbb suami kita selalu cakap kita ni imaginasi tinggi lepas tu suka buat cerita merepek-repek.Dah tahu merepek kenapa sudi juga tadah telinga dengar.Hihihi!Oh kita lupa.Ni mesti takut bila time dia pulak nak buat sesi luahan perasaan,kita pulak buat-buat terlena.

My body also rasa sgt tak best.Rasa penat je manjang.Rasa semput.Kepala rasa berat dan apa yang pasti moody je manjang.Sian Damia.Lately dia selalu kena marah sbb kadang-kadang I macam susah nak control my tempered dan tangan pun rasa macam ringan je.Astaghfirullah.

Bila kat rumah pulak,sampai je kat depan pintu rumah,tetiba rasa nak pitam.Bila nak pasang DVD Damia,kalau bangun cepat-cepat,terus rasa nak pitam.Pastu rasa mcm sesak-sesak nafas sikit.Tidur pulak mmg tak lena sbb Damia byk kali jaga malam.Kalau berjaga sbb nak susu je orait la tapi ini tidak siap request suruh pasang DVD sekali.DVD apa,dia decide.Amboi!Amboi!Amboi!Tak dilayan,dia nangis padahal bukan dia tgk pun.Tak sampai 5 minit dia lelap balik,lepas tu satu kerja pulak I kena OFF kan tv.

This week baru selesai satu test.By next week ada lagi satu test lepas tu menyusul lagi satu test.Assignment ada 4 lagi kena siapkan.5 June start final.1st paper Marketing Research.Ok pengsan*

Mana nak berkejar sana sini pasal bisnes lagi.Hukhuk!Owh.Bukankah sudah berjanji dengan diri sendiri untuk jadi Super Mommy!

Itulah agaknya seminggu dua ni otak I mcm tak run smoothly.Hahaha!I dah mcm tak focus.Paling haru bila I plan nak ke KL on Thursday 17th May tapi pergi beli ticket on Thursday jugak tapi by next week.Nasib  baik terasa nak buat double check kalau masa nak check in baru perasan mmg tak tahu la nak cakap mcm mana lagi.Duduk diam-diam menyesali diri atas kecuaian sendiri.

Actually rasa risau juga takut Ariey marah.Bila salah beli tiket,solutionnya kena la beli tiket baru atau buat pertukaran tarikh dan nak tukar tarikh tu pulak jangan mimpi la  diorg nak bg free of charge.Hihihi!Tapi alhamdulillah Ariey tak marah dan siap suggest buat je pertukaran tarikh so hari Rabu tu cepat-cepat call Firely centre.Dan cost yang kita kena tanggung adalah,setiap satu tiket akan dicharge RM70 dan memandangkan ticket yang dibeli adalah return on the same day,charge adalah sebanyak RM195 termasuk tambahan harga tiket yang berbeza untuk hari Khamis 17th May tu.Dan once kita dah tukar tiket,insurance sudah tak valid dan kita kena purchase lagi sekali tapi kalau tak mahu pun takpe dan kalau pembayaran dibuat dengan card credit takyah risau pasal insurance semua sbb pembelian melalui credit card insurance dah cover kat situ.

Phew!Tak pasal-pasal the total cost untuk ke KL dah jadi RM510.Dan haritu pergi dgn flight Firefly sbb senang sampai kat Subang then my SIL Kak Ma dapat jemput.Kalau KLIA or LCCT sana jauh maaaa!

Dan hari Rabu tu pergi klinik saje la nak buat check up dah alang-alang otw nak ke kelas.Bila jumpa Doktor Fadzillah dia terus check tekanan darah dan katanya otak dan badan I ni dah mmg tahap letih to the max la.Exagerate cerita!Hihihi!Mahu tak letih,tidur tak cukup,makan tak tentu,rehat mmg tak langsung.Bayangkan bangun kena awal dan kalau nak extend tidur sekalipun just setakat pukul 9 pagi je dan lepas tu siap-siap ke kelas.Kalau takde kelas pagi,pergi urus pasal kedai pulak.Satu hari mcm tu la rutin kita dan malam baru nak study or settlekan hal universiti pulak.Tidur mmg kalau tak 12 malam,1 or 2 pagi tu dah jadi rutin.Itu belum kena bangun pukul 4 pagi semata-mata nak study kalau ada test.Study awal tak boleh sbb Damia ganggu.Mcm2 request dia bila tgk mak dia dah start pegang nota or buku. 

Jadi doktor suggest supaya berehat.Dia bagi ubat pening yang pheww!Mmg mengantuk habis dan doktor pun bagi vitamin juga.Katanya kita ni terlampau bekerja sampai tak rehat langsung.Ok.Khamis ke KL dan this week I cuba la slow down sikit.Bagi diri dapat bernafas dengan sempurna.Ini tidak.Terkejar-kejar je manjang.Kata orang "Cool and steady,win the race!".Tapi lagu mana nak cool and steady kalau segala dah nak sampai dateline semua.Hadddoiii!! 

Kau kenapa makcik?
 Image google!

Suntikan HPV bagi wanita.Saya sudah dan anda bagaimana?

Amboi tajuk takleh nak blah....
Aku sgt concern segala benda berkaitan dengan kesihatan.Jadi kalau ada apa sahaja precaution yang doktor beritahu tak teragak-agak untuk bersetuju tapi make sure kita dah tahu la apa bendanya tu jangan pakai iyakan aje.Itu bongok namanya.

Sbb concern sgt la tu sampai hutang RM60 tak pergi bayar lagi kat klinik tu.Itulah bahana bawak duit ngam2 walau dah tahu dua manusia yang nak kena cucuk haritu.Hehehe!Dan ini untungnya kalau klinik yang biasa kita dapat rawatan sampai tak cukup duit pun doktor selamba je cakap nanti bayar next time.Kau mampu?Hihihihi.Ok.Esok aku pergi bayar.Bikin malu sajork!

Actually aku mmg dah selalu sangat dapatkan rawatan dengan doktor ni dari aku sebelum kahwin,dah kahwin,start pregnant,hingga aku bersalin,Damia punya jap pun dari lahir sampai habis,jap tambahan aku mmg ambil kat sini kecuali jap yg pertama kali je buat kat KTS.Maka memandangkan aku masih menggunakan khidmat doktor yang sama maka apa sahaja update tentang perkara berkaitan sakit,kesihatan or whatsoever mesti dia akan inform aku.Kalau ikutkan dah bertahun-tahun lamanya dan sebab tu aku dah tak kekok nak kongsi apa sahaja dengan dia luar dalam.Huhuhu!
 
Dan atas kesedaran yg tinggi tentang bahaya KANSER serviks atau kanser pangkal rahim yang merupakan antara penyakit yang banyak menyerang wanita pada hari ini maka aku terus berjumpa dengan doktor dan mintak advise dari dia.

Jadi antara inisiatif yang aku ambil adalah dengan bersetuju untuk ambik suntikan HPV bagi mencegah dari mendapat kanser serviks.Sangat scary hokkey bila menurut satu kajian, kanser serviks menjadi punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun dengan seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit di seluruh dunia.Tp statistik ni kalau tak silap tahun 2003.Sila minta bantuan Uncle Google utk medapatkan statistik yg terbaru.Harap maklum.Sedikit info,kanser ini terjadi pada saluran reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia.Untuk punca,simpton,cara rawatan,pencegahan bla bla bla tu sila mintak bantuan Uncle Google jugak.Aku malas nak copy paste sini karang blog aku bertukar jadi blog kesihatan pulak karang.Ini blog tmpt aku merempan hilang stress dan aku tak mahu lari dari tujuan asal.Hahahhaha!

Sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser serviks, kaum wanita di Malaysia kini boleh mendapatkan vaksin HPV.Malangnya kena ambik sendiri sbb buat masa ini kerajaan just bg untuk murid perempuan tingkatan  satu je.Harap maklum.Hospital gomen,aku tak sure.

Setakat ini suntikan HPV adalah cara paling baik untuk menentang penyakit ini.Orang kata berusaha dulu lepas tu barulah bertawakal.Pada aku cuba mencegah dahulu dan selebihnya berserah padaNya.

Oleh itu, pemeriksaan rahim secara berkala amat digalakkan bagi mengelakkan pengesanan kanser pada peringkat akhir yang boleh mengancam nyawa.Dengan melakukan ujian pap smear amatlah digalakkan.Ini aku sibuk nak nasihat orang ni,aku pun belum buat lagi.Hihihihi!Seeloknya buat selepas kering haid.Niat ada nak buat lepas-lepas ni = )

Jadi suntikan HPV yg aku ambik adalah sebanyak 3 dose.Dia byk jenis sebenarnya.Ada yg sekali suntik je,ada yg 3 kali mcm aku.Maka mintaklah advise doktor.Jadi yang aku ambik ni 3 dose.Bawah ni adalah jadual dia.Tak perlu ambik straight setiap bulan sbb dia dah ada masa-masa dia.Kalau tgk kat kad aku ni dia ada gap untuk beberapa bulan dan untuk 1 dose kosnya adalah sebanyak RM250.So untuk tiga dose totalnya adalah RM750.



Kiranya aku dah settle untuk ketiga-tiga dose.Jadi apa tunggu lagi?Dapatkan suntikan HPV anda sekarang.Ini adalah iklan tak berbayar.Sekian.

Sambutan Mother's Day pada aku

Mother's Day tahun ni aku tak merempan sangat duk wish sana wish sini.Eh,mcm setiap tahun aku duk sibuk sangat nak celebrate ke apa cuma aku mmg PERNAH celebrate Mother's Day ni dengan membelikan hadiah kat mak aku.Entah kenapa tahun ni aku nak buat diam je dulu dan seperti biasa aku just tunggu je orang yang akan update status kat FB pasal ni.Jeng!Jeng!Jeng!

Bulan lepas ke atau bulan lepas lagi satu,tapi aku mcm ingat-ingat lupa la.Tapi seingat aku mcm pernah terpegang satu brochure promotion sempena sambutan Hari Ibu ni dimana dia ada special offer makan kat Ri-Yaz Heritage Resort & Spa tu.Memandangkan aku mmg ada kad ahli (bkn ahli UMNO) kononnya,mmg aku tak manfaatkan sgt coupon yg telah diberi.Takde geng masalahnya.Maksudnya still ada lagi la coupon makan dengan potongan harga yang belum aku guna.Maka kononya berkira-kira nak bwk mak kite kesana.

Tapi bila masuk bulan May,lepas aku terbaca satu pos dari seorang blogger ini yang mengatakan orang kita ni seolah-olah kalau benda yang tak menguntungkan dia,barulah nak merempan membabi buta tapi kalau benda tu menguntungkan dipihak dia,mmg dia diamkan sahaja la.Menurut blogger tu org Islam di tegah sambut Valentines sbb tu sambuatn utk orang bukan Islam tapi bila 1 May takde pulak orang bising walhal tarikh tu juga ada kaitan dengan keagamaan Kristian juga rasanya tapi takde pulak orang nak bising sbb that day dapat cuti.Tapi aku rasa mcm hampir separuh dunia kot cuti pada tarikh tu.Tapi aku tak pasti la.Aku just ambik bulat-bulat kata-kata dari blogger tu.Tapi andainya betul,aku setuju jugak la apa yang cuba nak disampaikan oleh blogger tersebut.

Maka bila dekat2 tarikh Mother's Day,aku pun buat-buat bodoh je la dgn tak wish,tak plan any special dinner whatsoever.Dan seperti biasa aku tunggu orang up status di FB.Pandangan pertama berkenaan Mother's Day yang aku baca adalah dari blog Kereta Mayat.Penulisnya mengatakan tak salah pun nak celebrates just untuk menghargai ibu kita.So takyah la nak merempan tak tentu pasal.Itu pendapat beliau dan mungkin benda-benda mcm ni depends pada niat kita.Lepas tu baru ada orang up status kat FB  pulak dan kata-kata tu dipetik dari Ustaz Azhar Idrus yg mengatakan sambutan Mother's Day adalah haram.

Dan kat sini aku nak relate dengan apa yang pernah berlaku pada aku waktu tarikh orang duk sibuk pasal Valentines hari tu.Actually selama 4 tahun kahwin ni kami mmg tak pernah celebrates Valentines.Dua tahun berkawan dulu pun tak pernah juga kami celebrates Valentines.That's mean Valentines means nothing for us dan plus dah tahu menyambutnya adalah haram.

Jadi kebetulan pulak waktu kitorang g 1Utama pada hari kejadian,senang ckp kami pergi shopping,tetiba Ariey stop kat kaunter Diamond Platinum yang kebetulan diorang bukak mcm satu kaunter kecik kat tengah-tengah laluan kat level tu sempena Valentines.Jadi kononya sempena Valentines tu mmg diorang buat offer kaw2 la that's mean harga yang diorang offer pun haruslah murah sikit dari harga biasa.Aku ckp murah sikit sbb diskaun dia bg 20% jer.Chait!Kalau 50% baru berbaloi.Gila kau.Hahaha!

Dan aku taktau apa motif si Ariey ni g duk situ.Cari nahas letttewww.Mula-mula aku buat la mcm muka tak kesah.Eh,bukan.Buat muka takde perasaan.Tapi bila dia senyum-senyum meleret pastu panggil aku suruh pilih,eh,bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,berdesup aku pergi.Nampak sgt rakus = ) Prinsip aku,dah dia offer cepat-cepat la amik peluang.Buat dia tetibe ubah fikiran baru nak nangis sorang-sorang dalam selimut.Hihihi!

Dah pilih mana berkenaan,dah bayar,eh,salesperson dia tu suruh aku masuk contest pulak.Katanya sempena Valentines so express the feeling to pasangan kita dan ayat paling superb akan dipilih untuk dapat hadiah misteri.Aku pun dah orang sua,aku start la tulis until abah aku tegur ni sempena Valentines ni.Kita Islam mana boleh sambut.Aku pun macam,eh,betul jugak.So aku cakap la kat abah aku,aku tak niat apa-apa pun just pakai tulis je.Boleh?Ke dah mcm takde pendirian?Sila tegur aku kalau aku salah.Dan kalau dah kebetulan waktu tu ada offer so Ariey beli cincin untuk aku tu tanpa niat sempena Valentines ke apa.Anggap la kalau bukan Valentines pun dia mmg akan beli sbb dia pernah janji cuma haritu aku macam tetiba tak ingat janji manismu yang pernah ditaburkan olehnya itu.Jadi thanks la for reminds me.Hihihihi!


Sesi pilih,pastu dengar penerangan,pastu pujuk suruh kasik murah lagik,pastu pow air mineral byk-byk,pastu sedih pulak tgk suami sendiri kena layan Damia yang sibuk sama nak tengok sama,pastu sedih sikit time suami nak bayar.Sedih bukan sebab fikir duit melayang tapi sedih andai la tetibe member tu ubah fikiran.Oh no!Hahahah!Cuma aku harap situasi aku ini tidak melambangkan aku bersama meraikannya.Takde niat pun.Just kebetulan.Mcm member aku,tarikh kahwin jatuh 14 Feb tapi katanya bukan sbb tarikh tu tapi kebetulan tarikh ikut kiraan Islam dimana elok untuk dipilih sebagai tarikh kahwin dia kebetulan jatuh pada 14 Feb.

Sebelum nak tinggalkan tempat tu,dibaginya pulak bunga dengan coklat tu kat aku.Siap sebut "Happy Valentines Day".Tapi aku tak jwb apa-apa even ckp thank u pun tak sbb aku pun rasa mcm serba salah jugak.Dan loket kat sebelah tu bukan aku beli tapi diberi percuma sebab dah beli cincinkan.Kalau tgk harga dalam RM500 lebih tapi tak tahu la kalau diorang sajer letak price tu sbb of cos la kita rasa seronok.Ingat senang orang nak bagi free-free mcm tu plus kalau aku mmg confirm tak akan beli punya. loket lagu tu.Dah barang free,jangan cakap banyak,ambik je kalau orang dah bagi.
 
Jadi konklusinya pada aku,no more celebration for Mother's Day.Apa kata aku celebrates mak aku bila-bila masa sahaja tak payah tunggu Mother's Day bagai baru nak express rasa sayang pada dia sbb aku rasa untuk discount makan di tempat exclusive pun tak tunggu Mother's Day sahaja,waktu-waktu lain pun ada offer plus aku sendiri ada kad yang aku boleh dapat discount makan kalau nak makan sampai pecah perut pun takpe dan kad tu valid dikebanyakan hotel seluruh dunia.Amboi!Kecikkan sikit geografinya,special discount juga untuk makan dihotel dalam Malaysia pun byk.Aku point hotel sbb kat hotel la antara tempat yang esklusif plus kat Terengganu ni kat mana lagi??Ini bukan KL,Penang or Johor yang mana berlambak-lambak tmpat mkn esklusif.Kata nak special sgt kan?

Jadi pada aku,tak perlulah aku nak mulakan ritual makan besar pd hari Mother's Day sbb nnt kalau Damia dah besar dan faham,dia akan buat perkara yang sama juga.Jadi apa kata terapkan pada anak-anak aku nanti,baik Mother's Day ke,Father's Day ke tak perlu.Kamu boleh express kan perasaan kasih sayang tu sepanjang tahun dan tak perlu la nak tunggu setiap hari tertentu aje br nak celebrates.Hari biasa pun boleh jadi special kalau kita keluar makan ramai-ramai.Surprise adalah lebih digalakkan.Hahaha!Jadi aku start tahun ni la.Sebelum-sebelum ni kalau aku dah pernah menyambut tu,nak buat mcm mana.Serious aku tak tahu dan bila dah tahu takmau la buat.

Tapi ada satu lagi yang bermain kat kepala otak aku tentang hukum sambutan hari lahir pulak.Apa hukum ek?Siapa tahu boleh share kat sini.Thank you.

Strawberry Shortcake


Strawberry Shortcake adalah antara cartoon favorite Damia.Mana tak favorite kalau hari-hari mintak pasang DVD Strawberry Shortcake ni tapi dia comfirm la tak sebut penuh.Takat request nak "Erry".Hamboi!Hamboi!

Sebab hari-hari nak tgk DVD Strawberry Shortcake,pastu mintak tukar lagi DVD Barbie,pastu Pocoyo,pastu bla bla bla.Dan sekarang aku fikir-fikir balik adalah baik aku terminate sahaja Astro kat dalam bilik aku ni.Membazir je aku rasa duk bayar RM80 sebulan sbb aku mmg takde chance langsung nak tgk tv.Time dia tidur,aku ambik peluang buat assignment atau study.Kalau dia tak tidur dia kacau aku sibuk nak duduk atas riba kacau aku study.Time dia tak tidur jangan harap la aku ada chance nak gedik-gedik kaki layan citer kat tv.Manjang citer dia je.Kadang-kadang tu bukan dia tgk pun tapi janji kena pasang.Astro kat hall dia conquer,eh Astro dalam bilik aku pun dia conquer.Aku rasa bulan lepas aku tak tgk langsung apa-apa cerita dan jauh sekali nak tgk news kat tv.

Tapi biasanya malam baru dia mintak nak tgk Thomas & Friends, jd aku baru bukak Astro sbb aku subscribe cartoon dan Astro kat hall pun subscribe cartoon jugak,amboi mam besar!Damia bila time nak tidur dia nak tgk Thomas & Friends dan biasanya Astro akan tayang straight sampai 4 episod rasanya maka sempat la anak aku tu zzzzZZZZ dulu.Tapi pernah jugak habis episod dia tak tidur jugak,maka satu kerja pulak aku kena bangun pasang DVD pulak.Takat Thomas & Friends tu aku boleh pergi beli DVD dia. kalau confirm aku terminate Astro nnt.Anak aku bukan reti cerita sama atau tak.Hihihi!Aku ulang tayang je la.

Dan aku rasa better terminate je la.Baik aku pasang wi-fi lagi bagus.Bayar lebih kurang tu jugak.At least seisi rumah boleh guna.Nanti la discuss dengan Ariey macam mana.Kalau terminate pun tak rugi pun sbb Astro satu lagi yang kat hall tu ada.Itu siap full package plus beyond tu.Itu pun tak ada masa nak tgk semua.Ish!


Berbalik pada cerita coeli ni (ikut sebutan Tatak Along) sebelum  ni aku just pasang je DVD Strawberry Shortcake ni tapi aku tak tgk cerita dia sampai habis pun sbb aku tahu ada yang willing untuk tgk.Hahaha!Takde orang lain lagi la iaitu suami aku tu la.Dia la yang rajin temankan Damia.Dari cartoon Strawberry Shortcake sehingga la ke Barbie,semua dia dah khatam siap boleh cerita kat aku balik.

Dan tak hairan la kalau nama company kitorang pun diambil sempena dari salah satu cerita Barbie tapi aku adjust sikit la.Ikut si Ariey tu nak ambik 100%.Hihihi!Kuatnya terpengaruh.Alasan dia sbb watak tu bagi sumber inspirasi pada dia.Boleh?

Dan Ariey jugak gtau dalam cartoon Strawberry Shortcake ni dia byk selit nilai-nilai murni mcm dalam persahabatan,life,rasa syg pd animals and etc.Kira orait la.Lepas dgr cerita Ariey tu terus aku layankan jugak.Tapi mmg betul la.Tak caya cuba tgk dan setakat ni aku tak collect semua lagi collection DVD dia cuma last month sebagai reward pada Damia yang sgt behave aku terjah Toy R Us kat Mesra Mall tu dan belikan dia toys Strawberry Shortcake ni.Seronok juga tgk muka excited dia tapi yang tak bestnya byk la pulak benda-benda alah yang kecik-kecik tu.Time beli tak terfikir pulak dan yang seronoknya lagi  siap ada cash register yg siap ada suara Strawberry bercakap.Sepanjang hari kena tahan telinga dengar.Satu yang buat aku geram psl Damia ni biasanya 10 minit pertama cantik la cara main dia.masuk 10 minit seterusnya dan start bereksperimen dah bila dia masukkan benda kecik tu dalam mulut.Eiiiii!Geram betul la aku.Risau aku tercekik ke apa.Haish!

Dan rasanya aku pun dah tahu la apa theme untuk birthday Damia next year.Mak aih!Awalnya merancang.








Dua biji kek ni tersangat la comel.Memandangkan birthday Damia yg pertama dulu aku decorate sendiri,bermakna coming soon punya birthday aku dah dapat idea mcm mana nak buat.Huhuhu!Nak buat mcm mana,aku mmg enjoy buat benda2 mcm ni.Hihihi!

Ini kek yang aku pernah decorate untuk birthday party Damia yg pertama dulu.Time ni mungkin nampak comot sikit.Tarrra hal la.Janji puas hati! = ) Senyum sampai telinga.

Cerita minggu lepas

Minggu lepas sepupu aku mintak tolong aku pergi ambik anak angkat dia sbb dia dia xleh nak datang ambik bcos my sepupu is a teacher yang mana sesi persekolahan beliau belum tamat dan locationnya nung jauh di Menerong sana.Bukan Merong Wahawangsa yer kawan-kawan.Harap jangan salah faham.

Jadi anak angkat dia ni adalah mat salleh Amareka sana.Actually aku baru jumpa sekali je dengan mamat ni kalau tak silap raya tahun lepas.Blair nama dia tapi nama penuh aku tak tahu.Tony Blair barangkali.Lepas tu tak jumpa2 dah until hari tu la.Nak dijadikan cerita si Blair ni baru balik dari Pulau Kapas.Dua hari dia kat sana.

Kalau siapa yang lahir kat Terengganu,membesar di Terengganu lepas tu tak tahu Pulau Kapas tu letaknya kat mana silalah selam kepala dalam baldi sekarang.Takde paksaan.Volunteer.

Balik cerita tadi,Blair pun follow la aku balik tp sebelum tu dia ajak cari newspaper BI.Aku pun perah otak fikir nak cari kat mana sbb kalau areas Marang ni aku mmg tak tahu kat mana jual sbb aku mmg jarang beli newspaper.Balik2 pergi kedai aku capai Harakah je.Senang cerita aku cakap je kat Blair demand newspaper BI kurang kat area sini.Hahaha!Samada aku yang tak tahu atau mmg tak dijual kat area sini,wallahuallam.

Dan Blair beli rambutan dengan betik.Katanya ada something nak share dengan kami kat rumah nanti.Kira orait la.Budaya bwk makanan time bertandang rumah kwn/relative ni rupanya a part of diorang punya culture jugak.

So aku bwk dia ke 7Eleven,takde,pastu ke Petronas,pun takde.Jadi nasib kau la Blair haritu tak dpt baca newspaper.Nnt dah sampai rumah aku sua Harakah kat dia suruh baca.Hihihi!Dlm Harakah pun ada English version apa.

Bila sampai rumah,aku offer lunch dia taknak sbb dah makan kat kedai mak sedara aku  katanya tadi so aku biar je la dia lepak kat hall rumah aku tu.Kebetulan ada Harian Metro kat atas meja dan aku tak sure siapa beli dan tarikh bila.Sekali si Blair tu ambik belek-belek baca.Faham tak faham lantak la tapi dari gaya baca macam faham.

Sekali si Blair panggil aku then dia tunjuk kat newspaper tu.Cerita pasal budak pergi picnic pastu lemas.

"What happen to this boy",Blair tanya aku.

"Erk....oho...they go picnic and the boy....."tetiba word untuk "lemas" aku totally lupa.

Aku pun jerit la tanya adik aku,"Lemas org cakap apa yer".

Dan belum sempat adik aku jawab,si Blair tu pun jwb,"Drown".Cis la kau Blair.Kau tahu tapi kau nak jugak tanya aku.Suka tgk aku duk perah otak.Sakit hati pulak.

Lepas tu aku sambung buat assignment aku.Dah pesan siap2 kat dia kalau rasa nak tidur sila masuk bilik sebelah.Tapi mmg betul2 tidur la dia ni sbb dah masuk maghrib baru dia bangun.Dah bangun tu mesti lapar.Aku ajak la dia makan dan lauk haritu pulak singgang ikang.Lauk Terengganu wei.Ikan yang digunakan biasanya ikan tongkol a.k.a aya.Dan aku memang nak tergelak tengok si Blair ni makan.Effort untuk guna tangan tu mmg bagus la plus dia makan bersungguh pulak tu.Sbb sblm ni kalau member2 aku yang bukan dari Asia kebanyakannya agak kekok tapi bukan si Blair ni.Dah la tu,boleh cakap Melayu walau tak lancar sangat dan  no wonder la kalo dia sibuk nak khatam buku Awang Goneng tu.Dan ada satu dia tanya aku,"What the meaning of SOKMO.I saw the word written on t-shirt like Senyum Sokmo".Ok.Sokmo means always yer kawan-kawan.Kalau Senyum Sokmo maknanya Smile Always la = ) Jadi korang senyum tak lepas baca entry tak best ni?Hihihi!

 
Umur baru 25 thn tapi bila dia simpan misai jambang ni bagai,dah nampak mcm umur 40 pun ada.Kalau nak tahu antara Malaysian food favorite dia,pengat durian.Mak aih!Sama dengan nama blog mak.Kelassss kau Jah!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You