Antara PTPTN dan Insurance Pendidikan dan budget untuk anak dan persoalan (Mak aih!Byknya!)~

Lepas debat pasal PTPTN haritu,panas betul isu tu diperdebatkan diluarnya sampai dalam FB,dalam blog,sembang dikedai kopi (ini tambah sendiri).Tambah rencah untuk tunjukkan betapa panaszzznya isu ini.Sensitip ok.Silap komen ada pulak yang tersentap.Tapi seperti biasa sentap jer la lebih.Kalau nak fikir apakah langkah terbaik yang harus dilakukan memang tak adanya la.

Jadi bila dah tengok keadaan yang terpaksa dihadapi sekarang,kami suami isteri pun ada juga discuss apa jalan terbaik yang patut dilakukan bagi merancang masa depan Damia dan juga adik-adiknya nanti.Ok.Saya pernah ke bank untuk mintak advise berkenaan dengan SSPN yang kerajaan duk promote sekarang ni.Kerajaan kalau boleh nak semua anak-anak kita buka akaun SSPN dan syarat dia pun minimum simpanan serendah RM20 pun dah boleh buka akaun.Harini benda ni optional,tapi saya berani jamin sampai satu masa ia akan jadi WAJIB.Percayalah.Kalau duit PTPTN pun diorang berani buat urusniaga,inikan SSPN.Kerajaan kita hari ini mmg byk agenda tersembunyi.Kalau kata perlepasan cukai?Bunyi je mudah.Kami dah banyak kali face benda-benda macam ni.Ini dapat exemption,itu dapat exemption,tapi banyak prosedur kena follow.Macam kes Ariey,income tax tarik lebih duit dia so memang hak kami tuntut balik duit tu tapi memang makan masa berbulan-bulan jugalah kena tunggu untuk dapat balik cheque tu.Time ambik laju,time bagi balik siputtttt lagi laju.

Bila mintak advise orang bank,"Saya advise awak ambik insurans instead of SSPN sbb semua anak saya saya ambik insuran untuk pendidikan".Ok.Jawapan dari pengawai bank bila saya tanya pendapat dia.Tapi saya tak terima bulat-bulat.Balik je saya tanya pula orang lain.Saya tanya kakak saya,insurans.Saya tanya abang saya,insurans.Saya tanya mak sedara saya,pun insurans.Saya tanya kawan-kawan saya,"Aku nak fikir dulu.Takut tak sempat duit la".

Berbalik pada topik utama,merancang masa depan adalah dengan erti kata lain ,adakah Damia harus ambik PTPTN juga nanti untuk membiayai pengajiannya kelak?Dan kalau ikutkan mmg kalau boleh kami tak mahu.Nehi.Jadi sebab tak mahu itulah,kami harus cari pilihan lain.

Maka dengan itu kami ambik insurans pendidikan untuk dia.Awal-awal dulu jujur saya cakap saya mmg tak setuju dengan insuranns ni segala.Satu adalah sebab saya rasa seperti berjudi juga.Misalnya insurans kemalangan,kita byr setiap bulan dan lepas tu 10 tahun mcm tu tak pernah kemalangan so tang mananya kita nak claimnya.Dan bila insuran takaful diperkenalkan,yang ada sekali dengan saving tu,baru terbuka sikit hati cuma bukanlah 100%.Tapi memandangkan diMalaysia ni benda ni dah jadi macam penting pulak bila segala-galanya kena diinsurankan,maka dah rasa macam takleh lari dah.Mana yang duk pung pang pung pang pasal guna barang Yahudi ni,ambik kau,insurans ni pun salah satu produk dari Yahudi jugak.Heks!

Maka untuk Damia kami ambik insurans pendidikan bersama dengan medical sekali.Caruman RM200 sebulan dan kalau tak silap umur dia 18 tahun dapat la keluarkan untuk kegunaan belajar dia nanti dan insurans ni juga andai kami berdua umur tak panjang,caruman secara free terus hingga umur dia 18 tahun tetap dapat duit tu dan tak perlu bayar dah.

Insuran untuk medical ambik juga sbb Damia pernah masuk ward dan atas sbb kami mmg dapatkan rawatan  untuknya di hospital swasta so mmg sangat berguna la bila kami just perlu tampung 10% jer untuk caj rawatan dia.Ariey takde panel sbb dia bukan  bekerja di Malaysia. Jadi setakat ini untuk protect anak kami macam itu jer la yang mampu dilakukan.Selain insurans kami juga cuba pastikan saving dia mesti ada setiap bulan.Sebab tu saya rancang betul-betul perbelanjaan Damia untuk sebulan.

Saya tidak tahu berapa biasanya orang spend untuk anak masing-masing tapi kami spend 1K sebulan untuk Damia dimana RM400 untuk susu formula,RM100 untuk pampers,RM100 untuk lain-lain macam teats.Tips pada yg guna botol Avents adalah kalau pakai botol Avents mmg teats dia cepat leaking kalau kita jenis malas dan suka rendam teats dalam air,hasilnya teats cepat kembang dan rosak jadi kalau sayang duit sila rajin cuci terus botol anak lepas dia minum susu dan jangan biasakan biar botol dgn susu basi sehari semalam tak berbasuh kalau rasa sayang duit nak kena tukar puting selalu.

Tapi every month kena standby juga sekurangnya 4 teats dan satu bekas ada 2 teats kat dalamnya berharga RM28.90.Tukar kalau rasa perlu tukar tapi setakat ni untuk saya tak perlu tukar every month pun.Lain-lain tu adalah macam biskut dia,toys or keperluan yang lain.Baju dan toys tidak dibeli setiap bulan.Biasanya kalau ke KL baru shopping baju or toys.Jarang beli kat sini.Another RM400 kalau tak guna  I means bulan tu Damia tak demam,selsema or apa-apa sahaja yang menyebabkan kita kena bawa ke klinik,maka terus masuk dalam bank untuk saving dia.Setakat ni kami open akaun untuk Damia dalam 5 bank.Tabung Haji (siap dah daftar haji untuk dia tapi umur 37 tahun baru sampai turn dia,huhuhuhu!),Hong Leong Bank,Maybank,CIMB dan HSBC.Gile over.Skang juga memandangkan sekarang ini Damia dijaga oleh parents saya yang willing nak jaga time saya ke UMT,maka sudah save RM400 untuk nursery.Dulu hantar dia kat An-Nur Child Development di Batu Buruk.Kalau hantar full 1 hari,caj adalah dalam RM430.Half day RM280.Setakat saya hantar Damia disana,cara diorang jaga mmg tersangat puas hati.Bukan nak bias ke apa tapi dah memang kenyataan bila tgk condition anak sendiri.Anak orang lain saya tak tahu.

Insurance RM200 tak termasuk dalam perbelajaan Damia sbb ayah dia letak sekali dengan insurans saya.So itulah jumlah yang di spend untuk Damia per month.Tapi andai Damia ada adik pula,mungkin perbelanjaan untuk dia akan di cut dan ini depend on condition kami la.Bayangkan kalau 7 anak nak spend 1K seorang abis untuk kami tinggal apa pula?Hahaha!Sebab itu saya mention based on our condition.

Jadi disini fikir-fikirkan lah apa plan kita yang paling baik untuk anak-anak kita.Tapi kat sini tak adalah saya nak state kalau amik insurans tu adalah dikira tindakan paling baik.Andai tak ambil insuran sekalipun,tapi buat sedikit saving untuk anak pun dah dikira tindakan yang baik dan semuanya bergantung pada kita sebagai ibu bapa kerana kita yang membuat keputusan untuk semuanya.

Dan satu lagi tak faham kenapa wujud situasi ini,

"Bagi anak minum susu mahal.Beli susu murah  kang ada RM20 sekilo.Nak berlagak la tu".
"Dah bagi pakai pampers mahal,belajar la pakai kain lampin zaman kita dulu makpak pakaikan lampin je pun".

Ignore kata-kata ini selagi kau tak perlu pergi pada dia,Senah (bukan nama sebenar),"Aku nak pinjam duit beli susu anak".

Kita ibu bapa,selagi tidak menyebabkan kita makan maggi hari-hari,bagilah susu apa yang kita rasa terbaik untuk anak kita.Selagi hujung bulan tak makan nasi berlaukkan telur dan kicap,pakaikan sahaja la pampers apa yang nak dipakaikan pada anak kita.Tapi kalau kewangan kita mmg tak mengizinkan,pandai-pandai la buat pilihan dan jangan hidup atas dasar biar orang nampak kita senang tapi dalaman kita sakit.Tak perlu pun.Jangan biasakan hidup dengan takut apa yang orang kata.Jadi diri sendiri itu adalah lebih baik sebenarnya.Senang buat cara senang,susah buat cara susah.

Sbb tu orang tua-tua kata,ukur baju dibadan sendiri.Yang pi ukur kat badan orang lain tu buat apa?Kita,kita la.Dia,adalah dia.Faham?

Segalanya untukmu wahai anakku

3 comments:

faiz juhari said...

Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

faiz juhari said...

Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings...semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2...saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

Andy Zs said...

yang lain setuju, cuma bab PTPTN x join x tepat. aduhh

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me