Suntikan HPV bagi wanita.Saya sudah dan anda bagaimana?

Amboi tajuk takleh nak blah....
Aku sgt concern segala benda berkaitan dengan kesihatan.Jadi kalau ada apa sahaja precaution yang doktor beritahu tak teragak-agak untuk bersetuju tapi make sure kita dah tahu la apa bendanya tu jangan pakai iyakan aje.Itu bongok namanya.

Sbb concern sgt la tu sampai hutang RM60 tak pergi bayar lagi kat klinik tu.Itulah bahana bawak duit ngam2 walau dah tahu dua manusia yang nak kena cucuk haritu.Hehehe!Dan ini untungnya kalau klinik yang biasa kita dapat rawatan sampai tak cukup duit pun doktor selamba je cakap nanti bayar next time.Kau mampu?Hihihihi.Ok.Esok aku pergi bayar.Bikin malu sajork!

Actually aku mmg dah selalu sangat dapatkan rawatan dengan doktor ni dari aku sebelum kahwin,dah kahwin,start pregnant,hingga aku bersalin,Damia punya jap pun dari lahir sampai habis,jap tambahan aku mmg ambil kat sini kecuali jap yg pertama kali je buat kat KTS.Maka memandangkan aku masih menggunakan khidmat doktor yang sama maka apa sahaja update tentang perkara berkaitan sakit,kesihatan or whatsoever mesti dia akan inform aku.Kalau ikutkan dah bertahun-tahun lamanya dan sebab tu aku dah tak kekok nak kongsi apa sahaja dengan dia luar dalam.Huhuhu!
 
Dan atas kesedaran yg tinggi tentang bahaya KANSER serviks atau kanser pangkal rahim yang merupakan antara penyakit yang banyak menyerang wanita pada hari ini maka aku terus berjumpa dengan doktor dan mintak advise dari dia.

Jadi antara inisiatif yang aku ambil adalah dengan bersetuju untuk ambik suntikan HPV bagi mencegah dari mendapat kanser serviks.Sangat scary hokkey bila menurut satu kajian, kanser serviks menjadi punca kematian kira-kira 270,000 wanita setiap tahun dengan seorang wanita meninggal dunia setiap dua minit di seluruh dunia.Tp statistik ni kalau tak silap tahun 2003.Sila minta bantuan Uncle Google utk medapatkan statistik yg terbaru.Harap maklum.Sedikit info,kanser ini terjadi pada saluran reproduksi wanita dan menjadi penyebab utama kematian akibat kanser di seluruh dunia.Untuk punca,simpton,cara rawatan,pencegahan bla bla bla tu sila mintak bantuan Uncle Google jugak.Aku malas nak copy paste sini karang blog aku bertukar jadi blog kesihatan pulak karang.Ini blog tmpt aku merempan hilang stress dan aku tak mahu lari dari tujuan asal.Hahahhaha!

Sebagai usaha untuk mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser serviks, kaum wanita di Malaysia kini boleh mendapatkan vaksin HPV.Malangnya kena ambik sendiri sbb buat masa ini kerajaan just bg untuk murid perempuan tingkatan  satu je.Harap maklum.Hospital gomen,aku tak sure.

Setakat ini suntikan HPV adalah cara paling baik untuk menentang penyakit ini.Orang kata berusaha dulu lepas tu barulah bertawakal.Pada aku cuba mencegah dahulu dan selebihnya berserah padaNya.

Oleh itu, pemeriksaan rahim secara berkala amat digalakkan bagi mengelakkan pengesanan kanser pada peringkat akhir yang boleh mengancam nyawa.Dengan melakukan ujian pap smear amatlah digalakkan.Ini aku sibuk nak nasihat orang ni,aku pun belum buat lagi.Hihihihi!Seeloknya buat selepas kering haid.Niat ada nak buat lepas-lepas ni = )

Jadi suntikan HPV yg aku ambik adalah sebanyak 3 dose.Dia byk jenis sebenarnya.Ada yg sekali suntik je,ada yg 3 kali mcm aku.Maka mintaklah advise doktor.Jadi yang aku ambik ni 3 dose.Bawah ni adalah jadual dia.Tak perlu ambik straight setiap bulan sbb dia dah ada masa-masa dia.Kalau tgk kat kad aku ni dia ada gap untuk beberapa bulan dan untuk 1 dose kosnya adalah sebanyak RM250.So untuk tiga dose totalnya adalah RM750.



Kiranya aku dah settle untuk ketiga-tiga dose.Jadi apa tunggu lagi?Dapatkan suntikan HPV anda sekarang.Ini adalah iklan tak berbayar.Sekian.

3 comments:

laddy mel said...

hi akak..sy nk tanya..nanti saya akan ambil suntikan nie untuk dos ke 3..tp tngok kt blog2 len mcm takot jee sbb kt ngra luar mcm2 cerita psal HPV nie..urm..akak da amek kn ? so ok tak pas amek tuu ?? sy risau je :)

laddy mel said...

hi akak :) ..sy nk tanya la..sy akan ambil suntikan HPV nie untuk dos yang ke-3..tp sy ad baca2 psal suntikan nie kt blog lain mcm takot jee sbb kt luar negara mcm2 berlaku..so akak da amek kn suntikan nie..ok tak kak ??? risau jugak sy..huhuhu

Syafinaz said...

Kesan tu tak tahu la sbb benda2 mcm mana kita susah nk tgk dari luaran.Kalau ada rasa curious,cuba dptkan seberapa byk maklumat mengenainya.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me