Durian Oh! Durian

Damia oh! Damia,

Budak kecil ni asalnya tengok cerita Upin & Ipin the movie tu.Lepas tu start usik-usik orang dengan "Hiiiiii,antuuu duyyan!".Serious tak takut.

Ntah apa yang sampuk tetiba nak makan durian.Aduh!Cara request lebih dari anak sultan,bila nak,time tu jugak mesti ada.Ewah!Banyak cantik.

Maka start la menangis nak durian.Ini part yang paling mak lemah.Mak mmg stress kalau anak menangis kat dalam kereta.Mak ni jenis tak tahan tekanan.Tetibe*

Sekarang ni bukan musim durian tapi kalau lalu kat area Pasar Payang tu mmg banyak orang jual durian.Tapi durian siam katanya.Dan seperti biasa kalau orang sebut durian siam je terus aim tak sedap.Tapi itulah dia.Belum cuba belum tahu.

Maka stop la aku kat situ pergi beli durian untuk anakanda tercinta.Tapi beli 2 bijik je sbb mahal woooo.Dalam RM15 sebijik.Beli 2 bijik,RM30.Tapi orang jual durian ni mmg pandai sbb biasanya kalau dia kopekkan depan kita pastu suruh kita rasa dgn jari isi tu,mmg confirm lembut la isi dia tapi bila kau kopek kat rumah,ambik kau.Isi tu mcm tak masak.Durian yg aku beli haritu,sebiji je yang ok dan kiranya sedap la dimakan.

Sebiji lagi mmg out padahal dua-dua biji aku try cucuk-cucuk isi dia.Lembut bai!Very clever.Tapi tak kira mcm menipu customer ke?atau mmg dia tak expect jadi lagu tu.Tapi kalau ikutkan ni bkn 1st time aku beli durian terkena mcm ni.Kalau ikutkan mmg dah selalu sgt terkena.Ermmmm.......

Tapi kurang-kurang puas hati la tgk Damia makan.Aku just bg 2 ulas je sbb sebelum ni dia mana suka durian.Kalau aku sua sekalipun,mmg dia cabut lari.Sama denga Ariey.Ariey mmg tak suka durian tapi suka beli durian.Pelik betul!

Demi anak,asal anak request je terus pergi beli.Ni agak-agak aku dah tua nanti,tetiba teringin nak makan buah,entah dibelikan ke tak ni.Huhuhu!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me