Awana Kijal Golf and Resort

Stay at Awana Kijal Golf & Resort for 2 days 1 night without my husband.First time kena handle segala dan 1st time jugak menginap dihotel tanpa dia sejak kahwin la.Sob!Sob!Sob!Kalau sebelum ni semua Ariey yang buat from A to Z.Sekarang ni kena belajar la macam mana nak handle semua sendiri.

Memandangkan majlis ALUMNI HND TATIUC haritu dibuat di Awana Kijal Golf & Resort dan majlis tu pulak malam,memang confirm aku malas nak drive balik terus malam tu plus aku bawak Damia sekali.Jadi aku booking satu bilik kat sini.Ambik bilik paling standard memandangkan bukan datang nak bercuti pun.

Dan kat sini just nak share a few thing pasal booking ni,sekarang ni booking via online mmg sangat digalakkan memandangkan harga yang dioffer mmg jauh beza kalau nak dibandingkan dengan booking via phone atau walk in. Nah!Disini la gunanya credit card.Debit card tak sure ada ke tak.Terima kasih untuk Ariey sbb sudi bg satu card supplementary untuk isteri anda yg limitnya sungguh masyuk sekali (mintak2 dia tak baca nnt dan-dan dia buat limit) dan bahagianya aku duk swipe shopping brg lain jugak.Ops!.Kalau tak mmg confirm credit card ibu yang garang tu akan jadi mangsa.Ala pinjam utk booking hotel je pun.Bukan booking beli kereta.Hahaha!       

Dan untuk booking actually ada dua website yang handle  untuk booking just choose either one : www.booking.com & www.agoda.com.Tapi kalau buat survey sikit ramai yg prefer www.booking.com sbb katanya lagi murah dari www.agoda.com namun aku tak sure sbb dalam setahun berapa kali sangat aku pergi bercuti.

Ok.Untuk bilik standard yang aku amik ni harga dia adalah RM272/night.Kalau walk in atau booking via phone harga RM380/night kalau tak silap aku dan kalau aku tak silap dengar la.Tapi apa yang pasti mmg RM300++ la.Itu pasti.


Bilik dia tak la besar sgt tapi just nice la untuk family kecik aku ni.This time aku bawak sepupu dan adik aku.Memandangkan just dapat free breakfast for two person,aku mintak tambah satu lagi extra bed then dapat lagi satu free breakfast sbb bila usha harga breakfast dalam RM40/person.Dah ada dua coupon tapi ada 3 orang dan takkan aku nak suruh salah seorang stay kat bilik je so memandangkan for extra bed aku kena top up lagi RM60 tapi dapat 1 free breakfast so kira setuju je la.Walau dah dapat katil king size,si Damia tu bukan boleh tidur rapat2.Hmmm....tidur pun gaya mcm MB nak lawat kawasan jugak.Tapi bila malam tu bukak katil extra tu,confirm Damia takde terus tmpt nak bermain.Hihihi!

Si Damia ni mmg excited lebih.Tu naik atas bed tu dengan kaki tak cuci,tergaru-garu la aku tidur nnt.


Standard bilik hotel mcm ni la.Lain la sewa suite.Hihihi!

 
Toilet still sama jugak.Standard toilet hotel la.Bathtub tu kering dari mula-mula sampai hingga kitorg nak check out.Sorang pun tak berminat plus Damia sekali.Jeling pun tak.Hihihihi!


Tapi ini mak suka.Ruang melepaskan hajat adalah separate dengan tempat shower so takkan ada kes bergaduh sebab berebut toilet kat sini.Hahaha!Tiba2 datang idea kalau ada rumah sendiri nanti buat mcm ni la senang.Satu toilet besar,pastu ada dua toilet kecik kat dalam.Hahaha!


Ini cukup la untuk ruang kami duk sembang discuss isu-isu semasa.Ewah!

Walau bukan sea view,view ngadap padang golf ni pun dah cukup best.Apa yang best?Best tgk org yg duk pukul2 bola golf penuh gaya kalah Tiger Wood ok tapi bola yg melantun semeter tak sampai agaknya.Hihihi!Ada jugak yang pukul-pukul tak kena bola pun ada.Hahaha!....................ops....tak baik tau ketawakan orang.
Damia ni mmg suka pakai aku punya shades.Aku mmg tak berapa nak bagi memandangkan sun glasses aku ni ada power yg mmg sama dgn power glasses aku.Tp bila ambik nangis,so bagi kejap dia pakai (kejap tapi siap boleh snap pic-ibu yg sungguh hampeh) then ambik balik simpan.Aku pulak mcm mana boleh terlupa nak bwk dia punya.


Actually kalau aku stay more than dari satu hari,mmg hari yg mula-mula sampai tu aku ingat nak rest dlm bilik je.Tapi memandangkan aku ada bwk skali Ba dgn adik aku Nurul tu,so gigih la ajak ke pool.Just layan Damia yg nak swimming tapi swimming la sangat masuk dalam pool tak sampai 5 minit lepas tu sampai kesudah duk tepi pool je.Mungkin dia tak berapa nak excited kot sbb sblm ni ayahanda dia yg selalu layan dia swimming kat pool.Sorry dear.

View dari belakang la ni.Dari depan sampai kesudah aku tak ambik.Hihihi!Ini bermakna pengalaman cuti-cuti Malaysia aku mmg selalu tak complete punya.Hahaha!


Gaya manja katanya tapi kalau tengok mcm gaya orang tak makan nasik pun ada.Serious tak bermaya.Tapi sebenarnya time ni dia ngantuk sbb sepanjang duk dlm kereta dia tak tidur.Jadi keterujaan itu mmg tiada.


Dah pandai imbang badan...............dengan pelampung.Hahaha!Ok la tu.At least dia tak panik.Tapi kejap je lepas tu dia xmau dah.

Kecik2 tak puas main buaian.Hihihi!


Aktiviti mengayuh basikal.Susahnya nak kayuh basikal ni.Rasanya kalau kayuh hari2,mmg confirm habis pecah la semua lelemak yg ada.Basikal ni mcm berkarat dan condition pun x berapa bagus.Hmmm....RM10 for 1 hour.Tapi pada aku kalo lagu ni la condition dia,RM10 tu mmg tak berbaloi la.Tapi bab berkarat tu takleh nak complain la mungkin sbb dah duduk tepi lautkan.Tapi sumpah lenguh habis satu badan.


Ini Cik Ba kita yang asyik sungguh duk snap sana snap sini.Aku dengan Damia je la duk posing.Hihihi!

Lepas dah berguling,berlari sampai berpeluh-peluh,singgah jap cafe kat lobby hotel minum dulu.Memandangkan hari dah hampir nak maghrib,lepak dalam setengah jam je.Sambil2 tu call abah tanya condition kat KL sana.Haritu parents aku turun join BERSIH.Diorang stay kat Grand Season Hotel sbb abah aku cakap senang takyah fikir nak parking mana2.Tidur situ,park kete situ,pagi tu just keluar je dengan mak aku.Semangat weh!Alhamdulillah diorang selamat pergi dan selamat pulang.Jangan nak judge kami nak panggil kami stupid ke apa.Keinginan dan pendirian masing2.Dalam undang-undang pun ada termaktub hak rakyat untuk berhimpun.Satu lagi tujuan just utk mintak clean and clear election.Itu shj.Takkan Ariey yg berada di Brisbane pun bg sokongan,tp kita yg kat Malaysia ni nak buat derk aje.Eh!Alamak.Rugi dah satu undi sbb tak tahu la husband aku tu dapat balik Malaysia ke tak time PRU nnt.Itu dia,buat time PRU tu aku pun ada sana.alahai!!!!rugi dua undi.Hihihi!Tapi aku malas nak ulas pjg psl BERSIH kat sini sbb PRU nnt mmg dah tahu nak X parti mana.


Order ni je pun tapi mungkin sbb penat sangat kot,mintak waiter tu tapau.Hahaha!Bwk balik bilik pun sia2 jugak sbb pagi tu baru aku perasan air ni kat tepi tv dah basi berbuih-buih.

Stop here.Itu sahaja.

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me