Cerita minggu lepas

Minggu lepas sepupu aku mintak tolong aku pergi ambik anak angkat dia sbb dia dia xleh nak datang ambik bcos my sepupu is a teacher yang mana sesi persekolahan beliau belum tamat dan locationnya nung jauh di Menerong sana.Bukan Merong Wahawangsa yer kawan-kawan.Harap jangan salah faham.

Jadi anak angkat dia ni adalah mat salleh Amareka sana.Actually aku baru jumpa sekali je dengan mamat ni kalau tak silap raya tahun lepas.Blair nama dia tapi nama penuh aku tak tahu.Tony Blair barangkali.Lepas tu tak jumpa2 dah until hari tu la.Nak dijadikan cerita si Blair ni baru balik dari Pulau Kapas.Dua hari dia kat sana.

Kalau siapa yang lahir kat Terengganu,membesar di Terengganu lepas tu tak tahu Pulau Kapas tu letaknya kat mana silalah selam kepala dalam baldi sekarang.Takde paksaan.Volunteer.

Balik cerita tadi,Blair pun follow la aku balik tp sebelum tu dia ajak cari newspaper BI.Aku pun perah otak fikir nak cari kat mana sbb kalau areas Marang ni aku mmg tak tahu kat mana jual sbb aku mmg jarang beli newspaper.Balik2 pergi kedai aku capai Harakah je.Senang cerita aku cakap je kat Blair demand newspaper BI kurang kat area sini.Hahaha!Samada aku yang tak tahu atau mmg tak dijual kat area sini,wallahuallam.

Dan Blair beli rambutan dengan betik.Katanya ada something nak share dengan kami kat rumah nanti.Kira orait la.Budaya bwk makanan time bertandang rumah kwn/relative ni rupanya a part of diorang punya culture jugak.

So aku bwk dia ke 7Eleven,takde,pastu ke Petronas,pun takde.Jadi nasib kau la Blair haritu tak dpt baca newspaper.Nnt dah sampai rumah aku sua Harakah kat dia suruh baca.Hihihi!Dlm Harakah pun ada English version apa.

Bila sampai rumah,aku offer lunch dia taknak sbb dah makan kat kedai mak sedara aku  katanya tadi so aku biar je la dia lepak kat hall rumah aku tu.Kebetulan ada Harian Metro kat atas meja dan aku tak sure siapa beli dan tarikh bila.Sekali si Blair tu ambik belek-belek baca.Faham tak faham lantak la tapi dari gaya baca macam faham.

Sekali si Blair panggil aku then dia tunjuk kat newspaper tu.Cerita pasal budak pergi picnic pastu lemas.

"What happen to this boy",Blair tanya aku.

"Erk....oho...they go picnic and the boy....."tetiba word untuk "lemas" aku totally lupa.

Aku pun jerit la tanya adik aku,"Lemas org cakap apa yer".

Dan belum sempat adik aku jawab,si Blair tu pun jwb,"Drown".Cis la kau Blair.Kau tahu tapi kau nak jugak tanya aku.Suka tgk aku duk perah otak.Sakit hati pulak.

Lepas tu aku sambung buat assignment aku.Dah pesan siap2 kat dia kalau rasa nak tidur sila masuk bilik sebelah.Tapi mmg betul2 tidur la dia ni sbb dah masuk maghrib baru dia bangun.Dah bangun tu mesti lapar.Aku ajak la dia makan dan lauk haritu pulak singgang ikang.Lauk Terengganu wei.Ikan yang digunakan biasanya ikan tongkol a.k.a aya.Dan aku memang nak tergelak tengok si Blair ni makan.Effort untuk guna tangan tu mmg bagus la plus dia makan bersungguh pulak tu.Sbb sblm ni kalau member2 aku yang bukan dari Asia kebanyakannya agak kekok tapi bukan si Blair ni.Dah la tu,boleh cakap Melayu walau tak lancar sangat dan  no wonder la kalo dia sibuk nak khatam buku Awang Goneng tu.Dan ada satu dia tanya aku,"What the meaning of SOKMO.I saw the word written on t-shirt like Senyum Sokmo".Ok.Sokmo means always yer kawan-kawan.Kalau Senyum Sokmo maknanya Smile Always la = ) Jadi korang senyum tak lepas baca entry tak best ni?Hihihi!

 
Umur baru 25 thn tapi bila dia simpan misai jambang ni bagai,dah nampak mcm umur 40 pun ada.Kalau nak tahu antara Malaysian food favorite dia,pengat durian.Mak aih!Sama dengan nama blog mak.Kelassss kau Jah!

1 comment:

Rafhani said...

Hahahahaha,kelako ah blair ni.weh,bakpe ye kuruh ngat tu?

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me