Balik kampung

Balik kampung hoo hoo balik kampung! Hati girang.Hew hew hew!

Alhamdulillah 19 July bebaru ni kami selamat tiba ke tanah air.

Walau sehari sebelum kita dikejutkan dengan berita sedih tentang MH17 , al fatihah utk semua mangsa yg beragama Islam and deepest condolences to non muslim.

Ingat lagi pagi tu bangun tetiba suami cakap flight MAS terhempas lagi.Terus bangun terduduk senyap tak terkata.Waktu tu yg bermain kat kepala otak adalah membayangkan dunia dah makin tenat.Serangan Israel keatas Gaza pd 1st day puasa, misteri kehilangan MH370, penyakit masyarakat yg tak pernah habis2, terus rasa betapa dekatnya kita pada kematian.Memang rasa hampirnya kita pada kiamat bilamana satu persatu kemusnahan terjadi dan yang merosakkan adalah tangan2 manusia juga.Rasa sekak nafas pagi tu dan mula la fikir bebukan sbb kami akan pulang ke tanag air keesokan harinya.

Walau route kami takde mengena ngan route tmpt kejadian tp hati ttp cuak.Lapan jam lebih perjalanan tu pun memacam benda yg duk fikir.

Bila dah touchdown ku panjatkan syukur tak terhingga.Time tu la duk terbayang wajah2 kesayangan yg menanti kepulangan.

Dan sepanjang 8 jam lebih perjalanan tu pun ada gak beberapa kali turbulence walau tak la teruk tp rasa kecut perut juga.Entah berapa puluh kali mata tak lepas duk pandang jam.Doa tak putus mohon dipercepatkan masa perjalanan.


Tengok muka bahagia.Hehehe.Senyum je sepanjang perjalanan.Sampai Malaysia dalam jam 3 petang dan first time jejak kaki kat KLIA 2.Ewah.Dan dlm flight haritu pun ramai pulak Malaysian yg balik kampung dan sekali dengan family yg datang convocation anak2 kat Brisbane sana.Dan kami pun first time naik Air Asia balik Malaysia dan not bad jugak sebenarnya cuma takde movie nak dilayan je tp boleh je request Ipad.Damia pun takde drama sangat haritu.This time I tak selit bwk buku sbb mmg tak terbaca pun dek kebuasan bdk Dian ni.Dan bila dia tdo I pun membuta sekali la sbb penat.Tapi tidur ayam jer lerrrr.

Walau just setengah tahun jer kat Brisbane dan ikut plan I akan balik sana balik sebelum Damia start sekolah.Takde aral pertengahan January tahun depan.Lama tu balik bercuti.Alang2 balik kampung.

Actually kami kena pindah New Castle sebenarnya.New Castle Australia la bkn UK.Kikiki.Tp suami tolak offer tu sbb I rasa mcm nk stay kat Brisbane ni jer dulu.Penat woooo pindah pastu tak larat wooo kena naik dua kali flight.

Jadi itu jer la ceritanya.Dan sampai2 je haritu buka puasa kat tempat apa ntah namanya.Club Shah Alam kot.I ni bkn suka sgt bukak puasa secara buffet ni tapi memandangkan ni je masa nk jumpa adik beradik berkumpul ramai2 sbb this year abang dan kakak kita blk rumah mertua masing2.Pastu combine sekali dengan adik beradik my husband yg stay kat Shah Alam ni.Meriah sgt2 dan cantik pulak kami dapat seat paling hujung so berbahagia la bebudak ni duk bermain.Takde la ganggu org sangat tp kami pulak yg terganggu sbb bising gila.Phew!


Dah lama tak jumpa jadi banyak pulak ceritanya sampai tak banyak ambik gambar.Ini je yg ada pastu mostly x cantik pulak tu.Haish! Tapi takpe la dari takde langsung.Huhuhu!


Second day puasa kat Malaysia dah start kemaruk nak makan memacam kuih Malaysia so ini antara yg dibeli la bukan buat sendiri.Beli kuih keria.Fav juga.


Aneka kuih talam pada harga RM2 dapat 4 pieces.Luckily semua sedap.Puas hati.


Kill the time kononnya sempat lagi menroti.I buat plain bun pastu tabur gula kat atas.Tak sangka terlajak laris pulak.


Ini pulak pengasuh anak abang ipar beli.Not bad la.Boleh la walau tak umppp sgt.Nak umpss bikin sendiri.Tak byk beli pun kuih2.Berjaya tahan nafsu walau kalau ikutkan hati semua benda nak.

Dan juadah ni semua beli kat bazar kat PKNS dah alang2 kesana mencari biskut raya.This year tak dapat bikin sendiri so beli jer la.Nasib yg beli tu semua sedap2.Alhamdulillah.

Preparation untuk Aidilfitri lak biasa2 je sbb nampak gaya mcm I celebrate raya kat Singapore sbb nak follow suami.Tp tak confirm lagi.Esok check ticket.

Alahai.Jauh2 balik suami outstation pulak.Nak buat lagu mano.Hmmm.....tapi apapun panjatkan syukur jer la.At least kita tak teruk keadaannya kalau nak dibandingkan saudara seagama yg lebih hebat dugaannya dibulan yg mulia ini.

Apapun di kesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya pada anda semua yg sudi baca blog saya ni dan juga pd silent reader.Owh terasa famous gitu.Huhuhuhu.Syok sendiri.Hahaha.

Ok bye.




Wanita dan stering lock

Hi kembali bersiaran setelah kejap ada kejap takde ntah apa nak jadi ntah.Nampak gaya mmg susah rupanya nak konsisten update blog sbb tu tabik spring pada yg rajin update blog tak kira hujan panas kemarau banjir segala.

Kalau ikutkan I ni cerita byk tp nak karang kat blog tu malas walau ini antara hobi sejak azali adalah berblog.No wonder la walau blog ni dah create since 2008 tp duk suam mcm tu jer la.Takpolah.Tujuan berblog pun sbb nak release tension kononnya sesambil sharing recipes.Hahaha.

So apa yg best untuk harini? Haaaaa.....video viral awek garang dan stering lock.Tuuuu diaa.Takut guwe.

Tp nampaknya kes tu dah settle bila memasing dh mohon maaf.Tp yg kelakarnya pakcik dan perempuan tu dah saling bermaafan tp yg duk sibuk bergaduh tak berdamai lagi adalah para pengkritik tetap di FB.Hehehe.

Dari attack kat FB, blog, instagram (sampai owner deactived account) hingga stalk sampai ke rumah perempuan tu dia ambik gambar.Ini org kata rajin tak bertempat ni.Hihihi.

Tapi as usual la bila ada tukang kritik pasti akan datang ustaz dan ustazah FB.Memana la.Yang baik kita ambik yang buruk mintak jauh walau I tak pepasal terjebak jugak create status walau takde la sampai share video tu.Panas hati gak seyyy sbb angkuh sangat cuma kita doakan la agar dia sedar akan kesilapan dia.

Dalam banyak2 status yg I baca kat newsfeed ada satu status yg menarik pandangan.Sbb apa tertarik? Sebab status my friend tu agak racist.Hahaha.

Kononnya la dia ckp mcm tak setuju orang pakat bash perempuan tu pastu menangkan lelaki tu.Dia cakap kalau kita terbalikkan situasi dimana perempuan tu pulak jd mangsa mcm mana.Pastu as usual la keluar ayat berbaur perkauman pastu nak jd ustaz FB pulak bila buat ayat nak bg sedar kat orang bahawasanya x baik tawww bukak aib org.I rasa mcm kelakar sbb bkn apa.Before this dia pernah share gambar bdk lelaki yg pakai jersi Brazil kat mamak pastu bila Brazil kalah terus budak tu pakai jacket cover jersey yg dipakai tu.Caption dia siap tulis seolah2 bdk tu pengecut la.See? I think inipun satu tindakan yg mengaibkan org tapi maybe dia rasa tak kot.I pun sesajer la provoke.Tapi ofkos la deny kan.Pastu dia ckp x baik la sampai tahap org dedah identiti perempuan tu.I pun cakap la habis orang dedah pasal identiti ibu bdk OKU tu boleh pulak.Takde orang marah pulak atau sbb ibu Firdaus punya kes tak relate ngan bangsa lain.Then tetiba bini dia selit kalau duk Penang tahu la mcm mana org sana drive kereta then kalau ada excident mcm mana keadaannya.Ni nak ckp kalau excident yg involved dua bangsa la ni agaknya.Tp I malas dah nak reply.Memula ingat nak gak jwb kat cik kak tu.Awak nak bg contoh mmg silap org la sbb I pun pernah duk Penang waktu zaman akak I study USM dan mak sedara ada duk sana.Dan kat Penang la I homeschool dulu.Biasa la org rebel kena la homeschool.Kikikiki.Dia ingat I ni jakun sangat terperuk kat ceruk kampung sendiri je agaknya.

Pendek kata kita dan sifat racist berpisah tiada.Kikikiki.Racist ni ada dimana2 sbnrnya.Ingat kat Australia ni takde racist? Ada je sebenarnya cuma tak ketara mcm di Malaysia .Jd tak pelik la kalau kat Malaysia pun ada.Dimana2 seluruh dunia.Teruk ngan tak je.

Mcm ada sorang my friend yg agak anti ngan Cina.Lagi dia bengang bila tgk ada satu video beberapa lelaki Chinese yg pukul seorang lelaki Melayu.Ini kes lelaki Melayu tu meragut pastu kantoi.Kwn I tu marah betul dia.Tapi I ckp la even kalau kena tangkap ngan orang Melayu pun mamat tu kena tibai gak.Tapi mcm I cakap la ofkos la bersungguh-sungguh deny dan tetap nak pertahan pendirian dia tp yg kelakarnya bisnes apa segala kalau dpt projek ngan Cina gak dia nak usaha sama.Takmau buat ngan Melayu.Bisnes ngan Melayu tak in katanya.Aii....garu kepala kejap.Nampak tak kat situ? Pendirian yg x konsisten.Asal benda yg untung kat kau boleh pulak tetibe kau bertolak ansur.

Aiii panjang pulak cerita walhal nak cerita pasal perempuan dan stering lock tu je.Hahahaha.Dan perempuan tu pun racist jugak.Kikikiki.

Dan apa teladan yg boleh diambil dari kes ni?

Pertama adalah tolong jgn buat perangai monyet kat public sbb perlakuan anda mungkin akan direkod.Maklum la zaman teknologi.Tak kena takpe tp sekali terkena dlm satu malam kau boleh famous sampai tenggelam kejap isu Gaza.

Kedua, hias la peribadi.Actually maki org ni adalah suatu yg agak susah bg org yg x biasa maki org kecuali org tu dah mmg sejak azali lagi mmg jenis takde hati perut asal nak marah ke laju je mulut nak memaki.Maksudnya benda biasa yg selalu kita buat.I pun pernah 2 kali org langgar kereta tp takde la keluar bwk stering lock lagi.Ke sebab I tak drive Peugeot time tu? Eh.

Ketiga, respect tak semestinya pada yg tua sahaja cuma kata org bila org lagi tua lagi la kita kena respect.Tapi pendek kata respect tu perlu tak kira siapa pun tak kira tua muda dan nak respect tu tgk keadaan la.Mcm kes ni dah pakcik tu punyalah mengalah at least cubalah bwk bertenang kot nak marah sgt pun.Tau la kete baru siap mention no plat.

Keempat, motif kau nak ketuk2 kereta pakcik tu dgn stering lock? Hahaha.Takkan sbb kau marah pakcik tu langgar kereta kau pastu kau wajib kena ketuk balik kete dia.Hihihi.

Kelima, sebelum meroyan sila check berbaloi tak nak meroyan walhal tahap kerosakan kereta kau tu nak claim insuran pun x lepas sbb tak teruk pun.Pergi kedai wax balik kereta calar tu boleh hilang.Udah malu pun dapat.

Dan apa yg I leh rumuskan dari kejadian ni satu je kelebihan yg I boleh nampak kat perempuan ni adalah confident level yg tinggi.Patut dicontohi dia punya tahap confident level dia tu.Ini kerana dia berani mengamuk sambil berbahasa Inggeris walau English dia terabur πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…Walau I ni takde la terrer sgt English takat suam2 tea o limau tu tp I pun fikir 8 juta kali nak jerit2 kat org mcm perempuan tu buat unless orang yg I nak jerit tu orang sini la.Hahaha.Takkan nak communicate ngan org Aussie nak guna loghat gannu.Hehehe.

Jadi itu jer la.

Cerita dunia

Pagi ni buka FB bertalu-talu masuk news feed pasal piala dunia bilamana Brazil kena ganyang habis dengan German.Dan sama jugak tentang serangan Israel keatas Palestine.Pray for Gaza.

News kat OZ ni dua2 tunjuk.Sebelah Israel tunjuk sebelah Palestine pun tunjuk.Apapun sama2 la kita doakan saudara kita di Palestine yg menjadi mangsa kekejaman Israel.Semoga sentiasa dibawah lindungan yang Maha Esa.Dan part kita pulak jangan berhenti berdoa utk mereka.Sama juga di Syria dan negara2 yang mana umat Islam sedang ditindas.

Piala Dunia pulak I memang tak follow pun usai bkn minat bola.Kalau tengok yg duk sepak bola tu ada la jugak minat sesikit.Hahaha.Tak koserrr uolllss!

Esok cik Abe balik dari Adelaide.Ntah jam berapa sampai tak tau tapi dia dah sesiap list lauk apa yg nak kita masak.Amboi! Maklum la dari 1st Ramadhan kami tak iftar sekali.Dugaan betul.

Jadi udah I dgn sepupu je kat rumah ni pastu dia x makan byk pun jd I just prepare juadah simple je untuk berbuka.Simple tp kenyang.

Cerita psl juadah berbuka, bazaar Ramadhan yg org duk post ayam berulat la, keli berulat la, geleng kepala.Entah apa la yg difikirkan oleh peniaga2 ni.Tak jujur langsung nak berniaga.Kalau bulan Ramadhan berani buat lagu tu, bulan lain nauzubillah la.Nak kejar untung pun bkn tamat puasa mampu beli Ferarri pun.Berniaga biar la ikhlas.Ini sampai ada karipap inti sejemput tp jual mahal.Org yg membeli bkn perasan tp itu menipu namanya.Berniaga menipu mcm mana la rezeki nak berkat.

I ni pulak jenis jarang beli lauk kuih muih bazaar.Jarang sgt singgah bazaar sbb I takde effect pun one of my friend yg duk cerita nikmatnya beli makanan kat bazaar.Hahaha.Kau silap org la nak bg terliur bagai.Hahaha.Setakat ni I cuma craving keropok lekor je.Lain2 takde.Dan mak abah I pun memang dari kami kecik lagi diorang mmg jarang sumbat mulut kami makanan bazaar atau pasar malam.Usai makan kat luar pun jarang2 jd I ni mmg terbentuk dari keadaan tu.I dari awal kahwin jarang mkn kat luar dan mmg selalu masak sendiri je.Sedap tak sedap janji homemade.Hehehe.Actually makan kat rumah ni takleh nak consider as jimat gak sbnrnya.Jimat kalau kau mmg terhadkan bahan2 yg dimasak tu.Tp I dgn suami kalau makan kat rumah masak beria.Tak jimat gak sebenarnya.Kadang2 mkn luar pun boleh save kalau kita pandai manage.Cuma bila masak sendiri ni I rasa mcm dapat satu kepuasan walau penat sikit la sbb nak kena clear dapur pulak.Takpe2.Itu depends pd selera memasing So ada pro dan connya.

Lauk berbuka semalam.Masak lasagna.Suka buat ni sbb senang dan boleh kenyang gak.Tp takleh ulang selalu la.Dah la semalam gila punya grate cheese I tabur.Tak agak2.Memang heaven la time makan.Hehehehe.


Pemanis mulut pulak pilih yg senang jugak iaitu Puding Roti.Ini pun senang amat cuma semalam tukar resepi sket.Selalukan I buat puding roti guna susu cair tapi semalam susu cair takde so I tukar guna susu segar.Dan rupa2nya lagi sedap dan tak muak.Boleh makan sampai ulang dua kali.


Saje je la share recipe kat sini:

Beberapa keping roti ( carik2 kan)
Sultana (nak tabur kat atas)
1 cawan fresh milk
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 biji telur
2 sudu tepung kastad
Esen vanila optional

Pastu custard punya kuah I guna yg ready made dlm kotak tu.Suka rasa dia yg just plain custard tak rasa manis langsung.

Puding roti tu bakar selama 20 minit pd suhu 180°c.Senang giler kan? Cuba ah.


Brisbane City

Ini cerita semalam.Tetiba rasa nak ke city bawak my cousin jalan2.Actually ni bkn 1st time pun dia dtg sini.Last year dah datang tp tak mengapa.Takat dtg 2 minggu ingat sempat ke dia nak explore seluruh pelusuk Brisbane ni.Hehehe.

Jadi semalam lepas dah settle masak nasik goreng utk berbuka, lepas zuhr kami gerak ke city.Dari rumah I nak ke city takde la jauh mana pun.Dalam 5 km kot lebih kurang 20 minit naik bus.Kalau berkereta mungkin cepat lagi la kot.

Jadi kat sini guna je public transport sbb efisien.Serious I tell u.I memang lagi suka guna public transport sebenarnya.Ada 4 reasons kenapa I prefer public transport.Pertama sebab murah (make sure ada Translink punya card la).Kedua setiap masa ada tak kisah la bus atau train.Dan apa yg perlu kita kenalah pandai rancang perjalanan kita.Ketiga adalah sebab parking kereta kat area city ni agak mahal.Tak berbaloi hokkey bila kau sebenarnya ada option lain yg mampu kita save duit.Dan yg terakhir sekali adalah, aku mana ada kereta.Hehehe.Jadi takyah nak sembang kencang sangat la.

So gerak la kami berempat ke city.Pitt stop kami di Queen Street.Kebetulan pulak cuti sekolah so mcm ramai la pulak orang walau semalam adalah Isnin.Jadi pusing2 la kami kat area situ cuci2 mata tgk orang, tengok orang buskin dan yg paling I suka tiap kali pergi sini adalah kalau ada live band.Tp semalam takde la live band pun.Just mcm individual buat persembahan tp lebihnya sebab ada stage.Kalau geng2 buskin tu kat tepi bangunan je.Tp itu nak kena jgk campak2 duit.Tapi takde paksaan pun.Persembahan kat stage ni kita just layan jer la.


Lepas dah tour Queen Street kami panjangkan langkah ke South Bank pulak.Ada 3 option nak ke South Bank.Kalau lazy ass naik la bus atau Citycat (Ferry).Kalau yang stamina tinggi mcm kami ni, jalan kaki je merentasi Victoria Bridge ni.Nampak tak kat dlm gambor tu? Nampak mcm jauh je perjalanan tp don't worry.Sejuk2 ni bila jalan kaki tak terasa penatnya.Kami siap posing lagi kat atas jambatan tu.Maklum la peoples of the land a.k.a orang darat a.k.a orang kampung.Wakakaka.

Kalau ke South Bank waktu weekdays mcm ni mmg takde apa sgt la nak buat takat sightseeing je la.Night market time weekend tp kalau teringin nak menikmati coklat bolehlah ke Max Brenner.Yang lain tu pub, restaurant dr bermacam negara tp non halal.Kalau halal pun mungkin stall kebab dan Nandos.Lain2 tak sure.Mcm my cousin cakap la.Nama je duk Brisbane tp banyak benda tak tahu.Hahaha.Nak buat lagu mano.I ni sebulan sekali tu pun kira orait la tu nak masuk city.Hihihi.Kami ni byk ke Indooropilly Shopping Centre je selalu pergi ukur lantai mall.


Kemain kau dengan boot bagai.Sejuk oiii! Hehehe.

Maka dah alang2 sampai South Bank, I  pun belanja la budak kecik Hani naik Wheel of Brisbane.I ni dah 2nd time la naik ni.1st time tahun 2012 dulu.Hohoho! Tapi Damia ingat lagi tau.Kuat ingatan kau nak.Tak sia2 mak makan minyak ikan masa peknenkan kau dulu.Hiks!


Ini bukan wheel on the bus go round and round ni.Ini Wheel of Brisbane ni.Ok.Tiket masuk adult $17.50,kids $12 tp bwh 4 years kot jd half price kot pastu student $15.Lupa berapa pusingan tp berbaloi-baloi la naik.

Ok lepas settle ni kami pun jalan2 pusing area South Bank ni sementara tunggu Citycat.Tak larat dah nak jalan kaki ke Queen Street balik.Dah jadi lazy ass dah.Tadi tak.Ngeee!


Ini antara view yg sempat kita snap la.Tak pandai sgt snap pic ni tambah lagi guna henpon.Hmmmm.....bestnya kalo ada camera GoPro *tetibe.


Hihihi.Walau amatur tp dah rasa bangga gila dah dpt amik pic ni.Hahaha.Gilo.


Ini pic dari atas Victoria Bridge.Yang mcm jeti tu, itulah tempat Citycat naik dan turunkan orang.I naik Citycat dari South Bank seberang sampai sebelah sini.Iya la kan.Mestilah kena naik ferry.Takkan nak berenang pulak.Tiket pulak selagi masa masih berbaki within 1 hour and a half, so takyah byr.Naik je mana2 public transport tanpa was2 kecuali taxi.Kau jangan cari psl.

Ini ada satu cerita la nak kongsi.Bab byr tak byr ni semuanya atas kejujuran kita.Dan sbb diorg tak peduli sgt psl ni jd adalah hamba Allah yg ambik kesempatan.Ini org Malaysia ni.Jadi selama dua tahun dia naik turun train tak pernah bayar hinggalah ada satu hari tu tetiba ada pengawai dtg check dan dia tertangkap sbb selamba badak naik public transport tak bayar.Jadi kena denda dlm $200 or $300 mcm tu la.Hambik kau.Malu dapat, dosa dapat, duit melayang.So please la jauhkan diri dari perangai mcm ni tak kira la ditanah air sendiri atau abroad.


Tayang gambar sikit time kat dlm kapsul.Tak byk sgt snap gambar sbb busy bergelak ketawa je.Hu Ha Hu Ha!


Sempat la singgah sini kejap.Entah nama apa ntah tp nampak mcm kuil tp mungkin ni replika je la kot.Nak baca pun tulisan mcm segan jer nak nampak.Betul ke sebut replika? I hantam jer ni.Pakai word apa yg terlintas kat otak.Huhuhu.


Lepas tu sementara tunggu bus nak balik rumah, pusing2 Queen Plaza jap pastu p tapau sandwich seafood kat Subway.Dan lepas tu chow balik rumah.Balik rumah ada masa lebih kurang sejam lagi nak berbuka so sempatlah Asar dulu.Lepak2 jap then masuk time berbuka.Sini berbuka jam 5.06 ptg.Jam 6.30 lebih2 dah Isyak So semalam semua org penat jam 8 lebih dah selamat masuk alam mimpi semua.Ok la.

Tau la mesti bosankan kita asyik citer psl makanan je.Hihihi.Ni post jenjalan.Harap Nora enjoy! Ha Ha Ha Ha!

Iftar

Semalam punya cerita takde angin takde ribut tetibe semua plug tak function.Jadi boleh bayangkan la dengan suhu almost 5°C pastu heater kau sepi, tidur gigil2.Paling terasa kat muka la sbb kalau tutup karang takleh nafas kang.Hahaha.Pastu mula la buat spekulasi sendiri.I siap ketuk2 heater tu ingat rosak la kononnya.Bila my cousin gtau semua plug tak berfungsi, dalam otak dah fikir memacam.Jenuh la esok nak kena contact agent la apa la.Adoi la.Tapi nasib suami call jam 5 pagi lebih kurang mcm tu la dari Adelaide.Ntah mcm mana boleh lupa yg I ni kahwin dgn org yg ada Dip Electrical Engeenering. Hahaha.Kononnya la walhal bebenda mcm ni adalah perkara asas yg kita wajib tahu psl rumah kita.Hahaha.Suami suh pepagi esok pergi kat suis box pastu cek kalau ada suis yg tertendang katanya.I don't know term apa org panggil kes mcm ni.Kena tanya abang ipar tahulah kot.Kata kerja TNB.Hahahaha.

Jd sbb x tahan sgt, time dah nak cerah tu teruskan misi hunting suis box.Dan suis box pulak letak kat luar rumah tp bkn kat luar rumah I tp kat unit pertama.Rumah I unit ke 4.So dengan sejuknya terkedek2 keluar pusing 4 unit rumah ni semata2 cari suis box.Haish! Dan memang tertendang pun tp until now I taktau plug mana punca prob ni.Tunggu suami balik la settle.Tak kuasa.

Jadi cerita semalam iftar I secara beramai2.Skang ni pun I takde apa yg menarik sgt nak dikongsi.Cerita biasa2 je tp nak jugak up entry.Mana la tau bila baca balik nanti bisa mengundang kembali memory.Ewah!Tapi tak la ramai pun.Dengan bebudak ni jer.Bebudak Aviation MAS yg dah nak grad dlm seminggu lagi kot.Hihihi.Jd kita buat mkn2 sket.Actually bdk2 ni antara yg banyak tolong my husband selama dia kat sini dan ngan bebudak ni jgk la my husband byk spent time.Last year my husband pernah tumpang kat rumah bebudak ni plus salah seorang pulak adalah tunang my cousin.My cousin pun ada sekali datang temankan I kat sini.Orait la at least takde la kejung sgt duk bertiga je.My cousin study di Melbourne dan kiranya skang ni cuti sem la lebih kurang mcm tu.Jadi kita iftar sesama la semalam.Ni dah second time sebenarnya.3rd time tunggu skali ngan my husband la.Mcm ni la duk kat perantauan.Ada je plan.


Abaikan hall yg x semengah.Hahaha.Nak mkn kat meja ada 4 kerusi je mana cukup tetamu ramai.Hahaha.Pasti sofa I dah alih masuk bilik.Ni semua kes berebut heater.Hehehehe.Sofa dah transform jd katil.

Jd semalam I guna je alas meja jadi tmpt alas makan.Hehehe.Abaikan rak kasut kat belakang.Don't worry.Tiada bau yg kurang enak yg boleh bantutkan selera.Hahaha.So semalam I masak sup ayam, butter prawn, telur dadar, sayur goreng.Kuih-muih semua order pastu pergi ambik kat Guyatt Park.Skang jualan dibuat hari2.Ala2 bazaar la cuma takde la semeriah bazaar kat tempat kita tapi makanan yg dijual adalah variety dan setakat ni I boleh cakap rasa dan harga memang berpatutan dan semuanya sedap.Puas hati.I dari 1st day puasa tak putus lagi duk order makanan.So tak risau kalau rasa malas masak atau lauk takde.Hahaha.

Itu tak campur rutin bertukar juadah lagi.Kadang2 penuh meja.I punya neighbour Indonesian, haritu dia hantar bakso dan coklat kek.Ya ampun sodapnya! Alhamdulillah. 

Kuih yg order haritu popia basah, kuih nyonya, talam suji.Pastu si Amirul beli lagi kuih seri muka.Pastu bila sampai si Farid dia bawak puding roti yg dia buat sendiri.Tapi kuah custard je dia beli.Tak sempat nak buat kot.Memula rasa mcm tak caya la pulak mamat ni pandai masak.Hahaha.Orang main rugby muka garang pastu pandai masak.Hihihi.

Lepas tu kan barulah tahu rupanya my husband waktu stay ngan bebudak ni rajin jugak ke dapur.Siap bebudak ni cakap ayam masak merah dia paling terbaik.I pulak mcm, aaaaaa mcm tak caya la.Pakcik tu jarang kot masak untuk kita.Chait.Ada bakat terpendam rupanya.Hahaha.Nanti dia balik dari Adelaide I nak mintak dia masak la sekali utk iftar.Hehehe.

Memang orang lelaki ni mcm tu la.Bila terdesak pandai pulakkan.Kalau tak manjang je isteri yg buat.Hehehe.Tambah lagi di Brisbane ni bkn banyak restaurant boleh mkn kat luar.Pastu nak makan luar hari2 bkn murah2.Hahahaha.

Pastukan semalam sebelum tidur puding roti ni mcm memanggil-manggil pulak.I ni mmg tak sempat nak try lagi.Ingatkan try esok jer la Dan sekali rasa, dah terus licin satu loyang takde berbaki.


Malu la kalau ada perempuan claim x reti masak.Kikikiki.Sedap la budak Farid ni buat.Dan ni bukan student first yg I pernah makan masakan dia yg sedap.Dua hari lepas I ada order bubur pulut hitam juga dijual seorang lelaki, student jugak dan mmg sedap.Pastu ada sorang bdk lelaki ni jual homemade Kaya dan I dah dua kali beli dari dia.Serious sedap.Kaya dia mengingatkan I kenangan zaman kecik beli roti dgn ada satu pakcik India jual roti dengan motor pastu keliling kampung.Time tu satu roti dia jual dalam harga 40 sen kot satu.Tak ingat dah.Ia cuma roti yg dikapit dua pastu sapu dgn homemade kaya yg lebih cair kalau nak compare dgn kaya yg dalam tin.Tp rasa dia sedap tak terlalu pekat dan tak terlalu manis.Haaaa.....mcm tu la rasa kaya yg bdk tu jual.Itu yg x agak2 order sampai dua kali tu.Hihihihi.

Jadi moral of the story, bila dah terdesak ni apa pun leh jadi.Hahaha.Dari tak pandai masak boleh jadi pandai masak especially lelaki la.Kalau yg bujang duduk pulak dekat ngan family, semua mak urus.Kalau kerja atau belajar dlm Malaysia, tak reti masak leh makan kat luar.Hahaha.Tp bila study overseas, duit kena jimat2, pandai pulak masuk dapur memasak yer.Hahaha.

Jd tu jer la ceritanya.Ngantuk la pulok.zzzZzz dulu la.Selamat malam!

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum,

Sekejap jer masa dah nak masuk hari ke 6 Ramadhan.Esok la tapinya.I ni pulak bukan malas nak update blog, nak blogwalking pun tak sompek.Bukan kita busy berniaga ke apa, tapi si kecik Dian Soraya ni dah lebih dari anak koala dah ni memerapnya.Ikut hati kalau I ada kantung kanggaroo tu memang dah lama dah I sumbat.Takleh hilang dari mata.Purata masa leh tinggal tanpa tak nangis lebih kurang 5.4 minit.Hahaha! Ekzegeret.

1st Ramadhan I kat Brisbane ni mcm kureng sikit la sbb tanpa semua.Suami kena outstation ke Adelaide until 10 July.Phew! Tapi apapun syukur bila sepupu sanggup datang sini dari Melbourne temankan kita.So memang tak rasa bosan sgt la.Walau bersahur, berbuka berdua tp tetap rasa meriah.Jualan juadah berbuka pun almost everyday ada.Mcm2 lak tu.Kalau malas masak mmg order jer la.Sedap2 lak tu.Tapi takleh hari2 la order sbb ada gak masa teringin nak makan makanan sendiri masak.

Haritu tanya my cousin teringin nak makan apa.Sekali dia request nak makan Butter Prawn katanya.Kita apa lagi terus godek resepi.Suka ambik resepi kat blog Kak Azie sbb tak pernah tak jadi.Serious I tell u.Menjadi dan memang sedap.Thank u Kak Azie yg sudi kongsi resepi.

Jadi takyah share la resepi kat sini sbb 400% mmg follow.Hahaha.Takde improvised.So just nak kongsi gambar je la.

Pastu lauk kedua singgang salmon.Kau ado? Hahaha.Memula mcm cuak gak sbb I ni bkn minat sgt dgn makanan fav beruang ni.Beli pun sbb campur dlm bubur si Dian.Tp sekali sedap rupanya.Kita pun tau salmon ni antara ikan yg agak berlemak.Pastukan makan tak agak2 siap cicah budu uollsss.Hahaha.


Pastu dessertnya amboih siap dessert tu.Kita bikin bubur kacang sajork.Ini pun sbb my cousin x suka sgt dgn bubur pulut hitam.I ada order bubur pulut hitam.Student UQ jual.Sedap jugak.

Jadi itu jer la cerita permulaan Ramadhan nu.Skang ni dah winter dan sesejuk ni lagi la tak rasa mana puasa.Berbuka jam 5 jd rasa mcm kejap jer puasanya.

Skang malam2 dah makin sejuk.Paling sejuk takat ni 5°c.Itupun dah rasa teruk sgt dah.Taktau la caner org yg kat negara belah2 Europe sana.My friend yg kat UK lagi la puasa panjang.Hehehe.Bertabahlah.

Anak2 pulak bila dah makin sejuk ni, start dah flu dan batuk.Paling risau si Dian la.Dia susah nak demam, selsema dan batuk tp once kena mmg pjg la ceritanya.Huhuhuhu.Mcm Damia sehat tak sehat sama jer.Melompat mcm biasa.Kdg2 confius dia ni sbnrnya sakit ke tak?

Tapi kalau Dian x sehat, mmg I kena jd mak kanggaroo la.Sepanjang masa nak duk dlm kantung.Hahaha.

Ok la.Skang dah nak start rajinkan diri update blog.So ini kira intro la dulu.Hahahaha.

Apapun, Salam Ramadhan Kareem untuk yang membaca.Juga ditujukan buat Kak Umi di Perth dan Kak Ros diBrunei.Lama dah tak jenguk page akak2.Hehehe.Page Kak Ros mmg kena jenguk sbb nak cari idea nak masak apa utk berbuka.Hahaha.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me