Wanita dan stering lock

Hi kembali bersiaran setelah kejap ada kejap takde ntah apa nak jadi ntah.Nampak gaya mmg susah rupanya nak konsisten update blog sbb tu tabik spring pada yg rajin update blog tak kira hujan panas kemarau banjir segala.

Kalau ikutkan I ni cerita byk tp nak karang kat blog tu malas walau ini antara hobi sejak azali adalah berblog.No wonder la walau blog ni dah create since 2008 tp duk suam mcm tu jer la.Takpolah.Tujuan berblog pun sbb nak release tension kononnya sesambil sharing recipes.Hahaha.

So apa yg best untuk harini? Haaaaa.....video viral awek garang dan stering lock.Tuuuu diaa.Takut guwe.

Tp nampaknya kes tu dah settle bila memasing dh mohon maaf.Tp yg kelakarnya pakcik dan perempuan tu dah saling bermaafan tp yg duk sibuk bergaduh tak berdamai lagi adalah para pengkritik tetap di FB.Hehehe.

Dari attack kat FB, blog, instagram (sampai owner deactived account) hingga stalk sampai ke rumah perempuan tu dia ambik gambar.Ini org kata rajin tak bertempat ni.Hihihi.

Tapi as usual la bila ada tukang kritik pasti akan datang ustaz dan ustazah FB.Memana la.Yang baik kita ambik yang buruk mintak jauh walau I tak pepasal terjebak jugak create status walau takde la sampai share video tu.Panas hati gak seyyy sbb angkuh sangat cuma kita doakan la agar dia sedar akan kesilapan dia.

Dalam banyak2 status yg I baca kat newsfeed ada satu status yg menarik pandangan.Sbb apa tertarik? Sebab status my friend tu agak racist.Hahaha.

Kononnya la dia ckp mcm tak setuju orang pakat bash perempuan tu pastu menangkan lelaki tu.Dia cakap kalau kita terbalikkan situasi dimana perempuan tu pulak jd mangsa mcm mana.Pastu as usual la keluar ayat berbaur perkauman pastu nak jd ustaz FB pulak bila buat ayat nak bg sedar kat orang bahawasanya x baik tawww bukak aib org.I rasa mcm kelakar sbb bkn apa.Before this dia pernah share gambar bdk lelaki yg pakai jersi Brazil kat mamak pastu bila Brazil kalah terus budak tu pakai jacket cover jersey yg dipakai tu.Caption dia siap tulis seolah2 bdk tu pengecut la.See? I think inipun satu tindakan yg mengaibkan org tapi maybe dia rasa tak kot.I pun sesajer la provoke.Tapi ofkos la deny kan.Pastu dia ckp x baik la sampai tahap org dedah identiti perempuan tu.I pun cakap la habis orang dedah pasal identiti ibu bdk OKU tu boleh pulak.Takde orang marah pulak atau sbb ibu Firdaus punya kes tak relate ngan bangsa lain.Then tetiba bini dia selit kalau duk Penang tahu la mcm mana org sana drive kereta then kalau ada excident mcm mana keadaannya.Ni nak ckp kalau excident yg involved dua bangsa la ni agaknya.Tp I malas dah nak reply.Memula ingat nak gak jwb kat cik kak tu.Awak nak bg contoh mmg silap org la sbb I pun pernah duk Penang waktu zaman akak I study USM dan mak sedara ada duk sana.Dan kat Penang la I homeschool dulu.Biasa la org rebel kena la homeschool.Kikikiki.Dia ingat I ni jakun sangat terperuk kat ceruk kampung sendiri je agaknya.

Pendek kata kita dan sifat racist berpisah tiada.Kikikiki.Racist ni ada dimana2 sbnrnya.Ingat kat Australia ni takde racist? Ada je sebenarnya cuma tak ketara mcm di Malaysia .Jd tak pelik la kalau kat Malaysia pun ada.Dimana2 seluruh dunia.Teruk ngan tak je.

Mcm ada sorang my friend yg agak anti ngan Cina.Lagi dia bengang bila tgk ada satu video beberapa lelaki Chinese yg pukul seorang lelaki Melayu.Ini kes lelaki Melayu tu meragut pastu kantoi.Kwn I tu marah betul dia.Tapi I ckp la even kalau kena tangkap ngan orang Melayu pun mamat tu kena tibai gak.Tapi mcm I cakap la ofkos la bersungguh-sungguh deny dan tetap nak pertahan pendirian dia tp yg kelakarnya bisnes apa segala kalau dpt projek ngan Cina gak dia nak usaha sama.Takmau buat ngan Melayu.Bisnes ngan Melayu tak in katanya.Aii....garu kepala kejap.Nampak tak kat situ? Pendirian yg x konsisten.Asal benda yg untung kat kau boleh pulak tetibe kau bertolak ansur.

Aiii panjang pulak cerita walhal nak cerita pasal perempuan dan stering lock tu je.Hahahaha.Dan perempuan tu pun racist jugak.Kikikiki.

Dan apa teladan yg boleh diambil dari kes ni?

Pertama adalah tolong jgn buat perangai monyet kat public sbb perlakuan anda mungkin akan direkod.Maklum la zaman teknologi.Tak kena takpe tp sekali terkena dlm satu malam kau boleh famous sampai tenggelam kejap isu Gaza.

Kedua, hias la peribadi.Actually maki org ni adalah suatu yg agak susah bg org yg x biasa maki org kecuali org tu dah mmg sejak azali lagi mmg jenis takde hati perut asal nak marah ke laju je mulut nak memaki.Maksudnya benda biasa yg selalu kita buat.I pun pernah 2 kali org langgar kereta tp takde la keluar bwk stering lock lagi.Ke sebab I tak drive Peugeot time tu? Eh.

Ketiga, respect tak semestinya pada yg tua sahaja cuma kata org bila org lagi tua lagi la kita kena respect.Tapi pendek kata respect tu perlu tak kira siapa pun tak kira tua muda dan nak respect tu tgk keadaan la.Mcm kes ni dah pakcik tu punyalah mengalah at least cubalah bwk bertenang kot nak marah sgt pun.Tau la kete baru siap mention no plat.

Keempat, motif kau nak ketuk2 kereta pakcik tu dgn stering lock? Hahaha.Takkan sbb kau marah pakcik tu langgar kereta kau pastu kau wajib kena ketuk balik kete dia.Hihihi.

Kelima, sebelum meroyan sila check berbaloi tak nak meroyan walhal tahap kerosakan kereta kau tu nak claim insuran pun x lepas sbb tak teruk pun.Pergi kedai wax balik kereta calar tu boleh hilang.Udah malu pun dapat.

Dan apa yg I leh rumuskan dari kejadian ni satu je kelebihan yg I boleh nampak kat perempuan ni adalah confident level yg tinggi.Patut dicontohi dia punya tahap confident level dia tu.Ini kerana dia berani mengamuk sambil berbahasa Inggeris walau English dia terabur πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…Walau I ni takde la terrer sgt English takat suam2 tea o limau tu tp I pun fikir 8 juta kali nak jerit2 kat org mcm perempuan tu buat unless orang yg I nak jerit tu orang sini la.Hahaha.Takkan nak communicate ngan org Aussie nak guna loghat gannu.Hehehe.

Jadi itu jer la.

2 comments:

rostina76 said...

fb bikin org panazzzzz. heheh

mama dee said...

betul2.. kalau org x biasa maki x akan senang2 maki sumpah seranah org. ramai yg keyboard warrior je :P

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You