Resepi: Ayam Masam Manis TEPUNG MAGIK



Ayam Masam Manis TEPUNG MAGIK

Bahan-bahan:

Isi ayam (potong dadu)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
1 ulas serai
Setengah labu bawang putih
5 ulas cili (sekiranya ingin rasa pedas)
Brokoli
Lobak merah
Nenas (potong dadu atau menggunakan nenas dalam tin)
Lada benggala (potong dadu)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam/pati ayam Knorr
Gula
Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Minyak (untuk menumis)
Potongan lemon dan daun salad (hiasan)

Cara-cara:

Isi ayam hendaklah ditoskan agar tidak terlalu berair.Keringkan dengan menggunakan tisu jika perlu.Gaulkan ayam tadi dengan TEPUNG MAGIK.Kemudian celup kedalam telur,dan gaul sekali lagi dengan menggunakan TEPUNG MAGIK.Ia adalah untuk menbuatkan rasa ayam lebih garing dan sedap.Kemudian goreng dalam minyak yang panas.Asingkan.

Untuk kuah:

1.Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang besar,bawang putih & serai.
2.Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram.Sedikit garam namun sekiranya menggunakan kiub pati ayam Knorr ,garam sudah tidak diperlukan.Tambahkan air untuk kuah.Sedikit gula.
3.Masukkan kesemua sayur-sayuran yang telah siap dipotong.
4.Masukkan 2 sudu tepung jagung yang telah dibancuhkan dengan air untuk memekatkan kuah.
5.Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi.Gaul hingga sebati.
6.Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!~

Recipe by: UMI SYAFINAZ ALI

Harian Metro equal to Drama Melayu.Serious I tell you~

Tadi sesambil buat biskut raya untuk dijual (dah up lagi jadik tokey biskut pulak),maklum la aku ni dah macam orang tamak bak kata one of my customer (entah apa yang dia sakit hati kat aku ntah,tak tahu la).Sebelum aku proceed pada intipati  utama cerita aku harini,aku nak cerita la satu scene conversation aku dengan seorang customer yang datang kat kedai tempoh hari.

Actually customer ni memang dah selalu datang kedai,so bila dah selalu sangat datang tu mesti la selalu duk pot pet pot pet dengan aku.Seperti biasa aku ni peramah orangnya padahal memang dasar suka bercakap.Maka ada satu hari tu dia datang,dah dia duk cerita nak jual makanan kat bazaar so aku just tanya la berapa sewa.Bukan aku nak pergi berniaga bazaar pun.Takde hadap sangat la sebab adalah lebih baik aku tumpukan 100% pada kedai aku.Ada gak pekdahnya.Jadi pertanyaan aku tu jelas just tanya harga sewa tapak jer pun.Isk!Takut sangat.Kot2 la ada customer lain tanya,boleh la aku ringan mulut bagitahu rate sewa bazaar berapa.

Tapi yang mengejutkan bila selamba je dia sound aku takyah la tamak sangat.Semua benda nak jual.Ewah!Kata dia lagi bagilah chance orang lain sikit.Oh man!Dia ni nampak sangat sakit hati sebab aku buat kuih best kot.Kahkahkah!Takut aku kaya la tu pastu mampu beli Ferrari sebijik.Mudah-mudahan la.Cis!

Tapi sebagai seorang yang professional la sangatkan,so aku jawab cool je la.Aku cakap bukan tamak,tapi kalau ada peluang apa salahnya.Bukan aku prekkk orang pun.Hmmm….itu la Melayu.Takut sangat sesame bangsa dia berjaya.Nasib mak dia bela aku.Mak dia cakap kalau dah ada peluang,ambil jer la.Tapi tak semua Melayu la macam tu.Ada gak yang positif macam mak dia tu.Aku salute mak dia.Hihihihi!

Dan berbalik cerita sebenar yang nak cerita,actually conversation ni berlaku waktu aku busy buat biskut raya.Kill the time la kononnya dah kata kedai bakery supplies tetiba tak jual biskut,pelik jugak.Hihihihi!So tadi sesambil buat kuih tu terkeluar la ayat kat mulut aku.

"Aku heran la kerajaan Terengganu ni.Kalau ada sekolah pondok mengajar agama,kalau tak diiktiraf kerajaan,terus arah tutup.Tu belum campur sekolah agama yang nak ditubuhkan kalau tak ikut procedur kerajaan,jangan harap la dapat bina.Macam-macam usaha diorang halang kalau bab penubuhan sekolah agama.Tapi bila masuk bulan Ramadhan,sibuk duk import imam-imam dari luar negara nak suruh imamkan solat Tarawikh sampai spend duit lebih dari 300K.Kata negara Islam,sepatutnya rakyat tempatan la yg jadi imam".Itu keluhan aku tadi la.

Pastu kawan aku jawab.

"Hmmm...ni mesti sumber dari Harakah ni.Baca Harakah ke tadi?",kawan aku soal aku balik.

"Tak.Aku baca Harian Metro",sambil gentel biskut raya.

Kawan aku terus diam seribu bahasa.Hehehe!Memang la aku dapat sumber tu dari Harian Metro.Takkan nak tipu.Mana ada aku baca Harakah lagi minggu ni sbb tak beli.Aku tau kawan aku perli aku sebab dia jumpa Harakah dalam kereta aku.Dah nak buat macam mana,itu makanan mata aku yang paling best dari aku hadap HM yg kadang-kadang boleh buat otak stress setiap kali lepas baca berita dalam tu.Tapi mesti org cakap,dah cakap stress kau baca jugak.Hahaha!Mau tak baca kalau dah benda ada depan mata.Hihihihi!

Persamaan baca Harian Metro adalah sama resultnya bila kita tonton drama Melayu.Serious mampu buat semak otak dan tambah tekanan bukan melegakan tekanan.Hahahaha!

Sekian untuk rambling ntah hapa-hapa aku harini.Maklum la skang dah jarang hupdate blog.Busy mengalahkan Kak Mah.

Apapun,Selamat Berpuasa.Aku baru esok start berpuasa.Kikikiki!Nak buat lagu mano.Kawan baik datang melawat.Bai!


Ini special promotion dari Giant Kuala Terengganu jer nih!Kau ada???Hihihihi.

Pop My Case

Petang Khamis last week tengah duk buat filling kat office (feeling2 bos la katakan) eh,bukan.Buat filling tu keje kerani tapi sebab bajet ciput maka akulah bos dan akulah kerani.Dan barulah aku faham perasaan kerani yg kena buat filling.Aku lagi la stress dah la xde pengalaman.Semua benda nak kena buat sendiri.

Haish!

Maka bila datang stress aku tu,stop kejap.Nak paksa diri takut meroyan lak karang.Maka berblogwalking la aku dan tak sengaja terbuka page ni.Mula-mula tak la rasa menarik tapi bila tgk boleh letak pic sendiri tetiba rasa macam best.Maka aku pun start la customize segala then proceed.

Tapi rasa cuak juga sbb aku ni bukan biasa sangat buat pembelian melalui online ni.Bukan tak pernah langsung beli online cuma lepas kes aku order baju tapi bila receive baju tu serious rasa lain gila dengan apa yg aku tengok dalam website,terus ada sikit rasa cuak nak shopping online plus suami sendiri tak berapa suka sangat.Modal dia mesti nak cakap macam la dia takleh belikan aku barang-barang selama ni tiap kali keluar shopping sampai sibuk nak beli online.

Ok.

Tapi ntah angin apa petang Khamis tu,aku purchase jugak phone case ni.Tapi pada firasatku,confirm kena marah nih.Hiksss!

Untuk Samsung Galaxy Note aku ni cajnya adalah sebanyak RM138.00.Harga adalah based on size phone rasanya sbb kawan aku yg pakai Blackberry pun berminat lepas tgk case baru aku ni so aku tolong dia godek2,untuk BB dia just RM98.00.

Delivery walau kat website tu mention beberapa hari tapi aku order hari Khamis dan hari Sabtu tu dah sampai kat tangan.

 Maka kalau berminat sila klik link kat sini,KLIK SINI.

Memang ada yang cakap membazir,dan aku pun ada jugak rasa macam tu tapi bukan selalu pun spend duit untuk benda2 macam ni plus bukan aku mintak duit kau pun nak buat nih!Hihihihi!So tak yah susah2 nak pening2 fikir.Hiks!

Benda yang kadang-kadang ramai orang tak faham~

Dalam dua minggu ni alhamdulillah sepupu aku byk tolong aku kat kedai.Sepupu aku ni kalau bab kerja tu memang bagus la tapi bab menyakat anak aku tu yang buat aku hangin satu badan.Rasanya dah berbuih mulut aku tegur jangan sakat anak aku.Tapi dia stop kejap lepas tu buat balik.Hmmmm.....sabor jer la.Sebab tu aku lagi suka adik aku yang bongsu layan Damia sbb dia tak pernah nak menyakat anak aku.Dan anak aku pun suka dia walau dia kekok sikit bab layan budak-budak.

Damia ni kalau dia moody sebab ngantuk,penat etc memang kalau boleh biar jer dia sorang2.Tapi sepupu aku ni jenis gatal mulut gatal tangan nak kacau.Paling aku hangin kalau dalam kereta.Serious takleh nak concentrate nak drive.Bingit hokkey!Biasanya aku sound dulu suruh stop ganggu Damia.Kalau ada bunyi lagi,aku diam je.Marah karang,takut sentap plus dia la byk bantu aku urus hal kedai.Dalam dilema betul.

Tapi kejadian petang tadi memang aku rasa panas tu naik kepala la.Dah la waktu aku keluar lif nak ke rumah kakak ipar aku,kena kejar anjing.Nasib tak digigitnya.Ni anjing orang bela.Dah duduk apartment,gatal nak bela binatang.Anjing yang selalu kena kurung,sekali bawak keluar terus transform jadi anjing gila.Dan 1st time aku tengok anak aku menjerit dalam keadaan yang amat takut.Sampai sekarang aku teringat lagi.Kesian sesangat.Sampai rumah kakak ipar aku,Damia punya degup jantung dup dap dup dap.Aku peluk dia kuat-kuat.Hmmm....

Lepas dah reda sikit dia start main dengan  sepupu dia Bilal so aku time tu ngah online via HP.Duk bersandar kat dinding sambil jeling anak aku.That time Damia duk pusing-pusing kat hall tu sambil kat mulut dengan botol susu.Sekali hingus dia keluar sebab memang dia mode selsema sekarang.Sepupu aku tu pun pergi kat anak aku nak lap hingus.Niat tu dah baik tapi cara nak approach budak tu kurang baik.Dia macam nak gertak si Damia.Memang sah-sah la Damia lari lintang-pukang pastu tersandung kaki cousin dia Ku Chik.Actually Ku Chik ni anak istimewa so kalau siang hari memang dia just baring je kat hall sebab dia memang tak macam orang normal.Terbaring je 24 jam.Maka bayangkan la Damia tersandung dengan botol susu kat mulut.Memang sakit ok even kalau kita yang dewasa ni yang kena,sumpah sakit.Bahagian bawah hidung ada kesan guris merah nak berdarah,hidung merah lepas tu ada darah sikit dalam mulut dan bila check rupanya dia tergigit bibir bawah.Aku memang nampak dari awal sampai akhir.Dan waktu tu sepupu aku tu dah macam panik tapi bila dah nak marah sangat memang aku angkat Damia,lap mulut dia dan aku diam terus.Nasib baik mertua aku tak nampak macam mana Damia jatuh.Hmmm........

Ingat sampai situ je,tapi bila otw nak balik rumah radio buruk bunyik juga.Adoi!Geramnya akuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

Dan bila jadi macam ni aku nak la share beberapa situasi yg pernah aku alami.Sebenarnya memang ada jenis orang yang jenis tak reti bahasa.Pernah aku pergi ke kedai mak saudara aku.Dia ada pekerja perempuan dalam lingkungan 19 tahun.Aku agak-agak la based on fizikal dia dan tahap bangang dia tu.Aku bawak anak aku kesitu.Ok fine.Aku tak kesah kalau orang usik sikit-sikit anak kita tapi................................apa perasaan kita kalau orang tu duk geletek anak kita sampai tahap anak kita tu tak cukup nafas?Ada rasa nak terajang tak?Dan sampai tahap pekerja yang senior sikit tegur cakap,"Dah!Dah!".Aku pun cakap benda sama tapi dibuatnya lagi sampai anak aku menangis.Ya Allah!Geramnya aku.Lepas kejadian tu sampai harini kalau aku jejak kedai mak saudara aku tu,memang aku buat tak layan je budak tu walau dia tegur anak aku.Ni memang jenis bangsa tak reti bahasa.

Aku rasa perlu ajar la beberapa rules bila berdepan dengan budak-budak kecik plus kita bukan kaum kerabat dia pun.Rules bila berdepan dengan anak orang.Pada pandangan aku:

1. Walau comel gebu chubby sekalipun baby yang kita jumpa sampai rasa nak dukung sekalipun,boleh tak kalau just dukung sahaja dan tak perlu la kau nak kucup pipi baby tu kanan kiri,pastu nak gomol dia.Kau ingat mak bapak budak tu suka ke????Serious aku cakap,kau dah sebarkan germs jahat kat budak tu dan please la respect sikit kat parents dia.Ada jenis parents yg segan nak tegur.Kalau kena abang ipar aku,sumpah terus kena sounds.

2.Jangan sesuka hati nak sentuh atau cubit budak-budak kecik sebab tangan kita bukan bersih pun.Cukup agah dia dari jauh.Perlu ke nak sentuh????

3.Jangan geletek baby secara melampau.Kalau aku memang pantang.Aku tak geletek anak aku secara melampau kau pulak nak geletek dia sampai nangis,kau memang melampau.Kalau hari tak baik,dapat pulak kau penampar free sedas.

4.Ini prohibited terus.Please dan please dan please jangan kiss mulut baby.Aku pun tak kiss mulut anak aku plus aku pernah terbaca kat mana ntah,tak bagus pun sebenarnya.Kau kiss mulut suami sendiri boleh tak?Anak tak perlu la plus mulut kau tu bukan bersih pun dan memang kebanyakan baby air liur menjejeh.Kawan aku pernah face satu situasi waktu dia singgah satu restoren.Anak kawan aku ni memang comel la pastu pelayan kat situ mintak nak dukung.Dan tak semena-mena kiss mulut anak kawan aku tu.Kawan aku memang angin gila waktu tu.Bila amik anak dia terus ditenyeh-tenyeh tisu mulut anak dia tu.Kalau aku memang sumpah aku sound.Dan aku rasa itu adalah tindakan yang tak bagus dan bodoh.Please do respect the parents.

Hai...itu sahaja la yang aku nak membebel harini.Berkobar-kobar tulis ni sebab tak habis lagi bengang.Lagi bengang bila tengok Damia muntah tadi dan aku dah mula rasa cuak sebab petang tadi la yang dia jatuh tersandung tu.Tengok la esok macam mana.

Dan bila jadi macam ni,aku dah mintak kawan aku carikan pekerja.Aku akan hire pekerja.Bukan tak suka sepupu sendiri tolong tapi dalam aku hargai bantuan dia,the other side aku makan hati pun tak guna jugak.Kiranya setakat yang dia ringankan kerja aku ni,aku akan bayar la segala effort dia selama ni bantu aku.

Bila dah ada pekerja tetap nnt,pandai-pandai la aku nak handle kedai macam mana.Apa yang penting,aku mesti spend lebih masa untuk anak aku Damia.Business business jugak.Tanggungjawab tetap tanggungjawab!Aku ni kan super mommy.Hihihihi!

Budak letih separuh hari spend kat kedai.

Alhamdulillah dia dah mula dapat adapt environment baru.Kalau dulu jangan harap nak tidur petang dalam ofis aku,tapi sekarang Damia dah nampak boleh sesuaikan dengan keadaan baru dan dia dah faham bila aku sebut "Bonda nak pergi kedai.Damia duk rumah yer".Comel je dia angguk faham.No more drama~
There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me