Harian Metro equal to Drama Melayu.Serious I tell you~

Tadi sesambil buat biskut raya untuk dijual (dah up lagi jadik tokey biskut pulak),maklum la aku ni dah macam orang tamak bak kata one of my customer (entah apa yang dia sakit hati kat aku ntah,tak tahu la).Sebelum aku proceed pada intipati  utama cerita aku harini,aku nak cerita la satu scene conversation aku dengan seorang customer yang datang kat kedai tempoh hari.

Actually customer ni memang dah selalu datang kedai,so bila dah selalu sangat datang tu mesti la selalu duk pot pet pot pet dengan aku.Seperti biasa aku ni peramah orangnya padahal memang dasar suka bercakap.Maka ada satu hari tu dia datang,dah dia duk cerita nak jual makanan kat bazaar so aku just tanya la berapa sewa.Bukan aku nak pergi berniaga bazaar pun.Takde hadap sangat la sebab adalah lebih baik aku tumpukan 100% pada kedai aku.Ada gak pekdahnya.Jadi pertanyaan aku tu jelas just tanya harga sewa tapak jer pun.Isk!Takut sangat.Kot2 la ada customer lain tanya,boleh la aku ringan mulut bagitahu rate sewa bazaar berapa.

Tapi yang mengejutkan bila selamba je dia sound aku takyah la tamak sangat.Semua benda nak jual.Ewah!Kata dia lagi bagilah chance orang lain sikit.Oh man!Dia ni nampak sangat sakit hati sebab aku buat kuih best kot.Kahkahkah!Takut aku kaya la tu pastu mampu beli Ferrari sebijik.Mudah-mudahan la.Cis!

Tapi sebagai seorang yang professional la sangatkan,so aku jawab cool je la.Aku cakap bukan tamak,tapi kalau ada peluang apa salahnya.Bukan aku prekkk orang pun.Hmmm….itu la Melayu.Takut sangat sesame bangsa dia berjaya.Nasib mak dia bela aku.Mak dia cakap kalau dah ada peluang,ambil jer la.Tapi tak semua Melayu la macam tu.Ada gak yang positif macam mak dia tu.Aku salute mak dia.Hihihihi!

Dan berbalik cerita sebenar yang nak cerita,actually conversation ni berlaku waktu aku busy buat biskut raya.Kill the time la kononnya dah kata kedai bakery supplies tetiba tak jual biskut,pelik jugak.Hihihihi!So tadi sesambil buat kuih tu terkeluar la ayat kat mulut aku.

"Aku heran la kerajaan Terengganu ni.Kalau ada sekolah pondok mengajar agama,kalau tak diiktiraf kerajaan,terus arah tutup.Tu belum campur sekolah agama yang nak ditubuhkan kalau tak ikut procedur kerajaan,jangan harap la dapat bina.Macam-macam usaha diorang halang kalau bab penubuhan sekolah agama.Tapi bila masuk bulan Ramadhan,sibuk duk import imam-imam dari luar negara nak suruh imamkan solat Tarawikh sampai spend duit lebih dari 300K.Kata negara Islam,sepatutnya rakyat tempatan la yg jadi imam".Itu keluhan aku tadi la.

Pastu kawan aku jawab.

"Hmmm...ni mesti sumber dari Harakah ni.Baca Harakah ke tadi?",kawan aku soal aku balik.

"Tak.Aku baca Harian Metro",sambil gentel biskut raya.

Kawan aku terus diam seribu bahasa.Hehehe!Memang la aku dapat sumber tu dari Harian Metro.Takkan nak tipu.Mana ada aku baca Harakah lagi minggu ni sbb tak beli.Aku tau kawan aku perli aku sebab dia jumpa Harakah dalam kereta aku.Dah nak buat macam mana,itu makanan mata aku yang paling best dari aku hadap HM yg kadang-kadang boleh buat otak stress setiap kali lepas baca berita dalam tu.Tapi mesti org cakap,dah cakap stress kau baca jugak.Hahaha!Mau tak baca kalau dah benda ada depan mata.Hihihihi!

Persamaan baca Harian Metro adalah sama resultnya bila kita tonton drama Melayu.Serious mampu buat semak otak dan tambah tekanan bukan melegakan tekanan.Hahahaha!

Sekian untuk rambling ntah hapa-hapa aku harini.Maklum la skang dah jarang hupdate blog.Busy mengalahkan Kak Mah.

Apapun,Selamat Berpuasa.Aku baru esok start berpuasa.Kikikiki!Nak buat lagu mano.Kawan baik datang melawat.Bai!


Ini special promotion dari Giant Kuala Terengganu jer nih!Kau ada???Hihihihi.

1 comment:

Rafhani said...

Mmg soheh org trg hok cetok set sodek tuh.hihihi

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me