Resepi: Ayam Masam Manis TEPUNG MAGIK



Ayam Masam Manis TEPUNG MAGIK

Bahan-bahan:

Isi ayam (potong dadu)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
1 ulas serai
Setengah labu bawang putih
5 ulas cili (sekiranya ingin rasa pedas)
Brokoli
Lobak merah
Nenas (potong dadu atau menggunakan nenas dalam tin)
Lada benggala (potong dadu)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam/pati ayam Knorr
Gula
Sedikit tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Minyak (untuk menumis)
Potongan lemon dan daun salad (hiasan)

Cara-cara:

Isi ayam hendaklah ditoskan agar tidak terlalu berair.Keringkan dengan menggunakan tisu jika perlu.Gaulkan ayam tadi dengan TEPUNG MAGIK.Kemudian celup kedalam telur,dan gaul sekali lagi dengan menggunakan TEPUNG MAGIK.Ia adalah untuk menbuatkan rasa ayam lebih garing dan sedap.Kemudian goreng dalam minyak yang panas.Asingkan.

Untuk kuah:

1.Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang besar,bawang putih & serai.
2.Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram.Sedikit garam namun sekiranya menggunakan kiub pati ayam Knorr ,garam sudah tidak diperlukan.Tambahkan air untuk kuah.Sedikit gula.
3.Masukkan kesemua sayur-sayuran yang telah siap dipotong.
4.Masukkan 2 sudu tepung jagung yang telah dibancuhkan dengan air untuk memekatkan kuah.
5.Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi.Gaul hingga sebati.
6.Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!~

Recipe by: UMI SYAFINAZ ALI

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You