Book Week

First of all just nak gtau I love book tp tak sampai tahap bookworm la sbb nak menghabiskan setiap buku tu mmg bercinta la.Maklum la I is busy dengan urusan lain termasuklah tanggungjawab sosial.Kahkahkah!Actually banyakkkkk sangat ceghita nak citer tapi kekangan masa tu la.Time free,idea nak menulis takde.Time tak free,haaaaaa,waktu tu la idea mencurah2.Ibaratnya banyak giler benda nak citer.Sedia maklum I ni spesis kalau jumpa depan memang cakap banyak sama banyak dengan benda dia nak menaip kat blog cuma gitu la.Kadang2 tu masa mencemburui.Ewah!

Skang ni rutin harian masih sama iaitu anak tidur seawal jam 7.30 malam kalau hari sekolah dan kalau tak sekolah kasik chance sampai 9 malam je tapi disebabkan selalu masuk tidur jam 7.30 ke jam 8 malam,selalu diorang ni 8,30 malam confirm dah merenggek ngantuk.Baguih la tidoq awal.Lepaih tu mak hang ada banyak masa untuk ME TIME.Kikikiki!Selalu kalau siang hari I mmg plan la ME TIME malam karang nak buat apa.Biasanya yg duk dalam list nak baca buku la.Tp hakikat yang terjadi,buku kemana aku kemana.Kalau tak tidur follow anak2,I duk mencekik kat dapur sebab time tu la satu2nya masa I betul2 dapat menikmati nikmatnya makan dengan perlahan.Kalau tak,faham2 je la kalau ada anak kecil yang tak wean off lagi.*Nangis dalam selimut.

Buku paling latest I baca buku tulisan Nicholas Spark ni.Hakikatnya I ni dah tahap tertinggal bus sebenarnya sbb orang dah layan lama dah buku ni kita baru terhegeh-hegeh nak baca.Tu pun sebab beli harga murah orang let go rasanya dalam $3 kot.Hihihi!I beli tiga buah tp baru satu ni ada masa nak baca.Dua lagi simpan bagi debu naik seinci nanti baru kita baca.Keskeskes!



For me best jugak la buku ni dan lagi best kalau baca buku dia dulu lepas tu baru layan movies.Laaagi best!

Dan aktiviti terbaru emak2 takde kerja ni (geng2 Mary Jane.Hahaha!Pepandai letak nama sbb omputess kan.Kalau Melayu I letak geng2 Jemah).Kikikiki.Maka my friend Allexis bg idea untuk create social club antara geng kami ni.Motif adalah,by next year anak2 tak akan stay kelas yg sama jd kami semua kalau boleh taknak berpecah la sbb giler best lepak ngan group kami ni.Semua stok2 kepala masuk air so tak la janggal sangat rasa.Kat sekolah tu rasanya kami antara group emak2 yang agak aktif sebab sebulan sekali kot kami playdates.Tu untuk anak-anak.Untuk emak-emak pantang ada peluang keluar pi minum coffee.Selalunya just nak hilang stress duk sembang kosong je pun tapi serious kami rasa sangat la happy tambah lagi tak ramai yg bekerja so mmg byk free time la.

Dan my friend bg idea ni la buat book club.First meeting kitorang Khamis lepas.Cakap pasal plan create group 10 minit je,tapi bergelak ketawa sampai berejam.Ciss!Kikikiki!I pun spontan je sebut nama buku ni bila teringat tu je la buku paling latest I baca sbb kami semua pun bukan ada masa sgt baca buku.

Maka tak pepasal I jadi host pertama untuk review.Owh!Second meeting next month so I la kena review dan ahli group skang start la baca buku ni.Skang diorang pulun baca jugak dan mana yg malas baca,diorang tgk movies je dan part paling best buku ni pun ada yang versi audio book.

Ok.Untuk anak2 cara yg I pupuk minat membaca diorang pulak adalah dengan bawak diorang p library.Tp sejak TND masuk sekolah ni,I dah jarang pi library memandangkan dia pun kat sekolah memang every week wajib ke library dan pinjam buku.So ok la mcm tu.

Dan bebaru ni kat sekolah di Queensland ni diadakan Book Week dimana student datang pakai baju ikut character buku yang diorang suka.Dan haritu jugak la peluang ku jumpa spiderman berlari ke hulu ke hilir dalam kawasan sekolah.Bukan satu,5,6 Spiderman ada kot.Kikikiki.Sabor je la.Dan bukan student je tau.Cikgu pun sama.Sporting habis.Dan haritu jugak I boleh tgk Witch main bola,Harry Potter tak pakai spek,Goldilocks with three bear,Batman etc.

Dan I memula mcm duk fikir gak nak bg TND pakai apa.Bila tanya dia nak jadi apa,dia jawab nak jadi Minnie Mouse owh tak kuasa la I nak mencari costume Minnie Mouse sampai I hampir lupa pasal Book Week ni until malam tu dia reminds mak dia ni.Nasib la I teringat my cousin Hani pernah hadiahkan TND satu baju meow comel tp last year tak muat lagi.Malam tu try,eh muat la cuma lengan je panjang sket.No worries.

So esoknya TND pakai baju tu la.Nasib la dia nak.Excited lak tu.Baguih!Baguih!

Dan inilah kucing pink comel saya.Adik dia pagi tu tak habis2 duk mengeow dalam kereta sepanjang jalan nak ke sekolah dan bila pergi sekolah TND citer kenkawan sibuk nak duk tarik ekor kucing dia ni.Hahaha!Bebudak geram la tu.Apapun,my daughter really enjoy the day dan kwn2 dia pun leh tahan sensorang punya costume.Ada yang jadi pirate,Harry Potter,Goldilocks,Ninja Turtle,Batman dan mcm2 lagi la.

Owh mmg interesting la bebudak sekolah sini selain dari sistem pembelajaran yang teramat la rileks.Kikikiki!Setakat ni TND tak pernah bawak balik homework.Dang!Dan I pun tak kesah sgt dia pandai membaca ke tak.Tp I test haritu dah mcm boleh cuma x lancar lagi la.Its OK.Hehehe!Take your time.


Kerja D.I.Y

I sebenarnya memang suka kerja2 D.I .Y ni namun akibat dari kekangan masa jadi asyik bantut je niat nak create apa2 secara D.I.Y ni.Last two weeks mcm agak free la jugak so I propose la kat suami dan as usual la pakcik ni layanzz je isterinya ni.Tp bagus la melayan.Buat dia cakap "Eh p beli je la rak tu.Takyah nak D.I.Y sangat".Haaa...acaner?Yesss,kalau statement lagu tu laaaagggiii la bagus.Tapi tak.Hehehe!

Actually benda yg I nak buat ni just para2 bodoh untuk anak I.Kononnya I nak buat dapur masak kat diorang yg lebih proper la kononya.Dapur yang boleh sangkut segala mak nenek periuk belanga diorang tu la.

Maka I pun ajak la suami ke K-Mart dulu dalam misi mencari set masak2 anak sekali I terpandang kat rak clearance macam menarik pulak set tu walau teko pecah.I is OK je,takde hal.Hambik kau untuk segala periuk belanga sudip senduk segala plus tea set,eh,siap apron dan baking glove lagi.Orait la utk rege just $20 tu.Ok kita ambik.


Happy je dia walau tgk teko retak seribu.Tarak hal!


Satu ni je yg defect dan yg lain purrrrrfett.Kikikiki!Yang pocah kita letak dalam tong sampah.

Ok jom citer pasal misi yang nak dibuat tu pulak.Segala raw material,ewah,I beli kat Bunning je.Kalau yg biasa datang or menetap kat OZ ni tau la Bunning ni kedai yang mcm mana.Kalau kat tempat kita ala2 kedai hardware la.Hihihi.

Dekat Bunning tu I pun pilih la papan nipis,gergaji,paku segala.Kalau ikutkan I nak cat putih je tapi pakcik ni sibuk pulak suh guna color kayu pulak last2 semua tak buat.Tinggal color asal kayu.


Dengan semangatnya ku start buat ukuran.Huiish!Cara dah mcm professional gitewww.


Punyalah semangat gergaji sendiri tau sbb kalau tunggu suami,minggu depan belum tentu jd rak tu.Keskeskes!Mak aiii....lenguh boleh tahan tangan.Habis kaki tangan pakai sbb maklum la tak cukup kelengkapan,Apit G bagai segala mana ada.Hahaha!Ingat la lagi sikit2 ilmu Kemahiran Hidup tu.

Lepas gergaji semua,cantik je timing suami balik dari solat Jumaat so I suh la dia paku.Senget benget wa cakap sama lu.Bengang tul.No wonder la dia cakap tak suka D.I.Y ni bagai.Aiseh!I pasang paku lagi cantik dari dia buat tau.Dah duk ketung ketang ketung ketang tu,jiran pun datang tolong sekali.Benda nak buat kecik je tp sampai tiga orang bertungkus-lumus.

Maka siap la benda yang nak dibuat tu.

Jeng jeng jeng....................


Ni la dia walau sepatunya nak mcm ni.................yang I idam-idankan la....hahahaha!Simple je yg kita buat walau mmg jauh panggang dari api la kalau nak compare dgn apa yg sepatutnya dibuat.



Tapi maklum la orang pro buat maka dia jd macam ni,kahkahkah!Jadi laaaaaaa dari takde langsung.Kihkihkih!Apapun anak2 happy.Cukup la.Tu pun dah rasa satu kepuasan dah pun.Hahaha!


Uiiii busy tu kat dapur uolllss sampai tak sempat tukor baju sekolah.Hahaha!Prepare lunch katanya.

Back to reality

Semalam selamat sampai ke bumi kanggaroo dengan perasaan bercampur baur.Tak puas lagi cootiiii sebulan kat kampung.Rasa mcm cepatnya masa berlalu.Huhuhu!

Kalau sebelum balik haritu beria plan nak bercuti la kononnya ngan family.Plan nak g Johor kononnya.Nak p Legoland la,nak p JPO la tp hasilnya,tak pergi pun.Kikikiki!

Dan semalam kami sampai lewat sebab flight delayed.MAS call malam tu gtau flight delay tp kami dah baca dah sblm tu via email diorg dah inform.Cuak jugak sbb bila tanya diorg cakap due to technical problem.Oh terus rasa senak perut.*Tetiba

Makanya flight yg sepatutnya jam 9.30 pagi waktu Malaysia kalau x silap,dianjak ke 1.30 tengahari.Tp best jgk sbb takde la kelam-kabut mcm selalu.Biasanya everytime balik Brisbane kena keluar lps Subuh la ke airport dan mmg agak kelam-kabut la bila bersama anak2 kecil ni.Dari Malaysia ke Brisbane setakat ni tak pernah naik Air Asia lagi sbb kami malas nau nak turun Gold Coast.Jauh gak tau lebih kurang 45 minit dari rumah nak ke airport kat Gold Coast.Dari sini ke Malaysia pernah la naik AA maka kejung la kau 8 jam takde entertainment kecuali amik business class tu pun dia bg mcm Ipad.Kikikiki.

Kalau MAS just naik international airport kat Brisbane ni je tp start 9/8 nnt adalah penerbangan terakhir Brisbane-Malaysia,Malaysia-Brisbane .No more bebeh.Dah la setiap hari satu penerbangan je lepas tu dari satu jadi takde terus.Huhuhu!

Ok.Tu cerita ulang tayang.Kita sambung citer pasal drama kat airport.This time as usual la kalau balik Brisbane luggage haruslah terlebih timbangan.100 kg beb had timbangan kami tapi still lebih jd boleh bayangkan la apa brg2 yg kami duk bwk.Hahaha.

Masa balik Malaysia haritu total luggage kami siap extra 50 kg giteww.Hahaha.Tp time balik ambikkk kau.Iya laa.Brg apa yang kau nak bwk kalau dari Aussie ni.Tapi ada kwn kirim satu brg utk family dia.Kami amik je la udah dia cakap tak sampai sekilo tp sekali timbang lebih dari sekilo.Sigh!Cakap je la terus terang brg tu berat sikit ni nak jugak kelentong.Bengang la jgk bukan sbb kena bwk brg berat cuma asal rasa ikhlas nak menolong tetiba jd x ikhlas bila orang kelentong mcm tu.Cakap je la brg tu lebih sekilo.Ini punya la takut kami tak nak ambik sanggup cakap ringan je tak sampai sekilo.Huh!No wonder la diorg boleh kirim brg ngan orang lain selamba badak je sampai berkilo2 pastu buat muka tak bersalah.Tp kalau ikutkan bukan kali pertama pun kena.Dah beberapa kali dah kena.Itulah kawan.Suka letak kita dalam keadaan serba salah.Tp dengan kami yg tu last la.Lepas ni mmg kami taknak ambik dah.Hahaha!Lebih senang mcm tu sbb diorg ni time nak mintak tolong kita mmg laju la tp cuba kita mintak tolong diorg,mcm2 alasan bagi.Hmmm.Ingat tu,hidup biar cerdik.Jangan selalu sgt bg orang ambik kesempatan ngan kita.Pesanan khidmat masyarakat ni.Dah la selalu mintak tolong orang,cakap pun takde nak jaga hati orang.Pakai sembur je walau hal kecik je pun.Itu lah manusia.Time nak mintak tolong lembut gigi dari lidah.Ok dah tentang permasalahan ngan manusia.Bawak hal sendiri lagi senang.



Hahahaha!Ok this time Mak Jemah siap bwk periuk lagi.Tu nampak satu je tp sebenarnya total semua empat.Kikikiki.Keropok tu wajib satu kotak penuh kami bawak mcm nak meniaga dah.Dan ini baru sebahagian brg sbb total kotak yg kami bawak adalah 3 kotak oversize.Kikikiki.Huh baru puas hati.Ketupat palas frozen pun bawak dan itu yg ditanya kastam semalam sbb diorg mcm curious jgk.Maklum la Australia ni dia mmg strict sket.Apapun Alhamdulillah takde satu pun kena buang.Semua lepas.Syukur.

Dan pagi ni bangun dengan malasnya siap istihar hari malas sedunia maka tak berasap la dapur plus mmg x larat la nak shopping groceries harini jgk so lunch td just mkn kat Indian Feast lps tu dinner pulak jiran belanja makan kat Indian Feast jugak kat West End.

Actually I ni bkn la peminat Indian Cruisine.Mkn mmg mkn cuma tak minat sgt especially nasi kandar kuah yg diletak campur2 tu.Tak berapa nak lalu kat tekak.Selalu kalau pergi makan I just mintak satu kuah kari dgn chicken tandoori.Ok cukup.Hehehe.



Ini budak sblm keluar td dia cakap lepas ni kalau nak keluar rumah dia nak bertudung.Phew!Semoga istiqomah nak.In shaa Allah.Tak sesia ku borong sampai 20 helai tudung bebudak.Dia jd excited bila tgk tudung yg berbagai color tu.Kebetulan my friend jual dan jahit sendiri.I pun beli la.Material tudung sangat selesa utk kanak2.Berminat boleh try search Huggle Cuddles.

Tp kami anak beranak td keluar selamba badak je pakai baju biasa tak pakai baju tebal pun.Sekali angin dtg uiiiii nyamannya.Kikikiki.Mengigil kau.Tak habis winter lagi ni.

Maka td my neighbour la yg order makan.I dalam otak teringinnya nak mkn ramen.Serious dari memula winter haritu mmg craving sungguh dgn mee dalam sup panas ni.Mee soba,udon noodles walhal x pernah nak suka pun sebelum ni.Pasta mmg byk kali restock la sbb mcm best sgt bila masak chicken/meat soup mkn ngan spagetti.Mkn panas2.Iya la kat luar cuaca sejuk,bila hadap something panas ni rasa best amat.Tp the best among the best adalah maggi ayam dgn telur puyuh rebus mkn panas2.Perghhh!

Dan td kami order,of course la nasi.Tp suami takde selera pulak so dia just nak garlic nan.Tp I ni perut nasi so wajib la mintak nasi.Suami kita demam pulak.



So ini udang I lupa pulak masak apa tp sangat la cukup rasa dan sedap.Ni ada rasa rempah manis2 kismis sikit tp sedap.Pandai je cakap ada kismis.Kikikiki.



Yang ni dish yg paling win.Kari kambing yang wallah.Sedap amat dengan tekstur daging kambing tu tersangat la lembut dan kuah kari yg cukup rasa dan pekat gilerrr kalau makan dgn nasik pun sedap,lagi cicah ngan garlic nan,hmmmm,ok.I makan nasik bertambah  sampai dua kali.Kikikiki.Serious sedap.Mmg sedap la sampai nak kena mention sedap banyak kali.Hahaha!



Ini I yg nak.Chicken tandoori yg cukup rasa dan mint sauce yg sgt la sedap bila di combine dgn kari kambing mkn dgn roti nan.Ayayaya!



Dan ini,kangkung goreng belacan yg first time I mkn digoreng mcm ni.Kikikiki.Mmg ada rasa sedikit kari tp pedassss yg mmg pedasss giler tp kau still nak tambah mkn.Phewww!Memang sedap beb.

Dan air pulak diorg ada order teh tarik dan milo ice utk TND tp I x order air sbb minum air free je.Air masak sejuk.Kikikiki.Kat sini selalunya restaurant mmg akan serve air masak kosong so malas la nak minum air manis.Kikikiki.Tp serious td mkn byk giler xtau sbb lapar sgt atau sebab sejuk tetiba lapar.Hahaha.Alasan.

Mkn something yg pedas berempah di musim sejuk mmg sangat sodappp.Hahaha.Pastu mkn nasik bertambah tak sedar.Kikikiki

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me