Semalam selamat sampai ke bumi kanggaroo dengan perasaan bercampur baur.Tak puas lagi cootiiii sebulan kat kampung.Rasa mcm cepatnya masa berlalu.Huhuhu!
Kalau sebelum balik haritu beria plan nak bercuti la kononnya ngan family.Plan nak g Johor kononnya.Nak p Legoland la,nak p JPO la tp hasilnya,tak pergi pun.Kikikiki!
Dan semalam kami sampai lewat sebab flight delayed.MAS call malam tu gtau flight delay tp kami dah baca dah sblm tu via email diorg dah inform.Cuak jugak sbb bila tanya diorg cakap due to technical problem.Oh terus rasa senak perut.*Tetiba
Makanya flight yg sepatutnya jam 9.30 pagi waktu Malaysia kalau x silap,dianjak ke 1.30 tengahari.Tp best jgk sbb takde la kelam-kabut mcm selalu.Biasanya everytime balik Brisbane kena keluar lps Subuh la ke airport dan mmg agak kelam-kabut la bila bersama anak2 kecil ni.Dari Malaysia ke Brisbane setakat ni tak pernah naik Air Asia lagi sbb kami malas nau nak turun Gold Coast.Jauh gak tau lebih kurang 45 minit dari rumah nak ke airport kat Gold Coast.Dari sini ke Malaysia pernah la naik AA maka kejung la kau 8 jam takde entertainment kecuali amik business class tu pun dia bg mcm Ipad.Kikikiki.
Kalau MAS just naik international airport kat Brisbane ni je tp start 9/8 nnt adalah penerbangan terakhir Brisbane-Malaysia,Malaysia-Brisbane .No more bebeh.Dah la setiap hari satu penerbangan je lepas tu dari satu jadi takde terus.Huhuhu!
Ok.Tu cerita ulang tayang.Kita sambung citer pasal drama kat airport.This time as usual la kalau balik Brisbane luggage haruslah terlebih timbangan.100 kg beb had timbangan kami tapi still lebih jd boleh bayangkan la apa brg2 yg kami duk bwk.Hahaha.
Masa balik Malaysia haritu total luggage kami siap extra 50 kg giteww.Hahaha.Tp time balik ambikkk kau.Iya laa.Brg apa yang kau nak bwk kalau dari Aussie ni.Tapi ada kwn kirim satu brg utk family dia.Kami amik je la udah dia cakap tak sampai sekilo tp sekali timbang lebih dari sekilo.Sigh!Cakap je la terus terang brg tu berat sikit ni nak jugak kelentong.Bengang la jgk bukan sbb kena bwk brg berat cuma asal rasa ikhlas nak menolong tetiba jd x ikhlas bila orang kelentong mcm tu.Cakap je la brg tu lebih sekilo.Ini punya la takut kami tak nak ambik sanggup cakap ringan je tak sampai sekilo.Huh!No wonder la diorg boleh kirim brg ngan orang lain selamba badak je sampai berkilo2 pastu buat muka tak bersalah.Tp kalau ikutkan bukan kali pertama pun kena.Dah beberapa kali dah kena.Itulah kawan.Suka letak kita dalam keadaan serba salah.Tp dengan kami yg tu last la.Lepas ni mmg kami taknak ambik dah.Hahaha!Lebih senang mcm tu sbb diorg ni time nak mintak tolong kita mmg laju la tp cuba kita mintak tolong diorg,mcm2 alasan bagi.Hmmm.Ingat tu,hidup biar cerdik.Jangan selalu sgt bg orang ambik kesempatan ngan kita.Pesanan khidmat masyarakat ni.Dah la selalu mintak tolong orang,cakap pun takde nak jaga hati orang.Pakai sembur je walau hal kecik je pun.Itu lah manusia.Time nak mintak tolong lembut gigi dari lidah.Ok dah tentang permasalahan ngan manusia.Bawak hal sendiri lagi senang.
Hahahaha!Ok this time Mak Jemah siap bwk periuk lagi.Tu nampak satu je tp sebenarnya total semua empat.Kikikiki.Keropok tu wajib satu kotak penuh kami bawak mcm nak meniaga dah.Dan ini baru sebahagian brg sbb total kotak yg kami bawak adalah 3 kotak oversize.Kikikiki.Huh baru puas hati.Ketupat palas frozen pun bawak dan itu yg ditanya kastam semalam sbb diorg mcm curious jgk.Maklum la Australia ni dia mmg strict sket.Apapun Alhamdulillah takde satu pun kena buang.Semua lepas.Syukur.
Dan pagi ni bangun dengan malasnya siap istihar hari malas sedunia maka tak berasap la dapur plus mmg x larat la nak shopping groceries harini jgk so lunch td just mkn kat Indian Feast lps tu dinner pulak jiran belanja makan kat Indian Feast jugak kat West End.
Actually I ni bkn la peminat Indian Cruisine.Mkn mmg mkn cuma tak minat sgt especially nasi kandar kuah yg diletak campur2 tu.Tak berapa nak lalu kat tekak.Selalu kalau pergi makan I just mintak satu kuah kari dgn chicken tandoori.Ok cukup.Hehehe.
Ini budak sblm keluar td dia cakap lepas ni kalau nak keluar rumah dia nak bertudung.Phew!Semoga istiqomah nak.In shaa Allah.Tak sesia ku borong sampai 20 helai tudung bebudak.Dia jd excited bila tgk tudung yg berbagai color tu.Kebetulan my friend jual dan jahit sendiri.I pun beli la.Material tudung sangat selesa utk kanak2.Berminat boleh try search Huggle Cuddles.
Tp kami anak beranak td keluar selamba badak je pakai baju biasa tak pakai baju tebal pun.Sekali angin dtg uiiiii nyamannya.Kikikiki.Mengigil kau.Tak habis winter lagi ni.
Maka td my neighbour la yg order makan.I dalam otak teringinnya nak mkn ramen.Serious dari memula winter haritu mmg craving sungguh dgn mee dalam sup panas ni.Mee soba,udon noodles walhal x pernah nak suka pun sebelum ni.Pasta mmg byk kali restock la sbb mcm best sgt bila masak chicken/meat soup mkn ngan spagetti.Mkn panas2.Iya la kat luar cuaca sejuk,bila hadap something panas ni rasa best amat.Tp the best among the best adalah maggi ayam dgn telur puyuh rebus mkn panas2.Perghhh!
Dan td kami order,of course la nasi.Tp suami takde selera pulak so dia just nak garlic nan.Tp I ni perut nasi so wajib la mintak nasi.Suami kita demam pulak.
So ini udang I lupa pulak masak apa tp sangat la cukup rasa dan sedap.Ni ada rasa rempah manis2 kismis sikit tp sedap.Pandai je cakap ada kismis.Kikikiki.
Yang ni dish yg paling win.Kari kambing yang wallah.Sedap amat dengan tekstur daging kambing tu tersangat la lembut dan kuah kari yg cukup rasa dan pekat gilerrr kalau makan dgn nasik pun sedap,lagi cicah ngan garlic nan,hmmmm,ok.I makan nasik bertambah sampai dua kali.Kikikiki.Serious sedap.Mmg sedap la sampai nak kena mention sedap banyak kali.Hahaha!
Ini I yg nak.Chicken tandoori yg cukup rasa dan mint sauce yg sgt la sedap bila di combine dgn kari kambing mkn dgn roti nan.Ayayaya!
Dan ini,kangkung goreng belacan yg first time I mkn digoreng mcm ni.Kikikiki.Mmg ada rasa sedikit kari tp pedassss yg mmg pedasss giler tp kau still nak tambah mkn.Phewww!Memang sedap beb.
Dan air pulak diorg ada order teh tarik dan milo ice utk TND tp I x order air sbb minum air free je.Air masak sejuk.Kikikiki.Kat sini selalunya restaurant mmg akan serve air masak kosong so malas la nak minum air manis.Kikikiki.Tp serious td mkn byk giler xtau sbb lapar sgt atau sebab sejuk tetiba lapar.Hahaha.Alasan.
Mkn something yg pedas berempah di musim sejuk mmg sangat sodappp.Hahaha.Pastu mkn nasik bertambah tak sedar.Kikikiki
No comments:
Post a Comment