Raya 2015



Owh lamanya tak update so sebab lama tak update so meh kita update pasal Raya.Weee huuuuuu!

3/7 kami pulang ke tanah air untuk berhari raya.Kemain kau amik cootiiiii sampai sebulan tapi itupun rasa mcm tak cukup.

Laki bini siap buat perancangan rapi nak p mana2.Raya 1st nak raya mana,nak jumpa siapa eh maklum la fofular jd ramai pulak nak jumpa.Kikikiki.Tapi apapun seronok la pendek ceritanya.

Lagi seronok waktu balik tu orang tua sehat sejahtera dan sangatlah happy mereka menyambut kepulangan kami.Owh terharu.

Bila dah balik tu pulun makan tak ingat doooniaaaa tadi baru perasan seluaq sendat tang peha habislah kau balik Brisbane nnt kena pergi gym la.Gym sangat kan walhal seumur hidup sekali je pernah masuk gym tu pun waktu umur 17 tahun.Naif sangat.I is follow my auntie yg time tu bersemangat nak kuruskan badan.Bersenam punya bersenam habis bersenam pulun makan KFC.Huhuhu.

This year raya theme color peach semangat baju segala siap tempah akhir tahun lepas melampau.Kikikiki.Touch down Malaysia esoknya baru p ambik baju segala.I tempah kat Kelana Jaya.Mmg suka tailor tu sbb jahit cantik sgt dan selesa mmg puas hati cumanya kena siap duit lebih sikit la sbb mahal sikit la dia amik upah tapi takpe la kalau puas hati nak banding yg I hantar last year jgk kat tailor lain kat kampung xxx kat my hometown.Hehehe.Hantar 4 pasang 4 pasang disaster.Sedih.

Tapikan raya ni adalah yang paling letih sbb kami mmg tak cukup rehat.Setiap hari ke hulu ke hilir.Mana nak pergi ziarah saudara mana,nak attend kenduri sampaikan nak jumpa kenkawan pun terhad masa.Tapinya sempat la selit masa raya ke 4 jamu kwn2 tp lauknya mmg lain sikit la sebab memasing dah kejung hadap nasi dagang,nasi minyak,nasi beriani segala.

Hambik.Masak lauk ni je dan tetamu makan bertambah2.Hehehe.Seronok tgk diorang makan.Alhamdulillah lauk semua licin.Tetamu last sampai dah nak masuk maghrib tu pun x semua dapat mkn sbb mmg licin dah tahap kikis periuk dah.Kikikiki.

Owh happynya.

Dan sekarang back to normal balik.Kami dah nak balik Australia balik dah.Cuti pun dah habis.Owh sedihnya meninggalkan orang tua tersayang dikampung.Dah kena back to reality balik dah.No more angkat tudung saji lauk terhidang.Skang dah kena buat rutin harian sinsing lengan masuk dapur masak.Hohoho!

Balik kampung heaven sgt request je nak mkn apa.Hehehe.Skang kalau pakai request mmg x mkn la jawabnya.Hahaha

Ok la.Habis cerita kami pasal raya.Please share moment raya memasing.Tak sabar nak baca ni.Hehehe



1 comment:

Nastyna said...

menggagau kami cari kotak komen, tak raya kan. eh tetiba? hahahaha
Selamat hari raya uols, amboi sempat terbang balik kampung yer, seronok sangat la tu. yang penting jangan lupa ke gym yer haha.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me