Ini cerita semalam.Tetiba rasa nak ke city bawak my cousin jalan2.Actually ni bkn 1st time pun dia dtg sini.Last year dah datang tp tak mengapa.Takat dtg 2 minggu ingat sempat ke dia nak explore seluruh pelusuk Brisbane ni.Hehehe.
Jadi semalam lepas dah settle masak nasik goreng utk berbuka, lepas zuhr kami gerak ke city.Dari rumah I nak ke city takde la jauh mana pun.Dalam 5 km kot lebih kurang 20 minit naik bus.Kalau berkereta mungkin cepat lagi la kot.
Jadi kat sini guna je public transport sbb efisien.Serious I tell u.I memang lagi suka guna public transport sebenarnya.Ada 4 reasons kenapa I prefer public transport.Pertama sebab murah (make sure ada Translink punya card la).Kedua setiap masa ada tak kisah la bus atau train.Dan apa yg perlu kita kenalah pandai rancang perjalanan kita.Ketiga adalah sebab parking kereta kat area city ni agak mahal.Tak berbaloi hokkey bila kau sebenarnya ada option lain yg mampu kita save duit.Dan yg terakhir sekali adalah, aku mana ada kereta.Hehehe.Jadi takyah nak sembang kencang sangat la.
So gerak la kami berempat ke city.Pitt stop kami di Queen Street.Kebetulan pulak cuti sekolah so mcm ramai la pulak orang walau semalam adalah Isnin.Jadi pusing2 la kami kat area situ cuci2 mata tgk orang, tengok orang buskin dan yg paling I suka tiap kali pergi sini adalah kalau ada live band.Tp semalam takde la live band pun.Just mcm individual buat persembahan tp lebihnya sebab ada stage.Kalau geng2 buskin tu kat tepi bangunan je.Tp itu nak kena jgk campak2 duit.Tapi takde paksaan pun.Persembahan kat stage ni kita just layan jer la.
Lepas dah tour Queen Street kami panjangkan langkah ke South Bank pulak.Ada 3 option nak ke South Bank.Kalau lazy ass naik la bus atau Citycat (Ferry).Kalau yang stamina tinggi mcm kami ni, jalan kaki je merentasi Victoria Bridge ni.Nampak tak kat dlm gambor tu? Nampak mcm jauh je perjalanan tp don't worry.Sejuk2 ni bila jalan kaki tak terasa penatnya.Kami siap posing lagi kat atas jambatan tu.Maklum la peoples of the land a.k.a orang darat a.k.a orang kampung.Wakakaka.
Kalau ke South Bank waktu weekdays mcm ni mmg takde apa sgt la nak buat takat sightseeing je la.Night market time weekend tp kalau teringin nak menikmati coklat bolehlah ke Max Brenner.Yang lain tu pub, restaurant dr bermacam negara tp non halal.Kalau halal pun mungkin stall kebab dan Nandos.Lain2 tak sure.Mcm my cousin cakap la.Nama je duk Brisbane tp banyak benda tak tahu.Hahaha.Nak buat lagu mano.I ni sebulan sekali tu pun kira orait la tu nak masuk city.Hihihi.Kami ni byk ke Indooropilly Shopping Centre je selalu pergi ukur lantai mall.
Kemain kau dengan boot bagai.Sejuk oiii! Hehehe.
Maka dah alang2 sampai South Bank, I pun belanja la budak kecik Hani naik Wheel of Brisbane.I ni dah 2nd time la naik ni.1st time tahun 2012 dulu.Hohoho! Tapi Damia ingat lagi tau.Kuat ingatan kau nak.Tak sia2 mak makan minyak ikan masa peknenkan kau dulu.Hiks!
Ini bukan wheel on the bus go round and round ni.Ini Wheel of Brisbane ni.Ok.Tiket masuk adult $17.50,kids $12 tp bwh 4 years kot jd half price kot pastu student $15.Lupa berapa pusingan tp berbaloi-baloi la naik.
Ok lepas settle ni kami pun jalan2 pusing area South Bank ni sementara tunggu Citycat.Tak larat dah nak jalan kaki ke Queen Street balik.Dah jadi lazy ass dah.Tadi tak.Ngeee!
Ini antara view yg sempat kita snap la.Tak pandai sgt snap pic ni tambah lagi guna henpon.Hmmmm.....bestnya kalo ada camera GoPro *tetibe.
Hihihi.Walau amatur tp dah rasa bangga gila dah dpt amik pic ni.Hahaha.Gilo.
Ini pic dari atas Victoria Bridge.Yang mcm jeti tu, itulah tempat Citycat naik dan turunkan orang.I naik Citycat dari South Bank seberang sampai sebelah sini.Iya la kan.Mestilah kena naik ferry.Takkan nak berenang pulak.Tiket pulak selagi masa masih berbaki within 1 hour and a half, so takyah byr.Naik je mana2 public transport tanpa was2 kecuali taxi.Kau jangan cari psl.
Ini ada satu cerita la nak kongsi.Bab byr tak byr ni semuanya atas kejujuran kita.Dan sbb diorg tak peduli sgt psl ni jd adalah hamba Allah yg ambik kesempatan.Ini org Malaysia ni.Jadi selama dua tahun dia naik turun train tak pernah bayar hinggalah ada satu hari tu tetiba ada pengawai dtg check dan dia tertangkap sbb selamba badak naik public transport tak bayar.Jadi kena denda dlm $200 or $300 mcm tu la.Hambik kau.Malu dapat, dosa dapat, duit melayang.So please la jauhkan diri dari perangai mcm ni tak kira la ditanah air sendiri atau abroad.
Tayang gambar sikit time kat dlm kapsul.Tak byk sgt snap gambar sbb busy bergelak ketawa je.Hu Ha Hu Ha!
Sempat la singgah sini kejap.Entah nama apa ntah tp nampak mcm kuil tp mungkin ni replika je la kot.Nak baca pun tulisan mcm segan jer nak nampak.Betul ke sebut replika? I hantam jer ni.Pakai word apa yg terlintas kat otak.Huhuhu.
Lepas tu sementara tunggu bus nak balik rumah, pusing2 Queen Plaza jap pastu p tapau sandwich seafood kat Subway.Dan lepas tu chow balik rumah.Balik rumah ada masa lebih kurang sejam lagi nak berbuka so sempatlah Asar dulu.Lepak2 jap then masuk time berbuka.Sini berbuka jam 5.06 ptg.Jam 6.30 lebih2 dah Isyak So semalam semua org penat jam 8 lebih dah selamat masuk alam mimpi semua.Ok la.
Tau la mesti bosankan kita asyik citer psl makanan je.Hihihi.Ni post jenjalan.Harap Nora enjoy! Ha Ha Ha Ha!
3 comments:
Sama la kat sini pun kami berpublic transport jer ke mana2, effisien gitu. itu la ada jer yang tak bayar, tak kena tangkap takper la, sekali kau kena... haaaa sengeh. So far I jujur kecuali ada satu masa awal2 kat sini dulu I sesat salah ambik tren turun naik baper kali depa cakap ambik tren itu patah balik sini semua (I sornag ngan anak, mana tak gelabah) pastu last2 tak peduli nak punch tiket dah hohoho. Sekali tu jer la.
I pun awal2 dulu mcm tu.Tp dgn bus la.I punya gelabah sampai lupa nak swipe card tp driver bus rilex je x tegur pun.hehehe.tp takpe.pengalaman katanya.Itu la kan.public transport yg sgt efisien dan x rasa susah pun nak kemana2 walau takde kereta.
woooo…lawa gambar guna henpon terr. dah ala2 pro doh cuma dok go je. heheh!!!btw rajinnyo menapak bulan2 puasa ni.
Post a Comment