Iftar

Semalam punya cerita takde angin takde ribut tetibe semua plug tak function.Jadi boleh bayangkan la dengan suhu almost 5°C pastu heater kau sepi, tidur gigil2.Paling terasa kat muka la sbb kalau tutup karang takleh nafas kang.Hahaha.Pastu mula la buat spekulasi sendiri.I siap ketuk2 heater tu ingat rosak la kononnya.Bila my cousin gtau semua plug tak berfungsi, dalam otak dah fikir memacam.Jenuh la esok nak kena contact agent la apa la.Adoi la.Tapi nasib suami call jam 5 pagi lebih kurang mcm tu la dari Adelaide.Ntah mcm mana boleh lupa yg I ni kahwin dgn org yg ada Dip Electrical Engeenering. Hahaha.Kononnya la walhal bebenda mcm ni adalah perkara asas yg kita wajib tahu psl rumah kita.Hahaha.Suami suh pepagi esok pergi kat suis box pastu cek kalau ada suis yg tertendang katanya.I don't know term apa org panggil kes mcm ni.Kena tanya abang ipar tahulah kot.Kata kerja TNB.Hahahaha.

Jd sbb x tahan sgt, time dah nak cerah tu teruskan misi hunting suis box.Dan suis box pulak letak kat luar rumah tp bkn kat luar rumah I tp kat unit pertama.Rumah I unit ke 4.So dengan sejuknya terkedek2 keluar pusing 4 unit rumah ni semata2 cari suis box.Haish! Dan memang tertendang pun tp until now I taktau plug mana punca prob ni.Tunggu suami balik la settle.Tak kuasa.

Jadi cerita semalam iftar I secara beramai2.Skang ni pun I takde apa yg menarik sgt nak dikongsi.Cerita biasa2 je tp nak jugak up entry.Mana la tau bila baca balik nanti bisa mengundang kembali memory.Ewah!Tapi tak la ramai pun.Dengan bebudak ni jer.Bebudak Aviation MAS yg dah nak grad dlm seminggu lagi kot.Hihihi.Jd kita buat mkn2 sket.Actually bdk2 ni antara yg banyak tolong my husband selama dia kat sini dan ngan bebudak ni jgk la my husband byk spent time.Last year my husband pernah tumpang kat rumah bebudak ni plus salah seorang pulak adalah tunang my cousin.My cousin pun ada sekali datang temankan I kat sini.Orait la at least takde la kejung sgt duk bertiga je.My cousin study di Melbourne dan kiranya skang ni cuti sem la lebih kurang mcm tu.Jadi kita iftar sesama la semalam.Ni dah second time sebenarnya.3rd time tunggu skali ngan my husband la.Mcm ni la duk kat perantauan.Ada je plan.


Abaikan hall yg x semengah.Hahaha.Nak mkn kat meja ada 4 kerusi je mana cukup tetamu ramai.Hahaha.Pasti sofa I dah alih masuk bilik.Ni semua kes berebut heater.Hehehehe.Sofa dah transform jd katil.

Jd semalam I guna je alas meja jadi tmpt alas makan.Hehehe.Abaikan rak kasut kat belakang.Don't worry.Tiada bau yg kurang enak yg boleh bantutkan selera.Hahaha.So semalam I masak sup ayam, butter prawn, telur dadar, sayur goreng.Kuih-muih semua order pastu pergi ambik kat Guyatt Park.Skang jualan dibuat hari2.Ala2 bazaar la cuma takde la semeriah bazaar kat tempat kita tapi makanan yg dijual adalah variety dan setakat ni I boleh cakap rasa dan harga memang berpatutan dan semuanya sedap.Puas hati.I dari 1st day puasa tak putus lagi duk order makanan.So tak risau kalau rasa malas masak atau lauk takde.Hahaha.

Itu tak campur rutin bertukar juadah lagi.Kadang2 penuh meja.I punya neighbour Indonesian, haritu dia hantar bakso dan coklat kek.Ya ampun sodapnya! Alhamdulillah. 

Kuih yg order haritu popia basah, kuih nyonya, talam suji.Pastu si Amirul beli lagi kuih seri muka.Pastu bila sampai si Farid dia bawak puding roti yg dia buat sendiri.Tapi kuah custard je dia beli.Tak sempat nak buat kot.Memula rasa mcm tak caya la pulak mamat ni pandai masak.Hahaha.Orang main rugby muka garang pastu pandai masak.Hihihi.

Lepas tu kan barulah tahu rupanya my husband waktu stay ngan bebudak ni rajin jugak ke dapur.Siap bebudak ni cakap ayam masak merah dia paling terbaik.I pulak mcm, aaaaaa mcm tak caya la.Pakcik tu jarang kot masak untuk kita.Chait.Ada bakat terpendam rupanya.Hahaha.Nanti dia balik dari Adelaide I nak mintak dia masak la sekali utk iftar.Hehehe.

Memang orang lelaki ni mcm tu la.Bila terdesak pandai pulakkan.Kalau tak manjang je isteri yg buat.Hehehe.Tambah lagi di Brisbane ni bkn banyak restaurant boleh mkn kat luar.Pastu nak makan luar hari2 bkn murah2.Hahahaha.

Pastukan semalam sebelum tidur puding roti ni mcm memanggil-manggil pulak.I ni mmg tak sempat nak try lagi.Ingatkan try esok jer la Dan sekali rasa, dah terus licin satu loyang takde berbaki.


Malu la kalau ada perempuan claim x reti masak.Kikikiki.Sedap la budak Farid ni buat.Dan ni bukan student first yg I pernah makan masakan dia yg sedap.Dua hari lepas I ada order bubur pulut hitam juga dijual seorang lelaki, student jugak dan mmg sedap.Pastu ada sorang bdk lelaki ni jual homemade Kaya dan I dah dua kali beli dari dia.Serious sedap.Kaya dia mengingatkan I kenangan zaman kecik beli roti dgn ada satu pakcik India jual roti dengan motor pastu keliling kampung.Time tu satu roti dia jual dalam harga 40 sen kot satu.Tak ingat dah.Ia cuma roti yg dikapit dua pastu sapu dgn homemade kaya yg lebih cair kalau nak compare dgn kaya yg dalam tin.Tp rasa dia sedap tak terlalu pekat dan tak terlalu manis.Haaaa.....mcm tu la rasa kaya yg bdk tu jual.Itu yg x agak2 order sampai dua kali tu.Hihihihi.

Jadi moral of the story, bila dah terdesak ni apa pun leh jadi.Hahaha.Dari tak pandai masak boleh jadi pandai masak especially lelaki la.Kalau yg bujang duduk pulak dekat ngan family, semua mak urus.Kalau kerja atau belajar dlm Malaysia, tak reti masak leh makan kat luar.Hahaha.Tp bila study overseas, duit kena jimat2, pandai pulak masuk dapur memasak yer.Hahaha.

Jd tu jer la ceritanya.Ngantuk la pulok.zzzZzz dulu la.Selamat malam!

5 comments:

Nastyna said...

i rasa setiap perantau akan otomatik pandai masak, heheheh. meriah la iftar uols, seromok kan reramai. pssttt i kat sini 0degrees pun jarang buka heater, nak berjimat katanya hehehe tambah plak nak biasakan sesejuk sikit, pakai teval2 yer uols.

rostina76 said...

salam ramadhan u all. maafla lama tak singgah sini. berhibernasi kjp nak adapt dgn suasana posa ni (heheh!!!alasan org malas). bestnye iftar ramai2. btw gitula adab org merantau ni sekali sekala dpt kumpul ramai2 syoknye. btw aussie posa kjp je kan?

Unknown said...

Betul tu.Bila dah terdesak automatik jd terrer.Hehehe.I lagi takleh bayang u kat German sana 0°c.Kat sini sejuk yg belum consider extreme pun I dah rasa x tahan.Hehehe.Skang heater 24 jam.Juling la mata big boss tgk bil elektrik nnt.Hahaha.

Unknown said...

Salam Ramadhan juga utk Kak Ros.Sini buka puasa jam 5.06 ptg.Consider awal jugak la.Kalau nak rasa awal lagi, lepas subuh tdo pastu bgn jam 10.Lagi la rasa singkatnya puasa.Kikikiki.Mmg seronok sesekali berkumpul.

aien said...

Rindu kamoo sista...

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You