2 in 1

Disclaimer: I dont mind kalau ada yg nak label aku cheapskate.Hahahaha....hacoooommmm!

Dalam bulan April baru-baru ni aku ada dua dinner yang kena attend.Satu dinner untuk fakulti aku kat UMT iaitu Fakulti Pengurusan (Pemasaran) dan satu lagi ALUMNI HND TATIUC iaitu kolej waktu aku ambik diploma dulu.Jadi bila sebut dinner haruslah ada theme bagaikan.Dan apa yg pasti bila sahaja ada dinner aku adalah seorang yg tak pernah kelam kabut sbb aku seperti biasa mesti playsafe punya.Hahaha!

Maklum la aku ni bukan orang byk duit sgt macam Kak Mah yang setiap kali event mesti nak cari baju baru dan aku jugak bukan sosialite yg kena attend event 7,8 kali sebulan.Hihihi!Tahun ni sahaja aku rasa 2 events ni je la kot aku attend.Tahun lepas takde langsung rasanya.Event tu ada tapi aku tak pergi.Malas.

Dan bagi mengelakkan pembaziran plus aku mmg tak byk event nak kena join,maka aku siap2 beli dress labuh color hitam.Kenapa mesti hitam?Hehehe.Hitam adalah warna yang sangat mudah nak dimatchkan dgn tema.Trust me.

Actually dress ni aku dah beli dari tahun 2010.Gilo wooo dah dua tahun.Kali pertama pakai waktu dinner company Ariey kat Double Tree Hilton Hotel.Theme time tu Glamorous.Glamorous la sgt.Aku bantai pakai all black terus lepas tu just pakai bracelett bling bling.Itu je la kalo nak nampak glamorous pun.Org lain tak rasa janji aku sorang je rasa glamour cukup la.Kesian.Self esteem very low.Hihihi!

Habis majlis aku hantar dobi dress tu dry cleaning then simpan dlm plastik sangkut kat almari.Duk la kau diam2 kat situ.Maka dua tahun lepas tu means tahun ni la,ada lagi dinner nak kena attend maka dgn senang hati keluarkan sahaja dress aku tu balik dan teruskan dengan project mix and match.Sbb hitam so no problem mo!

Theme dinner pertama kat Terengganu Equestrian Resort (TER) utk UMT punya adalah black rose.Eceh!Mcm tahu2 je.So dgn senang hati aku just cari bunga merah yg besar gedabak tu dgn tudung color merah.Clutch utk majlis ni mmg aku beli yg baru sbb sebelum ni aku just bwk handbag je.Tak kuasa aku nak beli clutch bagai kalau takat nak pakai tak sampai dua jam.Hahaha!Sekarang ni everything kena kira tau.

Classmate aku Ain.Time ni aku saje ubah angin beli jaket hitam tu.Tapi nyesal beli sbb time beli dgn confidentnya x mahu ukur so just tgk2 konon-kononnya size L so haruslah muat dgn badan tapi sekali bila balik rumah try,dah mcm balut nangka aku rasa.Lepas tu bermuram durja xleh terima hakikat sekarang tak semua baju dapat size S.Hahahaha!Aku taknak try time tu sbb Damia mengamuk nak tidur.Mahu tak konsentrasi aku terganggu nak bershopping time tu.


Awal2 sbb tak comfortable lagi harus la malu2 dulu,lepas tu kejap2 hilang dari pandangan sbb dia buat mcm melawat tapak pergi ke satu meja ke satu meja.Untuk dress Damia aku choose material dari kain cotton.Dulu aku pernah beli fancy dress tu tapi tahan dua jam je lps tu dia mengamuk suruh tanggalkan.Nampak cantik tapi baby tak berapa selesa.So xyah nak princess sgt la.Hahaha!Dan dress ni sah2 la jadi baju raya nnt.Guna balik.Hahahaha!
Ini pun classmates jugak.Syamira dan Ari.

Dan ini majlis berlainan tau.Ini majlis ALUMNI HND TATIUC kat Awana Kijal Golf and Resort.Dan theme dia pulak Red Glamourous.Tak perlu fikir lama,pakai balik dress aku tu.Pusing2 lagu tu je la.Untuk jaket tu aku dah humban jauh2.Tak selesa so aku pakai cardigan yg asal utk dress tu.Hmm...itulah tak mahu ikut akal,nk jugak pilih jaket baru.Terbang duit aku utk jaket hampass tu.Kalau pakai je cardigan ni selesai masalah.Padan muka utk diri sendiri.Dan majlis ni sangat happening dan for sure seronok sbb dapat jumpa lecturer yang pernah mengajar dulu.How time flies Dah 5 tahun dah.

Kat tangan aku tu bekas ala-ala tupperware hadiah cabutan bertuah tp bukan aku yg dapat pun.Ini si Amir tu yang punya.Maklum la org bujang katanya tak tahu nak buat apa dengan bekas tu so dia bagi aku.Untung duk semeja dgn org bujang.Hihihi!Mana mau tolak beb.Bukan tupperware biasa.Tupperware kaca Luminarc tu.Huhuhu!Jadi mlm tu kehulu-kehilir la aku bwk bekas tu.Hahaha!Bila blk rumah,mak aku pulak yang ambik.Tak jadi hak aku jugak la nampaknya.

Ini antara fav lecturer waktu aku di TATI dulu.


Dan dress tu skang sudah berada di dobi.Siap nnt maka masuk almari la dia semula.Sekian.

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me