Indahnya saat sewaktu kali pertama kita tahu ada nyawa kecik itu dan pengalaman 9 bulan yg cukup indah~

Lately seronok bila baca status kat FB kawan2 yg baru menimang cahaya mata atau bakal menimang cahaya mata.Aku ni pulak bila baca status diorang bukan setakat seronok malah jadi teruja sama.Hmmm...kadang-kadang terasa macam nak tambah juga maklum la Damia dah dua tahun lebih.Doktor pun dah bagi greenlight.Masa yang sangat sesuai katanya.Sebab seingat aku dulu dia pernah advise supaya jarakkan sekurang-kurangnya dua tahun.Kalau kurang dari tu kira rezeki la Allah swt nak bagi.Cuma pada dia the best way is jarak dalam 2 years.

Teringat conversation dengan seorang budak lelaki kat kampus tempohari.Actually this boy aku jumpa waktu mula2 mendaftar di semester satu.Time tu aku dah pregnant 5 bulan cuma org tak perasan sgt sbb aku aktif mcm lipas mabuk lepas kena ridsect.

Conversation aku dengan dia,

Dia:Akak anak dah berapa?
Aku:Sorang tu je la lagi.
Dia:Ler.Ingat dah bertambah.Bila nak tambah?
Aku:Ko ingat aku mesin ke apa?Hahaha! (Dua-dua gelak.Hambik kau.Tanya lagi aku soalan lagu tu!)

Waktu pregnant aku mana reti duduk diam.Kehulu-kehilir,naik tangga turun tangga dan mungkin sbb tu kot aku mudah bersalin tanpa melalui tempoh contraction yg lama.Sejam je sakit.Dan alhamdulillah sepanjang mengandung aku tak pernah kejang kaki atau bengkak kaki.Cuma yg rasa lenguh kat area betis.Itu je.Dan mungkin sbb byk gerak kot aku rasa lenguh macam tu sbb kalau tak pregnant bila aku byk berjalan mmg lenguh jugak area tu.Dan sepanjang pregnant tu mmg aku drive sendiri dari rumah ke UMT.Dan aku ingat lagi waktu final tu aku dah sarat mengandung 8 bulan.

Preparation nak menyambut 1st baby time tu mmg kalau tgk list 17 muka tak habis tapi bila di cut oleh Ariey,maka jwbnya sila beli mana yg priority dulu.Hahaha!Padan muka.Nak buat macam mana.Teruja beb.Anak pertama tu dah yg mula-mula haritu x ada rezeki dan kalau tak Damia tu dah kira yang kedua dah.Mcm tak caya pun ada aku pernah miscarried.Rasa mcm dah byk kali dah cerita.Tapi nak cerita jugak.Punca gugur,boleh aku tak perasan aku pregnant dan dgn suka hatinya panjat pagar pastu terjun.Nak buat mcm mana aku lupa nak bwk remote control gate dan terpaksa bukak gate secara manual guna kunci dan kena pulak bukak dari dalam.

Aku ingat lagi benda pertama aku beli adalah box dari Mothercare.Actually aku dah berkenan tgk box ni bila tgk Maksu dgn Kakak aku guna.Pastu mmg confirm la beli.

Inilah kotaknya.Image dari website Mothercare.Damia punya color kuning.Kenapa kuning?Hahaha!Box tersebut aku pilih kuning sbb time tu aku tak tahu lagi jantina baby.So kuning tu kononnya mcm playsafe la.Boy pun boleh,girl pun boleh.Size kotak ni tak la besar tapi tak juga terlalu kecik dan kiranya for me cukup la utk muat segala kelengkapan nak sambut newborn tu.Dan ia sgt praktikal sbb box ni jugak la yg aku angkut bwk kehospital,pastu mudah dibawa bila travel mana2 sbb mcm aku kata la,tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.Range harga still affordable dan kalau tak silap dalam RM120-RM160 rasanya.

Dan baju yang pertama aku beli adalah romper dari Mothercare jugak dan aku pilih unisex punya corak iaitu color red,grey dan strip kuning.Ingat lagi words yg tertulis kat baju tu,"My mommy is yummy","My daddy is rock".Sgt comel ok.Tapi kalau untuk jumper aku tak prefer sgt jenama ni sbb aku rasa agak tebal fabrik dia plus bilik aku takde aircond so mcm kesian pulak kat baby nnt.Kalau bilik aircond orait la kot tapi aku terbeli jugak satu set dan pakai just bila travel,outing je sbb baby tak selesa.Dia nampak sgt rimas.

Tapi itulah,keterujaan melebihi dari pemikiran yg rasional.Laki bini pulak tu excited shopping barang baby.Hasilnya terdapat la beberapa baju yg org kata tak menang memakai.Hmmm....bazir juga kalau fikir tapi takpe.Learn from mistakes.Cuma kalau untuk maternity clothes aku mmg suka Mothercare punya sbb selesa dan dia ada jeans and trouser for maternity jugak dan fabric untuk top dan t-shirt sgt selesa dan dari mengandung sampai dah lahirkan Damia aku still beli t-shirt dia sbb top and t-shirt dia pun ada khas utk ibu yg menyusu.

Kat sini aku bukan nak spesifikkan sgt untuk jenama ni shj sbb aku pun ada juga beli jenama lain.Dan  ini adalah promosi tidak berbayar,untuk dapatkan kad ahli,harus buat pembelian more than RM800 untuk jadi members.Tak perlu sekali harung RM800 terus rasanya sbb kita boleh kumpul from resit tapi ada la pulak T & C dia mcm kena beli dalam masa 3 bulan ke apa.Mcm tu la.

Tips dari aku yg based on my own experience,untuk mommy to be better jgn beli lagi breast pump yg mahal terus sbb kalau mcm case aku,susu adalah sgt kurang dan tak mampu buat stok pun walau bermacam petua,tips yg org bagi aku follow tapi semua tak jalan.Maka anak aku mmg campur la minum susu lembu jugak cuma aku syukur walau tak byk tapi aku mampu bg dia susu badan cukup 2 tahun.Breast pump yg mahal akan jadi berbaloi kalau susu kita byk sampai boleh buat stok2 penuh peti.

Eh,apsal tetiba entry pasal persiapan sambut orang baru pulak nih?hahaha.

Dan untuk beberapa member aku yg bakal bergelar ibu,aku ucapkan happy shopping!!!!Hahaha!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You