Chillis at Empire Subang

2 minggu lepas sbb dah berjanji dengan perempuan ini,maka harus tunai janji dan kalau tak tunai nanti ketulahan dari dia la suka hati dia je nak sumpah aku jadi peti ais.Itu sumpah dari kau.Sumpah dari aku kau taknak tahu?Hihihi.Aku sumpah kau jadi mesin printer sekali dengan mesin fax.Alang-alang nak sumpah kan?Biar multi purpose terus.Hikhikhik!

Ok.Jadi bawak dia ni pergi lunch di Chillis kat Empire Subang.Actually aku tak tahu pun restaurant ni ada kat area Subang ni tapi lepas aku teman Ariey pergi beli kasut kat Pedro haritu,baru perasan Chillis ada kat situ.Tapi perasan2 pun,mengagau jugak mencari.Hihihi!Tmpt kecik mcm tu pun nak sesat2.Nampak sangat baru 1st time masuk.Hiks!

Aku kalau ditanya apa yg special yg harus diorder sumpah aku tak tahu.Apa yang best,apa yang tak tu mmg aku tak tahu.Hihihi!Jadi memandangkan sebelum-sebelum ni aku mcm biasa jugak tgk org post dlm blog,jd aku try la apa yg aku pernah baca tu.Kuat betul terpengaruh.Pengaruh rakan sebaya.

Tapi sebelum tu aku sempat jugak jeling2 meja sebelah2.Mcm terliur tgk hidangan yg mcm nachos or chips tu tapi tak tahu nak order mana satu yg best bila tgk dlm menu.Nak tanya budak waiter tu segan.Inilah bahana malu bertanya sesat jalan.Hahaha!Aku suka Mexican foods.Mengada btol kan.Japanese or Korean foods x suka,tetiba suka Mexican foods tapi aku x suka sgt Jalapeno Hot Sauce plus sos dalam botol kecik yg org letak atas pizza tu.Mak tak suka.Mak suka sos cili je.Mak ni beranak kat Felda dan bukan kat Mexico sana.Hihihihi!Sedor diri.

Kita tunggu dia ni nak order apa.Siap mention aku tu nak ketuk aku habis-habisan.Nasib hormon endorfin aku tak meluap-luap time tu,kalau tak aku dah terlangkupkan meja tu.Hihihihi!Suka la kau nak ketuk aku.Nasib sebelum ni aku mmg dah biasa ketuk kau.Hahaha!Balas dendam napok?

Muka senyum dalam paksa sampai kembang lubang hidung.Kesian.Isk!Isk!Isk!

Ini Chicken Mushroom dgn harga RM33.95 tapi pada aku rasa dia so-so sahaja.Isk!Rasa dia so-so atau tekak aku yang takleh terima?Entah la.Tapi yg aku rasa ayam dia tu agak keras sikit,dan sos mushroom tu rasa mcm biasa je.Takde mampu buat aku cakap,wow!Bessssttt giler!Tapi itu pada aku la dan jangan terpengaruh pulak.Lain lidah lain rasa.Mak ni lidah budu.Lain hoookeeyy!Tak sama.


Ini pulak kakak aku punya.Strip steak yang bila mintak well done budak tu cakap nnt keras daging tu,bila mintak mild,kakak aku pulak yang tak lalu nak telan.Hihihihi!Merah lagi kau daging tu kat tengah2.Dan untuk harga RM48.95 sepinggan dgn gaya kau makan kak,aku rasa nak terlangkupkan je pinggan tu.Adalah lebih baik kalau kita pergi Seoul Garden terus.Sampai harini tak habis lagi ralat aku.Hahahaha!Kita tunggu time aku nak ke Brisbane nnt,aku ajak la Ariey stay kejap kat KL pastu kita pergi sana.Kau janji tau kak,kau belanja kami pulak.Hihihihi!Ingat senang ke aku nak bwk balik 3 ekor kanggaroo pulak untuk anak2 kau sorang satu nanti.Hahaha!

Dan ini Chicken soup yang sangat creamy tapi aku tak mampu nak habiskan.Kalau tahu kenyang btol makan soup ni,lain xyah order.Makan je la yang ni.Maklum la perut kecik.Hikhikhik!Caya ke?Dan pic air tak snap pun sbb x ada  X factor pun kalau takat nak order orange juice dgn ice milo.Hahaha!

Dan last sekali,menu yg aku rasa paling sedap untuk anak tekak aku ni adalah meal Rafhanah ni.Macaroni and cheese ni mmg sedap.Laaaaaaaggiii sedap sebab kids's meal adalah free.Diulang FREE.Hahaha!Patut sedap.

Dan kalau perasan,tiada pic Damia sbb aku tak bawak dia sekali.Sian pulak kalau difikirkan.Sejak Ariey duk jauh ni,aku mmg jarang keluar bawak Damia.Nak buat mcm mana aku skang ni cepat sangat naik angin.Tak tahu la perubahan hormon apa.Damia pulak skang ni duk kat stage yg mmg suka explore everything dan sgt aktif dan paling tak tahan makin kronik tantrum dia.Aku ni jenis mana leh tahan baby nangis kuat2 dan lama2,cepat sgt nak menyirap darah naik kepala.Tunggu la bila aku dah mampu control amarah aku tu,slow2 la aku belajar mcm mana nak handle ank kat tmpt public tanpa bantuan suami.Inilah akibat kalau semua benda nak rely pada suami.Isk!Isk!Isk!

Lately kalau perasan,aku asyik nak cerita psl makanan je.Dah jadi blog makanan pulak rasa tapi gaya mengulas makanan mmg tak best langsung.Makin buat org lain makin tersedak ada la.Takpe la.Janji aku ada tempat untuk kendurkan sedikit stress aku dgn bebanan kerja yang berlambak-lambak ni.Sekian.

1 comment:

Rafhani said...

Huh,nyesal gop mkn kat chillis ni.patut pau mung kat TGI friday,lagi mahal steak tu.hahahahahaha.yelah,blog ni tukor je lah nama jd jln jln cari makan jer.eh,ada ke aku kata kene blanje kat Seoul Garden?lalalalalalala

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me