Japanesse foods at YES CORNER,Kuala Terengganu

Sejak dua menjak ni kat bandar Kuala Terengganu dah ada macam2 jenis restaurant.Kira ok la.Dan untuk aku pulak sekadar nak keluar berlibur dihujung minggu,aku memang suka jalan2 cari pasal makan.Maka haritu disebabkan tekak gatal nak try Japanese food walau aku bukan fan no.1 pun selepas trauma seminggu akibat termakan wasabi kat Shangri-La Penang terus aku banned Japanesse food segala.Mak tak suka rasa wasabi tu.Ngeri kalau ingat balik.Tapi yg aku pelik tu macam mana la diorang ni dapat melantak wasabi tu sampai habis satu mangkuk besar ok.Aku assume macam sambal belacan la kot.Hihihi.Satu je yang lalu kat anak tekak aku ni iaitu tempura.Acceptable la untuk selera aku sbb kalau Malay food pun bab celup2 tepung ni dah mcm biasa sangatkan.Hihihihi!Tekak kampung macam aku ni mmg susah sikit la nak accept makanan baru especially makanan Asia la macam Japanese foods or Korean foods.Kalau kat Seoul Garden tu,steamboat dia aku suka pulak.Eh!Tapi Chinese foods dengan Thai foods mmg aku suka sangat2.

Di Kuala Terengganu ni bukan baru sgt pun ada Japanese foods ni.Sblm ni mmg dah ada dan kalau tak silap aku dekat Ming Start hotel rasanya dah ada Japanesse foods.Tapi aku tak pernah cuba pun.Aku tahu kat situ pun sbb ada Chinese student satu kelas dgn aku suka makan sushi kat situ.Tempat lain tak tahu la.Dan restaurant yg aku terjah dgn cousin aku ni letaknya dekat area Secret Recipe area Ladang iaitu Yes Corner (nama kedai).Makanan yg dioffer of cos la Japanesse foods dan ada juga Western foods.Banyak juga pilihan makanan.Kira orait la dan ini iklan tak berbayar.Hehehe!

Sebelum ni aku biasa temankan cousin merangkap biras aku si Yusser tu makan sushi dan dia mmg hantu sushi.Kalau kat Sushi King tu sekali dia makan memang berpinggan-pinggan la dan aku seperti biasa takat tgk dia makan je la.Hihihihi!Part aku mesti order tempura je la.Lain mmg aku tak lalu nak telan walau tea dia sekalipun.


Ini adalah air yg aku order.Sangat sedap.Jus apple hijau dgn asam boi.Kalau kat Secret Recipe Green Apple with kasturi.Sama je rasa dia.Hihihi.Sebelah tu California Temaki.Seingat aku California Temaki ni juga adalah fav kakak aku.Ntah apa yg best tak tahu la tapi pada aku taste dia pun ok la untuk aku cuma aku ni pulak jenis sangat tak suka dengan seeweed.So sabor je la.Tak suka tapi nak rasa.Tak ke miang namanya tu.Mengeletis.


Dan sangat untung bawa dia ni.Ini Ain cousin aku juga.So haritu dia jadi advisor tak berbayar kitorg.Hihihi!Dia ni mmg hantu sushi.
Tempura soba dan udon.Ini yg aku order dan percaya la udon tu aku just rasa seurat mee dia sahaja.Tak mampu nak telan.Sup dia aku tak suka dan mee dia sgt la licin lepas tu dalam kepala otak fikir macam2.Hihihi!Tak senonoh betul.Konklusi,sapa nak mkn Japanesse foods sila jgn ajak aku.Kukukuku!

Ini pulak Shishamo rasanya.Mengikut explanation waiter dia,ini adalah bilis Jepun.Ikan ni rasanya sgt best dan kat dalam perut dia tu penuh dengan telur2.Semua part ikan ni boleh dimakan.Hihihi!Yang ni pada aku sedap.
Ini pulak Kanikama Maki dan kat dalamnya ada crabstick,cheese,cucumber.Tak berani mintak yg ada salmon bagai sbb aku tak suka salmon mentah.

Ini adik aku yg mmg sah2 tak mahu cuba langsung maka Chicken chop sahaja la untuk dia.Akupun tak suka nak paksa2 kalau dah orang tak suka.Buatnya muntah atas meja sape nak tolong settle?Hahaha.
Dan untuk aku ini je la yang aku makan sampai habis.Bunyi habis mcm banyak tapi sbnrnya 3 udang je pun.Hihihi!Tapi aku rasa kat Sushi King set tempura dia variety sikit dan tak focus on satu2 jenis je.Dan ini adalah Tempura soba.

Dan untuk range harga kat restaurant ni pada aku affordable la.Setakat nak ubah selera sekali-sekala tu kira orait la.Satu lagi better bawak orang yang mmg betul2 enjoy the food baru fun.Hihihi!Kalau nak makan Japanesse foods ni mmg xyah ajak aku la sbb hampeh.Ahaks!


6 comments:

Rafhani said...

wuih,neleh air liur aku ni

Anonymous said...

Kaka, halal kan kat situ?

Syafinaz said...

Haritu pernah tanya owner dia,dan dia cakap halal : )

Anonymous said...

wah, sushi harga brape?

Anonymous said...

Setau saya yes corner ni tak halal sb ada member cina yang cakap dalam tu letak sake. Kalau tanya owner dia yang cina tu mmg la dia cakap halal pd yang muslim ni. Cuba suh member cina tanya ada sake ke tak kat owner cina tu dengar camne jawapan dia...berhati-hatilah.

mr. khairul anuar said...

I love going there. Pernah makan sushi kat situ. Best walaupun mahal.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me