Hari sibuk aku - Part 1

Kadang-kadang apa yang kita rancang sekian lama,plan yang dirancang baekkkkk punya,jarang yang menjadi tapi sesuatu yang langsung tak dirancang,tup..tup..eh,biar betol aku nih,tetiba menjadi.Rasa mcm tak percaya pun ada.Dan sekarang ni selain dari busy study,aku pun ada projek terbaru aku.Walau bukan projek juta-juta tapi kurang2 ia menguji kredibiliti aku sebagai orang yang tak pernah kesah dengan apa yang berlaku sekeliling.Hihihi!Tapi sekarang aku kisah la.

Tapi tak apalah.Kita anggap sahaja rezeki dari Allah swt.Haritu ada juga terfikir nak berkongsi diblog pasal progress awal sampai akhir projek aku ni tp memandangkan tiada masa untuk berblogging sbb serious mmg busy gila dan satu lagi bukan aku ni ada fan pun nak sibuk update blog tiap hari.Hahaha!Tak ada org tunggu pun entry terbaru aku.Kahkahkah!Nampak sgt syok sendiri.

Dan semester ini kelas aku stok2 yang habis pukul 7 ptg.Mahu tak meroyan aku tetiap hari lagu nih.Nasib aku ada rumah sewa sebagai tempat menternak taik mata diwaktu tengahari yang selalu buat mata aku ibarat teratai layu ditasik madu.Dan syukur juga aku diberikan olehNya tenaga lebih dalam menguruskan segala urusan tanpa perlu buat panggilan,"Hello,stok Herbalife saya dah habis la".Eh,ada kena mengena ke???Tapi secara bersungguh-sungguh aku nak cakap,lepas sesi berurut haritu,mmg badan terasa ringan betul.Say no to mood malas-malas.No more lazy ass.Tapi tipu la kalau tak penat langsung cuma tidak seperti sebelum ni la yang mana kalau aku penat mmg penat stok mcm orang kena demam la.Sekarang ni kalau penat pun sbb aku byk gerak kehulu-kehilir.Penat mcm tu je la.Penat yang tidak memerlukan aku telan panadol untuk mencari solusi secara singkat.Serious cetek akal.Lepas baca bahaya panadol kat artikel org prihatin yg post kat FB terus stop amik panadol kecuali sbb terpaksa.

Setakat ni projek aku tu dah kira 50% siap.Tinggal lg 50% lg.Insyaallah kalau semua berjalan dgn lancar within this week,awal bulan May ni dapat la aku launching projek aku tu.Mak aiii!!Bunyi mcm besauuu je projek aku tu.Hikhikhik!Tapi apa yang pasti projek aku tu bukan business online ya tuan-tuan dan puan-puan.Setakat ni tak sampai lagi fikiran aku kesitu.Bak kata Elyana,tak tercapai akalmu.

Tapi aku kalau boleh suka jugak nak berkongsi progress awal smpi akhir projek aku tu.Aku bkn apa,at least aku boleh la kongsi sikit tips dgn readers aku yg berjumlah sebelah tangan je kiraannya.Aku letak la confirm tak sampai 5.Huahuahua!

Aku suka bab sharing ideas ni cuma masa tak mengizinkan aku untuk berada didepan komputer lama2.Maklum la aku pun ada anak kecil yg nak dilayan dan dijaga.Kalau tak kesian la pengarang jantung hati aku tu.Dah mcm kekurangan kasih sayang dah sbb maknya busy sgt.Skang ni aku pun mengalahkan org ada jawatan besar kat syarikat.Stok2 balik rumah time dah tak nampak taik ayam kat tanah.Faham2 sendiri la waktu apa tu.Kalau nampak mesti mengelak,tapi kalau terpijak jugak,kira redho je la.

To be continue.................................

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You