Tudung ekspress katanya

Tudung ekspress,tudung sauk (Terengganese language : P ) what ever u call,hahaha,akhirnya aku akur dengan permintaan Ariey yang nak sangat aku pakai tudung lagu tu.Tapi malangnya bila dia dah ke Australia sana,baru aku nak tergedik-gedik pergi beli.

Semalam kononnya nak hilangkan stress la lepas test Marketing Research,terus round town pergi Secret Recipe dgn bebudak kelas,lepas tu pergi Tutti Fruity yg baru bukak kat Kuala Terengganu ni,mmg ramai betul orang.Rasa macam nak tergelak pun ada sbb aku bukan suka pun makan yogurt dia tapi menggeletis nak masuk jugak lepas tu sibuk nak pandang2 tengok orang sekeliling.Aku mungkin dapat agak apa yg orang dalam shop tu fikir dan mungkin apa yang aku fikir sama macam yang diorang fikir.Kahkahkah!

Maka memandangkan banyak masa lagi plus time tu adalah waktu solat Jumaat,terus usha ke kedai tudung Ariani.Dapat spot parking yang baik punya dan kalau hari biasa probability nak dapat parking betul-betul kat depan kedai memang ibarat menanti tiang elektrik keluar buah la.Mmg kalau bernasib baik sgt baru dapat tapi memang kebanyakan masa aku memang tak cukup bertuah.Jenis aku ni,kalau kedai yang susah sangat nak parking,lepas tu jauh pulak tu,memang aku surrender la.Tak pergi beli pun takpe.Motto orang cepat putus asa.Hehehe!Kalau parking ikut suka hati nanti dapat surat chenta pulak.Tak kuasa aku nak kayakan lagi MBKT tu.Ptuih!

Maka pergilah pilih-pilih tudung.Mak aih!Mahal betul tudung kat sini.Plan asal teringin nak tudung yg macam Wardina pakai tu.Ala yg mcm selendang tu.Paling latest la setakat ini.Sekali harga sehelai sampai RM500 ++.Terkesima aku.Gile punya harga.Kalau rasa nak sgt,kena start menabung la ni.Nyesal pulak tak start menabung dari kecik.Hihihihi!

Eh!Siap buat membercard lagi.In case next time nak beli lagi,kurang2 dapat la diskaun sikit.Hihihi!Tadi masa Skype dengan Ariey aku tunjuk satu je tudung kat dia.Tanya dia ok ke tak.Dah member tu cakap ok,kira orait la tu.Lagi 4 aku tak tunjuk.Kikikiki!Keji.


 Kita kasi test dulu.Bila pakai aku rasa ok la cuma rasa mcm pelik sikit.Maklum la dah terbiasa dengan shawl,pashmina,tudung bawal segala,skang kita biar cinta beralih arah pulak.Apapun,I like.Hahahaha!

Takpe la lambat sikit dari orang.Orang lain dah bertahun-tahun nak LIKE.Tapi aku baru nak sibuk LIKE.

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me