Leaving on a jet plane

21 March 2012-Akhirnya tiba juga hari keberangkatan Ariey ke Brisbane,Australia.Setelah segalanya selesai dan aku rasa tempoh untuk visa kami anak beranak tu mengambil masa lebih kurang 2 bulan.Fuh!Mmg lama dan yang menyebabkan proses yang agak lama itu salah satunya adalah Damia.Itu kalau ikut kata doktor yang in charge untuk medical check up tu la.Kalau dia tipu maka aku pun tipu sekali la.

Ini kerana menurut doktor tu,untuk visa yang melibatkan minor (baby) ni mmg rumit sikit dan aku tak pulak tanya further info sebab time tu dah penat sangat dah.Bayangkan menunggunya nak dekat 1 jam tapi jumpa doktor tu aku rasa 5 minit je kot.Heh!Tapi takleh salahkan diorang jugak kalau dah time tu jugak berduyun bebudak yang study overseas pun ramai yang datang untuk medical check up.So kiranya that day kitorang mmg wrong timing la.

Makanya setelah selesai segala,kami bertolak ke airport KT ni dalam jam 2 .30 ptg.Actually flight pukul 4.15 ptg tapi pergi awal jugak.Awal tak awal,rupa-rupanya ngam2 je masa.


Ini sahaja barang yang Ariey bawak.Memang tak banyak pun.Beg je nampak besar.Lepas tu pergi check in.Waktu ni la baru ada problem bila beg Ariey terlebih muatan.Kita kongsi sikit info.Memandangkan untuk permulaan ini Ariey pergi seorang dulu without parasit dia ni iaitu aku dan Damia (parasit sbb tak pernah TAK follow setiap kali suami kemana-mana.Hahaha!) maka Ariey decide untuk check in terus luggage dia ni direct ke Brisbane.Lagi mudah sebab tak payah check in lagi sekali bila sampai KLIA nnt.Dan yang menjadi masalah pulak bila flight Ariey bukan yang direct ke Brisbane terus tapi still kena transit ke Singapore dulu.Bila timbang tu,mak aih!31.7 kg.

Dah terlebih-lebih pulak beratnya.Maka sibuk la suami-isteri duk adjust balik isi dalam beg tu.Tiket yang Ariey dapat adalah tiket economy class maka jika kita decide untuk check in terus luggage kita direct ke Brisbane,maka had berat yang dibenarkan just takat 23 kg sahaja.Adjust punya adjust,lepas timbang turun sampai 27 kg.Chait!Sikit tak membantu maka dah terlebih tu,kena caj lagi RM50 dan takleh check in direct.Lain la kau naik business class.Bwk lesung batu dalam beg tu,berat lagu mana pun lagi,mungkin still dapat adjust lepas kot.Oh!

Ini bermakna Ariey kena check in lagi sekali kat KLIA.Dan mengikut cerita suami aku tu la,lepas check in kat KLIA tu,dah tak yah check in lagi.Kiranya check in sampai Brisbane terus sebab dah kira masuk penerbangan antarabangsa.So Ariey just lenggang kangkung je la ke Singapore then dari Singapore terus ke Brisbane.Orait la sebab gap antara satu penerbangan ke satu penerbangan tu tak lama.Kalau lama,mmg kesian la dekat suami aku ketipang payung tu.Dah la sakit gigi.Olololo!Sian dia.Heks!

Tang ni la berpeluh-peluh aku.Dah la berbaju kurung bagai ayu kemain.Maklum la nak pergi hantar suami pergi obersi.Cis!

Dengan aku yang selebet habis plus lencun dengan peluh semua tup tup...eh..sampai pulak dua orang makhluk kat bawah ni.Dah aku pesan jangan datang.Kahkahkah!Aku bukan apa,jatuhlah reputasi aku yang brutal andai terjadi drama air mata.Sob!Sob!Sob!

Tengok tu siap bawak kamera segala.Cis!Siap cakap bukan senang wooo nak dapat moment macam ni.Paling takleh blah,yang depan ni siap nyanyi lagu Tenda Biru.Isk!Bahagia sangat la tu nak tengok aku nangis.

Maka bila dah datang dua jebon ni,mmg sah2 la lebur adengan romantis aku suami isteri.Nak big hugs pun dah segan.Kiss tu lagi la.Time Ariey kiss aku siap ada sound effect kat belakang,"Wooo!!Wooo!!Wooo!!."Apa diorang ingat ni datang tengok bola ke apa???

Masing-masing cover perasaan.Uhuks!Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Cuma disebabkan Damia tidur dari mula2 datang tadi,maka drama air mata mmg tak ada la.Kalau tak mesti semua sedih tengok Damia la sbb dia mmg rapat sangat dengan ayahanda dia ni.Mahu tak rapat kalau setiap hari berkepit berdua.

Mertua I,mommy dan kakak ipar Tengku Sarena yang gigih datang walau separuh hari dah spend kat rumah mommy hari ini.Thank u untuk lunch yang sungguh superb.Hehehe!Aku kalau bab makan nak superb2 jer.Hehehe!

Ini parents aku pulak.Ma dan abah.Eh,macam berjanji pulak tudung mertua dengan mak aku ni,dua-dua pakai color purple.Heh!


Ini perbincangan suami isteri la pulak.Takkan nak cerita jugak intipati perbualan kami.Hahaha!Seperti biasa la,bila dah nak berjalan jauh tu,haruslah banyak pesanan penaja yang nak disampaikan.So dengar je la.Layanzzzss saje!"Statement last,agak2 kredit kad yg supplementary tu bila dinda dapat?"soalan keji dari aku untuk suami.Hahaha!Mmg trauma habis Ariey lepas tu.

Lepas dah tinggal pesanan segala,Ariey angkat bag dan get ready nak ke pergi sbb mmg time tu dah dengar last announcement untuk penerbangan dia.Orait la kalau naik MAS.Tak la kelam-kabut mcm Air Asia.Tapikan Ariey sikit punya laju nak pergi.Aku pun dah mcm curious pulak.Bayangkan dia boleh hugs semua tapi aku takat kiss pipi je.Eh!Dah macam kurang kasih sayang pulak rasa.Hahaha!Pastu laju2 je jalan dia sikit pun tak toleh2.

Mmg first impression aku mengatakan,"Mak aih!Bahagia sangat nak tinggal Malaysia".Hahaha!Fikirku dengan begitu negatif sekali.Gila keji.

Tapi lepas tu aku call dia.Oh!Patutlah nak pergi cepat-cepat.Rupanya sudah hujan didalam kompleks airport tu.Hohoho!Sampai dah macam takleh nak berbicara dah.Oh!Taip laju-laju sebab aku pun rasa mcm sedih jugak ni.

Hmmm.......doaku,semoga perjalanan suamiku dilindungiNya dan moga Allah swt permudahkanlah segala urusan.Amin.

Dan Ariey,jumpa kamu di Brisbane nanti in June.Insyaallah.Hmm...kalau bukan sebab aku still ada lagi balance pengajian,mmg confirm sekarang ni aku sedang menikmati orange juice didalam Singapore Airlines sambil layan movies.Cis!Tingginya cita-cita.

Dan doaku start harini,please la jangan beli tiket untuk aku dengan Damia nanti nak transit2 macam ni.Noooo!!Mmg azab.MAS pun ada apa direct terus ke Brisbane kataku dengan penuh harapan,puh!dapat tiket direct,puh!.Berjalan jauh dengan membawa baby seorang diri mmg sangat susah untuk aku.Lain la kalo anak aku tu sopan santun dengar cakap.Kalau dah bangsa tak reti nak duduk diam dalam flight,perjalanan 8 jam pun memang rasa macam perjalanan dua hari.Dan anak aku jugak mmg yang jenis tak suka pakai safety belt.

Sekian. 


1 comment:

Rafhani said...

Mung gi dulu deh,ntt i menyusul..ahaksss.Tu kalu abg bob x kedekut la..hahahahaha.Jgn sedey2,kejap jer bulan June tu.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You