Dinner with ajk GPS

Sila senyum sekarang...............sbb aku just nak gtau aku adalah Setiusaha Kelab Pengguna Universiti Malaysia Terengganu.Malas macam ni pun boleh jadik SU.Hairan!Hairan!Hahaha.Gelak* Ok.Tak kelakar.

Jadi demi meraikan kejayaan bebudak ni time jualan waktu konvo tahun lepas,tahun lepas punya cerita ok tapi tahun ni baru nak celebrates.Memandangkan semester baru start so masing-masing tak busy sangat,jd kitorg planning untuk "makan-makan".Setelah di survey tempat maka aku decide untuk bawak bebudak 18 orang ni ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort untuk sesi ber'steamboat' sampai lebam.

Untuk steamboat hanya dioffer pada hari Sabtu sahaja dari jam 6.30 petang until 10.30 malam.Caj adalah sebanyak RM38/person.Memandangkan aku ada kad Ri-Yaz,so setiap sorang dapat discount 20%.Kira orait la tu.Total dgn gov tax & service tax,adalah dlm RM34/person.Iklan tak berbayar.LOL.



Orait.Diorang bg meja paling hujung sekali dan sgt dekat dgn meja buffet.Thank you sbb sangat privacy * cover.Sigh!Padahal dlm diam thankful sbb dekat meja buffet so tak perlu lintas meja orang lain untuk ulang-alik banyak kali.Hahaha!I know buffet tak kesah nak ulang-alik seratus kali pun orang tak kesah cuma rasa sangat selesa tanpa perlu tiap kali nak top up makanan kena cakap kat orang meja sebelah",Excuse me",pastu orang meja sebelah tarik kerusi sbb bumper besar tak muat nak lalu.Itu untuk kes kalau laluan tersekat la.Hahahaha!Advantages ini jugak aku gunakan untuk mintak byk kali ice cream perisa mint tabur chocolate rice byk2 secara banyak kali sikit pun tak malu kat bdk yg baik hati sbb rajin layan aku.Hahahaha!


My hero dengan little princess yang malu sgt sampai taknak tengok pun orang yang duk tegur dia.


Geng meja sebelah.Berbaloi-baloi bawak diorang nih.Hehehe!Tak membazir wa cakap sama lu.Sapu bersih.

 Ini meja kami.Sibuk nak bergelak ketawa je dari makan so memang kalah la dengan meja sebelah.Surrender awal.Hahaha!Dan sbb aku pun busy duk layan Ku Sarah tu sampai rupanya time nak balik tu baru aku perasan yg aku x sentuh pun steamboat tu.Sibuk duk tuang untuk Ariey je.Nak buat mcm mana kalau malam tu aku yg paling kepoh sekali.Pot pet pot pet je keje.Hahahaha!Sampai makan tak ingat.


Ok.Memang tak byk ambik gambar.Nak ambik gambar mcm mana kalau kejap2 si Damia ni nak phone nak main games.Dah la susah betul nak snap pic dia.Kalau 10 snap,2 je yg elok.Eiii,geram betul.Apapun,happy sangat bila tengok semua orang happy.Next program kalau berjaya lagi,kita boleh datang lagi.Dan rasanya aku puas hati la makan kat sini walau kalau ikut choice untuk steamboat tu tak la sehebat di KL,Penang or Sabah sana tapi kira orait la kalau nak compare tmpt lain area Trg nih.Since benda ni pun mcm baru jugak kat bumi Terengganu ni,pada aku berbaloi la juga plus yg paling aku suka adalah sbb sangat privacy.Tak ramai orang sangat dan tempat dia yg outdoor tu sangat nyaman dan selesa cuma yg nak entertain orang tu,balik2 nyanyi lagu sama.Hihihi!Aku rasa kalau takde lagi bagus barulah best nak bersembang.Ini masing2 cakap mcm nak menjerit.Dah la aku saje je suruh anak sedara aku p cakap kat mamat tu kononnya birthday aku malam tu walau tak sbnrnya tapi sekali dia buat announcement macam sendiri cakap sendiri  je nk dengar.Kahkahkah!Tapi padan muka aku sbb menipu.

Tapi apa pun untuk semua ahli Kelab Pengguna UMT dan nama club pun dah tukar baru GPS rasanya,korang semua mmg ROCKSS!!Bye~

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me