Luahan hati seorang wanita yang feeling super woman tapi pancit ditengah jalan.Oh!

Selalu feeling super woman tapi hakikatnya,sila remove word "super".Tak berapa nak super jugak sebenarnya I ni.Perasan je lebih.Kuikuikui!

Minggu yang sangat hectic.Totally exhausted.Rasa nak pitam.Tapi kadang2 mmg terjadi the real nak pitam tu such as kepala rasa mcm terhuyung-hayang for a few minutes pastu rasa bling-bling kat mata,pastu for sure rasa tak best la.Tapi selalu andai sendiri sbb diri tak cukup rehat.Tapi tadi lepas Dr.Fadzillah nak check blood pressure,baru tahu I ni dah ada low blood pressure.Dah start feeling tua disitu walhal mmg pun.Nak buat mcm mana selalu ingat umur baru 18 tahun walhal dah 28 dah pun.Slap pipi I kuat-kuat.Dasar~

Kejap je masa berlalu.Dah masuk minggu ketiga.Ada lebih kurang 10 weeks to go before final.Pffftt!This semester mmg agak busy.This semester juga kena handle at least one program for club.Until now byk lagi yg tak discuss lagi.This Tuesday dah ada 1st test untuk Marketing Research dan ada 3 assignments yg perlu settle.Esok ada discusion.Sangat penat.Jumaat baru ni ada buat makan sikit secara kecil-kecilan la untuk kawan si Ariey.Special request so gagah diri buat jugak walau penat sbnrnya.Tapi takpe la,janji semua happy.Sabtu pulak baru ingat nak stay kat rumah je nak settle segala kerja rumah yang asyik bertangguh.Sehari dua ni cuaca panas so sangat sesuai cuci baju secara pukal.Dan bila cuci baju secara pukal haruslah baju yang nak dilipat dan di seterika tu ibarat gunung tingginya.Nak delay lagi for tomorrow rasa nnt lagi kritikal sbb mana lagi nak settle asssignment,mana lagi nak study for test.

Oh!Banyaknya benda nak kena settle.Itu yang I tersentap sangat haritu bila ada seorang classmate jugak yg pertikai apa yang menyebabkan I penat sangat sampai asyik nak mengeluh.Kadang-kadang I mmg cuba tak mahu mengeluh tapi tetap berlaku luar dari sedar tapi bukan pengsan.Kalau pengsan pastu nak pot pet pot pet jugak itu meracau namanya.Apa yang berlaku pada I time tu,bercakap je tak sedar tapi mulut duk ngap,ngap,ngap makan tanpa rasa bersalah so kira sedar la tu.Tapi serious la lately asal balik rehat kat umah sewa,mesti rasa nak tidur.Dapat lelap 10 minit siap mimpi sikit tuh dah kira heaven sesangat la tuh.Asal sibuk sangat nak mimpi bagai,sbb I ni jenis kalau tidur masuk mimpi tu baru la tidur namanya.Kalau lelap tapi duk dengar jugak suara si Chah dan Jet tu kira x tidur la namanya.Pejam mata je.

Ingat malam ni dapat la settle apa yg patut tapi Ariey pulak nak tengok bola Piala FA Terengganu vs Perak.Live kat TV ada tp merenyam nk pergi jgk stadium nak ambik feel katanya.Lepas tu kakak ipar call pulak gtau dia dah masak for dinner so kiranya I just datang makan je.Nak ditolak rasa mcm tak best pulak sbb orang dah siap semua maka berangkat je la kesana.Dah la harini the whole day asyik menggaru macam monkey bosan tak tahu nak buat apa.Garuk-garuk sambil fikir apa aktiviti nak dibuat.Hmm...pergi klinik kena cucuk satu jarum allergic katanya tapi taktau mkn apa.Seingatnya mkn makanan dari rumah je.Tapi taktau la kot-kot la allergic biskut pulak skang nih.Sungguh tak relevan.

Busuk-busuk tunggu bola habis kol 11.30 mlm baru balik pick up anak bini terus balik rumah.Jalan jammed sbb bertembung mana yg baru balik tgk bola,yg pergi konsert lagi,nak buat macam mana.Orang Terenngganu sekarang lapar hiburan.Heh!50,000 katanya yg dtg konsert tapi kalau ikut logik tmpt terhad mcm tu xtau la muat tang mana.I tgk update kat tv tu.Pengacara dia la yg announce.Sikit I tak heran.Tak kuasa mak duk himpit-himpit reramai mcm tu.Berlengas ketiak ok.

Penat layan Damia yg merengek sbb ngantuk,penat tunggu suami.dan lagi penat duk dengar pot pet dia yg menyesal pergi tgk bola malam tu.Itulah bini dah warning dah.Taknak dengar.Degil.Hahaha!Kalau tak pergi tadi confirm kain baju siap jemur,siap lipat,siap seterika lagi.Ini kalau dah start kol 12.30 mlm baru nak buat,ok,I stop pukul 2.30 pagi sbb dah rasa mcm berat kepala pulak.Ada sikit lagi yg x siap tapi takpe,esok boleh settle.

Dah guling2 atas katil,mata pulak xnak tidur,terus bangun,on laptop,pastu buat sesi luahan perasaan kat blog.Hahaha!Kononnya hilang la stess dgn penat tu,tapi tambah penat ada la.Pasni paksa tidur je la sbb esok kelas pukul 10.00 pagi.Huargghhhh!Buat-buat menguap.Orait la.Chow!

P/s:Takyah ambik pengajaran sbb takde pengajaran pun.I ni hanya best utk diri sendiri je dan tidak mampu untuk membestkan orang lain jugak.Erk!

I tahu kalau sesape tgk pic nih confirm lagi stress.I mmg suka stresskan orang lain sbb sakit hati bila stress sorg-sorg.Tapi tuan punya diri dalam pic ni tak stress pun siap jerit lagi,"Ninos,ninos.Anya emme".(Ok.Translate sendiri).Balik-balik tiap kali attack ini terjadi,I pulak yg kelam kabut.So stress!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You