Kita dan sikap

Sekarang ni nak kata musim orang kahwin tak jugak sebab lepas 31 Ogos haritu dah mcm slow dah sikit jemputannya tapi still ada la lagi.Tapi takde la serancak 2 minggu lepas hinggakan sampai 2,3 jemputan omak kau dalam satu hari.Hihihihi.

Jenis I kalau jemputan lebih dari satu,I akan bajet rumah mana yg kita nak makan dan biasanya rumah seterusnya takat minum air jer ambik hati tuan rumah walau diorang taktau pun kita makan ke tak.Pada I janji muka tak berapa nak damai jiwa yang memandang ni ditatap gembira oleh tuan rumah pada I dah cukup.At least tuan rumah tau kita memenuhi jemputan dia.

Dan jangan lupa memenuhi jemputan tu wajib unless kita ada hal yg tak dpt dielakkan.

Pada I dapat jemputan pun dah rasa mcm dapat penghargaan maka kalau tak clash dengan benda lain atau sakit ke apa,In Sha Allah sampai la diri ini ke majlis tersebut.

Sebenarnya jemputan makan-makan ni tak terhad majlis kahwin je.Tapi termasuklah jemputan majlis rumah terbuka dimana konsep sama jugak iaitu tuan rumah jemput datang suruh makan.Jadi yang akan kita hadap adalah makanan.

Sebenarnya benda ni dah banyak kali I hadap iaitu sikap sesetengah kita yang suka sangat complaint pasal makanan.Dah la orang datang jemput makan dan bukan dia mintak datang suruh jadi juri untuk makanan tu.

Andai kata tetiba datang lauk habis,anggap la haritu takde rezeki kita.Pi la kau menonong-nonong jumpa tuan rumah sudah pastu terus tapau or makan kat kedai kalau dah lapar sangat.Hehehe.Teringat pernah satu kes I pergi kenduri kahwin dimana jemputannya memang ramai dan tuan rumah dah cater makanan yg banyak tp ini si catering pulak buat hal bila memandai-mandai nak catu makanan orang.Ni kes nak untung besar la kononnya atau bahasa mudahnya TAMAK.Memang mendapat la dengan tuan rumah sedas dua.Padan muka.

Jadi one of my friend ni bila lauk habis dia punya frust tu sampai hadiah yg dia niat nak bagi kat pengantin terus cancelled.Boleh mcm tu?Terus I cakap hadiah tu kalau dah niat memang kena bagi jugak,dan lauk habis ni bukan kawalan kita.Hahaha.Jadi anggap la takde rejeki.Tp kena ingat jugak tak semua orang boleh terima.Dan tak pepasal I pulak dapat kutukan sedas dua.

Tapi itulah.Itu kes lauk habis.Ini kes yg lebih dari juri masakan ni apa cerita?Dan spesis2 ni memang wujud.Kerja dia adalah,attend majlis orang,makan pastu duk pertikai kualiti makanan sedak atau tak sedap.Dan masalahnya kadang2 yang tak sedapnya kat tekak dia jer.Tekak orang lain orait jer.Sedap tak sedap bukan sama.Ada yang kata sedap dan pada yang rasa tak sedap tu bawak2 la tutup mulut.Gi complaint pepanjang dosa je yg dapat.Tak suka jangan makan.Betul tak?Itu yg orang kata kufur nikmat.Udah Allah swt bg kesihatan yg baik boleh makan tetiba nak banyak bunyik pulak.Makan jer la dan andai kata tak sempat merasa ke apa,anggap la bukan rezeki kita.Kalau tak sedap dan tak kena selera,dendiam sudah ler.Simpan kat dalam hati.Sebab bukan semua konsepnya sama mcm FB,"What's in your mind?".Hahaha.Kalau dari awal kita positif,in sha Allah nak dapat penyakit hati hempedu limpa tu akan kurang.Hihihihi.

P/s: Dan I lagi hangin bila yg suka complaint psl makanan sedap tak sedap ni terdiri dari orang yg takleh beza pun antara buah pelaga dengan bunga lawang.Kahkahkah!Choi sangatkan?



5 comments:

Nastyna said...

Memang sikap kebanyakan manusia dah prepare awal2 nak ke sesuatu majlis just untuk makan, kritik belek mana yang cacat untuk jadi bahan. KAlau tak... tak der nyer penjemput aka tuan rumah pening2 nak buat majlis sesempurna mungkin, kan. Eh I lapar la wak, sebut kenduri2 ni.

farae al-farafisya said...

The best entry ever! hehehe...betul la tu, kadang tekak kita tak sedap tapi tekak org lain ok je..makanya tak payahlah kutuk sampai berguni-guni atau simpan jelah dalam hati...mmg hangin jugak bila dengar orang mengutuk makanan dalam majlis lebih-lebih lagi depan makanan tu sendiri..kalau nak complaint pun, kena kenal dulu buah pelaga dengan bunga lawang..kihkihkih

Unknown said...

Itulah.Macam takde kerja sgt kan mama JJ.Kdg2 rasa kesian gak ngan org mcm ni.Takde langsung rasa nak panjatkan syukur ke apa.Haish!

Unknown said...

Moral of the story,makan jer la kan.Takyah duk sibuk nak complaint.Hehehe!Tapi kalau yg complaint tu Anthony Bourdin ke mmg takleh kata apa la.Hikhikhik!

mama dee said...

Haha. Kak dee pun x suka jenis org yg suka sgt nk kutuk2 makanan. Dah selera org lain2 kan.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You