Lama tak pot pet pot pet pasal anak dara kita kat sini.Isk jangan tak tahu dia dah masuk sekolah.Tapi still kindy lagi la.Umur belum cukup nak masuk sekolah tapi next year memang dah say goodbye la pada kindy.
Jadi ini kindy yang ketiga untuknya.Kindy yang pertama di Malaysia ada ajar Mandarin.Kindy yang kedua haruslah 100% English udah di Australia.Dan ini kindy yang ketiga di Malaysia balik,ada ajar Arab.Phew!Pengsan la kau anak.Jadi bila ada 3 campuran tu no wonder la anak dara I ni mcm a lil bit confius sket.Mcm last week punya cerita.
TND : Sekarang jam berapa bonda?
Emak : 4 o'clock
TND : Jangan la cakap Cina
Emak : ??????
Nampak tak kat situ?Hihihihi.
Jadi this time selepas berbincang secara serious dengan my husband (tang serious tu jarang berlaku),kami decide untuk 4 bulan ni TND akan masuk Islamic Kindergarten dimana selain dari kelas intensif yang mengajar dia membaca Bahasa Melayu,ia juga termasuk kelas mengaji al Quran dan belajar solat.Ok.Jangan cakap mcm kami ni ibu bapa failed sangat sampai tak mampu nak mengajar sendiri anak.Siapa ada anak tahu la.
Bayangkan guru boleh mengajar dia walau dia nangis keluar air mata sekalipun,dia tetap follow arahan guru.
Tapi bila emak mengajar dia,lagi emak tak keluar taring raja bersiong,jangan harap la dia nak fokus apa yang kita nak ajar.Jadi tang ni kami laki bini surrender plus I ni memang tak ditakdirkan menjadi guru tadika sebab chances anak orang kena sumbat dalam tong sampah tu amat besar.Phew!Serious I respect dan tabik spring la pada guru2 yang mengajar bebudak kecik ni.Kesabaran memang kena tahap 200%.Kikikiki.Takde kesabaran,tunggu la masuk muka kita kat Harian Metro muka depan.Kikikiki!
Jadi kiranya TND ni baru start sesi pelajaran dia.Jd sbb I nak dia belajar mengaji sekali ngan solat,I daftar la dia sampai petang tp lain cerita pulak bila almost everyday dia nangis.Alasan dia,takmau duk sampai petang.Memula I memang tak layan la hingga satu hari tu dia bagi I note suh I tulis no telefon.Katanya cikgu yang mintak in case dia nangis.Amboi!Jadi emak pun tulis la no telefon.Tapi I sempat la selit short note kat situ.Kikikiki!
Jadi esoknya I pun cakap la kat TND ni pesan siap2 kat dia supaya jangan nangis.
Emak : Harini jangan nangis tau.Kalau nangis siap.
TND : Ala boleh la nangis.
Emak : Kenapa pulak?
TND : Kan bonda dah bagi nombor phone ? (Sambil buat muka nakal)
Emak : Owh tu la motif dia. (See?Betapa pandainya dia manipulate emak dia balik.Sigh!Lap peluh)
Tapi memang betul la mcm yg dia cakap.Tengahari tu cikgu dia call cakap dia nangis.Dah la time tu I ada kat klinik bwk TDS pergi vax.Geram betul la.Siap I cakap kat cikgu jangan dilayan sangat TND ni sbb dia boleh manipulate cikgu balik.Kikikiki.
Jadi duk bertarik-tali la sehari dua tu dan akhirnya berjaya jugak budak tu nak ke kindy separuh hari je.Mana tak hangin,almost everyday nangis.Tp bila separuh hari,dan-dan tak nangis dan kemain happy nak pergi kindy.Motif nangis adalah sebab taknak tidur tengahari kat sekolah.Tuuuuu jer pun.Adeh la!
Tapikan kita time kecik2 dulu pandai ke nak pilih2 ni??Seingat I la dulu masa sekolah rendah,selepas tamat sesi sekolah pagi,kami ada kelas agama tau tapi sesi petang.I ingat lagi time tu I selamba rock cakap kat emak I yang I dah fikir semasak-masaknya yang I tak nak attend kelas petang (time cakap tu memang rasa macam dewasa gila la time tu.Bajet mak abah nak tolerate).Dan I lupa parenting skills zaman tu tak mcm zaman sekarang.Zaman tu more to sistem pemerintahan komunis sikit dan bukan demokrasi.Wakakaka! A mak cakap,wajib follow.B mak cakap,wajib follow.Kau berani tetiba cakap C??Muahahaha!Jadi lepas suarakan isi hati tu memang mendapat la sedas dua.Kikikiki.Jadi nak tak nak,kena jugak attend kelas agama petang tu.
Tapi bebudak zaman sekarang pandai pulak dia nak ngajor kita.Isk!Tapi kes TND ni I tolerate tang taknak stay sampai petang tu jer la.Lain2 kena follow I.Lagilah dengan kelas intensif membaca bahasa Melayu ni.I harap sangat dia cepat dapat.Once dia dah dapat baca buku,selebihnya tanggungjawab I la nak asah skills tu taknak bagi hilang.Maklum la kami ni bukan selamanya nak merantau kat negara orang.Sooner or later akan pulang semula ke tanah air cuma kalau boleh I taknak la anak I fasih English tapi bahasa ibunda kelaut.Benda yang paling I takut adalah kalau anak I kena ejek kat sekolah nanti.Sekolah kat Malaysia la.Phew!
Tapi memang ikutkan agak berat pada dia maklum la peringkat usia dia tu still peringkat nak melompat-lompat lagi plus I ni bukanlah parents yg nak anak wajib score straight A's sampai sanggup bagi jawapan bocor.Hehehe! (UPSR punya kes).Cuma bagi I kalau tak advanced kedepan sekalipun,jangan la jauh sangat tertinggal bot.Kikikiki!Tengah2 takpe.Average kata omputessss.
Dan TND pun awal tahun ni dah masuk sekolah rendah.Mcm Pra sekolah cuma awal setahun dari murid2 kat Malaysia iaitu seawal 6 tahun.Nak masuk prep school ni pulak bukan simply register pastu terus menonong-nonong masuk.Nak pulak ada sesi interview.Jadi 4 bulan berbaki ni I memang kena struggle sikit la menyediakan dan mengajar apa yang patut untuk anak dara sulung I tu.
Jadi wish me luck la yer!
No comments:
Post a Comment