Setelah dua hari berkurung kat rumah jer,hari ke 3 plan nak bawak my parents ke Harbour Town di Gold Coast.Harbour Town ni tempat shopping yang agak famous jugak la kat sini.Patut masuk dalam list a place u must visit la kiranya kalau datang Gold Coast.Shopping spree apa lagi.
Kami bawak parents ke sini sebab diorang awal2 lagi dah cakap takmau ke theme park.FYI,di Gold Coast ni byk theme park.Kalau ikutkan tak larat nak pergi semua.Memandangkan sebelum ni kitorang dah pergi jadi dah tahu sgt dah ada apa kat dalam theme park tu dan memang rasa tak sesuai pun nak bawak mak abah ke sana.Hihihi.Cuma satu jer mungkin boleh dipertimbangkan,iaitu bawak diorang ke Sea World.Kat sini rasanya macam ok la untuk diorang sbb byk show macam animal show,watak cartoon punya show etc.Kalau nak ke Warner Bros Studio tak sesuai sebab haram diorang bukan tahu pun cartoon character yang ada.So no fun.Hahahaha!
Perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam la jugak dalam 70 km ++ gitewww,jadi moh ler kita ke sana bershopping ibarat duit bawak 8 guni banyaknya.Hahaha!Dalam mimpi la jwbnya.Jadi kita bagi la chance kat mak abah kita shopping.Kita tak beli apa pun time ke sana.Masih mode blur plus no need to rushing.Fikir mana yang patut didahulukan dulu.Aish!
Jadi bangkit awal pagi walau tak awal mana dah pun.Maklum la skang ni subuh sekitar jam 3.54 pagi macam tu.Jam 5 dah mula nampak tanah.Kalau kat kampung,dah clear nampak taik ayam kat tanah.Hahaha!Jadi memandangkan masa yg masih panjang after subuh tu so sambung tidur balik then bangkit jam 9.Itupun tetiba mata terbukak dan fikir rugi pulak kalau tak keluar jalan-jalan haritu sbb tgk kat luar hari tak hujan.Cuaca agak baik pulak haritu.
Maka laju jer ke dapur prepare bekal yg nak dibawak.Kekdah terbaik ni selain jimat masa duk hunting halal restaurant.Di sini nak cari restaurant halal payah sikit dan bukan tak ada langsung.Ada tu ada cuma payah.Kadang yg ada tulis halal,kat belakang nama restaurant ada tulis bar.Confirm arak dijual jd mmg awal2 abah kita reject la.Memang dia tak akan makan.Tp kalau ke mall,Nandos kat sini mmg halal dan biasanya itu last option la sbb kami laki bini memang dari Malaysia lagi tak berapa gemar makan kat Nandos.Biasanya pilihan terakhir baru masuk restaurant ni.Selagi jumpa any kedai yang jual kebab or pizza halal,mmg say goodbye la kat Nandos ni.Macam tu sekali.Hahaha!Dengarnya ada juga KFC yg halal tp tak pernah try sbb kita bkn minat sgt KFC ni.
Tapi bila bawak parents plus abah kita very particular bab makan ni,jd menjadi tanggungjawab I la untuk bangkit dan bersilat didapur prepare apa yg patut.Di Aussie ni boleh dikatakan kalau sesuatu food tu tulis Halal means mmg Halal la takde keraguan cuma biasalah.Kadang2 datang jugak rasa tak sedap hati tu.Itulah yg abah kita rasa dan sebab tu la dia asyik request nak makan seafood jer.Rasanya dia tak sentuh lagi ayam kat sini walau berkali-kali cakap ayam tu Halal.Takpe la.I hormati la pendirian dia.Hihihihi!
Lepas tu I bikin chicken with mushroom dan makan dengan nasi.Itu jer lauk simple kita masak haritu.Bwk buah-buah sikit untuk cuci mulut or menu pembuka.Hihihihi.Bekas biru tu mmg satu set tupperware khas utk picnic yg I beli sehari sebelum.Set untuk 4 orang.Just nice : )
So our luncheon is ready.Dah semua siap,jom kita gerak ke Harbour Town Gold Coast.Bertolak time dah nak masuk jam 11 pagi.Dan kalau nak tahu,sekitar jam 12 tengahari dah nak masuk waktu zohor sebenarnya.
Kami tak tunggu untuk bertolak selepas zohor sbb takut sampai lambat dan satu lagi kebanyakan mall or any shops kat sini tutup jam 5.Tak byk kedai yg bukak selepas jam 5.Jd taknak buang masa,kami gerak before zohor tanpa rasa bersalah sebab kat Harbour Town fasiliti untuk pray room disediakan.So don't worry.
Kami sampai di Harbour Town memang agak crowded jugak la dengan manusia.Hahaha!Maklum la weekend.Hari Sabtu.Damia haritu tak well behaved sgt.Banyak betul songeh haritu plus taknak bg kerjasama bila kita mintak pinjam stroller dia nak bg pinjam kat adik.Terus tarik muncung.
Si Dian kami memang tak beli lagi stroller untuk dia.Nak beli kat Malaysia,fikir susah nak berangkut.Nak beli kat sini,tiada masa lagi so hantam la pinjam stroller kakak dia dulu walau kalau ikutkan tak boleh sebenarnya sbb stroller Damia for 6 months above.Tapi letak kejap2 jer la.Itupun kalau Dian tidur.
Sebelum memulakan misi shopping tak henggat,kita solat dulu la baru tak rasa bersalah sangat.
Ok.Pray room yang disediakan mmg sangat selesa.Nak cari pun tak susah sbb siap ada map lagi diorang tunjuk.Jadi untuk enter pray room ni kita kena dapatkan kunci kat Tourism Lounge dulu.Staff kat situ sgt friendly dan membantu.
Jadi jgn panik kalau ke pray room tiba2 tgk pintu berkunci.Hahaha!Baca elok2 notice kat pintu yang diorang tampal.Bilik tu mmg sentiasa berkunci dan kunci akan diberikan bila kita nak guna bilik tu.Lepas guna kena pulangkan balik kunci.
Ruang solat lelaki dan wanita diasingkan.Cuma kita kena kongsi tempat wudu'.Kalau dtg ramai2 bercampur,bergilir-gilir la masuk.Mcm kami,habis satu family masuk conquer terus.Hahaha!
Dalam bilik solat,sejadah,telekung dan beberapa naskah Al Quran ada disediakan.Ruang solat adalah selesa dan sangat bersih.Siap ada notice tau bagitahu jgn sesekali bwk masuk kasut ke ruang solat.Tempat solat berkarpet.Dan arah kiblat dah siap2 ada.
Antara outlet yang ada kat sini.Boleh tahan gak bestnya : ) Nampak tu????70% beb.*Pengsan.
Ini Damia entah apa yang dibeleknya.Ini kat dalam butik Coach.Mak kita rambang mata tgk harga sales handbag Coach gegila.Murah sangat katanya walhal dia lupa yang murah tu dalam Aussie Dollar.Lepas convert terus kancing gigi.
Apa yg best shopping di Aussie compared to Malaysia adalah there is no double standard.Kat Malaysia kalau nak masuk butik mahal kena ada gaya sikit baru orang nak layan.Pakai selekeh silap2 orang halau keluar.
Tapi kat sini takde orang nak peduli kau tak pakai selipar tetiba masuk butik LV.Misalnya la.Dan tak pakai selipar tu mmg antara budaya orang sini.Hahaha!Tapak kaki keras sgt agaknya.
Jadi mmg I suka sebab mcm haritu selamba jer kitorang keluarkan syiling siap salesgirl dia cakap lambakkan jer kat atas kaunter tu nnt dia kirakan.Hahaha!Campur mulut I yg bising (walau satu beg pun tak beli),mulut suami yg loyar buruk duk rayu salesgirl tu tukar harga resit bg tinggi sikit nak claim tax,hahahah,pastu campur bising mulut mak kita.Kikikiki!Tapi diorang tak kesah.Layanan mmg superb.
Lepas mak dah settle beli handbag dia,dan lepas I tolong ada sorang lelaki Malaysia ni yg blur tak tau nak pilih design mana utk isteri dia,tetiba I jadi tuan penasihat pulak utk dia haritu walau I pun taktau apa nama dia.Hahaha!Actually dia datang Gold Coast sbb ada match utk badminton dan mmg datang dari Malaysia la.Orang Kelantan.Sweet sgt pilih handbag utk bagi present kat isteri.Salesgirl butik tu siap hantar kita sampai depan pintu.
Dian senyap jer haritu duk layan perasaan.Hahaha!
Just nak bg sikit info la,kalau datang ke Aussie tak melalui agen,jd kalau jumpa booth mcm ni silalah menyinggah.Diorang sgt membantu kalau kita ni blur2 ayam tak tahu nak pergi mana.Siap diorg akan bg cadangan dan yg pasti kalau datang ramai,belilah ticket masuk park diorg dgn harga pakej sbb byk benefit dan diskaun yg kita akan dapat.Dan yang pasti segala info pasal setiap tempat ada so kita akan dapat maklumat lengkap la.
Actually nak jalan2 kat Aussie ni tak susah mana sebenarnya cuma kena tahu jugaklah a few laws and regulation diorang.Sini senang sewa kereta.Pilih jer nak kereta yg macam mana.Siapkan duit jer.Dan pada yg bawak anak kecik,carseat adalah wajib.Kalau tak guna tak tertangkap selamat,tp kalau kantoi,fine dia dalam AUD300 jugak rasanya.Be careful.Law sini agak strict hokkey.
Damia as usual la.Lagi tak bagi naik,siap bergayut kat kaki.stress betul mak.
Dah settle bershopping jom la kita balik.Tapi perut dah lapar.Alang2 dah ada kat Gold Coast,bwk la my parents pusing2 bandar Gold Coast.Suami sempat tunjuk tempat dia selalu kena buat kerja.Kesian kat suami.Bukan senang hoi nak mencari sesuap nasi.Eceh!
I suggest kita berpicnic kat park jer.Banyak park kat sini so moh ler kita menyinggah ke Surfer Paradise.
Park dia sangat bersih dan haritu mmg ramai berpicnic.Jadi marilah kita makan.Abah tak makan nasik.I syak sbb lauk ayam kot.Kikiki!Dia just makan wrap dgn fruit jer.Lepas makan suami bwk Damia ke pantai.Tak lama lepas tu dia datang gtau yg building kat tepi kitorg berpicnic tu ala-ala pasar basah.Lor.I mati2 ingat restaurant sebab asal sorang keluar bwk box berisi fish and chip (nampak sgt duk teropong orang sebelah).Hahaha!
Jadi alang2 mai la kita usha kot2 ada yang berkenan.Hahaha!Boleh tahan banyak jugak pilihan tapi size dia,umang aiiiii!Besar sangat hoi!!!Jadi I just pilih udang harimau jer.AUD36 sekilo.Sekor-sekor besar gedabak.Puas hati makan.
Antara seafood yg dijual.Memang variety dan size dia stok2 tahan sebulan takyah beli ikan.Kikikiki.Besar hoi.Ketam dia punyalah besar sampai rasa putus selera nk beli sbb xtau nk msk mcm mana.Choi sgt!
Kita bagi chance Damia beramah-mesra dengan burung tu kejap.Kemain duk kejar burung tu.Actually berpuluh-puluh ekor yg ada kat situ.Semua stok2 mintak simpati nak kita hulur makanan.Huh!Jangan harap la.
So makan sudah,siap boleh beli udang lagi,so jom gerak pusing2 area Surfer Paradise cuci-cuci mata.Tapi this time tak bawak parents naik Aquaduck bagai sbb keadaan tak mengizinkan.Bwk anak kecik ni terhad sikit la pergerakan.
Pasal Quackduck tu boleh refer entry kita yang lepas , Surfer Paradise.
Area bandar Gold Coast
Night market kat Surfer Paradise.I suka sini sbb boleh jumpa banyak brg yg unik2.Hihihi.Tapi haritu tak menyinggah.Just tunjuk jer la kat my parents.Malam kang lagi meriah oiii kat sini.
Maka dah agak petang sikit tu,kami pun pulang ke Brisbane semula.Takleh lewat sgt baliknya sbb takut terlepas maghrib.
Itu jerlah cerita makan angin pada haritu.Sekian.
Itu jerlah cerita makan angin pada haritu.Sekian.
1 comment:
Best nyerrr... Bila la mampu ke sana... Mcm mmg x mampu jerrr... Huarghhh
Post a Comment