Throwback 2013

Lagi tak 5 haribulan,tak habis lagi kisah peralihan tahun.Choi sangat akak rasa.Kiskiskis!

Tapi takde apapun nak cerita.Just throwback 2013 punya cerita.

Dalam hidup ni sebenarnya bukan sebab kita tinggal dirumah besar gedabak,ada kereta besar,ada duit berguni barulah boleh bahagia.Itu fahaman salah sesetengah manusia sebab suka mengukur nilai seperti itu adalah jaminan sebuah kebahagian.Bullshit!

For me,kebahagian ialah bila ada duit yang memang cukup untuk kita tak terlalu terlebih-lebih namun tidaklah kurang sehingga membuat orang pandang pun sebelah mata atau memang orang tu kalau bercakap mesti nak senget sebelah muka dia jadi posisi tu buat kau rasa dia pandang kita dengan sebelah mata.Ok tak kelakar.Dan most important things is for me when we are surrounding by great peoples sebenarnya yang membuat kehidupan kita menjadi sangat bermakna.

Tapi manusia,still datangnya dengan kelebihan berserta dengan kelemahan.Mana ada yang perfect beb.Sometimes kita dah rasa apa yang kita buat dah betul,malah tak ada silapnya namun dalam konteks pandangan orang lain,"Excuse me.Asal awak ni annoying sangat?Sepak nak?".

Namun yang menjadi masalahnya adalah apabila lingkungan beberapa manusia yang berada keliling I ni lebih pada manusia suka pendam cakap belakang atau cakap-cakap tikam belakang.Tapi takpe la.Sempena 2014 ni,I mohon maaf pada yang pernah terasa dengan diri ku yang kerdil ini (bukan I yang pendek) dan dikesempatan ini juga I nak memaafkan semua yang pernah mencucuk lubang hati ini hingga terluka.Hamboih!Ayat tak agak2.Fuh!Lega tau bila kita maafkan orang.Perasaan dia ibarat kentut yang ditahan,lepas kentut terus lega.Gitulah kekdahnya.Tapi............................

Ada tapinya.

.................................syukur padaNya disaat 4 ketul (siap bilang) yang melukakan hati,Allah swt datangkan pada I seribu yang membahagiakan (tak terkira).Kikikikiki!

Dan sepanjang 2013,I boleh anggap juga as a the best year in my life bersama dengan orang2 yang membuatkan kita rasa happy.Mcm I pernah cakap la.Tak guna seribu kawan kalau tiada keikhlasan berkawan dan kalau ada cuma 1 kawan tapi membahagiakan itu sudah cukup cover seribu kawan yang tak mcm kawan tu.

Kita bermula dengan 1st january 2013.

Sambutan hari lahir last year celebrate di Riyaz Heritage Resort & Spa bersama dengan letupan mercun tak macam mercun sebab masuk air usai sahaja berakhirnya tahun 2012 dan masuk tahun 2013.Choi sangat bunyi mercun malam tu macam bunyi kentut ditahan-tahan.Dan haritu mereka yang celebrates my birthday adalah antara kawan rapat I.


Walau tiada sebijik kek tulis nama sendiri macam orang tak tahu nama kita,kikikiki,tapi ada jugak diorang usaha cari sebijik cupcakes jadilah ambik syarat.Hahahaha!

Apapun,sweet sangat malam tu celebrates birthday dengan my besties selama di UMT iaitu Aien (teman sepemakanan) dan Jenny (cikgu garang yang komited ngajar murid tua yang lemah ilmu hisab).Rindu woooooo kat 2 orang ni.Lagi rindu  bila teringat time Jenny membebel,Aien buat2 tak dengar lepas tu akak jugak yang kena hadap.Choi sangat!

Tahun 2013 jugak meninggalkan kenangan manis sampai harini kalau ingat balik mesti gelak.Tahun tu Damia masuk Kindy.Dua mingggu...................dua minggu beb hari2 menangis takmau pergi sekolah.Hari2 drama airmata.Tapi lepas dia dah selesa dengan teachers and kawan2 kat kindy tu,hari Jumaat Sabtu pun tanya kenapa tak hantar pergi school.Agak2 la nak.Takkan kau nak sekolah sampai 7 hari seminggu.Emak kau dulu takde la serajin itu nak.


Dan tahun itu juga kami bercuti ke Singapore stay di Hard Rock Hotel di Sentosa Island.Motif utama mestilah sebab nak pergi Universal Studio.Seronok jugalah sekali sekali bercuti 3 ketul jer nih.

Sebenarnya mmg setiap kali suami pulang pasti ada je family getaway ni.Kikikiki!


2013 juga family kecik kami bertambah satu lagi family baru.After balik dari trip ke Singapore buat pregnancy test,keluar dua jalur Alhamdulillah.


Dan tahun itu juga kali pertama dalam hidup admit ward sebab alahan teruk.Isk!Isk!Isk!


2013 juga ada dua perkara yang agak sedih bagi I sementelah kakak ipar diuji apabila anak perempuan kedua Zarith Balkis dimasukkan ke hospital due to infection pada lung.Dua bulan lebih Zarith di hospital dan selepas melalui beberapa kali detik cemas di ICU,major operation pada lung,dan kini Zarith dah kembali sihat seperti sedia kala.Alhamdulillah.

Masa Zarith sakit tu la dengan alahannya,gigih ke KL semata-mata nak bagi moral support pada ipar.


Dan yang sedih kedua adalah berpisah dengan juga one of my bestfriend.Sob sob sob!Berpisah apabila dia pulang kekampung halamannya dan gua takde lagi geng suka,duka sepanjang di UMT.Huks!Huks!Huks!Mana nak cari oiii geng yang sanggup bagi kunci bilik sebab mak buyung ngantuk asyik nak tidur jer.Hahaha!Gap antara kelas sepatutnya pergilah study kat library ke,buat revision dengan kengkawan ke,tapi I pilih untuk membuta di bilik beliau.Hahaha!Kalau tak bilik beliau,pergi bilik Aien.Tutup langsir,pastu zzzZZZZ.Heaven betul.Kikikiki!


Ini kira besar jugak la,PRU 2013.Kikikiki!



2013 juga my bestfriend forever Rifhan deliver her first baby Ambereen.A friend of mine since we are 11 years old.20 years of friendship and still counting! : )


Sambutan Hari Raya 2013,3 plus 1 (on the way).Kikikikiki!




2013 jugak,cousin yang paling close dengan kita iaitu Ba selamat menikah dan kini sudah berbadan dua.Alhamdulillah!


Dan juga majlis tunang my BFF Nana dan wedding dia juga pada 2013.Pic engagement a year before tp td godek2 gambar wedding tak jumpa T - T


Ini pun nak masuk.Walau every semester wajib ada presentation,ini kita kira kenangan sebab ini adalah presentation last kita.Elok sangat la sebab memang time ni pun group kitorang memang yang terakhir pun untuk kuliah yang terakhir bagi semester 6 tersebut.


Pic besar adalah group members bagi project Marketing (lupa pulak subject tu tapi pasal Marketing la).Ini last project yang kena buat advertising,video etc.Happy tau lecturer puji iklan kitorang.Kikiki!Rasa berbaloi juga sbb ingat senang ke nak fikir the concept.Choi sangat!Hahahhaa!


Ini pun part paling best sebab time pic ini dirakam,baru lepas habis presentation untuk practical trainning.Lega dia tu hanya tuhan jer tahu.Rasa bahagia sangat.Ini my 1st LI la sbb time diploma takde LI.
                  

Dan kenangan 2013 yang paling bermakna adalah sewaktu lahirkan puteri kedua Dian.Healthy baby was born on 24 September 2013 at Kuala Terengganu Specialist Hospital dan disambut Dr.Yusuf yang juga doctor yang sama sambut my first daughter Damia.


So itulah la the best moment during 2013.Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan olehNya.Doa I,semoga tahun 2014 ini membawa seribu lagi kemanisan dalam hidup kami sekeluarga dan sentias dibawah lindunganNya dan diberkati olehNya.In sha Allah.


2 comments:

Rafhani said...

Haku beranok Fatih anok angkat mung tu xdop dlm list ke..hehehheeehe

Unknown said...

Iyalah.Aish!Camno leh lupo.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You