Kita dan kehidupan

Pernah tak tersentuh dalam diam?

Macam I ada jugak la beberapa kali berlaku benda ni.

Lately banyak sangat berfikir jadi bila berfikir dan rasa benda tu macam positif so I pun nak share la kat sini.Ini just apa yang I pernah alami la.Apa yang berlaku disekeliling.

Waktu nak buat majlis aqiqah Dian haritu,mak warwarkan pada jiran tetangga pasal majlis tu so sehari sebelum majlis datanglah beberapa jiran wanita dengan sebilah pisau kecil nak datang tolong apa yang perlu.Biasanya diorang tolong kupas bawang or ada lah apa2 kerja yang sesuai.Kalau orang luar panggil rewang kalau tak silap tapi kat Terengganu ni I tak pasti istilah apa orang pakai.

Tapi serius seronok sebab I suka jiran2 datang bertandang kat rumah.Selalunya kalau mak datang,anak mesti macam itik haruslah follow si ibu.Hihihihi.Pastu rumah I yang makhluk tak ramai ni,terus jadi bising.I suka.Damia pun suka sebab ada kawan nak main.

Dan ada satu jiran I ni,nama rahsia la tapi diorang ada anak ramai.Family diorang nak kata susah tak juga tapi nak kata senang,tak juga.Maklum la suaminya kerja biasa jer bukan director,ahli musik,lawyer etc.Hahaha!Joking.

Tapi I respect sangat cara diorang didik anak diorang.Dalam diam I selalu buat perbandingan anak diorang dengan anak sendiri.Serious jauh panggang dari api.

Berbalik pada cerita tadi,kebetulan I duk kat ruang makan kat rumah time tu jadi ternampak dua orang anak dia.Satu umur 6 tahun,seorang lagi 2 tahun rasanya.Si kakak duk kendong si adik.Bila terpandang nasik dagang ada kat meja makan,I pun panggil si kakak suruh masuk bawak adik dia.So I tanya la nak makan or tak dan si kakak tu angguk tapi malu-malu.Segan agaknya.Jadi I cepat-cepatlah letakkan nasi dagang dalam pinggan sekali lauk dia dan sua pada si kakak tadi.

Dan inilah ceritanya.Waktu I tengok ni,terus terdiam dan tak sedar I boleh stay situ just semata-mata nak perati dua beradik ni.

Bila I sua pinggan,si kakak cepat2 angkat adiknya dan letak duduk dikerusi.Kendian dia cuci tangan dan tarik pinggan nasik tu.Slow jer dia gaul-gaul nasik tu then yang first sekali dia buat adalah suakan suapan pertama tu ke mulut adik dia.Comel jer si kecik tu nganga mulut pastu slow2 kunyah.Lepas suap adik,baru suap mulut dia.Pastu siap tanya adik nak air atau tak.Memang touching sangat rasa time time.Budak 6 tahun tu wei.Lepas tu ingat anak sulung kita.Usah nak sayang adik,stroller dia pun takleh letak adik.Marah wei.Adoi!

Dan pernah jugak I kerumah diorang,waktu tu baru lepas maghrib.Mcm I cakap tadi la,anak diorang ramai tapi rumah senyap jer takde bunyi anak duk bergumpal bergurau,nangis ke apa.Apa yang I dengar adalah sayup suara anak diorang mengaji Al-Quran.Pastu ingat anak sendiri dan anak sedara.Asal maghrib jer nak mandi kita kena jerit,nak suruh pakai baju kita kena jerit dan tu belum diorang yang menjerit bergumpal,berlari,berebut remote tv nak tgk cartoon bla bla bla.Arghh! Terus T-T

Pastu I pun suka bagi barang2 Damia yang taknak pada anak2 diorang.I perasan everytime I bagi barang,si isteri selalu sangat ucap terima kasih banyak kali walau I berkali-kali cakap takde apapun just barang yang dah pakai.Dan satu benda pernah buat I tersentuh juga bila pernah sekali I bagi sepasang kasut dan selipar Damia.Memang time bagi tu I dah cakap tak sempat nak basuh dulu tapi isteri dia cakap takpe.Dan kasut dan selipar tu tak buruk cuma bila ada lumpur and other kotor2 tu,nampak macam buruk tambah lagi Damia taknak pakai.I bagipun sebab kasut dan selipar tu baru beli dan just berapa kali jer pakai.Bila I sua,isteri dia ambil.

Tak lama lepas tu,time tu isteri dia datang rumah nak hantar something kat mak dan I nampak selipar Damia tu nampak cam baru beli weh.Pastu si isteri tu senyum2 then cakap,bila I bagi kasut dan selipar tu,balik rumah jer terus dia sental pastu jemur.Kasut tu katanya still elok dan dia bagi anak dia pakai untuk Raya.Senyap kejap kita.Terus rasa insaf.Hmm...Betapa kadang2 sesuatu kita rasa tak diperlukan,tapi pada orang lain mereka menghargai sesuatu itu.

Dan sampai malam I duk fikir macam mana la mak ayah dia didik anak-anak dia.Dan sampai sekarang masih I fikir macam mana diorang didik anak diorang saling tolak ansur antara satu sama lain.Macam mana diorang didik anak diorang terima setiap apa pun seadanya.Dan until now,yes masih I duk fikir.Sigh!

1 comment:

Rafhani said...

aku rasa mcm kenal jer...tapi..tabik..

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me