Fly Fly away


Alhamdulillah 22 Jan 2014 haritu kami sekeluarga selamat tiba di Brisbane,Australia.Smooth je perjalanan tanpa drama air mata anak2.Hihihihi.Dian teramatlah behave selama 7 jam setengah tu.Syukur.Sampai ada mat salleh belakang seat kitorang puji.Good baby katanya.Eceh!

Tak ada nak story sangat rasanya dan harini rasa lega sikit bila segala benda dah settle so dah ada masa nak bersantai dan update blog.

Berbalik pada cerita waktu berangkat tempoh hari,my dear friend NANA sanggup datang ke KLIA to say goodbye.Huk!Huk!Huk!Flight kami dalam jam 9.30 pagi macam tu la dan kami sampai dalam jam 7.30 pagi kat airport.Syukur tak ramai sangat orang hari tu tak macam yang sebelum ni bila kena beratur panjang gila nak check in.This time limit luggage kami dapat 170 kg tapi sebab packing barang tak timbang dulu,ada balance lagi dalam 60 kg T_T.Boleh bawak satu kotak besar penuh dgn foods okeh.Hmmm.Rugi sangat rasa.Dah la pakaian kami,anak2 bwk sikit punyalah limited kononnya takut sangat terlebih berat.Sekali 60 kg hokkey.Sila nangis sekarang.

This time still naik MAS juga.Actually flight ke Brisbane ada jugak yg lain macam SIA semua cuma tak kuasa la nak transit bagai so kalau bawak anak kecil selesa dan ada duit lebih sikit ambiklah MAS dan jangan lupa request for bassinet cuma haritu alahai ramai pulak baby on board.Dah la bassinet tu limited.

Kalau nak lower cost boleh ambik Air Asia cuma Air Asia takde direct ke Brisbane.Kena turun kat airport di Gold Coast.Untuk ke Brisbane don't worry.MAS ada offer penerbangan pada setiap hari.Promote sket.Kakaka!



My dear friend NANA yang datang haritu siap bawak present lagi dan dari jauh nampak dia terus sebak.Peluk NANA ketat2. 


Cuaca yang sangat baik haritu.


Dian yang well behaved.Senyum jer.Hok hek hok hek time nak menyusu dan time poo poo jer.Dan advantage bwk baby kecil adalah,kita akan dapat food paling awal dari orang lain.Itu best sebab haritu lapar betul sbb tak breakfast.Maklumlah kelam kabut dengan baby kecik sampai lupa nak makan.Sebelum ni sebelum masuk flight makan dulu so tak kisah sgt kalau orang serve lambat tapi this time sampai gigil tahan lapar.Ibu yg fully BFF mana leh tahan lapar kalau perut dah memang asyik lapar jer manjang.Hahaha!

Sepangjang perjalanan 7 jam setengah tu bosan dia toksah nak cakap la.Jap2 belek jam.Jap2 mintak air.Air kosong je.Sekali je mintak coffee hasilnya sepanjang perjalanan takleh lelap.Nak layan movies,movies sama je.Jadi kejap2 tgk orang sebelah,kejap2 tgk luar mengelamun,kejap2 tengok suami.Ciss!Dia bahagia sepanjang perjalanan membuta.Bangun time makan dgn nak solat jer.Kekdah solatnya,ambik wudu',solat kat kerusi je.Menghormati masuknya waktu solat.Qiblat tak ikut dah.


Time ni masa dah berganjak nak masuk maghrib.Indahnya pandangan pertukaran waktu tu.Besarnya kuasa Allah swt.Langit yang cerah sedikit demi sedikit mulai gelap.Ini tandanya dah nak sampai dah ni.Ini pun dah masuk ruang udara Australia dah pun.Dan yang pastinya I la yang paling happy.Lega beb.Dah tak larat dah nak bergilir-gilir riba si Dian.Dekat nak touchdown tu baru Dian nangis sikit mungkin sebab sakit telinga kot.


Brisbane Airport lebih kurang jam 8 malam kalau tak silap.Dan syukur haritu start dari check in kat kastam until final check sangat mudah Allah swt bagi.Kali ni tiada sesi spot check kotak makanan kami.Kastam diorang lepas macam tu jer.Siap ada sorang ni dari jauh bagi isyarat kat kawan dia ,"Just let them go".Senyum lebar la I.Sbb everytime masuk Aussie inilah yg paling takut.Negara ni mmg sangat strict bab masuk barang dari luar.Dlm flight diorang akan bg satu card for declaration.

Sebelum ni 2 kg serunding ayam dan daging suami kastam buang dalam tong sampah.Pernah ada sorang student bawak masuk serunding jugak kena denda AUD 300 lebih kurang RM1000 dan kastam dia bagi balik kat budak tu dan tak buang then sampai sekarang terus dapat title serunding seribu.Kalau kena kat kami,I frame serunding tu.Mahal hoi!

Last time I ada bawak masuk asam keping.Kastam dia ada tanya jugak cuma mungkin kesian tgk muka I kot,dia letak balik asam tu masuk dlm kotak.Kikiki!Kali ni I tak bwk tp rasa mcm nyesal gak sbb yerlah bila diorg tak check langsung kotak makanan kitorang tu dgn memikiorkan 60 kg balance tu,arghhh!geram pulak rasa.60 kg tu I boleh isi macam2 silap2 boleh buat bisnes pulak.Choi sgt!

Dan haritu yang datang pick up kami kat airport adalah student Malaysia jugak.Sebelum ni kami ambik taxi dah satu orang student pun tak kenal lg time tu plus rumah jauh dari airport.Dulu suami menyewa kat Springsfield dan rumah sewa baru sekarang kat Taringga dan mmg tak la jauh sgt dari airport dan jugak bandar Brisbane.

Indahnya ukhwah bila masing-masing hidup merantau ni.Semua saling tolong-menolong : ) Kat area rumah sewa baru ni memang ramai orang Malaysia.Jiran sebelah kami orang Indonesia.Satu family dan diorang belajar kat sini.Tapi ingat rumah sewa lama,kami macam orang asing.Huk!Huk!Huk!Memang rasanya susah nak jumpa orang Malaysia kat situ.

Dan kejiranan baru ni memang sangat hampir dengan Queensland University so sebab tu la ramai2 diorang pakat menyewa kat sini.

So hari pertama sampai,misi adalah shopping barang rumah dulu.Suami dah beli sikit2 sebelum balik Malaysia haritu dan ada jugak barang2 yang I dah beli dulu,cuma bila family dah bertambah ni,ada la barang yang nak di top upnya.

Bersambung lagi.Daaaaaaaaaa!

2 comments:

Rafhani said...

comelnya dian senyum...huhuhuhu.selamat memulakan kehidupan baru ditempat org

SUwithlove said...

Wah bestnya dok negara org.... Berapa lama tinggal sana?

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You