Trg - KL - Trg

Hari Khamis lepas bertolak ke Shah Alam untuk urusan medical check up Dian.Phew!Supposed pergi hari Rabu tapi tetiba rasa macam tak get ready walhal barang tak kemas lagi malam tu.Hihihi!Maklum la bawak baby yang tak habis pantang lagi,banyak pulak benda yang nak dibawanya..

So pagi Khamis kami bertolak satu family ke Shah Alam.Check up Dian akan dibuat keesokan harinya iaitu hari Jumaat.I mmg bajet kononnya dapatlah settle segala on Friday tu namun begitulah,kita hanya merancang,Allah swt jua yang tentukan.Ewah!

Pagi Jumaat tu around 10 pagi terus ke Gleanegles Hospital.Ramai betul orang sampai sesak-sesak nak parking.Private hospital ni tapi crowded dah mcm hospital gomen pulak.Tapi nasib baik la Health Screening Centre diorang tak jauh dari tempat kami park kereta.Kat ground floor separate  building dengan building hospital.

Tapi malang betul la haritu sebab tak dapat proceed check up sebab I tak bawak TRN number.Selamba badak jer pakai main walk in ingatkan procedure sama macam tahun lepas.Tapi rupa-rupanya diorang dah tukar procedure baru.Phew!

Maka kedatangan I ke sana adalah sia-sia haritu.Just info,Health Screening di Gleanegles Hospital adalah sampai jam 12 tengahari sahaja.I try mintak appointment on Monday,mula2 diorang taknak proceed sebab dah penuh tapi ada sorang doctor tu dia kesian tengak Dian,so dia bagi pada jam 12.15 pm on Monday next week.Lega la jugak sebab I tak plan nak stay lama di KL sbb  byk lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Jadi misi tak selesai pada hari Jumaat tu.Dah la frust lapar pulak tu.Boleh?Kat main entrance hospital tu ada Starbuck dengan Dome.Cafe dia I tak tau kat mana so ajak my mum masuk Dome je la.So sementara tunggu abah I datang,ajak my mum masuk Dome dulu,brunch.Masuk Dome ingat just nak makan turkish bread sandwich je sekali mak pulak nak makan benda lain.Di Dome ni,portion makanan diorang adalah banyak.Satu pinggan boleh kongsi dua orang.Hahahaha!Maka dah order sorang satu,maka berusaha la habiskan.Huhuhu!I ni kalau dah lapar sangat,susah nak habiskan makanan sebab angin dulu masuk perut.Se'eh weh!Pastu balik dengan urusan yang tergendala.Frust sangat rasa.



Dah nak balik,si kecik melalak pulak.Kena stop BF kejap tapi serious kekok sangat macam orang baru beranak satu.Huhuhuhu!

Esoknya pulak ke rumah ipar untuk majlis Aqiqah Tengku Aqeel Umar di Bukit Jelutong.Meriah betul majlis dan mmg jemputan tu ramai la plus 3 ekor kambing panggang hokkey.Heaven betul.Terus hilang diet haritu.Nasi beriani,mee soto,kuew teow goreng (bila request baru tukang masak tu goreng),ada stall ABC dan cendol dan kuih muih yang sangat la heaven.Ada brownies,kuih koci (fav kita),creampuff, dan banyak lagi la.Cuma yang tak best adalah,beria I snap gambar tapi guna camera.Duk tup tap tup tap (pendek kata sepanjang acara berlangsung),sekali baru perasan I lupa nak masukkan memory card.Tertinggal kat lappy time nak transfer picture Damia masa farewell party dia last week.Dang!Dah la sambungan dari camera ke lappy punya wayar hilang.Hmmm jer la!

Kelam kelibut betul la I nih.

Inipun a few pictures dari handphone.


Omak den with her sister.Ewah!


Ibu yang garang dengan anak angkat I.Hahaha!


Khemah dah macam kenduri kawin.Hihihi!  


Dian yang baik jer haritu.Orang ni pegang,orang tu pegang,selamba jer.Sikit tak nangis.Pandai anak I sesuaikan diri ikut keadaan.


Si kakak mana boleh orang snap pic adik tapi tak snap pic dia.

Hari Isnin bersiap awal dengan harapan dapatlah TRN number tu.Dah la appointment jam 12.15 pm.Jadi masa yang berbaki beberapa jam ni ajak abah ke Klinik Adek.Suka pergi sini sebab doctor ni mmg pakar kanak-kanak dan everytime check up mmg detail siap ada follow up lagi.I pergi jam 10 dengan harapan menjadi orang pertama tapi hampa sebab bila sampai I sebenarnya adalah orang terakhir yang tak dapat nombor pun.Huhuhuhu!

Kena datang balik jam 2.30 petang sbb doctor dah taknak terima any patient dah.Hmmmm......Lepas tu ajak abah ke TTDI Jaya sebab kat sana ada satu lagi klinik pakar kanak-kanak,Klinik Meghana.Sampai jer tutup jugak lepas tu baru fikir,semalam baru jer Deepavali mmg sah la doctornya cuti panjang celebrate perayaan dia.Hadui!!!!Nasib baik jalan tak jammed.

Patah balik kerumah akak dengan hampa.Tak lama pastu suami pulak call number TRN dah dapat.Tapi that time jam dah 11 pagi.Appointment jam 12.15 pm kat Gleaneagles Hospital Ampang sana.Arghhh!

Tukar plan terus call Life Care sekali available dan diorang tutup jam 3 ptg so terus pecut ke Bangsar.Dalam jam 4 petang selesai semua.So my advise untuk sesiapa yang nak buat Health Screening,better ke Life Care yang terletak kat Bangsar.Diorang siap ada Wisma Life Care tau.Tak susah pun jalan nak kesana kalau dari Shah Alam.Boleh ikut Lebuhraya NPE kalau tak silap la.So alhamdulillah selesai semua yang diperlukan untuk visa Dian.So just tunggu approved jer la.


1 comment:

Rafhani said...

Huduhnya aku dressing gi umah kenduri...kikikikiki.Damia koho ayu amik gambor lening..

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me