Anakanda,
- Sejak bonda jejakkan kaki ke universiti,Alhamdulillah tidak pernah sekali bonda muntah2 atau lemah badan.Walau jadual kelas yang agak padat,setakat ini tiada kekangan bagi bonda menyelesaikan segala urusan seharian dan dapat belajar dengan tenang.Syukur padaMu Ya Allah s.w.t.
- Mungkin sedikit dugaan untuk minggu ini apabila bonda mula terasa ngilu dibahagian perut.Selera makan juga turut hilang.Agak sukar untuk mencari makanan yang mampu ditelan.Semuanya dirasakan amat menjengkelkan.Setiap makanan yang bonda lihat semuanya membuatkan bonda loya.Tidak pernah bonda merasai perasaan sebegini.Perkara yang paling pelik apabila bonda beria ingin makan pizza di Pizza Hut sedangkan sebelum ini pizza bukan keutamaan bonda.Lecur liur sewaktu melihat pizza dihidangkan sehingga bonda makan secara bersungguh2.Spagetti prawn olio fav bonda juga ditolak tepi.Macam2 yang tidak kena.Terlalu masin,tidak cantik (ungkapan yang tidak masuk akal ).Selama beberapa hari bonda sakit perut kerana terlalu menahan lapar.Lapar kerana tidak mampu menjamah makanan.Semuanya tidak kena dimata.
- Risau hati ayah.Sepanjang hari bonda bersungut sehingga ayah menerangkan bahawa, menurut seorang ustaz ada menceritakan bahawa pada satu peringkat bagi seorang wanita mengandung ( kehamilan yang baru masuk bulan ke-4 ) roh sudah mula diserap masuk melalui lendir2,daging2 pada bayi tersebut dan pada waktu tersebut ibu yang mengandung akan mula merasai loya atau hilang selera makan.Perut akan sentiasa seperti masuk angin dan tidak selesa.Itulah dugaannya namun sekiranya kita redha,balasan pahala menanti.Pesan ayah,jangan terlalu banyak bersungut dan harus sentiasa sabar.Itu adalah lumrah dimana semua wanita mengandung mengalaminya.Bukankah itu suatu rahmat drNya.Betapa uniknya kehidupan ini.
- Scan kali ke2 pada usia kandungan 11 minggu ( last 2 week ) menampakkan pembentukan kepala dan badan bayi.Kali ini perasaan semakin teruja.Betapa unik dan bermaknanya pengalaman yang sedang bonda lalui ini.
4 comments:
Huhuhu.. sabor ye puan syafinaz, rase ngilu tu jugak sbb perut dan rahim semakin nak membesar, yang penting mkn ubat yg doktor bagi, seperti acid folic dan sebagainye, yang penting, kalu rase murung jgn layan sgt, bgtau suami cepat2 suh dier hiburkan hati anda.. hehe.. isteri saye dulu mase first 3 month pregnant, dier asik nk mkn pizza, spegeti, chicken chop dan seumpamanye je.. good luck!
Wah!!Sungguh banyak experience en apis.time kasih untuk tips yg amat berguna itu.Tapi org pregnant ni kdg2 ngada2 dia lebih la.Hehehe!!
haha. mmg betul ngeda2 lebih. puan umi weekendnya di trg atau di shah alam?
Yes en fastri.weekend sy di trg cuma 14 ke 22 aug shj sy di shah alam bertemu buah hati tercinta.hehehehe.
Post a Comment