Apabila si bodoh tidak boleh diajar

Orangnya biasa,
Lagaknya bisa,
Merenung orang,
Ibarat naga,
Jalan lenggok seperti diva,
Ibarat dirinya sahaja yang cantik segala,
Semua orang dipandang,
Dengan ekor mata sahaja,
Hebat sungguh dia.

Duduknya gah,
Kaki menyilang keatas,
Diminta sopan beralih,
Bibir dicebik tidak kuasa beralah,
Dari sopan menjadi kasar,
Namun dia tetap biasa,
Ditegur sopan endahnya tidak,
Makin mencabar adalah dia,
Sehingga ditengking baru beralih,
Tidak ingin mengalah,
Dia mengulanginya sekali lagi.

Hati ibu itu berkata "Sabar",
Kemenangan pasti muncul,
Tidak perlu tunggu lama,
Rupanya si "Diva" hanya tinggal lagak,
Kerana apa ya?,
Kerana dia hanya lagak yang ada,
Kecerdikan dalam diri sememangnya tiada,
Hati kata "Kesian dia",
Kawan kata "Tidak perlu",
INI KERANA SI BODOH SEMEMANGNYA BEGITU !


Tempat kejadian:Kelas Public Speaking Encik Wan Zulkifli Wan Kassim : )

1 comment:

FastRi said...

bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You