Harga sebuah nyawa

  • Isu buang bayi bukan satu isu baru di Malaysia.Boleh dikatakan saban hari ada sahaja kes2 yang berkaitan buang bayi.Ironinya,sebagai anggota masyarakat sejauh mana kita cuba untuk mendalami masalah ini.Sekadar mendengar ceritakah?(Mendengar kemudian melupakan),atau sekadar mencemuh? (Apabila tidak terkena batang hidung sendiri) atau sekadar bahan cerita atau topik perbincangan di petang hari setelah seharian penat menguruskan rumahtangga? (Untuk surirumah sepenuh masa) atau apa2 sahaja.

6 August 2009

  • Untuk hari ini sahaja saya mendengar dua kejadian yang berkaitan.Saya tertarik untuk menulis kerana ia berlaku di tempat saya.
Kes 1
  • Sila rujuk Harian Metro.Pelajar tingkatan 5 disalah sebuah sekolah di daerah Marang yang meletakkan bayinya didalam beg sekolah sehingga menyebabkan bayi tersebut menemui ajal.Siapakah bapa pada bayi tersebut?Dalam fikiran kita mesti tertanya2,mangsa rogolkah gadis ini atau dia adalah gadis yang rela menyerah tubuh pada lelaki yang bukan suami sebelum waktunya?Menurut seorang guru pelajar tersebut adalah gadis yang beperwatakan baik.Namun itulah manusia.Manusia boleh diibaratkan buah.Cantik diluar belum tentu cantik didalam (Ini sekiranya gadis tersebut terlanjur).Andai dia mangsa rogol,itu isu lain.Perogol harus menerima hukuman yang setimpal.
Kes 2
  • Janin ditemui di pondok pengawai asrama di Universiti Malaysia Terengganu oleh "Mak cik cleaner".Cerita yang didengar pada petang Khamis dr mulut kawan saya.Ini cerita pelajar yang bakal memegang status graduan ( seandainya "syaitan bertopeng manusia " tersebut adalah pelajar UMT sendiri ) >>>> saya melabel begini kerana ada yang mengatakan ia adalah janin kucing.Andai janin kucing,tutup la kes and vice versa.
  • Kalau difikirkan,bukan satu kes,bukan daua kes malah beratus2 kes dan mungkin mencecah beribu kes.Hati terfikir andai buang itu adalah semudah dilahirkan?Nauzubillah!Moga Allah s.w.t jauhi dari keluarga kita.
  • Siapa harus kita salahkan?Diri sendiri yang terlalu bodoh?Ibu bapa yang alpa?Para guru yang gagal mendidik?atau kerajaan?Jawapannya tepuk dada tanya selera.
  • Namun andai ditanya oleh saya,saya akan mengatakan ibu bapa dan diri insan itu sendiri.Secara jujurnya saya berasa pelik apabila melihat kelibat anak2 gadis yang membonceng motosikal yang dibawa seorang lelaki atau melepak pada waktu yang tidak sepatutnya.Tidak marahkah ibu bapa mereka atau ibu bapa mereka sendiri menggalakkan?Tidak tercarikah ibu bapa mereka kemana anak mereka pergi?Tidakkah hanya dengan alasan belajar dirumah kawan kita sebagai ibu bapa menerima sebulatnya dan ini bermakna membiarkan anak gadis bermalam dirumah kawan atau bebas pulang pada waktu yang disukai.Ini untuk pelajar yang masih dibangku sekolah.Untuk pelajar di IPTA/IPTS yang jauh dari keluarga,kebebasan adalah hak mutlak.Betul langkah,selamat,namun andai tidak kena langkah terisi la perut dengan janin hasil hubungan haram.Nauzubillah!
  • Satu lagi kes yang menimbulkan rasa pelik dihati saya apabila seorang pelajar berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol abang angkat.Kejadian berlaku sewaktu lelaki tersebut menghantar mangsa ke pusat tuisyen dan ia tidak berlaku sekali malah beberapa kali.Persoalannya, mengapa sebegitu mudah ibu bapa gadis terbabit melepaskan anak mereka pada orang tersebut? dan kenapa selepas beberapa kali barulah mangsa membuat laporan sedangkan untuk kali pertama mangsa boleh mempertahankan diri atau tidak mengikut lelaki tersebut pada minggu berikutnya.
  • Zaman sudah berubah.YA!Saya mengakuinya.Saya agak terkejut sewaktu membaca sms yang diterima oleh seorang gadis yang baru berusia 15 tahun.Sms dihantar oleh lelaki yang sebaya dengan gadis tersebut.Kandungan sms merupakan kata2 janji sehidup semati,wadah cinta yang melambangkan cinta yang teramat mendalam pada sigadis.Hati ini terkedu.Dua orang ini bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.Perjalanan hidup mereka masih jauh lagi.Fikirkanlah!Saya juga pernah berdepan dengan gadis remaja yang sanggup berhabis wang beratus ringgit semata2 untuk "top up" dan tujuannya semata-mata untuk menghubungi teman lelaki yang bukan satu malah beberapa cawangan. Aduh!Luluh hati saya.SPM pun si gadis belum duduki.
  • Berikut adalah dialog seorang gadis berusia 17 tahun.Diceritakan oleh kenalan rapat.
Gadis:Sex is fun
Kenalan saya:Kamu tak takut mengandung ke?Kamu tak kahwin lagi
Gadis:Pandai makan pandailah simpan
Kenalan saya:Pakai protection?
Gadis:Sometimes.Kadang2 best tak pakai.Boleh rasa waktu pancut macam ada benda berenang2 dalam perut.
Saya:Pitam 2 saat
  • Kadang2 terfikir,apakah semua ini?Bala dari tuhankah?Saya usap perut.Hurm!Cabaran saya membesarkan anak 15 tahun akan datang.Kuatkah saya?Pendekatan apakah yang harus dilakukan.
  • Kadang2 pada saya hiburan yang melampau juga adalah punca penyakit sosial yang semakin parah ini.Keagaman dikurangkan malah hiburan pula yang berlebihan.Anak2 muda disajikan hiburan tanpa batasan.Gembira mereka hingga halal haram diletak tepi.
  • Dimanakah peranan ibu bapa?Saya tahu dimana.Ibu bapa memainkan peranan sewaktu anak2 mereka terlibat dengan kes jenayah,salah laku disekolah dll.Itupun peranan mereka adalah dengan menunding jari sebulatnya pada guru.Anak setan sebab guru,anak berjaya baru kerana mereka.Sehingga kini saya tidak boleh terima jenis ibu bapa yang melenting sekiranya anak mereka dihukum disekolah.Benda kecil diperbesarkan.Profesion seorang guru juga dipertikai.Apa mereka ingat guru tiada kerja lain selain melayan anak2 mereka yang hanya layak dipanggil setan?Andai anak kita baik2 sahaja masakan orang sengaja ingin menghukum?
  • Mudahnya dicampak/dibuang nyawa itu.Seorang kenalan sudah 9 tahun melayari rumahtangga namun belum dikurniakan cahaya mata.Ralatnya dia mendengar cerita2 begitu.Kata ibu,apabila yang dikandung cara haram,kasih sayang tiada pada mereka.Kesukaran tidak dilalui seperti wanita mengandung biasa.Kerana itu mereka tidak ralat membunuh.

Terlalu jauh rasanya penulisan saya ini.Kesimpulannya?Untuk saya.....masih lagi kabur....

3 comments:

TMUkmkd said...

saya datang untum membersihkan nama umt
sebenarnya yang dijumpai itu bukanlah janin seorang manusia seperti yang dikhabarkan. ia hanya satu pemikiran yang panik kerana terjumpa satu perkara pelik, ia adalah janin seekor haiwan yang kemungkinan adalah kucing. semoga dapat membersihkan kembali nama umt ^^

untuk gambar anda boleh rujuk ke blog saya kembali. TQIA

FastRi said...

teringat ada seseorang kata "kalau yg melahirkn anak luar nikah ni macam mudah je.. dalam lubang tandas pun boleh... kalau anak 'betul' seksa betul ibu dia.. siap ada yang kena belah. mungkin itulah bezanya penghapus dosa dan pembawa dosa"

Syafinaz said...

Terima kasih utk info TMUkmkd.Sy tiada ditmpt kejadian.Mungkin apa yg ada katakan ada kebenaran.Namun siasatan sedang dijalankan.Kita tunggu shj apa kata org atasan untuk kes tersebut.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me