The Garden Hotel & Residence - Wonderful weekend 2

Walau hari ini dah masuk Raya hari ke-6,tapi aku nak jugak cerita yang sebelum Raya punya cerita.I don't care.I tengah stress ni.Sedang mencari terapi mengurangkan tekanan.Ahaks!

Ok.Sambung kisah wonderful weekend aku tuh.Wonderful untuk kami la anak-beranak sbb mmg dah jadi satu kewajipan pulak bila somi balik jer,mesti nak pergi vacation.Tak kisah la jauh mana pun.15 minit dari rumah pun boleh dikira jugak janji bermalam tempat lain dari rumah mak apak sendiri.

Ok.

Cerita buka puasa kami di The Garden haritu.Serious mati akal taktau nak makan apa.Suami nak makan ayam penyet tapi aku rasa macam takde jer kat both shopping mall tu.Aku assume la sbb mcm tak nampak dan sekali suami cakap nak makan lamb pulak so yg aku bayangkan TGI Friday je la dan satu lagi kat dalam The Garden jer.Aku dah la malas nak jalan masuk Midvalley balik.Dah rasa nak termuntah dah tengok betapa ramainya manusia kat dalam tu.Maklum la weekend.So cepat2 pergi booking.Nak buffet kat hotel mmg tak la sbb RM108/per pax.Tak kuasa la takat aku laki bini amik makanan sepinggan dah surrender.Ariey tu mmg sejak azali makan sikit,aku pulak sejak pregnant tak lalu makan.Damia lagi la,kena kejar baru nak makan.So tak usah membazir.

Lepas dah settle beli barang Abah aku,naik ke bilik,menantu dan pak mertua tu turun balik pergi solat Jumaat so aku membuta.Damia tak tidur ntah projek apa dia bikin tapi mmg tak lena jugak la aku tidur sebab kejap2 dengar dia masuk dalam toilet.Aku bukan apa,risau jugak takut dia main air ke apa,lantai licin,jatuh ke apa aku tak sedar.So tidur2 ayam jer la sbb kejap2 kena jenguk Damia.Ke hulu ke hilir dia ntah apa benda yang dibuat tak tau.

So dalam jam 6 petang baru turun ke The Garden balik nak pergi berbuka.Sajer turun awal sikit nak lepak2 duk sembang2 laki bini.Tapi sampai kat restaurant tu rupanya ramai gila yang mengharap dapat table kat TGI tu utk berbuka.Tapi mmg confirm tak dapat la sbb ramai yg dah booking awal2 so staff diorang just entertain mana yg dah booking jer.




Duk fikir apa benda la nak makan tapi gaya macam nak amik exam.


Aku seperti biasa muka toye.


Lamb dia ni ok cuma sauce dia tu sampai dua kali kami tukar.Hahaha!Tak kena dengan anak tekak mintak tukar.Nasib staff diorang rajin melayan.Hahaha!


Mak buyung request ayam jer kali ni tapi makan ni kenyang dia sampai membawa ke sahur esok harinya.Pergh!


Fried macaroni and cheese kalau tak silap.Memang sedap!

Anak dara???
-
-
-
-
-
-
-
Dari kol 6 membawa ke selesai berbuka,dia zzzZZZZZ.Jadi mmg mcm orang dating la kami berdua.Makan,sembang tanpa perlu ada drama air tumpah,berebut sudu garpu bagai.


Lepas berbuka,naik ke bilik jer la mandi,solat dan rehat.Aku dah mmg takde mood langsung nak window shopping ke,shopping barang lagi la malas.Esok jer la sambung.

Esoknya around 5 pagi.................ting tong.....orang datang hantar lauk sahur.Amik untuk seorang jer pastu kongsi makan berdua.Sedap pulak lauknya.RM28/per pax.


Lauk sahur.

Masuk hari kedua kat hotel The Garden and Residence ni,kami suami isteri dah mati akal nak makan apa untuk berbuka.Kalau ikut aku,aku prefer tapau makan kat bilik je,so Ariey just follow jer la.Dia pun taktau nak makan apa.Huks!

Jadi sebelum kami keluar pergi shopping lagi,maklum la misi membeli tak selesai jugak walau masuk hari kedua,ntah kenapa dengan aku ntah,tetiba jadi blur tak tau nak beli apa.Barang baby pun aku boleh blur walhal bukan anak sulung,tapi dah nak masuk anak kedua.

Jadi aku called hotel suruh hantar food untuk berbuka tapi order untuk seorang jugak sebab aku tahu mesti big portion punya.Kongsi je suami isteri.

Dah settle shopping,pergi cari sikit la mana yang rasa nak dimakan sekali Ariey teringin nak Burger King pulak.So tapau dua bijik sbb ingat nasik dah ada.

Lepas tu terus jalan kat area ground floor tu banyak pulak stall kecik2 jual kuih,terjebak pulak aku pergi beli kuih pulak.


Kuih lapis



Onde-onde,rasa sedap dan tidak menghampakan.

Jalan depan lagi,terjebak lagi dengan cendol.Lepas tu mata aku nampak pulak coconut jelly.Haish!Nafsu,nafsu.

Lepas tu cepat2 naik ke bilik.Around 7 pm,orang takde hantar food lagi.Aku dah cuak,called balik remind kat diorang.Ini sah lupa la nih.Hmmm....

Dan mmg confirm lupa,membawa ke azan maghrib tak sampai jugak nasik goreng kampung yang kitorang order.Part kelakar,mula-mula sampai ini.


Aku pun macam dah pelik.Tapi takpe la.Accept jer la.

Tapi tak sampai 10 minit....ting tong lagi sekali,diorang bawak ini pulak.


Aku pun dah macam..............hoi!Mana nasik aku???Hahahaha!Tapi kitorang makan burger tu la dulu.

Dah habis azan,15 minit lepas tu baru la termengah-mengah staff hotel datang hantar makanan yang kami order.Nak marah macam tak ada point pun sbb dah separa kenyang dah cuma upset sikit la....macam mana la diorang boleh lupa order kitorang.Hmmm....

Ini dessert yg aku order.Creame Brulee...all time favorite sbb malas nak buat sendiri sbb leceh sikit tak macam masak puding gula hangus.Hihihihi!


Ini la nasik goreng kampung.Nasib sedap.Licin jugak makan nih.


Tapi mmg makanan lain tak mampu nak dihabiskan.Terus rasa nyesal sbb ikut perasaan sgt masa membeli.Maklum la bila perut dah lapar,semua benda nak.Hihihihi!Nasib malam tu kawan aku Umar datang so boleh la bagi dia kuih2 tu semua.Kalau tak aku mmg rasa ralat gila.

Lepas tu cerita sahur pagi tu pulak,boleh diorang hantar nasik lagi 10 minit nak azan Subuh.Hangin betul aku.Makan ala kadar jer la pagi tu.Tapi yg tu sbb silap diorang terus dapat free.Tak tahan bila staff hotel tekan loceng kejutkan kami mcm nak gaduh.Hahaha!

Masuk bilik hantar nasik terus jerit "Makan cepat kak,sahur dah nak habis!!!".Hahahaha!Siot jer kau.

Elok dah azan,terus mandi,solat,aku kemas la barang apa yang patut.Plannya around kol 10 turun kejap beli comforter baby kat Robinson jer la.Tak kuasa dah aku nak masuk Midvalley.Kat Aussino takde.Kat Mothercare tak larat dah nak pergi.

Pasrah jer la beli mana2 barang yg tak cukup lagi kat Robinson.

Around 12 pm,check out.


Tunggu staff hotel amikkan kereta.Lepas tu moh ler kita chow!~


Dari The Garden terus ke Bukit Jelutong tapi singgah Subang Parade kejap cari kaftan untuk I.

Bye!


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me