Aidilfitri 2013

Rasanya macam tak terlambat lagi nak cerita pasal sambutan Aidilfitri tahun ini.Keadaan masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Apa yang berubah sikit pada tahun ini,kemain lagi aku suami-isteri kehulu ke hilir tanpa rasa bersalah.Hahaha!

Kerana kalau ikutkan tahun lepas,kami terhad sikit kalau nak keluar rumah.Ini adalah kerana this year turn kakak dan abang aku satu family raya kat Marang.So segala urusan dirumah kami passed terus kat diorang.Tahun ini tahun kami berjimba-jimba.Hahaha!Maklum la kami suami-isteri kampung sekangkang kera,so mmg confirm la setiap pagi raya kat rumah aku,around kol 10 atau 11 pagi macam tu,kat rumah mertua pulak.Jarak ke rumah mertua,15 minit.Heaven betul!

Tapi this year aku lupa nak snap pic juadah pagi raya.Ntah macam mana boleh lupa.Hiks!Ni mesti kes sampin suami hilang so pagi tu aku macam kelam-kabut sikit sampai banyak benda lupa.Nak snap pic family pun lupa.

Nasib pagi raya tu Damia sangat la behave.




Nasib sempat snap pic bebudak nih.Rafhanah muka macam berbulu jer tgk Damia.Hihihihi!

Pic salam dgn parents malas la nak letak sbb semua gegor.



Budak kecik ni kalau orang hulur duit raya,ikut mood dia jugak.Rasa nak ambik dia ambik.Rasa taknak,dia akan jawab,"Dah ada dah!".




Ting!Dah sampai rumah mertua dah.Tadi kat rumah sendiri.1st raya pakai pink.Suami takde sampin sbb sampin dia diistiharkan hilang.Ralat gila sbb sampin tu hadiah dari ibu saudara dia.Dah la sampin tu yg terbaik punya.Isk!Isk!Isk!Kat Trg ni kalau nak sampin yg the best quality,selalunya harganya agak mahal.Tapi hati2 juga,sbb ada juga claim yg original walhal tak pun tapi dijual dgn harga mahal.



Rutin biasa setiap raya pertama,settlekan semua rumah saudara mara sebelah Ariey.Tahun ni energy extra agaknya,semua rumah kitorang pergi kecuali rumah adik daddy yang bongsu.Tak pergi sbb jalan nak ke Kuala Nerus jammed dia mmg pasrah la.Tak terlarat kami nak tempuh tambah lagi this year aku berbadan dua,so takleh lelama sangat dalam kereta sbb sakit pinggang.Hiii!

Kerumah kengkawan pun idok.Serious tak larat.




Ipar dan anak saudara Ariey.Nasi minyak sini nampak sedap tapi aku time raya pertama tu selera makan tak berapa nak ada.So jeling sipi-sipi je la.Tapi rasanya sampai kesudah takde selera so raya tahun ni aku mmg tak makan banyak sgt pun.Yang banyak aku makan adalah,DURIAN.Hahaha!Menjadi betul durian yang biras aku tanam tahun ni.Stok durian kampung yang lemak berkrim disukai ramai.Fuh!Aku makan tak henggat.




Bila taktau nak buat apa,kerja kami adalah test semua biskut raya yang ada.Pastu komen sesama sendiri mana yang sedap.Serious takde kerja.

Cerita raya tahun ni adalah secara marathon sbb malas.Tapi ada orang kesah ker?Hiks!



Ini raya kedua takde tema.Suami dah tak pakai baju melayu.Anak pulak takmau berbaju kurung.




Ini budak kecik time raya kedua punya la bikin drama swasta.Pening aku!


Kemain laju cerita raya aku.Ok.Jom masuk raya ke 3 pulak.Hahaha!Raya ketiga kena pakai sedondon balik sbb mmg wajib setiap tahun pada raya ketiga akan ada sesi bergambar keluarga.Jd tema yang diorang pilih tahun ini adalah pink/purple.



Sebelum ke rumah mertua,kami singgah dulu beraya rumah my best friend forever,Rifhan.Family dia mmg tiap tahun wajib open house raya ke 3.




Masing-masing dah beranak pinak : ).Lepas tu dari rumah Rifhan,patah balik kerumah semula sbb member aku Umar nak datang beraya.



Damia dan anak Umar,Adelia.Lepas Umar balik,bersiap-siap kerumah mertua balik.Hamboi!Busy betul kami.




Pic tak ready.Damia menguap,aku mendongak.Hihihihi.Pic dengan ibu mertua.



Alhamdulillah tahun ni catat sejarah bila semua ada.Complete.Tapi nak get ready amik pic nih,susah yang amat.Hahaha!




Pic bersama my beras.




Salam Aidilfitri 2013 dari kami seluruh Family Tengku Abu Bakar dan Tengku Maleha.Nak letak nama satu2 mmg tak larat.Tapi inilah family suami yang seramai 13 adik beradik,12 menantu dan kalau tak silap aku 40 orang cucu.Lagi dua bakal keluar in sha Allah seorang October dan seorang lagi November.Hihihihi!~


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You