Ini bukan tips jaga badan,tapi ini macam mana aku jaga badan.Hihihihi!

Raya kali ni aku memang tak makan banyak sangat.Bukan nak diet ke apa,tapi keterujaan tengok makanan tu biasa2 sahaja.Ini adalah kesan dari motivasi pada diri sendiri agar tidak makan secara berlebihan atau kata mudahnya menjadi seorang pelahap sampai semua benda nak try.

Senyum aku bila teringat kata seorang hamba Allah ini yang suggest aku minum Herbalife during pregnancy baru badan solid walau mengandung.Aku senyum jer la sbb lepas peristiwa sorang agen Herbalife yang paksa aku ambik sampai RM2500 terus tu kononnya buat stok,aku terus banned Herbalife.Ngaku jer la kau nak collect point.Dan satu set Herbalife sekali dengan tea mix yang aku beli aku buang semua.Motif buang,satu sbb tanya sedara-mara sorang pun tak berminat walau diorang pernah consume tapi taknak continue,dan kedua aku mmg alah dengan soya sbb everytime minum mesti gatal satu badan.Memang la agen dia akan cakap itu kesan sampingan sebelum nak serasi dengan badan tapi kalau dah makan bulan,apa kejadahnya.Memang tak sesuai dengan aku la tu.So better stop jer la.Kalau kau sesuai,sila teruskan.

Dan perasan atau tak,asal amik je supplement mcm ni,kita mesti kena pulun minum air banyak.Itu adivise agen dia.WAJIB.Tapi untuk aku,tak ambik supplement pun aku mmg jenis minum air banyak.

Tapi bila agen tanya progress,kena bebel tu biasa la.Kau akan dipersalahkan sbb tak konsisten la bagai dan sbb tu la minum apa supplement pun,kesan mmg nan hado kat aku.Hmm....Dan mesti terfikir macam mana aku pun boleh terjebak dgn Herbalife?Niat ambik haritu sbb taknak kecikkan hati kawan.

Berbalik cerita mengandung nak nampak solid.Dah mengandung tapi nak badan nampak solid?Hihihihi.Jujur la cakap,aku tak consume Herbalife pun aku punya badan masuk jugak kategori solid.Dah nak masuk 9 bulan,berat aku baru je naik 4 kg.Perut jer membesar.Lengan,kaki stil macam time tak pregnant.Ada sorang tu yang minum pagi petang siang malam duk claimed tubuh solid time pregnant tu,sedarlah bahawa anda hidup dalam denial.Compared tubuh kau yang pregnant 3 bulan dengan aku yang dah nak masuk 9 bulan,sesungguhnya kau adalah besar gedabak takde solid pun.Cuba tunjuk kat aku tang mana solidnya badan kau tu.Itulah bila aku cakap kau taksub,kau marah.Aku bukan claimed produk tu tak bagus,tapi aku rasa beberapa orang yang jual dan consume ni dah masuk tahap taksub sangat sampai ada satu orang tu siap claimed,"Kalaulah abang dia sempat consume Herbalife,dia mesti masih hidup dan sihat sampai sekarang".Adoi!Ajal maut bukan sebab produk bai!Dah mmg ajal abang kau.Apa kau ingat Herbalife boleh extend kematian?

Dan satu lagi aku bengang dengan produk ni bila berkali-kali agen dia cakap ini bukan MLM tp kenapa aku nampak sistem tu mmg mcm MLM.Haish!Aku bengang sebab ada agen ni dia pernah pujuk sorang kawan aku untuk invest some amount of money untuk start bisnes Herbalife ni la.Nak pulak bukan seratus dua tapi sampai beribu.Dan yang buat aku angin tu,boleh dia suruh budak tu pujuk AKU untuk pinjamkan duit tu.Hamboi!Kalau kau ketua yang prihatin nak tolong orang bawah kau,asal kau tak bagi pinjam duit kau jer?Tak sama2 dapat benefit?Baru give and take.Hahahaha!

Jadi,datang la 1001 kebaikan pada sesuatu produk,aku mmg bukanlah orangnya untuk stick pada satu tu like forever.Aku tahu setakat mana keupayaan badan aku plus aku memang kategori orang yang jaga pemakanan.Aku jarang makan kat luar dan aku jarang makan fastfood.Istilah fastfood pada aku bila aku dah stuck tak tahu nak makan apa,dan istilah makan kat luar adalah bila aku dah rasa muak pulak makanan dari rumah.Tapi benda tu biasanya hanya berlaku 2,3 kali dalam 3,4 bulan.Selebihnya aku mmg makan makanan dari rumah dimana menu aku wajib ada sayur dan stok buah-buahan mesti ada.Paling busuk pun kalau malas sgt nak restock buah,aku mesti beli tembikai yg akan dimakan begitu sahaja atau dibuat jus mesti ada.Tak kesah apa,janji buah dan alhamdulillah sekeliling rumah aku pun ada pokok buah-buahan.Dari mempelam ke buah kuini,manggis,ciku,cempedak.Nak makan kutip.Tak sampai musim,pasar Marang tak jauh pun dari rumah.5 minit berkereta boleh ke gerai buah-buahan fav aku yang siap boleh request kalau buah yang kita nak tu tak ada.Selalunya buah delima la.

Dan antara sebab badan aku tak naik sangat sepanjang pregnant ni adalah,aku akan makan apa yang ada sahaja.Demand2 tu mmg tak.Awal pregnant jer selera macam tak tentu dan pelik sikit.Masuk trimester kedua,aku dah boleh adjust badan sendiri.Pagi aku akan ambik something yang berasakan bijirin.Roti wajib.Tengahari nasik lebihkan sayur.Petang sebelum pukul 7,makan nasik lagi sekali.Malam sebelum tidur,roti + biskut + buah + milo + susu untuk ibu mengandung dah cukup untuk aku.Rutin yang sama hingga masuknya Ramadhan.

Bila masuk bulan puasa,sahur adalah wajib.Biasanya aku makan nasi tapi hari2 nasi rasa muak juga dan aku selang dengan roti.Kurma + susu adalah wajib.Makan tak banyak pun.Satu senduk nasik dah cukup.Dan ia buat aku bertahan hingga waktu berbuka.Berbuka pun makan nasi cuma sepanjang ramadhan,boleh kira berapa kali je aku pergi ke bazaar.Memang sangat jarang plus aku sendiri taknak biasakan makan kuih-muih manis sebab sepanjang puasa aku banyak minum milo atau coklat.

Dan alhamdulillah aku berjaya berpuasa cukup sebulan tanpa halangan atau masalah kesihatan malah diberikan pula kesihatan yang baik bila boleh menjalani latihan industri tanpa masalah.Kadang2 orang tegur aku lagi bertenaga dari mereka yang tak pregnant.Syukur!Supplement yang aku ambil?Just teruskan makan segala vitamin yang doctor suggestkan tu je la.Dan yang paling penting,jangan skip sahur walau ada juga 2,3 kali skip jugak sbb terlajak tidur.Aku still ada energy jugak,takde pun mengantuk,tubuh lesu bagai.Dan satu lagi perkara yang aku amalkan untuk mengelakkan lesu badan kat tempat kerja,aku akan pastikan aku tidur awal.Nasib la Damia meraung taknak tidur apa,sebab masa tidur adalah setengah jam selepas masuk waktu Isyak so lepas dah settle solat,isi perut dengan makanan ringan sikit mcm roti + milo + susu @ gantikan dengan biskut,tidur akan lena sampai keesokan hari.Kalau dah mmg cukup rehat,makan berpada,tubuh automatik akan rasa sehat tak perlu tunggu kau telan supplement pun.

Dan satu lagi yang boleh diamalkan adalah,banyak berjalan kaki atau banyak bergerak.Jangan buat berat sangat bontot tu.Sebab tu aku suka buat kerja rumah,walau lambat siap tapi janji aku bergerak.Doctor pernah cakap,kerja rumah bukan exercise tapi pada aku janji gerak,badan keluar peluh,itu memadai sbb aku rasa best lepas buat kerja rumah misalnya cuci baju,kemas rumah,iron baju,badan aku mesti basah lencun dengan peluh.Tapi rasa best jer badan time tu.Lepas tu mandi.Segar.

Sebab tu aku tak kesah setiap kali pergi kuliah,kalau lif rosak selamba jer aku naik tangga sampai tingkat 4.Kalau lif tak rosak pun,takat kelas kat level dua,tak kuasa aku nak berebut lif dengan bebudak lain,aku naik guna tangga je.Tapi slow2 la melangkah tu sbb aku mengandung.

Aku tak into sport plus satu sukan pun aku tak pandai so jangan la ajak aku berfutsal,bola jaring ke apa,mmg out.Aku tak reti dan tak minat.Paling busuk cara aku exercise pun just jalan kaki dgn bersenam guna basikal bersenam yang ada sebijik kat rumah ni.Naik basikal tu pun boleh tahan mengah dia so takde istilah gym la pada aku.

Jadi itu jer la cara aku jaga badan sbb ramai tanya aku macam mana aku maintain badan aku walau anak dah nak masuk dua.Dan org pun tahu aku jarang bersungut pasal badan naik ke apa.

Dan satu lagi tips aku nak turun badan waktu pantang Damia dulu,dah orang cakap pantang makan at least 40 hari,aku hadap jer la lauk sama dan aku tak pernah merungut.Orang nak siapkan makan untuk kita pun dah cukup bersyukur.Aku takde pun rasa jeles bila tgk orang makan itu ini,sbb aku ingat pesan mertua tapi takleh tulis kat sini sbb ni hal dalaman suami isteri.Hahaha!Dan aku tak teruja sangat tgk makanan ni nak makan,tgk itu nak makan.Biasanya rasa teringin tu biasa2 aje.Kalau ada makan,tak ada tak mengapa.Simple!

Jangan fikir nak best sekarang jer,fikir benda untuk jangka masa panjang.Dah waktu pantang,pantang betul2.Jangan degil dan jangan ikut perasan atau nafsu sgt.Kalau kita dah aimed dalam otak awal2,in sha allah 40 hari tempoh berpantang bukan satu masalah sbb aku punya pantang luar dalam genap 100 hari beb.Thank u pada suami yang cukup byk membantu.Dia pun cakap,demi kesihatan aku jugak dan alhamdulillah bila dah pregnant kali kedua ni aku takde masalah sangat.Simpton biasa mengandung macam alahan tu mmg takleh lari la cuma sakit lain tu boleh dikatakan mmg tak ada dan aku jugak berada dalam kategori sehat.

Dan aku TIDAK SETUJU wanita mengandung perlu makan untuk dua orang : )

Jadi setakat ini aku mmg tak percaya diet bagi kurus,krim bagi kurus,jus bagi kurus,spray bagi kurus,pil lagi la sbb pada aku jaga makan,makan secara sehat,banyak bersenam itu sebenarnya yang bagi kau kurus.Dan aku tak pernah berdiet.Pada aku,kita kalau nafsu makan tinggi,takleh nak control,takyah la susah payah fikir macam mana nak diet dan tahan nafsu makan.Letak dalam otak,makan sekadar takmau lapar sudah cukup.Teringin nak makan makanan lain sikit dari biasa tak salah sbb aku pun kadang2 craving jugak makanan luar cuma kalau seminggu sampai 2,3 kali kau telan burger or any foods dari restaurant fastfood,kuburkan jer la niat nak tubuh badan ideal dan sehat.Fasfoods tu pun dah bagi investment lemak yg bakal beratkan bawah lengan,paha,perut kau bagai.Hihihihi!

Dan satu lagi aku jugak pelik tgk orang yang susah hati sangat seminggu selepas raya bila ofis,saudara mara,kawan2 buat open house.Mesti ada la yg update status FB,"Open house setiap hari,crash la my diet".Huk aloh!Apa masalahnya dgn jemputan open house?Yang bermasalah sebenarnya kau nafsu mcm dinosour semua benda nak rasa mmg la jemputan makan akan jadi sesuatu yang disaster.Hihihihi!Lucu.Bukan ke boleh je makan secara berpada.Tak rugi pun tak try semua.

Ok.Itu jer la kupasan aku udah orang tanya sangat.Hihihihi!Dan inilah jawapannya.Ok.Skang aku 29 tahun.Tapi tak tahu la kalau dah masuk 3 series nnt badan naik jugak maklum la hormon,tindak balas badan adalah lain dari seorang individu ke individu yg lain.Jd setakat pada hari ini,inilah aku.


33 weeks pregnancy : )

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me