Chef retisss la sangat!

Harini semata-mata nak releasekan sikit rasa sekak otak aku duk siapkan proposal yang nak kena submit sehari dua ni je lagi,aku pun bukak la satu blog hiburan pastu keluarlah satu cerita pasal sorang chef celebrity.Jadi aku nak cerita pasal dia ni la.

Chef celebrity???Hmmm...aku pun taktau la tang mana nak definisikan dia ni as a celebrity.Ntah la.Bajet ala-ala Jamie Oliver atau Nigella Lawson agaknya.Kikikikiki!Kadang-kadang inilah yang aku kesian sangat dengan orang Malaysia terutama Melayu yang lepas lahir diazankan atau iqamah nih.Syok sendiri betul.

Actually sebelum ni aku ada juga terbuka channel TV9 dan tengok la satu program yang ala-ala realiti tv.Kalau ikutkan chef celebriti SS (Syok sendiri nih),katanya.....................katanya laaa..................tujuan program reality tv tu yg mana shownya dijayakan adik-beradik dia ni tujuannya nak bagi sumber inspirasi kat orang lain,dengan kata mudah,pada para penonton la tapi aku taktau tang mana yang nak dijadikan sumber inspirasi ntah.Hihihihi!Kelaut beb!Takde apa yang berfaedah pun boleh dicedok.Totally 100% aku cakap kau.Mmg tak ada langsung.

Lepas tu relate skill masak dia sebelum nih.Selain dari cara bercakap banyak sangat sebut sssssssss macam pelat sangat dan mungkin mixed omputeh agaknya dan sebab tu la sebutan bahasa Melayu tak jelas atau dari kecik mak bapak asyik speaking je manjang so tergeliat lidah sikit itu yg bercakap pun sebut tak jelas.Itu satu hal.Aku kalau tgk program masak dia mmg senyum je manjang sebab selalu jugak scene masak dia kadang2 nak masak sambal bilis petai je tapi kemain dengan skirt pendek pastu mulalah nak kepit-kepit kaki takut nampak spender agaknya.Dah tahu nak masak dalam sampan yang duk pakai skirt buat apa.Ala-ala dah pakai kangkang je la kaki tu biar satu Malaysia nampak spender color apa.Kikikikiki!Kang seksa tu sambil masak sambil terkepit-kepit.Hiks!

Isk!Isk!Isk!

Dan nampak sangat dia lebih banyak mendapat kritikan dari pujian selepas rancangan realiti tv ntah hape-hape dia tu ke udara.Serious aku taktau apa motif dan mmg buang masa seh kalau nak tonton sampai habis.Tapi alang-alang nak buang masa sangat adalah lebih baik kalau tgk Spongebob Squarepant sampai habis dari duk tgk chef retis dan adik-beradik dia nih.Serious kesian weh tgk diorang dalam show nih.

Lepas statement retisss sangat dari chef retis bila dia cakap kami ada tonjolkan ciri ke Melayuan dan agama dalam show kami bila adik kami akad nikad kat masjid.Damn!Ini part paling lucu kebanyakan orang MELAYU ISLAM kat Malaysia suka buat statement.

Hmmm....adakah pemakaian dan cara pembawakan diri adalah berbeza disetiap majlis seperti bertudung litup ketika akad nikah,kepala bogel bila bersanding.Bertudung litup ketika majlis pengebumian,majlis keagamaan,dan pakai pakaian tak cukup kain ketika berparti.Aku rasa inilah yg biasa diterapkan oleh orang kita dan yang macam ini kau claimed cara Islam?Kerana itulah aku rasa adalah lebih baik diam dari pada keluarkan statement mcm orang sekolah tak habis macam tu.

Dan kerana nak kehidupan yang separate dengan agamalah,golongan sekular di Mesir sedaya upaya jatuhkan pemimpin yang lebih Islamik kerana pada mereka keseronokan hidup didunia adalah lebih penting dari mempersiapkan bekal untuk akhirat.Dan aku tak terkejut kalau dalam lingkungan aku ada yang minum arak tanpa rasa bersalah hanya kerana tolakan gaya hidup yang penuh keseronokan dimana halal haram letak tepi.

Seperti yang aku lihat sendiri seorang wanita kelam kabut mencari selendang menutupi kepala tika bacaan yassin dibacakan,dan tutup pun ala kadar.Sampai je bacaan terakhir surah yaasin,terus dibuang selendang sambil merungut panas.Jadi apa tujuan pakai?Sedangkan dia selalu mengungkapkan kata tidak mahu kelihatan hipokrit kerana belum bersedia bertudung.Kadang-kadang nak je aku cakap,buat apa jelaskan pada aku.Bukan aku yang ada kuasa menilai kamu.Confess sahaja dihadapan tuhanmu Allah swt.Hmmm...serious aku pelik dengan manusia ni.Sama la macam chef retiss ni.Ke Melayuan dan agama sangat.Sorry la beb.Aku tgk pun tak sealiran la.Hihihihi!

Statement kelakar dari chef retiss

Solat saya antara saya dengan tuhan.Kalau solat tak perlu menunjuk-nunjuk.

Hihihihi!


Habis yang duk pakai baju tak cukup kain tu nak share dengan siapa?Nak tunjuk kat siapa?Gambar yang hot2 tu nak tunjuk kat siapa?Confident tuhan tak tengok sama ke?

Chef retis....hidup biar mati dalam Islam dan bukan mati dalam Melayu.Itu pendapat aku la yg masih naif ni.Aku ni tak la perfect mana pun cuma tak la tahap bangang sangat nak buat statement lagu tu.Sigh!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me