International Breakfast ~ 2015

Jumaat bebaru ni berlangsunglah satu event kat sekolah TND iaitu International Breakfast.Actually event ni mmg ada setiap tahun dan this year I baru join memandangkan this year anak baru masuk primary school.

Maka busy la Mak Jemah ni buat preparation memandangkan I kena lead dan as a wakil jugak untuk kwn2 yg lain.Kwn2 semua participate tp diorg pun ada commitment dengan PhD memasing so I yg mmg takde kerja ni kena ambik bahagian lebih sikit la mcm attend meeting,daftar gerai dan buat la preparation sesikit.Tp kwn2 lain pun support sama dan kami pun buat pembahagian tugas untuk penyediaan makanan.Mereka yg join haritu Kak Dina,Kak Ros,Kak Ayu,Kak Amalina,Kak Jun & Kak Suhaila.Ramai gak tu dan mmg menu pun agak banyak jugak la.

Nak cerita sikit sebenarnya tarikh event ni jatuh pada Ramadhan tp pihak sekolah willing tukar tarikh bg menghormati muslim kat sini.Baguih!Baguih!Baguih!

Mengikut plan asal I and the gang nak berbaju kurung pada haritu,tp sbb kelam kabut pagi tu,I dengan orang kuat event Kak Dina pakai baju biasa je.Geng yg lain semua berbaju kurung.Haish!

Event start awal dan dalam jam 6.30 pagi kami dah kena set up gerai dan seawal jam 7.30 pagi orang dan start datang kat gerai kami nak beli makanan.Dan pembelian makanan menggunakan sistem coupon dimana kita kena beli sesiap cuopon tu yg mmg dijual seminggu awal dan satu coupon berharga $2.Maka kami pun pack setiap makanan ngam2 utk $2.Tp still diorang cakap very cheap sbb portion kami bg besau-besau.

Set up gerai.Kak Dina orang paling awal sampai maklum la rumah sebelah sekolah.Kikikiki!I sampai dekat jam 7 pagi then terus bertungkus-lumus set up gerai.I lambat sket sbb pi pick up makanan kat rumah Kak Suhaila dan Kak Jun.Dan nasib baiklah suami ada haritu so dia volunteer tolong set up gerai while I jaga TDS yg meragam pagi tu sbb bangun awal sgt tak puas tidur.Grrrr.

Kami deco simple2 je gerai kami dan jualan ni pun 100% adalah jualan amal dan kami kena serahkan semua keuntungan pada sekolah dan duit tu pihak sekolah akan dermakan untuk mangsa earthquake di Nepal.


Antara orang kuat event ni iaitu Kak Dina.

Sepanjang event berlansung dan semua makanan di gerai kami sold out.Memang betul2 kena serbu.Tak sampai jam 9 pagi habis semua licin.

Makanan dari gerai Malaysia kami menjual Nasi Lemak,Nasi Impit + Kuah Kacang (guna kacang macadamia tau.Gilerr mahal kacang tu 400 gram / $18.Actually cikgu dia bg je guna peanut tp I takut kalau ada bebudak yg allergic sbb sini ramai yg allergic kacang.Play safe la kononnya.Tp sedap tau.Lemak amat.Hihihi!).Lepas tu jual bee hoon goreng,roti canai + kari ayam,roti jala + kari ayam.Tu main menu.Dessert pulak agar2 santan pandan,agar2 santan gula melaka,cekodok pisang,kuih kasturi,onde2,karipap,kuih ketayap & kuih sagoo.

Antara gerai yang terlibat,


Malaysia,of course la kan.Kikikiki.

Antara negara yang join.


Tertinggal pulak nak selit stall dari Germany.Hehehe.Mama Nas,ni negara Tipah.Ke Jijah sekali.Hehehe!Menu depan tu Pig Ears katanya tp mcm roti jer.

Selepas dah semua settle menjual,ada persembahan dari setiap negara tp Malaysia takde wakil pulak.I ingat nak menyanyi tp takut la jugak semua keluar dewan nanti.Mcm ada orang tu cakap,suara awak memang sedap tapi lagi sedap kalau awak tak nyanyi.Kikikiki.

Dah masuk tengahari,berakhir la event ni.Next event tunggu tahun depan la pulak.Kikikiki!Bila dah balik rumah baru berkesempatan merasa setiap makanan yg dibeli.I ada beli crepe dari France.Yeah just crepe yg disapu strawbery jam + coklat.Tak win sangat la.Tp ada satu yg win.Dessert yg I beli dari gerai Canada.Lepas dah tanya ingredient segala dan confident boleh makan,I beli la satu.Memang sedap.Kat tgh mcm bunga rose tu adalah epal yg dah disira kot sbb rasa agak manis.Overall mmg sedap.


No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You